Search This Blog

Loading...

Sunday, October 26, 2008

Dari Beaufort Ke Sipitang

Keputusan Pemilihan JK Umno Bahagian Sipitang dan Beaufort 2008-2011

BAHAGIAN SIPITANG

Ketua : YB Datuk Sapawi Ahmad ( MTB )
Tim. Ketua : YB Kamarlin Ombi
Naib Ketua : Ag Rakawi Mohd Said

AJK :

Mat Rudi Kahan
Abd Rahman Matnoh
Ag Ramlee Ag Said
James Sago
Amat Talip
Maaruf Hj Juslim
Tajudin Hj Asari
Mastullah Rais
Ismail Kambar
Ahmad Mumin
Yunus Rajah
Md Saidi Manan
Kasa Saidi
Hj Jaini Puasa
Muanam Mujiarto
Mat Jini Kimbi
Ag Osop Kahar
Datuk Dg Mahani Tun Ahmad Raffae
Hashim Diris
Che Mat Latip

Perwakilan 7

YB Hj Ahmad Bujang
Datuk Dr Yusof Yakob
Mohd Nazri Abdullah
Mat Rudi Kahan
Anthony Liaw
Aliddin Mohamad
Abd Rahman Matnoh

BAHAGIAN BEAUFORT

Ketua : YB DSP Lajim Ukin
Ti. Ketua: Sdr Isnin Liasnih
Naib Ketua: Datuk Kimjus Duim

AJK:

Mohd Fazlee Abdullah
Capla Aliamat
Abd Sanon Hj Sapri
Ibrahim Salim
Abd Majis Nasar
Said Yaakub
Sabdin Hj Maarof
Lil Kiplee Hj Kadir
Zulkifli Hj Suntrak
Hj Pg Jaafar Pg Osman
Ahmad Said
Mohd Zainal Hj Jilon
Iunayah Sadim
Agku Mahmood pg Ahmad
Ag Damit Jion
Haris Hamid
Muslim Murad
Ag Besar Hj Abd Rashid
Apok Laitui
Hj Asmat Japar

Perwakilan 7

Jawarin Nasar
Jaludin Hj Kadir
Mohd Fadzlee Abdullah
Hj Pg Jaafar Pg Osman
Hj Jusih Hj Sarin
Majasuin Chuan
Hj Mohd Daud Hj Aman

**********************&&&&&&&&&&*****************
TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA PARA PEMENANG. INGATAN : TUNAIKANLAH AMANAH PARA PERWAKILAN INI DGN SEBAIK MUNGKIN. KPD YG TEWAS, MUNGKIN POST MORTEM BOLEH DILAKUKAN SELEPAS INI.

TAHNIAH JUGA DIUCAPKAN KEPADA AJK PEMUDA UMNO SIPITANG YG BERJAYA MENANG SELEPAS BERTARUNG DI GELANGGANG. SELAMAT BERJUANG !!!

Friday, October 24, 2008

TABIK YB ZUL

......Tegasnya, kekuatan orang Melayu terletak pada agamanya tetapi hari ini orang Melayu serta Islam telah diserang oleh pelbagai pihak.....selanjutnya disini.

Salam,

Seperti yg dilaporkan, YB Zulkifli Nordin - MP Kulim-Bandar Baharu, dgn tegas menyatakan pendiriannya bhubung kedudukan Islam & ummah. YB macam nilah yg kita mahu, mnyatakan kebenaran walaupun pahit.

Tabik la YB, kta doakan YB sentiasa sihat dan diberi kekuatan dalam pjuangan suci ini. Jangan takut jangan gentar...macam ada YB2 tu, penakut tidak berani bicara pasal ni.

Thursday, October 23, 2008

PANAS MEMBARA !!!

Bahang pemilihan Umno di dua bahagian berjiran: Beaufort & Sipitang semakin hangat. Menuju tempoh pemilihan yang tinggal sehari dua lagi, masa semakin mengejar para calon untuk berkempen. Ibarat bermain bola, kini sudah masuk ke minit-minit akhir perlawanan. Di bahagian Beaufort, pemilihan akan diadakan pada 25/10/2008 di Dewan Pa’ Musa, Beaufort, sementara bahagian Sipitang pada 26/10/2008 di SMPO2, Sipitang.

*************&&&&&&&&&&************

BAHAGIAN BEAUFORT

Ketua : DSP Hj Lajim Hj Ukin VS Dtk Hajah Azizah DSP Mohd Dun
Tim. Ketua : Sdr. Isnin Liasnih VS Zahari Zinin
Naib Ketua : Dtk Kimjus Duim VS Hj Osin Jilon

AJK : Seramai 62 orang calon menawarkan diri.

************&&&&&&&&&&&&&&***********

BAHAGIAN SIPITANG

Ketua : Dtk Sapawi Ahmad ( MTB )
Tim. Ketua : En. Mohd Nazri Abdullah VS YB Kamarlin Ombi VS Osman Ahmed
Naib Ketua : Hj Sapawe Tussin VS Ag Rakawi Mohd Said

AJK : Seramai 58 orang mencuba nasib.

*****************&&&&&&&&&&&***************

Nasib para calon, sama ada penyandang atau muka baru/lama yg menawarkan diri terserah di tangan para perwakilan dgn izin Allah jua. Kini perwakilan dari cawangan berkuasa penuh untuk memilih pemimpin pilihan yg boleh membawa aspirasi parti untuk tempoh tiga tahun mendatang.

Kepada para calon, SELAMAT BJUANG. Gunakanlah masa yg berbaki sebaik mungkin memikat pwakilan. Untuk pwakilan, jangan persiakan kuasa diberi oleh ahli cawangan memilih pemimpin yg ‘bagus’. Mungkin panduan ini boleh membantu. TIPS MEMILIH PEMIMPIN.

Tiada Kes Pilih Kasih - Lembaga Displin Umno


Dalam pertemuan di Kuala Lumpur itu, Tengku Ahmad Rithauddeen turut menegaskan bahawa dalam menjalankan tugasnya, Lembaga Disiplin sama sekali tidak akan mengamalkan pilih kasih atau berat sebelah. Sebaliknya siapa juga dalam UMNO yang terlibat dengan politik wang tetap akan dikenakan tindakan tanpa mengira kedudukan dan pangkat.

Selanjutnya di sini.

Ya Tan Sri, kami setuju sangat, jangan ada pilih kasih, berat sbelah, timbang kati, main runding kampung. Keadilan mesti ditegakkan, pjenayah politik yg mgunakan wang untuk membeli pcalonan dan undi, serta pemegang kuasa yg manipulasi kedudukan mengalahkn pihak lain yg tidak sbulu dgn mereka, mesti dihukum. Mereka mesti diajar cara politik matang.

Satu lagi TS, jangan ditolak mentah-mentah laporan yg kekurangan bukti. Mungkin pengadu bukan kurang bukti tapi tidak pasti bagaimana hendak mengemukakan bukti. Siasat saja dulu, bila habis siasatan tnyata memang tiada kes prima facie atau berunsur fitnah, baharulah NFA.

Satu cadangan TS, ahli LD ni kena tambah la supaya efisyen dan cekap. Macam sekarang ni agak lambatlah. Ada aduan pasal cawangan belum disiasat pun tapi bahagian sudah hendak bermesyuarat. Logiknya, bila mesyuarat bahagian sudah selesai, adakah lagi hukuman untuk cawangan yg tidak mematuhi prosedur ?

Jangan nanti ahli parti kecewa, laporan tidak kena layan, siasatan tidak berjalan, hak ahli dinafikan, LD dipersendakan...akhirnya, kata-kata TS, Tiada Kes Pilih Kasih, menjadi ejekan.

Monday, October 20, 2008

GANDINGAN MANTAP


Tahniah diucapkan kepada DS Najib dan TS Muhyidin yg telah berjaya melepasi kouta pencalonan Umno Bahagian untuk jawatan Presiden dan Tim. Presiden. Setakat ini, hanya mereka bdua sahaja yg melepasi kouta yg ditetapkan.

Situasi ini menunjukkan kepercayaan pwakilan Umno kpd DS & TS bdua utk menerajui Umno selepas ini. Harapnya janganlah dihianati kepercayaan dan amanah yg diberikan ini, bukan sahaja sebagai ahli parti malahan untuk menerajui kerajaan nanti.

Khususnya, janji-janji untuk reform Umno selepas ini spt membuang sistem kouta, membanteras politik wang dsb. Umno di tangan tuan bdua sewajarnya dapat diperkasakan lagi.

Sekalun tahniah juga kepada DS Shafie Apdal, yg juga telah melepasi kouta pcalonan Naib Presiden. Mungkin sudah tiba masanya kepimpinan ahli Umno dari Sabah diiktiraf di peringkat nasional dengan jawatan lebih kanan. Untuk itu, DS kena usaha dgn lebih gigih lagi...

Thursday, October 16, 2008

Ingatan Khas Untuk Mr Dompok

Petikan Ucapan TS Bernard Dompok, Menteri di JPM semasa ucapan Perasmian Kongres UPKO pada 11 / 10 / 2008 yg lalu.

…..Peristiwa-peristiwa yang berlaku sejak beberapa tahun kebelakangan ini telah menyebabkan sebilangan penduduk merasa tidak selamat. Mereka bimbang jaminan kebebasan beragama seperti yang termaktub dalam Perlembagaan dan dijamin oleh para pemimpin pengasas Negara mungkin semakin terhakis.
Bilangan kes-kes dimahkamah yang semakin meningkat dimana ahli-ahli keluarga berusaha untuk mengabulkan keinginan orang-orang tersayang mereka untuk dikebumikan sesuai dengan tatacara agama yang mereka pilih telah menimbulkan kebimbangan dikalangan komuniti bukan Islam.

Sesungguhnya, tidak ada seorangpun yang sepatutnya dihalang daripada menganuti apapun juga agama. Ia termaktub dalam perlembagaan dimana setiap rakyat Malaysia berhak memeluk agama Buddha, Islam, Kristian atau apapun juga agama yang ia mahu. Meskipun demikian, ia juga termaktub dalam perlembagaan hak rakyat Malaysia untuk kembali ke agamanya yang asal sekiranya itulah kemahuan orang itu. Tidak ada undang-undang atau orang yang sepatutnya boleh memisahkan seseorang dengan Tuhannya......

Baca selanjutnya di sini

Mr. Dompok, janganlah sesekali berbohong dgn fakta yg tbentang dlm Perlembagaan Malaysia. Janganlah btindak mjadi jaguh, mjadi hero dgn mjadikn perkara sensitif diucapkan di hadapan penyokong sendiri. Janganlah sampai m'guris perasaan orang lain ( baca: orang Islam ).

Kalau ya pun tidak puashati, gunakanlah mekanisme yg ada utk mbincangkannya. Daripada menjadi 'tolol' cari glamer. You tu kan menteri, mesyuarat kabinet setiap minggu, so bincanglah.

Janganlah mengambil kesempatan dlm kelemahan BN yg UPKO juga ahlinya sekarang utk menekan mendapatkan sesuatu. Janganlah keharmonian Sabah dicalarkan oleh kerakusan kuasa para ahli politik seperti kamu.

Kalau ya pun mau bpolitik, politiklah kau tp jgn menyentuh sensitiviti agama lain. Islam ada pintu masuk, tapi tiada pintu keluar...itulah tanda kesucian Islam. Ada faham???

KEMASKINI 19/10/2008 0800AM

TAHNIAH KPD. DATUK HJH AZIZAH DSP MOHD DUN & PN. RUANDI BASNI ATAS KEJAYAAN MENGEKALKAN KEDUDUKAN SEBAGAI KETUA WANITA & NAIB UMNO WANITA BAHAGIAN BEAUFORT.

Kemaskini 20 /10/2008 1200pm
Baca di sini utk kaitan dengan ucapan Mr Dompok ni.

Sabarlah Datuk Ahmad Ismail!


Hari tu, Datuk Ahmad Ismail Ketua Bahagian Umno Bukit Bendera dikenakan tindakan displin digantung keahlian sbagai ahli Umno selama 3 tahun. Kesalahannya, mengeluarkan kenyataan bahawa kaum Cina di negara ini adalah pendatang. Disuruh meminta maaf dia enggan kerana dia percaya apa yg dikatanya adalah fakta sejarah.

Datuk AI dikutuk, dimaki, dibelasah dsb dari segenap penjuru. Kalau ada mptahankan dia pun cuma ‘seciput’ saja. MT Umno tpaksa bermesyuarat untuk mengambil tindakan kepada DAI ni, semata-mata kenyataannya telah mengguris perasaan orang lain.

Hari ini, seorang nyonya bnama Dtk Tan Lian Hoe, juga mengeluarkan kenyataan yang lebih kurang sama – berbaur perkauman. Sehingga hari ni, ada Presiden Gerakan suruh dia minta maaf ? Ada dia minta maaf ? Ada parti Gerakan buat mesyuarat CWC untuk mengambil tindakan ?

Untuk ingatan, dulu S.Paranjothy pemuda Gerakan juga buat kenyataan menyalahkan Umno kerana kemunduran orang India. TS Koh Shu Koon bjanji menyiasat dan mengambil tindakan, sampai hari ni, S.Paranjothy masih jadi AJK Pemuda Gerakan.

Soalnya, di mana keadilan utk DAI ? Hai, apa boleh buat DAI, bsabarlah ko, semua ni kita buat demi PERPADUAN !

Monday, October 13, 2008

Yuran Ahli Umno

Salam,
Pemilihan Umno di peringkat bahagian semakin rancak berlangsung. Dalam sibuk bermesyuarat tu, wajar juga diperingatkan semula berkaitan yuran sebagai ahli Umno. Nilai yuran ahli Umno ni terbahagi kepada beberapa bahagian :

1. RM 100
- Yuran ahli seumur hidup. Ahli yang membayar yuran ni tidak perlu susah-susah membayar yuran setiap tahun, sebab dia sudah membayar untuk sepanjang hayat dia.

2. RM 2
- Yuran ahli biasa yang mendapat keistimewaan sebagai ahli, dibayar setiap tahun. Antara keistimewaan yang diterima spt : pada musim pemilihan - tidak perlu bertanding kerana akan diberi kemenangan percuma, ahli lain yg bhajat melawan akan dikalahkan secara teknikal spt masalah kouta, tidak cukup pencalonan atau mesyuarat tidak sah ( terutama bg ahli yg rendah yurannya ).

3. RM 1
- Secara umum, semua ahli akan membayar yuran ini setiap tahun. Perlu diingat, dengan membayar yuran ini belum dijamin akan mendapat hak sebagai ahli, kerana ada banyak lagi perkara yang perlu diambil kira. Contoh, ahli yang membayar yuran jenis ini tidak boleh bdepan dgn ahli yang membayar yuran lebih tinggi.

4. Rm 0.50 sen.
- Jika ahli membayar yuran sebanyak ini maka dia dikira berhutang kepada parti. Jika dia ada hati btanding untuk mana-mana jawatan, alamat dia tidak dibenarkan dengan dicipta pelbagai alasan yang sesuai, munasabah ataupun tidak, tidak penting. Contoh alasan yg selalu digunakan : Tidak cukup kouta, cadangan cawangan tidak sah dsb. Maknanya, hak dia sebagai ahli pun dikurangkan.

5. Tidak membayar yuran.
- Ahli ini akan kehilangan hak sebagai ahli, tetapi dia boleh dikecualikan jika dia 'diperkenan' oleh para penjawat penting seperti ketua. Maknanya, dengan tidak membayar yuran dia juga masih boleh bertanding, dengan syarat dia mesti tidak melawan 'arus'.

*************&&&&&&&********************
TAHNIAH UNTUK DATUK MUKHRIZ & DATO' HISHAMUDDIN, YG TELAH MELEPASI KOUTA UNTUK BERTANDING! SEMOGA BERJAYA

Wednesday, October 8, 2008

TIPS MEMILIH PEMIMPIN


Salam,

Dua hari lagi, Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian termasuk Wanita, Pemuda dan Puteri akan bermula, berlanjutan sehingga 9hb November nanti. Sempena mesyuarat tersebut, saya bkongsi pandangan seorang kawan baru-baru ini. Katanya, pemimpin ada lima jenis :

1. Pemimpin Raja Muda @ RM
Pemimpin jenis ini adalah peminpin yg mempertaruhkan kedudukan dan wang ringgit sebagai aset untuk disokong. Kebiasaannya, pemimpin begini akan menutupi kelemahan mereka dengan harta yang dimiliki dan sanggup membeli sokongan dengan wang ringgit, disamping menggunakan kedudukan yang tinggi untuk mempengaruhi orang lain.

2. Pemimpin Kura-kura
Pemimpin jenis ini ialah mereka yang datang secara bermusim. Ibarat kura-kura yang hanya mengeluarkan kepala bila perlu sahaja. Semasa tiada pemilihan atau aktiviti, mereka hilang entah di mana tanpa khabar berita.

3.Pemimpin Burung Murai
Umpama burung murai yg terkenal dengan mulut becok, pemimpin jenis ini juga petah berkata-kata dan beretorik tetapi tiada tindakan. Aset mereka hanyalah kebijakan menarik sokongan dengan janji manis.

4. Pemimpin Dinosaur
Seperti dinosaur yang hanya tinggal sejarah, pemimpin dinosaur ini juga wajar menjadi tatapan sejarah. Walaupun mungkin mereka memiliki kuasa dan boleh membuat apa sahaja tetapi era mereka sudah berlalu. Sewajarnya mereka memberi peluang kepada pelapis baru mengambil peranan untuk memimpin.

5. Pemimpin Kontemporari
Pemimpin sebegini ibarat peribahasa Melayu : Dicampak ke darat menjadi gunung, dibuang ke laut menjadi pulau. Mereka bijak memainkan peranan dan berfungsi kepada masyarakat dan negara. Masa kini adalah masa mereka menonjolkan diri.

Terpulanglah kepada kita, hendak memilih pemimpin yang mana satu?

KEMASKINI 10/10/2008 10:05
KIMANIS : TAHNIAH KPD SDR. MOHAMAD ALAMIN MENGEKALKAN JAWATAN KETUA PEMUDA & SDR. DURAMIN TAPA DIPILIH NAIB KETUA PEMUDA - SMOGA SDR.2 TRUS DBERI KEKUATAN DLM PJUANGAN.
KEMASKINI 12/10/2008 13:00
BEAUFORT : TAHNIAH KPD SDR. ISHAK HJ IBRAHIM DAN SDR.AZMAN DSP LAJIM, DIPILIH SBG KETUA & NAIB KETUA PEMUDA UMNO BEAUFORT & PIMPINAN PEMUDA UMNO BEAUFORT - TERUSKAN PJUANGAN.

Monday, October 6, 2008

AHMAD ZAHID HAMID, TIMBALAN PRESIDEN UMNO ?

Perlumbaan untuk mengisi jawatan ( yang belum pun dikosongkan ) di peringkat tertinggi parti Umno semakin rancak. Menjelang 9hb Oktober – tarikh mula Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian – para pemimpin semakin sibuk untuk menawarkan diri bertanding di jawatan tertentu.

Untuk jawatan Timbalan Presiden, sudah ada tiga nama yang berani mengumumkan pendirian masing-masing – Datuk Ahmad Zahid Hamidi, DS Ali Rustam dan Datuk Nur Jazlan Mohamed ( KB Pulai ). TS Muhyidin masih bersikap tunggu dan lihat, mungkin sehari dua lagi akan ada pengumuman penting daripada beliau.

Di peringkat Naib Presiden pula, jumlah calon yang turut serta dalam pertandingan semakin ramai. TS Isa Samad, telah memulakan langkah untuk merebut kembali posisi beliau sebelum digantung keahlian 3 tahun kerana politik wang. Selain beliau, TS Muhammad Muhd Taib ( bekas Naib Presiden ), DS Hishamuddin Hussein, DS Kkhaled Nordin, Datuk Shafie Apdal dan yang terbaru DS Shahidan Kassim turut bersedia menjadi gurkha.

Pertandingan sebegini amat baik untuk mencari pemimpin terbaik mengemudi Umno menjelang pilihanraya akan datang, terutama dalam usaha menarik kembali sokongan orang Melayu/Islam. Mungkin kouta pencalonan boleh jadi penghalang kepada pertandingan di gelanggang sebenar, tetapi dengan mengumumkan hasrat masing-masing, sudah nampak kelihatan demokrasi masih wujud dalam Umno ( walaupun ada sebahagian pemimpin di peringkat Bahagian yang cuba menafikannya ).

Cuma yang menjadi persoalan, apakah perlumbaan di peringkat Tim. Presiden ini akan dapat kita saksikan apabila Pak Lah, sebagai Presiden dan DS Najib Razak, sebagai Tim. Presiden mengumumkan akan kekal di posisi masing-masing ? Kita tunggu dan lihat apa yang akan terjadi….

Kepada para pemimpin btandinglah dgn semangat kekeluargaan, musyawarah dan matang. Kepada para perwakilan, pilihlah pemimpin yg bwibawa dan bketerampilan dengan bijaksana...SELAMAT BERSIDANG !!!

Wednesday, October 1, 2008

Indahnya Beraya di Malaysia!

Salam

Memang sukar dinafikan alangkah bertuah menyambut 1 Syawal di sebuah negara bernama Malaysia. Di sini, suasana menjelang Hari Raya memang cukup mengujakan. Tidak kira miskin kaya, persiapan menyambut Hari Lebaran adalah suatu pengalaman manis yang kekal terpahat dalam ingatan.

Di negara kita, keselamatan semua umat Islam menjelang sambutan Aidilfitri adalah terjamin. Hasil usaha pasukan keselamatan memastikan suasana Raya tidak dicemari insiden yang menakutkan seperti letupan bom dsb.

Keamanan yang kita kecapi hari ini juga, kesan daripada keharmonian yang terjalin sekian lama membolehkan Aidilfitri disambut meriah. Semua lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa dan kepelbagaian agama sama-sama meraikannya.

Pada masa yang sama, kemakmuran negara juga meyebabkan sambutan Raya dapat dinikmati oleh semua. Ringkasnya, beraya di Malaysia adalah suatu kenangan indah.

Wajar rasanya untuk kita bersama mensyukurinya…tanpa mengira dari ceruk mana kita merayakannya atau apa jua pun ideologi politik anutan kita!

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN UNTUK SEMUA RAKYAT MALAYSIA!!!

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin