Search This Blog

Loading...

Thursday, July 31, 2008

MACAM-MACAM ADA

Setakat hari ini, semenjak persidangan cawangan Umno berjalan dari 17hb Julai lalu, pelbagai peristiwa dan kejadian yang berlaku. Ada yang lucu, pelik, aneh, menghairankan malahan membuat kita pemerhati politik teruja, untuk mengikuti setiap perkembangan di seluruh negara.
Dicatatkan, di bahagian tertentu, ada penyandang jawatan yang dengan rela hati melepaskan jawatan yang dipegang kepada muka baru. Alasan diberi untuk memberi peluang kepada pemimpin muda menerajui parti.
Ada juga penyandang jawatan mungkin terpaksa melepaskan jawatan dengan berat hati sebab pencalonan tidak mencukupi. Situasi berlaku akibat cawangan-cawangan tidak lagi mencadangkan namanya, berubah angin kepada calon baru.
Terdapat juga pemimpin cawangan yang dengan berat hati terpaksa melepaskan kepimpinan kepada orang baru kerana tewas dalam pertandingan. Yang tidak seronok, ada yang tidak dapat menerima kekalahan lalu mengajak pihak yang menang beradu kekuatan.
Wujud juga kepimpinan yang melepaskan jawatan tetapi menaja pengganti. Situasi tidak sihat berlaku hingga menyebabkan berlaku sikap bias, memihak kepada kumpulan tertentu.
Dikhabarkan juga, ada pemimpin yang menawarkan bertanding di peringkat bahagian, tetapi tewas di peringkat cawangan. Camna la tu agaknya?
Malahan, ada juga kumpulan tertentu yang seperti takut bayang-bayang sendiri. Membolot pencalonan kumpulan sendiri dengan cuba menghalang kumpulan lain yang menawarkan diri mendapat pencalonan, secara tidak demokratik.
Macam-macam ada... yang pasti demokrasi terus berjalan. Janganlah hendaknya dicacatkan proses demokrasi yang berlangsung ini dengan tindakan yang tidak demokratik. Jika dapat dirundingi, dipersetujui semua, eloklah jangan berlaku pertandingan. Namun, jika pertandingan tidak dapat dielakkan, biarlah ia berlaku dalam suasana yang sihat dan dalam semangat kekeluargaan. Ada ka?

Thursday, July 17, 2008

DEBAT 2008


Salam

Agak lama tidak berkesempatan menulis di ruangan ini. Keterbatasan waktu dan kesibukan tugas harian, menjadi kekangan utama…

Kelmarin, selepas menghadiri dua mesyuarat penting pada sebelah petang, bergegas pulang ke rumah. Elok-elok sampai, jam di dinding menunjukkan waktu hampir jam 9.00 malam. Selepas, ‘berebut’ dgn anak-anak rancangan tv yg ‘mesti tonton’, semestinya TV9 pilihanku, rancangan Debat antara Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Chek vs Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Selepas sejam menonton tv, memang mengkagumkan…kepetahan berbicara ( baca : beretorik ) DSAI masih seperti dulu. Hebat juga…keberanian DASC berhadapan dgn pemimpin pembangkang ( baca: katanya PM in waiting ).

Hari ini jadi kerajaan, esok turun harga minyak. Kesimpulannya…bagi saya:

- Tiada benda / formula baru yg selalu diwar-warkan oleh DSAI semenjak sebelum pilihanraya yang lalu kecuali cadangan penurunan 50 sen.
- Sanggahan DASC boleh diterima dan meyakinkan tmasuk keperluan pensrukturan subsidi yang dlakukan oleh kerajaan.

Siapa menang? Pemenangnya ialah budaya baru apabila pihak yang bertentangan boleh berdiri di atas pentas yang sama, berhujah secara professional menegakkan pendirian masing-masing. Mungkin ini satu permulaan yg baik….

Saturday, July 5, 2008

APA BENARKAH INI...?S3

"Sumpah dengan junjung Al Quran untuk tentu kebenaran" Nik Aziz
Oleh Bernama, Mstar
Jumaat, 04 Julai 2008
KB: Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata "mubahalah" atau bersumpah dengan menjunjung al-Quran adalah cara untuk menentukan kebenaran dan juga sesuatu yang dituntut dalam Islam.Sambil menyokong cadangan Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin berhubung perkara itu, beliau berkata melalui cara demikian, Allah SWT boleh melaknatkan mana-mana pihak yang bersalah.

"Dalam Quran sudah menyebut, setelah sudah tiada ikhtiar lagi dalam menyelesaikan kemelut yang memalukan itu, siapa yang tidak bersalah Tuhan tolong," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini, hari ini.

Cadangan Mufti Perlis. Beliau yang juga Mursyidul Am PAS berkata demikian sebagai mengulas cadangan Mohd Asri supaya kedua-dua individu yang dikaitkan dengan kes liwat iaitu Penasihat Parti Keadilan Rakyat Malaysia (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan "bermubahalah" atau bersumpah.

Dalam kenyataannya semalam, Mohd Asri berkata isu liwat yang membabitkan Anwar sudah semakin rumit dan rakyat pula menjadi keliru.

******************************************************************

Drama yg bermula dgn laporan polis oleh Saiful Bukahri, beberapa hari yg lalu, menjadi semakin kalut dan mengelirukan. Fitnah, khabar angin dan sikap prejudis, mengambil tempat. Semakin hari semakin ramai manusia yang menjadi tidak rasional.

Golongan yang tidak percaya Datuk Seri Anwar Ibrahim terlibat, terus berhujah menafikan tuduhan tersebut, dan menuduh ia sebagai konspirasi paling keji dan jijik ke atas bakal Perdana Menteri Malaysia ( kata mereka ). Lanjutannya, pelbagai perkembangan yang tidak masuk akal berlaku.

Segolongan pula, masih menanti keputusan siasatan pihak berkuasa ke atas kes ini. Kewibawaan pihak berkuasa dlm melaksanakan keadilan untuk semua rakyat Malaysia, masih utuh di kalangan golongan ini.

Mungkin cadangan pihak ketiga, yang tidak terlibat secara langsung dengan kemelut ini boleh digunapakai. Contohnya, idea Mufti Perlis Dr Asri Zainal Abidin, yang disokong oleh MB Kelantan, Datuk Nik Abd Aziz Nik Mat, supaya kedua-dua pihak, pelapor Saiful Bukhari dan tertuduh DSAI, untuk melakukan sumpah menjunjung al-Quran!

Cadangan ini agak 'radikal', tapi mungkin boleh membantu merungkai permasalahan yg berlaku. Lagipun, tidak bersalahan dgn tuntutan agama. Cuma, beranikah pihak terlibat bersumpah? Amacam ada beranikah?

Tuesday, July 1, 2008

APA BENARKAH INI...?S2

Buat laporan polis jika Anwar diancam bunuh
01/07/2008 6:09pm
KUALA LUMPUR 1 Julai - Mereka yang mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim diancam bunuh oleh pihak-pihak tertentu diminta membuat laporan polis.
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, sehingga kini tiada laporan seumpama itu di terima terhadap Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.
Katanya, tanpa sebarang laporan hanya menyukarkan polis untuk memulakan siasatan terhadap sebarang dak waan.
“Kita perlu laporan...Polis tidak menerima laporan mengenai perkara itu (dakwaan bunuh). Macam mana kita mahu siasat kebenarannya,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas kenyataan dalam sebuah blog milik seorang ahli Parlimen yang mendakwa Anwar men jadi sasaran pembunuh upahan.
Kenyataan tersebut adalah berdasarkan maklumat daripada beberapa sumber dari unit perisikan sebuah negara jiran.
*******************************************************************************
Wah, ini sudah jadi kes berat ni. Jika benar la diancam bunuh, wajar sangat la Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat laporan polis. Kita setuju sangat dengan saranan Tim. Ketua Polis Negara, TS Ismail Omar ni.

Kita pun tidak suka drama bunuh-membunuh ni. Jangankan begitu, tembak-menembak, letup bom macam dalam televisyen pun kita tidak suka. Mana boleh undang-undang ditegakkan di tangan sendiri.

Negara kita ni bukan negara koboi, lagi pun cara begitu bukanlah budaya kita. Sebagai orang Timur yang kaya dengan budi bahasa, kita tidak mahu para 'penjahat' ni, beraja di mata, bersultan dihati.

Kepada yang berkenaan: Laporkan kepada pihak berkuasa untuk disiasat, pihak berkuasa pula ambil tindakan yang boleh menjamin nyawa rakyat Malaysia tidak 'diambil' sewenang-wenangnya. Salam.

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin