Search This Blog

Loading...

Friday, September 26, 2008

KAMI SOKONG TS MUHYIDDIN!



Perlembagaan UMNO tidak halang pertandingan
KUALA LUMPUR 25 Sept. – Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan perlembagaan UMNO memperuntukkan semua jawatan di dalam parti termasuk Presiden dan Timbalan Presiden boleh ditandingi. Beliau memberitahu, pertandingan bukan sahaja dibenarkan pada peringkat Majlis Tertinggi (MT) tetapi juga di peringkat cawangan dan bahagian kerana UMNO mengamalkan sistem demokrasi. ( Utusan Malaysia )


*************************************


Ya Tan Sri, kami di peringkat bawah ni setuju sangat dgn statement TS ni. Kami sgt bsetuju dgn Perlembagaan yg mbenarkan pertandingan semua jawatan, dr peringkat cawangan, bahagian hingga ke MT.

Cuma Tan Sri, kami ada banyak soalan bkaitan pertandingan ni. Knapa la pula kalau ptandingan di cawangan atau bahagian banyak masalahnya? Ada ahli yg bminat untuk menawarkan diri berkhidmat kepada parti dgn btanding jawatan tertentu spt: Ketua Cawangan, Ketua Wanita, Ketua Pemuda, Ketua Puteri...apalagi Ketua Bahagian, dihalang secara tidak mengikut perlembagaan. Ada pelbagai alasan diberikan untuk mewajarkan halangan tersebut spt: Tidak cukup kouta pencalonan, technical error, mesyuarat tidak sah dsb...

Maksudnya Tan Sri, kalau Umno benar-benar mengamalkan demokrasi, bukalah pertandingan untuk semua ahli, jangan ada halangan. Baharulah ahli percaya bahawa hak mereka sebagai ahli tidak dinafikan...hak untuk menawarkan diri btanding dan hak ahli mencadangkan orang lain memimpin. Selebihnya diserahkan kepada ahli yang mjadi pwakilan.

Janganlah nanti Tan Sri beria-ia kata buka ptandingan hanya untuk peringkat MT...ahli-ahli di bawah sana di cawangan dan di bahagian tbiar melopong, yg bhajat menawarkan diri tidak kesampaian tanpa pembelaan, apabila penyandang jawatan 'main buyuk'. Sesekali Tan Sri lihat juga pgolakan politik di peringkat bawah...

Bukan apa Tan Sri, takut nanti kita ghairah merebut jawatan, ahli-ahli di bawah muak, apalagi geng yg dihalang daripada btanding, tentu macam-macam ada kesan yg timbul, yg akhirnya mrugikan parti...Jangan sampai Tan Sri, kita menang jawatan tapi saat itu Titanic sudah karam...

buyuk = tipu helah



Thursday, September 25, 2008

HADIAH AIDILFITRI


Terima kasih diucapkan kepada kerajaan yg telah menunaikan janji untuk menurunkan harga minyak 10sen lagi - menjadi 25sen keseluruhannya tambah dgn penurunan bulan lalu.


Biasak la, ada sebilangan manusia yg x pandai bersyukur tetap jua menghentam walaupun dalam hati gembira jugak bah...minyak turun harga.


Kurang-kurang penurunan harga minyak ni boleh la kita ibaratkan sebagai hadiah menjelang Hari Raya. Hari ni 25 Ramadhan, ertinya ada 4@5 hari lagi masa untuk berpuasa...


Dalam berpuasa, menjelang hari lebaran, minyak pula turun harga...Terima Kasih!!!

Sunday, September 21, 2008

BIAR SIKIT TAPI BERKUALITI

Pecat ahli UMNO Sabah belot wajar ( Berita Harian 20/9/2008 )

KOTA KINABALU 19 Sept. - Pemimpin-pemimpin UMNO Sabah menyifatkan tindakan Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memecat tiga ahli parti dari negeri itu sebagai wajar dalam usaha menguatkan lagi parti.
Setiausaha Perhubungan UMNO negeri, Datuk Yahya Hussin berkata, tindakan itu dilakukan setelah mengambil kira pelbagai faktor antaranya melanggar undang-undang parti. ''Pemecatan ini mengikut perlembagaan UMNO dan ia tidak akan melemahkan parti dalam jangka panjang," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Semalam, seorang ahli UMNO dari Bahagian Beluran dan tiga lagi dari Bahagian Beaufort dipecat selepas didapati menyokong pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-12, Mac lepas.
Sementara itu, Ketua Penerangan UMNO negeri, Datuk Sapawi Ahmad berkata, ahli UMNO yang tidak setia dan tidak jujur wajar dipecat kerana mereka hanya menjadi duri dalam daging."Kalau sudah nyata sokong pembangkang dan menentang parti, mereka sudah tentu tidak berguna lagi," ujarnya.
*******************************
Satu tindakan yg btul dan tepat. Seharusnya ahli parti yg tidak setia, tiada tempatnya dalam UMNO. Cuma, rasanya Datuk ndakan empat orang ni saja yg nda jujur dan nda ikhlas bjuang. Ramai lagi yg nyata berkempen untuk pembangkang dalam PRU12 lalu, tapi tidak dilaporkan dan tidak diambil tindakan. Ha sekarang, masa pemilihan UMNO, mamat yg sokong pembangkang hari tu, dialah yg paling sibuk. Mencatur sana-sini, berabis di kedai kopi, berkempen siapa mau dikasi naik, siapa mau dikasi turun...UMNO kena tegas Datuk, biar ahli tidak ramai tapi bkualiti drpd ramai tapi macam hampas....

Thursday, September 18, 2008

BERITA SAPP & KJ

Salam, kemarin petang dua berita penting keluar dan hari ini menjadi berita hangat, pasti menjadi bualan seluruh negara.

BERITA 1
Parti Maju Sabah keluar Barisan Nasional ( Utusan Malaysia )

KOTA KINABALU 17 Sept. – Parti Maju Sabah (SAPP) hari ini mengumumkan keluar daripada Barisan Nasional (BN) tiga bulan selepas menyatakan pendirian hilang kepercayaan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi serta bersedia menyokong usul undi tidak percaya terhadap Abdullah di Dewan Rakyat.Pada sidang akhbar selepas mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) parti itu di sini, Presiden SAPP, Datuk Yong Teck Lee berkata, parti tersebut memutuskan untuk keluar daripada BN manakala wakil rakyatnya akan bertindak sebagai pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) dan di Parlimen.

Kataku: BN sewajarnya bermuhasabah sebab dan akibat tindakan SAPP di kala politik sedang bergelora ketika ini. Jangalah hendaknya terpacul kata-kata pemimpin BN yg bkata seperti tindakan SAPP ini tidak melemahkan BN, kecewa dengan SAPP atau BN terus kukuh. Kena akui walaupun pahit, peristiwa terbaru ini pasti akan mengocakkan lagi 'ribut dalam cawan' ketika ini. Kepada para pemimpin BN, kalau tiada mau dicakap lebih baik diam...

BERITA 2
Khairy tawar tanding Ketua Pemuda Umno ( Berita Harian )



Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menamatkan teka teki mengenai jawatan yang akan ditandinginya apabila secara rasmi menawarkan diri bertanding jawatan Ketua Pemuda Umno pada pemilihan parti Disember ini. Pengumuman Khairy itu bakal menyaksikan pertandingan empat penjuru selepas tiga pemimpin mengesahkan bertanding jawatan itu sebelum ini. Mereka ialah bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo; Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perlis yang juga Ketua Umno Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin.

Kataku: dgn pengumuman KJ ni, maka lengkaplah sudah senarai calon KP. Datuk Mukhriz dgn slogan Berani Berubah, DS Khir dgn Pemuda Berani & KJ dgn Persahabatan & Perpaduan. Semuanya dgn azam menarik kembali sokongan golongan muda...bagus la niat sudah jelas, cuma org mau tengok aplikasi saja, jgn sampai tarik masuk yg diluar, yg didalam 'belompatan' keluar, akhirnya sama saja....Kpd KJ, persahabatan & perpaduan tu biarlah bmula dr Pmuda Umno, time skg ni mjelang pemilihan bahagian, apa yg nampak ialah slogan tu macam mainan bibir sahaja, retorik yg x kelihatan buktinya di kalangan ahli pemuda!

Wednesday, September 17, 2008

ALKISAH 16 SEPTEMBER

Salam, ada banyak kisah berkaitan dengan tarikh keramat ini :

Kisah 1
Pada 16 September 1963, Sabah, Sarawak & Singapura merdeka melalui pembentukan sebuah negara bernama MALAYSIA, bersama dengan Semenenjung Tanah Melayu. Alhamdulilah....

Kisah 2
Di sebuah surau, malam menjelang 16 September 2008, seorang pakcik bercerita berkaitan dengan perasaan bimbang dan takutnya dengan cerita 'rampasan kuasa' oleh sebuah pakatan ke atas sebuah kerajaan yang sah. Katanya: macamana indak takut, durang pakai pistol bah.

Kisah 3
Siang 16 September 2008, sms 'karut' disebarkan oleh anasir yg bertanggungjawab. Bunyi sms tu mcm ni : Yb Anuar Ibrahem petang ini 16 Sept 2008 selamat mengangkat sumpah sbg Perdana Menteri M'sia yang baru di depan "gambar" Yg Di Pertuan Agong dalam rumahnya di Segambut. Majlis ini turut disaksikan oleh ahli-ahli DAP, PKR dan PAS.

Kisah 4
Hari ini 17 September 2008, kebimbangan pakcik malam tu tiada asas, SMS karut tu pun memang sah karut...yang pasti kerajaan masih macam kerajaan kemarin dan pastinya puasa ada 13 hari lagi sebelum kita beraya sakan !

Monday, September 15, 2008

Menghitung Detik Waktu !


Salam,

Hari ni masuk 15 Ramadhan bersamaan 15hb September 2008.

1. Raya - sudah masuk separuh dari kewajipan sebulan puasa dalam bulan Ramadhan, bermakna ada separuh lagi sebelum merayakan Hari Raya.

2. 16 September - tinggal kurang 24 jam lagi tarikh yang diheboh-hebohkan semenjak bulan 3 yg lalu. Apa kes ? Penubuhan kerajaan baru Malaysia. Ada tanda ? Belum nampak apa-apa signal. ( Dengar khabar tarikh ditunda lagi, betul ka ? )

3. Jadi jangan nda jadi, 16 September ni...kalau tidak malu wooo, mana mau taruh muka wooo !!! Raya tetap jadi !!!

Saturday, September 13, 2008

PERBEKK - 1

TADARUS AL-QURAN & MAJLIS BERBUKA PUASA


Kelmarin petang, Persatuan Belia Kg. Kuridak, Beaufort ( PERBEKK ), dgn kerjasama Jab. Belia & Sukan, Bhg. Beaufort & Badan Masjid Kg Kuridak, telah menganjurkan Program Rakan Muda Ramadhan.....


Entri seterusnya telah dipindahkan ke blog PERSATUAN BELIA KG. KURIDAK ( PERBEKK ) di, http://www.PERBEKK.blogspot.com. Sila baca di sana, terima kasih.

Thursday, September 11, 2008

Tazkirah Ramadhan


Salam,

Hari ni kita bkongsi satu lagi keistimewaan bulan Ramadhan, yang harus kita phatikan, yang mungkin tiada pada bulan lain...kaitan Ramadhan dgn aspek Pengurusan Masa.

1. Apabila tiba bulan Ramadhan, maknanya telah setahun berlalu daripada Ramadhan yang lalu. Dalam tempoh 365 hari berlalu, apakah yang telah kita lakukan dan bagaimanakah masa kita habiskan ? Kedatangan Ramadhan mengingatkan kita tentang perjalanan waktu.

2. Ramadhan merupakan proses penjadualan kehidupan kita dengan kedatangan bulan puasa setahun sekali. Setiap Muslim seharusnya mendisiplinkan diri dengan menjadikan kegiatan puasa sebagai acara tahunan utama.

3. Dalam berpuasa pada bulan ini, ketepatan waktu amat dititikberatkan. Sesaat makan minum selepas imsak atau sebelum waktu berbuka, akan menyebabkan puasa terbatal. So, kena b'ingat dan bhati-hati, jangan puasa tbatal kerana sesaat cuma.

4. Puasa dan ibadat lain yg dilakukan sepanjang bulan Ramadhan ini merupakan pelaburan jangka panjang, sebagai persediaan menghadapi masa depan pada hari Akhirat kelak. Amat rugilah orang yang lalai dan tidak melabur pada hari ini.

Sekian, semoga bulan berkat ini menyedarkan kita kepentingan MASA!!!

Monday, September 8, 2008

Menghitung Hari !!!


Salam,

Hari ni, 8 September 2008 bersamaan 8 Ramadhan 1429H. Bagi umat Islam dan rakyat Malaysia, situasi terkini menunjukkan kita menghitung hari...

Hari Raya - tinggal 22 hari lagi untuk berpuasa, PASTI tiba saatnya untuk beraya...

16 September - tinggal 8 hari lagi...BELUM PASTI, tapi nampak gayanya, tiada tanda-tanda yang anak bulan akan kelihatan...kita tunggu siapa yang kena!!!

Friday, September 5, 2008

Keistimewaan Ramadhan al-Mubarak


Salam,


Hari ni saya nak bkongsi bkaitan keistimewaan bulan Ramadhan al-Mubarak. Antara lain, keistimewaan Ramadhan itu ialah :

1. Puasa - mendidik manusia menjadi sabar dan menahan nafsu daripada melakukan tegahan Allah, serta melatih diri menjadi redha. Puasa juga boleh mendatangkan keinsafan terhadap penderitaan orang miskin melalui amalan berlapar di siang hari.

2. Amalan Solat Terawih - dilaksanakan pada waktu malam sebagai sambungan pengabdian kepada Allah pada waktu siang. Dalam solat Terawih ini, kita memohon keampunan Allah dalam rasa rendah diri, hina dan sedar kehebatan Allah.

3. Zakat & Sedekah - Zakat Fitrah sebagai satu kewajipan yang mesti ditunaikan sepanjang bulan ini untuk membersihkan harta pencarian, disamping galakan bersedekah sebagai galakan untuk bersifat pemurah dan berkasih-sayang sesama insan.

4. Membaca Al-Quran - Sebagai tambahan amalan baik dalam usaha mengabdikan diri kepada Allah. Disamping meneliti segala iktibar dalam al-Quran untuk dijadikan pedoman kehidupan.

5. Mujahadatun-Nafs - berjihad melawan hawa nafsu, melawan keinginan makan, minum dan nafsu syahwat serta melawan kejahatan yang tidak kelihatan, sifat mazmumah seperti mengumpat, ujub dan sebagainya.

Semoga amalan baik dan mulia yang kita laksanakan sepanjang bulan Ramadhan ini akan membawa kita kepada fitrah - bersih seperti lahir semula.

Tuesday, September 2, 2008

Salam Ramadhan


Salam,

Selamat Berpuasa kepada semua rakan-rakan pengunjung blogku ini.
' Semoga kemerdekaan menjelang Ramadhan al-Mubarak tahun ini akan lebih menginsafkan kita. Salam Merdeka, Salam Ramadhan & Salam Perjuangan. Wassalam'.

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin