Search This Blog

Loading...

Tuesday, April 29, 2008

PEMIMPIN BERWIBAWA

1. Hari ni berkesempatan dgn kwn2, berkenalan dgn seorang calon KPU Malaysia, yang juga Ahli Majlis Tertingi UMNO - DS Dr Khir Toyo. Hebat juga pemimpin ni, wawasan memang tinggi, dinamik & memang mampu membawa suara pemuda. Mendengar sejarah hidup & pjuangan politik beliau, memang banyak yg boleh dipelajari & diteladani. Satu ungkapan beliau yang menyentuh hati katanya, hanya orang miskin yang memahami orang miskin. Rasa rugi juga jika pemimpin spt ini tidak diketengahkan bakat beliau. Nampak gayanya, mcm rugi org Selangor bila menolak kepimpinan beliau. Apa-apa hal pun, terpulanglah kpd para perwakilan menentukan masa depan politik beliau di gelanggang pemuda.
2. Sesuai dengan saranan DS Dr Khir Toyo siang td, dinukilkan di bawah ni satu rencana yg berkaitan. Semoga rencana ni boleh membantu kita 'melihat' & 'mnilai' pemimpin....Selamat membaca!
**********************************************************************
Pemimpin berwibawa mesti berupaya bawa kebahagiaan kepada rakyat
MENURUT sumber klasik Islam, pemimpin selalu dirujuk dengan istilah imam. Selain membawa maksud kepemimpinan dengan fungsi umumnya (mengarah, mengawal, merancang dan memantau), secara tersirat istilah imam mengandungi makna teladan. Tradisi Islam melihat pemimpin tidak cuma harus memerintah, mengarah dan mengerah tetapi sekali gus dapat memberikan contoh. Dalam kaitan ini, ciri kepemimpinan Rasulullah SAW paling menonjol ialah contoh teladan yang baik.

Kepemimpinan pada hakikatnya adalah suatu amanah dan tanggungjawab, bukan kebesaran dan kemegahan. Memberi tanggapan kepemimpinan sebagai suatu keistimewaan yang penuh glamour adalah suatu kekeliruan yang cukup mendasar. Dalam tradisi Islam yang murni, kepemimpinan biasanya tidak diminta dan jika diberikan kepada yang tidak layak adalah suatu perbuatan pecah amanah. Kisah al-Quran memberi petunjuk bagaimana Tuhan membangun sesuatu umat. Apabila Tuhan mengkehendaki sesuatu umat itu bangun mencipta keunggulan, yang dilakukan-Nya ialah mengutus Rasul (pemimpin) bersama kitab (petunjuk/hidayah). Ini bererti keunggulan sesuatu umat bermula dengan penampilan pemimpin berprinsip dan berwawasan berasaskan ajaran kitab (petunjuk Ilahi).

Kepemimpinan yang berwibawa pula dicirikan oleh kemampuannya merubah dan membina manusia di bawah pengaruh, kuasa dan kemampuannya membina budaya yang kuat untuk dihayati seluruh warga organisasinya. Kerana itulah pemimpin yang dianggap berjaya adalah pemimpin yang dianggap sebagai perubah manusia dan pembina budaya. Kedua-dua fungsi itu hanya dapat dilaksanakan oleh pemimpin yang benar-benar berwibawa, mendidik, membangun dan memupuk potensi setiap individu bawahannya sehingga menjadi manusia berguna, penyumbang yang produktif dan cemerlang. Justeru, ciri teladan yang tersirat di sebalik kalimat imam itu tampak relevan. Seorang pemimpin sebenarnya adalah pemegang amanah modal besar yang berupa sumber daya manusia. Oleh itu, sikap terhadap bawahannya harus cukup positif.

Sesuai dengan status manusia sebagai khalifah Allah, manusia dicipta oleh Yang Maha Esa dengan potensi secukupnya untuk menjadi makhluk petugas dan penyumbang yang kreatif. Sebagai pembina budaya pula, pemimpin harus mampu memasyarakatkan sejumlah nilai, sikap dan amalan positif di kalangan warga organisasinya. Teras kepada apa yang disebut sebagai budaya itu hakikatnya ialah nilai yang dianggap penting dan berharga seperti ilmu, moral dan ekonomi. Nilai itulah yang sebenarnya menjadi motivasi dalaman, kekuatan, pendorong sehingga seseorang sanggup melakukan sesuatu dengan penuh iltizam. Organisasi cemerlang umumnya mempunyai budaya kuat dalam erti kata adanya sejumlah nilai dikongsi dan dihayati bersama secara serius oleh seluruh warganya.

Sunday, April 27, 2008

ALAHAI APA LA....

Hari ni hari minggu. Bagi kebanyakan orang, hari minggu ni hari rehat. Rasa macam mau rehat juga, tp teringat pesanan seorang kenalan : Tiada hari rehat bagi seorang pejuang sejati, so hari minggu pun bejalan la macam biasa....Sempat juga menatap BM. Satu berita menarik, dinukilkan di bawah ni sekadar untuk renungan kita bersama. Bagi saya, nilah satu lagi contoh sikap pesimis kawan2 di Semenenjung dgn 'orang di Sabah'.

******************************************************************

'Tak mustahil wakil BN lompat parti'

PETALING JAYA: Hasrat Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk mengambil alih pentadbiran negara dalam masa beberapa bulan akan datang tidak mustahil dan boleh menjadi kenyataan, kata Ketua Umno Bahagian Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah. Beliau berkata, memang ada kemungkinan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) ‘menyeberang’ ke pihak pembangkang.

“Ini bukan cakap main-main, tak boleh kata ini tak boleh berlaku. Orang di Sabah tak begitu kuat rasa kecintaannya terhadap Umno, tak macam kita di sini yang lahir dan membesar dalam Umno dan segala benda yang kita sentuh ada kaitan dengan Umno.

“Saya juga tengok kebanyakan Ahli Parlimen yang terpilih adalah orang kuat (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) dulu dan mereka masih berhubung rapat dengan Anwar,” katanya ketika sesi pertemuan dengan ahli Umno dari cawangan sekitar Subang Jaya di sini, semalam. Bernama melaporkan, Ahli Parlimen Gua Musang itu juga yakin Anwar serius dengan hasratnya mahu mengambil alih kerajaan. “Tadi kebetulan ketika datang ke sini saya naik satu kapal terbang dengan beliau (Anwar) dan saya tanya beliau sendiri dan beliau kata beliau serius,” katanya.
Tengku Razaleigh berkata, berdasarkan kepada faktor itu, pemimpin BN wajar mengambil serius kenyataan Anwar kerana dengan hanya 30 kerusi Parlimen, kerajaan BN boleh tumbang. “Jangan fikir kita boleh terus berkuasa. Kena ambil tindakan tegas untuk atasi masalah ini,” katanya yang turut melahirkan kebimbangan dengan sikap pemimpin BN sekarang seolah-olah pengambilalihan kuasa oleh pembangkang tidak akan berlaku. Sementara itu, di KOTA BHARU kelmarin,, Tengku Razaleigh berkata, beliau tidak akan membentuk kerjasama dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad semata-mata untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Walaupun mengakui ada persamaan pendapat dengan Dr Mahathir, khususnya mengkritik kepemimpinan Abdullah, beliau tidak bersetuju 100 peratus dengan apa yang dibangkitkan bekas Presiden Umno itu.
********************************************

Pada hemat saya.....................

1. Kalau ya pun mau tanding & menang jawatan dlm UMNO ni, jgn la pandang mcm tu dgn ' orang di Sabah'. Ingat kita ni tada harga diri ka....
2. Kalau pun ada MP BN yg tersesat, menyeberang, bukanlah bermakna semua 'orang di Sabah' bperangai mcm tu. Malah, kami 'orang di Sabah' pun x suka perangai : kalah btanding jawatan, keluar parti, tubuh parti baru then kalah dlm PRU, balik UMNO pula...
3. Kalau pun benar 'orang di Sabah', tiada rasa cinta pada UMNO, ok la tu, sbb UMNO pun masih baru di Sabah. Tp realitinya , PRU 2004 & 2008 UMNO menang semua kerusi DR & DUN, malah menang dgn majoriti bergaya lagi...membantu BN Pusat bentuk kerajaan dgn majoriti mudah.

Alahai apa la....

SEKADAR RENUNGAN

Sekalung TAHNIAH untuk wakil-wakil rakyat kita :
1. YB Datuk Sapawi Ahmad / MP Sipitang / Pengerusi SLDB
2. YB Kamarlin Hj Ombi / ADUN Lumadan / Pengerusi Benta Wawasan
3. YB Hj Ahmad Bujang / ADUN Sindumin / Pengerusi KPD
Semoga dengan jawatan baru para wakil rakyat kita ni akan menambah lagi peluang durang untuk benar-benar menjadi YB - Yang Bekerja, Yang Berusaha, Yang Berkhidmat dsb.
TAHNIAH juga untuk durang yg akan angkat sumpah pada 28hb ( Parlimen ) & 29hb ( DUN ).
Selamat Bertugas YB.....

***********************************************************************************

SEKADAR RENUNGAN

Berikut ni dinukilkan tulisan SS Dr Asri Zainul Abidin, Mufti Perlis untuk renungan kita semua. Tulisan mufti ni sangat sesuai untuk direnungi dan dihayati, khusus kepada kita.

"Semua pemimpin hendaklah memastikan perdampingan dengan penasihatan yangbaik itu benar-benar dihayati dalam kepimpinannya. Inilah jalan selamat setiapkepimpinan. Umara jujur hendaklah selalu bersama para ulama yang ikhlas.Keikhlasan para ulama menyuburkan keadilan pemerintah. Maka haram dankhianatlah ulama jika mereka mengampu sehingga pemimpin terbuai nyenyak dalamkesalahan."Saya terbaca dialog yang menarik antara khalifah yang sangat adil iaitu Umarbin ‘Abdul Aziz dan penasihatnya yang jujur Rajak bin Haiwah. Kata Rajak binHaiwah: Ketika ‘Umar bin ‘Abdul Aziz menjadi Gabenor Madinah, beliau pernahberkata kepadaku: “Wahai Rajak! pergi belikan untukku sehelai baju”. Aku punbelikan untuknya sehelai baju yang bagus, harganya lima ratus dirham. Apabilaaku membawanya kepada beliau, maka beliau memegangnya dan berkata: “Bagus, cumaianya murah”.Selepas beberapa tahun beliau menjadi khalifah. Suatu hari beliau berkatakepadaku: “Belikan untukku sehelai baju”. Maka aku membeli untuknya sehelaibaju yang murah lagi amat sederhana, harganya hanya lima dirham. Apabila akumembawanya kepada beliau, maka beliau memegangnya dan berkata: “Bagus, cumaianya mahal”.Aku kehairanan, bagaimana mungkin baju yang aku beli untuknya di Madinahbeberapa tahun lalu dengan harga lima ratus dirham dianggap murah dan baju yangaku beli sekarang dengan harga hanya lima dirham dianggap mahal. Perasaankutersentuh dengan perkataan beliau dan aku pun menangis. ‘Umar bin Abdul Azizbertanya: “Apa yang membuatkan engkau menangis wahai Rajak?. Kataku:“Perkataanmu wahai Amirul Mukminin, bagaimana mungkin engkau menganggap bajuyang lepas yang berharga lima ratus dirham murah, dan baju sekarang yangberharga lima dirham mahal?.Kata ‘Umar bin ‘Abdul ‘Aziz: “Wahai Rajak, sesungguhnya aku memiliki jiwa yangsentiasa berkeinginan. Setiap kali aku mencapai sesuatu, jiwaku inginkansesuatu yang lebih dari itu. Wahai Rajak! Jiwaku inginkan sepupuku Fatimahbinti Abdul Malik, lalu aku mengahwininya. Kemudian jiwaku inginkan jawatangabenor, lalu aku dilantik memegangnya. Kemudian jiwaku inginkan jawatankhalifah, alu aku mencapainya. Sekarang jiwaku inginkan syurga, aku harap akudapat menjadi penghuninya”. (lihat: Salah al-Khalidi, Al-Khittah al-Barraqahlizi al-Nafs al-Tauwaqah, 93-94, Damsyik: Dar al-Qalam).Demikianlah jiwa seorang pemimpin yang mencatatkan sejarah keadilankepimpinannya dengan tinta emas. Dia hanya memerintah selama dua tahun, tetapidia mengukir namanya dengan penuh keindahan di persada sejarah yang tidakkunjung padam. Hubungan jiwanya dengan habuan kekal yang diharapkan di sisiAllah pada hari akhirat kelak telah menjadikan kepimpinannya penuh dengankeadilan dan rahmah Allah yang mencurah-curah.Sekalipun pakaiannya hanya dari kain murahan, tetapi keadilannya tidak dapatdibeli dengan apa-apa harga pun. Sejarah tidak pernah mengenangkan kemewahanharga baju atau kediaman seorang pemerintah dengan kenangan indah.
Bahkan dalamsejarah, sikap suka bermewah-mewah pemerintah menggunakan harta rakyat telahbanyak menghasilkan mimpi ngeri dan babak hitam bagi kehidupan rakyat jelata.Namun sejarah indah hanya akan mengingati keadilan dan amanahnya seorangpenguasa, sekalipun bajunya buruk.Lihatlah tampungan yang ada di baju Khalifah ‘Umar bin al-Khattab r.a., namunjiwa rakyatnya tidak pernah berlubang seperti bajunya. Amanah dan keadilanmeliputi pemerintahannya. Entah berapa ramai pemimpin yang baju mereka megahdan mewah, namun jiwa dan perasaan rakyat mereka sentiasa terkoyak dan carik.Kesilapan besarlah seorang pemimpin jika merasakan dia dihormati kerana gayamewahnya yang menjulingkan mata rakyat. Dia lupa pemimpin dihormati keranajasa, prihatin, amanah dan keadilan pemerintahannya. Bukan kerana kenderaannyayang mewah, atau rumahnya yang megah, atau paip dan curutnya yang panjang, atauisterinya yang berhias permata berlian atau cermin matanya yang pekat hitamsehingga dia buta penderitaan rakyatnya. Tidak! Demi sesungguhnya tidak. Itusemua hanya menimbulkan curiga, prasangka dan kedengkian perasaan yangmemburukkan kasih-sayang antara orang bawahan dan atasan.
Saya tidak pernah menyeru agar pemimpin Dunia Islam hidup dalam kemiskinan,atau kelaparan, atau memakai pakaian yang buruk dan tinggal di rumah yang nakroboh, atau berkenderaan yang cabuk. Tidak, bukan demikian. Mungkin gaya yanghebat juga diperlukan untuk politik zaman kini yang terpaksa menghadapipersaingan musuh-musuh yang berbagai. Mereka boleh bermewahan jika itu adalahharta mereka yang halal, bukan rasuah atau salahguna kuasa. Mereka bolehmemakai dan memiliki apa yang mereka mahu, jika itu semua datang dari sumberyang Allah redha untuk mereka. Saya pun tahu, ada pemimpin-pemimpin yangsememang berharta hasil dari usahanya sendiri. Bahkan kekayaan sesetengahpemimpin melimpah untuk rakyatnya dengan keikhlasan dan kasih-sayang.Perlis barangkali antara contoh yang baik dalam hal ini. Namun di sesetengahnegara dan negeri, ke’ranggi’an pemimpin yang bergaya dengan hartanyamenimbulkan kejengkelan dalam jiwa rakyat yang melihat. Sehingga seakanperlambangan seorang pemimpin itu, bukan kerena kewibawaannya, atau adab dankarismanya, atau keadilannya, sebaliknya adalah harta dan kekayaannya yangditunjuk-tunjukkan kepada orang ramai. Rumah pemimpin dikenali bukan keranadipenuhi rakyat yang mengadu hal derita mereka, tetapi kerana pagarnya yangbesar, dan kemewahan luar dan dalamnya. Kereta pemimpin dikenali bukan keranakerap sampai ke tempat rakyat, tetapi kerana luar biasa harganya. Isteripemimpin dikenali bukan kerana adab dan sopannya terhadap rakyat, tetapi keranagaya ranggi dan hiasan diri yang mahal-mahal. Maka sesetengah pemimpinmerasakan dirinya berada pada kasta yang tinggi dan rakyat pula pada kastabawahan. Maka wakil rakyat ada yang bertukar menjadi ‘tokeh rakyat’. Jika halini berlaku, politik kedengkian pun akan subur dan terus merebak lalu umat initerus bergolak.Saya terbaca dalam Musannaf Abi Syaibah riwayat yang menceritakan apabiladibawa kepada Saidina ‘Umar harta rampasan Maharaja Kisra Parsi yang begitubanyak dan menakjubkan, maka beliau pun menangis. Lalu ditanya kepadanya: “Apayang membuatkan engkau menangis wahai Amirul Mukminin, padahal hari ini adalahhari kesyukuran, kegembiraan dan keseronokan”. Jawab ‘Umar: “Tidak ada kaumyang banyak pada mereka benda ini (harta) melainkan Allah campakkan di antaramereka permusuhan dan kebencian” (8/147).
Islam bukanlah anti harta, tetapiIslam memusuhi penyalahgunaan harta dan kemewahan yang mengheret kemusnahan.Masyarakat Islam perlu kaya, tetapi kekayaan yang membawa kekuatan kepada umat,bukan hanya untuk keborosan individu. Jika ramai yang kaya tetapi tidakberbakti kepada umat, untuk apa kita berbangga dengan kekayaan mereka?.Jika pemimpin menjadikan harta dan gaya mewah teras kekuatannya, bukan keadilandan kewibawaannya, maka insan-insan munafik dan pelahap harta pun akanmengelilinginya. Dia dikelilingi kerana habuan yang diharapkan. Dia dipujikerana harta yang boleh diberi. Dia akan sukar menemui insan jujur yang sudimenegur tanpa minta dibalas dan menasihati kerena ikhlas. Maka kesilapannyatidak dibetulkan, kesalahannya tidak diingatkan. Lalu dia tenggelam dalampujian dusta dan khianat, kerana setiap yang ada di kelilingnya tidak pernahberfikir tentang nasib pemimpin mereka di akhirat nanti, sebaliknya hanyaberfikir tentang untung mereka di dunia. Jika ada tokoh berlebel agama disekitarnya pun, tidak akan berfungsi jika harta yang dicarinya. Akhirnya, ulamahanya mainan orang politik, bukan orang politik dipandu oleh ulama.Allah berfirman dalam Surah al-Ahzab ayat 66-68: (maksudnya) Pada masa mukamereka dibalik-balikkan dalam neraka, mereka berkata (dengan sesalnya):“Alangkah baiknya kalau kami dahulu (semasa di dunia) taat kepada Allah sertataat kepada Rasul Allah. Dan mereka berkata lagi: “Wahai Tuhan kami,sesungguhnya kami telah mematuhi kehendak ketua-ketua dan orang-orang besarkami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar. Wahai Tuhan kami,berilah mereka azab sengsara dua kali ganda, dan laknatkanlah mereka denganlaknat yang sebesar-besarnya!” . Justeru itu dalam hadis baginda menyebut:“Sesungguhnya ALLAH meredhai kamu tiga perkara, dan memurkai kamu tiga perkara.Dia meredhai kamu jika (pertama) kamu beribadah kepadaNya dan tidakmenyekutukanNya sedikitpun, (kedua) kamu berpegang teguh dengan tali ALLAHkesemuanya. (ketiga) Kamu menasihati sesiapa yang ALLAH jadikan dia memerintahurusan kamu. Dia memurkai kamu banyak bercakap (yang tiada faedah),menghilangkan harta dan banyak bertanya (maksudnya pertanyaan yang tidakberfaedah) (Riwayat Malik dalam al-Muwatta`) .
Hari ini, banyak sukatan dan ukuran telah berubah. Ramai manusia yang tidakmemiliki idealisma atau karisma kepimpinan muncul menjadi pemimpin hanya keranahartanya, atau kem politiknya yang telah berjaya, lalu dia pun dibakulkansekali. Apabila seseorang naik dalam politik kerana hasil umpan hartanyasemata, tentu dia inginkan pulangan modalnya. Maka rasuah dan politik wang akanberluas-luasa. Jika dia naik dalam politik kerana ketajaman idealisma dankarismanya, maka sudah pasti dia ingin membuktikan kemampuan pemikiran yangbernas itu untuk dimanfaatkan masyarakat. Maka rakyat mendapat pulangan faedahyang besar dari pemimpin yang berwibawa dan berkarisma, tetapi akan terpaksamembayar harga yang tinggi terhadap pemimpin yang diangkat kerena umpanhartanya.Maka akhirnya nanti, golongan Ruwaibidah akan menguasai masyarakat.Al-Ruwaibidoh adalah satu istilah yang diguna pakai oleh Nabi s.a.w. untukmenggambarkan satu golongan yang akan muncul menjelang kiamat. Mereka adalahkelompok yang tidak berkualiti tetapi ingin berbicara persoalan besar. Sabdabaginda: “Sesungguhnya sebelum kedatangan dajjal-dalam riwayat yang lain:sebelum kiamat- adanya tahun-tahun yang penuh tipu daya. Ketika itu didustakanorang yang benar, dianggap benar orang yang dusta, dianggap khianat orang yangamanah, dianggap amanah orang yang khianat, dan bercakap ketika itual-Ruwaibidoh. Para sahabat bertanya: “Siapakah al-Ruwaibidoh?” Sabda Nabis.a.w.: Orang lekeh yang berbicara mengenai urusan awam (orang ramai).” Hadithini diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad, Abu Ya’la, al-Bazzar, Ibnu Majah,al-Kharaiti, dan al-Hakim. Al-Hakim menyatakan isnadnya sahih.dan ini disetujuioleh Al-Zahabi.Maka menjadi tanggungjawab rakyat dan kepimpinan negara memastikan setiap tokohyang akan dilantik adalah kerana kewibawaannya. Karisma atau kewibawaan itudirujuk kepada dua persoalan asas; pertama; persoalan pegangannya kepada agamasecara menepati al-Quran dan Sunah. Ini kerana kemuliaan umat ini mempunyaikaitan yang tidak boleh dipisah dengan penghayatan seseorang terhadap ajaranAllah dan RasulNya. Kedua; kemampuannya dalam memegang amanah kepimpinan dalamertikata mampu memimpin umat ke arah kecemerlangan hidup di dunia dan akhirat.Bukan semestinya lebai atau ustaz, tetapi iltizam dan keupayaan. Bukankemewahan hartanya, atau lebar serbannya, tetapi kewibawaannya. Firman Allah:(maksudnya) “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu memberikan amanah kepada yangberhak menerimanya dan apabila kamu berhukum di kalangan manusia maka hendaklahkamu berhukum dengan adil. Sesungguhnya Allah memberikan pengajaran yangsebaik-baiknya kepadamu.” (Surah an-Nisa’ ayat 58).Amatlah dukacita bagi sebuah masyarakat yang apabila disebut perkataan pemimpinpolitik lalu terus terbayang dalam pemikiran kebanyakan orang tentang limpahanhartanya dan gaya mewahnya, bukan ketajaman mindanya atau keprihatinannyakepada rakyat. Sebenarnya, kita pun suka pemimpin yang kaya berharta, jika itusemua membolehkannya membantu rakyat khususnya kaum muslimin. Namun hendaklahkekayaan adalah hasil dari titik peluhnya sendiri atau usahanya yang tidakmencemarkan kepentingan harta rakyat. Jika itu dapat dilakukan, dia bukansahaja memimpin idea yang baik, juga penderma yang membawa kebaikan untukrakyatnya. Kekayaan pemimpin mesti untuk manfaat rakyat.
Maka dengan itu diadipilih di samping kewibawaannya juga kerana kesudiannya menghulurkan bantuan,bukan membisneskan harta rakyat. Dalam Musannaf Abi Syaibah juga meriwayatkansurat Amirul Mukminin ‘Umar bin al-Khattab r.a. kepada gabenornya Abu Musaal-Asy’ari r.a., antara isinya: “Sesungguhnya pemimpin yang paling bahagiaialah mereka yang menyebabkan rakyatnya bahagia, dan pemimpin yang palingcelaka ialah yang menyebabkan rakyatnya celaka. Jaga-jaga engkau janganbermewah-mewahan, nanti pegawai-pegawaimu juga akan bermewah-mewahan” . (8/147)Maka seorang pemimpin itu mestilah mempunyai penasihat-penasihat yang baik.Mereka menasihatinya dengan jujur, dan hendaklah selalu dia berkata “berikanpendapat yang ikhlas lagi diredhai Allah kepada saya” Sabda Nabi s.a.w.: “Tidakdilantik seorang khalifah melainkan akan ada baginya dua bitanah (penasihatyang rapat). (Pertama) Bitanah yang menyuruhnya untuk melakukan kebaikan sertamenggalakkannya. (Kedua) bitanah yang menyuruhnya untuk melakukan kejahatanserta menggalakkannya. Hanya selamat ialah sesiapa yang selamatkan ALLAH.(Riwayat al-Bukhari dan al-Nasai). Semua pemimpin hendaklah memastikanperdampingan dengan penasihatan yang baik itu benar-benar dihayati dalamkepimpinannya. Inilah jalan selamat setiap kepimpinan. Umara jujur hendaklahselalu bersama para ulama yang ikhlas. Keikhlasan para ulama menyuburkankeadilan pemerintah. Maka haram dan khianatlah ulama jika mereka mengampusehingga pemimpin terbuai nyenyak dalam kesalahan.
************************************************************************************
Bebanyak terima kasih kepada sahabat-sahabat yang telah melawat blog ni dan menghantar komentar. Setiap lawatan dan komentar sahabat semua amat dihargai, di mana perlu, tindakan akan diambil bagi setiap cadangan dan apa sahaja dalam setiap komentar. ustazSAID

Saturday, April 26, 2008

AHLI PEMUDA UMNO

assalamualaikum & salam sejahtera,

1.Untuk kawan-kawan, khusus para pemuda, bagus juga baca nasihat Datuk Seri Hishamuddin Hussein, Ketua Pemuda UMNO Malaysia ni sebagai renungan. Apa yang diperkatakan oleh DS Hisham ni memang tepat dan kena pada masanya.
Ahli Pemuda kena bijak pilih ketua berkualiti
Oleh Azrina Ahzan
PUTRAJAYA: Mereka yang menawarkan diri untuk jawatan Ketua Pemuda Umno perlu mempunyai wawasan dalam menentukan hala tuju pergerakan itu sejajar keadaan politik semasa negara. Ketuanya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata pada masa sama perwakilan yang bakal menentukan siapa pemimpin baru pergerakan itu juga perlu bijak memilih. "Saya menyerahkan kepada perwakilan sama ada untuk melantik orang luar atau orang Pemuda sendiri untuk menerajui sayap Umno ini tetapi seperti biasa ia perlu dilakukan mengikut saluran sedia ada. "Lagipun ini adalah amalan yang sihat tetapi harap mereka yang menawarkan diri faham apa yang hendak mereka bawa dan bagaimana cara untuk pemimpin dan perwakilan tidak boleh menyalahkan sesiapa jika mereka tersalah pilih nanti," katanya pada sidang media selepas menyampaikan sumbangan Bahagian Pendidikan Guru dan Institut Pendidikan Guru kepada ibu bapa adik Sharlinie Mohd Nashar di sini semalam. Hadir sama, Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail dan Ketua Setiausaha kementerian, Tan Sri Dr Zulkurnain Awang. Ketika ini, enam individu sudah menyatakan hasrat bertanding merebut Ketua Pemuda Umno. Selain anggota Exconya, Datuk Mukhriz Mahathir dan Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, Naib Ketua, Khairy Jamaluddin membayangkan kesediaan bertanding. Individu lain ialah anggota Exco Pemuda Umno yang juga Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Idris Haron; Ketua Penerangan Pemuda Umno, Datuk Azimi Daim; dan Ketua Umno Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin. Hishammuddin turut mengingatkan semua ahli Pemuda supaya mengambil kira pandangan orang ramai dalam menentukan hala tuju pergerakan itu pada masa depan. "Semua ahli diingatkan memastikan sebarang anjakan dalam Pemuda hendaklah sesuai dengan landskap baru politik negara dan mengikut cita rasa orang ramai," katanya.
Diminta mengulas kenyataan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, bahawa kerajaan baru akan dibentuk pada September nanti, Hishammuddin berkata ia hanya ramalan politik. "Dia (Anwar) boleh membuat bermacam-macam ramalan...jika ramalan itu tidak menjadi ia akan menjejaskan kredibiliti tuan punya badan. Bagi kita, satu atau dua ramalan bolehlah kita jawab..nanti bila September dia akan buat ramalan lain seolah-olah ramalan sebelum ini tidak bermakna. Jadi ia adalah kenyataan politik semata-mata," katanya.
*************************************************
2. Dalam perbincangan analisis PRU12 minggu lalu, dapatan yang baik untuk direnungi ialah realiti bahawa majoriti anak muda tidak memihak kepada parti pemerintah, khususnya BN/UMNO. Sebagai pemimpin muda, dapatan ini merupakan satu cabaran kepada kita. Bagaimana cara untuk menarik kembali sokongan anak-anak muda kepada UMNO? Pada hemat saya, satu cara yang berkesan ialah dengan mengajak anak-anak muda ini menyertai organisasi pemuda dan melibatkan mereka dengan aktiviti berfaedah dan terancang. Jangan sesekali diabaikan peranan mereka dalam pembangunan negara. Mungkin sebelum ini sudah banyak program dibuat seperti rakan muda, Y2Y dsb, tetapi masih belum mencukupi. Justeru, berikan peluang anak muda 'mengatur' anak muda.

Thursday, April 24, 2008

BN SABAH

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

1) Minggu lalu, saya telah menghadiri satu program yang membincangkan analisis pilihanraya 2008. Dalam program tersebut, pelbagai perkara telah dibincangkan, termasuk faktor kemenangan BN Sabah dalam pilihanraya yg lalu. Secara peribadi, bolehlah disimpulkan bahawa kemenangan besar BN Sabah adalah seperti berikut :
1. Pilihan calon yang sesuai.
Calon-calon yang dipilih adalah gabungan mantap di antara muka baru dan muka lama. Pemimpin lama yang telah terbukti keberkesanan mereka dan muka baru yang komited dalam kerjaya mereka sebelum ini.
2.Pilihan parti BN.
Majoriti pengundi masih lagi memberi kepercayaan jitu kepada BN memerintah negeri Sabah dan negara, atas keyakinan bahawa BN telah membuktikan kejayaan membangunkan negeri.
3. Keyakinan kepada pimpinan
Pengundi menaruh keyakinan kepada pimpinan negeri diketuai oleh YAB DS Musa Aman dan YAB DS Abdullah Ahmad Badawi.
4. Kelangsungan pembangunan
Rakyat Sabah masih dahagakan pembangunan. Masih banyak lagi ruang yang perlu dibangunkan. Setakat ini, rakyat melihat hanya BN yang mampu dan sudah pun terbukti, menjalankan amanah membangunkan negeri tercinta ini.

2) Sekalung tahniah diucapkan kepada Janang Gayuh, YB DSP Hj Lajim Hj Ukin, MP Beaufort, atas perlantikan sebagai Tim. Menteri Pengangkutan. Atas kapasiti sebagai Presiden PBBS, perlantikan YB Datuk Seri merupakan kebanggaan kami semua. Tahniah juga kepada YB Datuk Rahim Bakri, MP Kudat, sebagai Tim. Menteri Luar.

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin