Search This Blog

Loading...

Wednesday, December 31, 2008

Azam Tahun Baru 2009

Salam,

Beberapa minit lg, th 2008 akan meninggalkan kita. 2009 pun dtg mjelma.

Apa azam tahun baru anda?

Bg saya, utk th depan...semestinya mau mjadikn 2009 'jauh' lebih baik drpd th yg bakal 2008 dtinggalkn.

Antaranya: b'usaha lebih gigih utk mcapai kcemerlangan dr segenap segi. Tentunya utk kehidupan peribadi dan keluarga serta berbakti kpd masyarakat dan negara. Usaha dakwah juga akan dpgiatkn!

Juga penting, mau mlupakn kpahitan dlalui spanjang th 2008...biar pun perit tp hidup mesti dteruskn. PEJUANG SEJATI, B'UNDUR BUKAN KERANA KALAH, TP UTK M'ATUR LANGKAH!

# Kalau th baru tiada azam, tidak boleh ka?

Tuesday, December 30, 2008

AirAsia - Boleh La...

Salam,

Hari ni bila check peti emel, didapati ada satu emel dr. AirAsia yg meminta maaf atas 'kebobrokaan' pkhidmatan Call Centre durang. Ia mungkin respon post sbelum ini.

Sbg pguna 'setia' ( sbb MAS mahal sgt ) dan ahli bdaftar AirAsia, kiriman ucapan maaf drpd Mr. Tony Fernandes ini bolehlah diterima. Wpun hati masih marah, dgn pjelasan mlalui emel ini, kira boleh la...

Namun begitu, AirAsia dgn slogan Now Everyone Can Fly, mestilah juga memastikn pkhidmatan dsediakn sesuai dgn harga dan kemampuan majoriti penumpang - semestinya dr kalangan rakyat bpendapatan rendah.

Dr segi sensitivit thadap aduan pguna - mlalui blog - kira boleh la kita tabik kpd AirAsia. Kita kira boleh la...utk AirAsia!

Monday, December 29, 2008

Salam Hijrah 1430H

Salam,

Mungkin belum tlambat m'ucapkan Selamat Tahun Baru Hijrah 1430 kpd semua Muslimin dan Muslimat, khusus pengunjung blog ini.

Kali ini 1 Muharam disambut dgn berita kematian. Petang semalam, 3 jam sebelum mbaca doa akhir tahun, seorang saudara, jiran dan rakan jemaah, Allahyarham Basri Zakaria kembali ke pangkuan-Nya. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hospital Beaufort, selepas dimasukkan di wad beberapa hari yg lalu.

Berita kematian juga kedengaran di Gaza - kematian mungkin sangat biasa dg mereka. Tahun Hijrah di Gaza disambut dgn ledakan peluru dan bom regim Yahudi. Nampak gayanya masalah umat Islam di Palestin ini belum bjumpa penawar mujarab. Apakah ada cahaya harapan akhirnya?

Semoga kedatangan tahun baru Hijrah ini akan mberikan sinar buat kita semua dan setahun yg blalu akan m'insafkan kita bahawa pjuangan mnegakkan kalimah Allah di bumi tercinta ini semakin mcabar dan melalui jalan penuh bliku.

Semoga kita semua akan lebih sedar dan prihatin....Insya Allah.

Sunday, December 28, 2008

PM DS Abdullah Sokong Blog ustazSAID

Salam,

Cuba perhatikan laporan Utusan dengan tulisan di blog ini ( sila lihat di bawah ). Nampaknya, PM DS Abdullah senada dan menyokong saranan blog ini, meminta pihak bkuasa mengambil tindakan tegas kpd pemilik BLOG JAHANAM yg mhina Rasulullah SAW.

Tak taulah selepas PM ( dan aku juga ) sudah menyeru tindakan diambil, manusia bedebah ni masih seronok goyang kaki, masih bsenang2 mhisap curut. Kalau gitu keadaannya, elok rasanya 'pihak bkuasa' tu terjun ja Sg Kelang, jgn timbul2 lg atau panjat Menara KL, terjun ke bawah.

Cadangan : Masa nilah elok benar gunakan ISA tu!!! Faham?

Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar!!!

Saturday, December 27, 2008

Sila Ambil Tindakan!


Salam,

Walaupun BLOG JAHANAM telah ditutup, akibat ledakan kemarahan semua rakyat Malaysia - hanya rakyat yg tidak waras sahaja tidak marah, tetapi tindakan terhadap penulis blog seperti ini MESTI, - saya ulang - MESTI diambil tindakan!

Datuk Syed Hamid Albar, TS Musa Hassan, TS Ghani Patail dan sesiapa jua yg mempunyai kuasa, inilah masanya utk kamu menunjukkan kuasa yg ada. Jika tiada tindakan, hari ni 1 blog ditutup, 2-3 minggu akan datang, banyak lagi blog dibina dgn tujuan yg sama - MENGHINA RASULULLAH dan AGAMA RASMI PERSEKUTUAN MALAYSIA.

Kalau Datuk Sharifah Aini yg dituduh mfitnah Datuk Siti Nurhaliza melalui emel, boleh dibawa ke muka pengadilan, takkan blogger bedebah ini dilepaskan bgitu sahaja. Lainlah kalau kita berasa mfitnah Datuk Siti lebih 'besar' drpd mhina Rasul SAW!

Malah, bukan blogger ini sahaja MESTI diajar, blogger lain yg kurang ajar ni MESTI juga dihukum!

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar

BLOG JAHANAM!!!!




Mau tau BLOG JAHANAM, ni salah satu daripadanya. Kita minta tolong kepada pihak bkuasa tolong ambil tindakan kpd blogger ni. Mungkin masa ni ISA sangat bguna utk org kurang ajar spt ini...p/s : klu tunggu dakwa di mahkamah, makin banyak yg dia tulis dan makin ramai nanti yg tulis mcm dia. Kita merayu tolonglah Datuk Syed Hamid Albar !


Friday, December 26, 2008

Camana nak buat ni ?

Salam,

Di Bahagian Batu Sapi, Sandakan, Pergerakan Wanita Umno bahagian tersebut sekarang mempunyai dua Ahli Jawatankuasa.

AJK yg ptama, diketuai oleh Pn. Naimah Minding, selepas menang pada pemilihan pada 8 November lepas.

AJK kedua pula diketuai oleh penyandang(?) jawatan, Pn. Jamaiyah Hj Sapawi yg menang pd pemilihan pd 13 Disember lalu. Pn Jamaiyah dlm mesyuarat ptama tewas, tp menang pd mesyuarat kedua.

Dilaporkan, Pn Naimah bukan sahaja tidak hadir pada mesyuarat kedua yg menyaksikan dia tewas, malahan tidak mengiktiraf mesyuarat tersebut. Beliau masih menganggap dirinya sebagai Ketua Wanita Umno Bahagian Batu Sapi.

Psoalan timbul, jika benar mesyuarat ptama pd 8 November tidak sah, bagaimana status 10 perwakilan wanita yg hadir pd mesyuarat Umno Bahagian pd 9 November ? Mungkin Lembaga Displin ada jawapan...

Ini mungkin sejarah, satu bahagian ada dua ketua wanita...So, camana kita nak buat?

Thursday, December 25, 2008

Rugikah Umno ?

Salam,

Dilaporkan Kapten (B) Datuk Zahar Hashim, Bekas Ketua Umno Bahagian PJ Selatan, secara rasmi telah menyertai PAS. Beliau sebelum ini telah digantung jawatan selama dua tahun.

Dengan tindakan Datuk Zahar melompat parti ini, apakah signifikannya kpd pjuangan Umno? Adakah Umno rugi kehilangan pemimpin seperti ini ? atau beruntungkah PAS menerima keahlian beliau ?

Soalan-soalan begini agak sukar dijawab kerana kesan tindakan beliau hanya akan dapat dilihat untuk satu tempoh waktu. Namun, menjelang PRK Kuala Terengganu 17 Januari nanti, tindakan Datuk Zahar sedikit sebanyak akan menguntungkan PAS.

Seperti dilaporkan, Datuk Zahar akan bkampung di KT utk bkempen. Ya Datuk Zahar tiada undi utk calon PAS di sana, tp dgn jawatan terakhirnya dlm Umno adalah sbg Ketua Bahagian, sudah tentu PAS akan mgunakan kemasukan Datuk Zahar sbg bola tanggung utk smash Umno.

Maknanya pandangan yg mengatakan Umno tidak tjejas dgn tindakan Datuk Zahar ni adalah satu pandangan yg silap dan keliru. Jangankan Datuk Zahar dan 28 Ketua Cawangan ( sudah tentu mungkin dgn ahlinya ) keluar parti, seorang sahaja ahli parti yg tidak keluar parti pun tp mengundi calon lawan Umno dlm pilhanraya, sudah pasti mjejaskan Umno. Perkara ini tbukti dlm PRU lalu. Berapa ramai ahli yg sabotaj parti sehingga blaku kehilangan kuasa dan majoriti merosot di banyak tempat?

Sudah-sudahlah tu, semakin ramai nanti ahli dan pemimpin parti yg keluar Umno, tinggal berapa orang ja nanti dlm Umno ni? Ni belum masuk kes 900 aduan yg belum diputuskan Lembaga Displin parti. Belum masuk lagi kes ahli merajuk atas pelbagai sebab selepas musim pemilihan lalu.

Sekarang tumpuan harus dilakukan untuk mperkasakan parti, yg tkini pastilah fokus utk mengekalkan kerusi parlimen P.036 Kuala Terengganu. Bukannya, mgantung ahli atas sebab yg 'kurang cerdik' sedang kes politik wang masih tsimpan rapi!

Tuesday, December 23, 2008

Awas Datuk Wan Farid, Hati-hati !

Salam,

Ingatan ini ditujukan khas buat calon Barisan Nasional bagi PRK P.036 Kuala Terengganu yg dijadualkan pd 17hb januari 2009 nanti - Senator Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh.

Sebagai calon BN drpd parti Umno, Datuk diingatkan supaya berhati-hati semasa berkempen dalam PRK nanti. Malahan sebelum, penamaan calon pun Datuk kena bhati-hati. Bukan apa, takut nanti elok-elok Datuk menang, jadi kalah pula.

Kenapa Datuk kena bhati-hati? Ya Datuk jangan sekali cuba-cuba bkempen pilihanraya ni mgunakan blog. Lembaga Displin Umno sudah mengambil tindakan terhadap seorang pemimpin Umno Bahagian kerana kesalahan 'besar' berkempen melalui blog dalam pemilihan lalu.

Untuk perhatian Datuk, kita tumpang risau juga, manalah tahu nanti ada orang laporkan Datuk berkempen melalui blog, dan dibuktikan bersalah lalu diambil tindakan digantung keahlian, naya la kita.

Datuk jangan risau, walaupun nanti Datuk tidak boleh bkempen melalui blog, Datuk tetap boleh sangat bkempen mgunakan cara lama - ceramah, tabur risalah, kempen rumah ke rumah, atau pun minta tolong Datuk Ahmad Shabery, kita guna wayang pacak!

Calon lain, Bebas ka, PAS ka, Tuk Mun ka, biarkanlah durang sebab durang tidak dilarang bkempen melalui blog. Cuma kita ja dalam Umno ni yg dilarang mgunakan blog, sebab kita ada tataetika dan peraturan parti kita yg wajib dipatuhi. Yg tidak boleh kita langgar.

Kelakar kan Datuk, tapi inilah realitinya, berkempen melalui blog menjadi satu kesalahan dlm Umno, ketika blog diakui sbg satu media yg memainkan peranan besar mpengaruhi pengundi dlm pilihanraya lalu.

Kelakar...kelakar!!!!

Saturday, December 20, 2008

PPSMI : GPMS SOKONG DIHENTIKAN

Salam,

GPMS dalam Persidangan Agung Tahunan Kali Ke-54, setelah dibahaskan dengan cukup 'hangat', dan selepas dilakukan pengundian, bersetuju untuk menyokong supaya Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris ( PPSMI ), dihentikan menjelang tahun 2010.

Keputusan GPMS ini amat bersesuaian dengan pandangan pelbagai pihak, termasuk NGO, blogger dan kajian pakar yg menunjukkan kelemahan dasar ini selepas dilaksanakan lebih kurang 6 tahun lalu.

Secara peribadi, saya berpendapat PPSMI ni niatnya 'baik' tetapi banyak perkara yg perlu 'diperbaiki'. Tujuan untuk mbaiki penguasaan BI di kalangan pelajar Melayu, tbantut dengan pelaksanaan yg agak tgesa-gesa, dengan psediaan yg kurang rapi sehingga blaku guru mengajar sains dan matematik dalam bahasa rojak: guru bingung, pelajar lagi la bingung!

Walau bagaimanapun, niat murni untuk mbaiki penguasaan BI di kalangan pelajar sewajarnya tidak dihentikan. Mungkin pdekatan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Inggeris boleh dipbaiki dan dikembangkan mjadi satu subjek menarik.

AKU PENYAMBUNG ZAMAN

Salam,

Sempena Persidangan Agung Tahunan Kali Ke-54, Gabungan Pelajar Melayu Semenenjung ( GPMS ), pada 19-21 Disember 2008, di Institut Aminudin Baki, Genting Highlands, kutitipkan sebuah karya Prof. Awang Had Salleh.

Bagiku karya ini sangat mendalam maknanya, jika diamati dengan teliti. Semoga kita semua dapat mengerti dan menghayati susunan kata dan perasaan melalui puisi ini.

**********************************

AKU PENYAMBUNG ZAMAN


Kerna aku punya wang

Kupastikan anakku hidup senang;

Kerna aku punya harta

Kupastikan anakku tidak papa


Jika hanya itu milikku

Jika hanya itu lakuku

Hidup ini belum punya erti apa-apa

Hadirku di dunia baru sekadar sama

Ibu bapa terhadap anak mereka


Aku tidak sekadar serupa

Punya hanya anak baka

Aku tidak punya anak baka

Aku punya anak bangsa


Akulah penerus wawasan

Akulah pembawa obor peradaban

Pemangkin perubahan

Penyambung zaman


Aku punya daya menulis

Maka dengannya kuajar anak bangsa menulis

Aku punya daya bercerita

Maka dengannya kuajar anak bangsa membaca, mengira;

Aku punya cita mulia

Maka dengannya kujadikan anak bangsa pewaris

dunia yang sejahtera


Awang Had Salleh

Ampang,1999

Friday, December 19, 2008

Ya Blog Umno Memang Tiada Umph!

Salam,

Saya sangat tertarik mberikan komentar dan sangat setuju dgn tulisan Nobisha : Maaf, Blog Umno Tak Ada Umph!

Wajar diakui segelintir penulis blog Umno ni, mgunakan medium blog ni sebagai tempat untuk mpromosi diri, menunjukkan kehebatan menulis dan mempamerkan wajah 'palsu' diri sebenar. Ramai sebenarnya yg cukup 'baik' dan 'hebat' dlm penulisan di medan blog tetapi sebenarnya adalah 'beban' kepada parti. Siapa ? Mungkin ada mampu meneka...

Segelintir pula mjadikan medan blog ini sbg tempat mbelasah pemimpin t'tentu dgn bselindung di sebalik nama anti itu dan anti ini. Apatah lagi menjelang pemilihan parti bulan Mac nanti, dijangka semakin ramai penulis blog bmusim mhentam pemimpin tertentu. Keadaan ini sangatlah tidak wajar dalam usaha mengukuhkan parti.

Ingatan daripada Tun Mahathir yg mahu para pengendali laman blog supaya bsikap btanggunjawab thadap tulisan dan komen dlm blog, sewajarnya diambil perhatian. Blog seharusnya tidak dijadikan medan menyebar fitnah, mengadu-domba, merendah-rendahkan orang lain dan sebagainya.

Secara peribadi, walaupun agak baru dlm dunia blog ni, memang tidak setuju dgn plakuan nakal segelintir penulis blog Umno, yg mjadikan dunia blog sebagai bahan jenaka, melekehkan parti atau pemimpin parti. Tulisan mengkritik atau menegur secara bhemah lain ceritanya. Apalagi tulisan penulis blog daripada pihak bukan Umno, memanglah lain ceritanya!

Bukan semua, diakui memang wujud blog Umno yg bkesan dan wajar diiktiraf serta diberikan taraf ***** !

AirAsia - Perkhidmatan 'Bobrok'

Salam,

Pernahkan anda mendail nombor telefon ini – 0387754000 ? Ya inilah no. pusat panggilan AirAsia.

Semalam, untuk satu pertanyaan, saya telah mendail no. ini sebanyak 3 kali. Panggilan pertama 10 minit, kedua 12 minit dan ketiga 28 minit. Kesemua panggilan ini berjaya, bukan bcakap dgn Pegawai Perkhidmatan Pelanggan AirAsia, tp ‘berjaya’ mdengar segalam macam iklan dan ‘rakaman suara’ operator. Sehingga saya mampu mhafal setiap patah pkataan rakaman tersebut…Harap maaf, semua Pegawai Perkhidmatan Pelanggan kami masih sibuk, anda akan dilayan sebentar lagi!

Oleh kerana tidak puas hati dgn perkhidmatan ‘bobrok’ ini, saya meminta anak saudara saya mendail no. sama. Panggilan pertama selama 48 minit, kedua 32 minit dan ketiga 18 minit. Jawapannya sama, cuma mendengar iklan dan ‘rakaman suara’.

Soalan untuk AirAsia:

Berapakah had masa untuk tempoh ‘sebentar’ bg AirAsia ?
Apakah kerana AirAsia adalah perkhidmatan tambang murah, maka melayan panggilan penumpang ‘kelas murah’ tidak penting ?
Berapakah ramai Pegawai Perkhidmatan Pelanggan AirAsia bertugas melayan panggilan ?

Atau AirAsia kena tukar slogan durang, di angkasa KINI SEMUA MAMPU TERBANG, di daratan, KINI SEMUA MAMPU MENUNGGU LAYANAN!

Wednesday, December 17, 2008

Taktik Zaman Purba - Masih Digunakan Lagi?

Salam,

Umno Bahagian Tenom, satu-satunya bahagian di Sabah yg masih belum mengadakan mesyuarat perwakilan, dilaporkan akan mengadakan mesyuarat pada 21hb ni.

Pertandingan merebut Ketua Bahagian akan menyaksikan psaingan dua penjuru, di antara Datuk Rizalman Abdullah, selaku penyandang akan ditentang oleh Datuk Rubin Balang, ADUN Kemabong.

Diharapkan plumbaan merebut jawatan di Bahagian Tenom tidak akan menjadikan, yang menang jadi arang, yg kalah mjadi abu. Sehingga Umno Tenom mjadi lemah dan mungkin Lembaga Displin pula kena bertindak.

Cuma yang sedihnya, dilaporkan sebelum ini, taktik mengurung perwakilan utk 'brain-wash' menyokong pemimpin tertentu masih diamalkan. Sudah tentu, perwakilan yg dikurung akan diberi habuan yg menyuburkan lagi amalan politik wang.

Taktik begini sangat popular suatu ketika dahulu di Sabah, tetapi kini agak bkurangan. Semua ahli Umno mungkin sudah menyedari taktik zaman purba ini sudah kurang bkesan lagi. Mungkin jasad perwakilan dapat dikurung, tp minda mereka utk memilih pemimpin pilihan hati tidak mungkin dapat dikongkong!

Lagipun, taktik kurung-mengurung ni ketinggalan zaman la. Sekarang ni org sudah boleh bfikir siapa yg patut dsokong, siapa yg patut dtolak ke tepi. Kepada para pemimpin, janganlah rendahkan pemikiran para perwakilan dgn menunjuk kehebatan diri melalui taktik lapuk yg kini mjadi jenaka anak-anak!

Kepada Lembaga Displin, apa lagi jalankanlah tugas, ambil tindakan, jika benar seperti yg dilaporkan. Janganlah banyak dalih, kata laporan palsu pulak, siasat dulu la....

Tuesday, December 16, 2008

Pengalaman Yang 'Bida'

Salam,
Pernahkah anda ke Pejabat Pos? Bilakah kali terakhir anda ke Pejabat Pos?

Hari ni, pergi ke Pejabat Pos Beaufort, tujuannya untuk perkara kecil saja - mbeli setem hasil untuk satu urusan.

Pejabat Pos Beaufort, sama ja dgn mana-mana Pejabat Pos, masih mgunakan sistem zaman 'purba' - sistem yg dguna oleh masyarakat m'ikut Darwin manusia masih berupa 'monyet'. Iaitu sistem manusia berbaris panjang, tidak mgunakan sistem nombor spt yg dgunakan oleh bank atau mana-mana agensi yg mgunakan kaunter.

Psoalannya, kenapalah Pos ni kedekut sangat nak beli mesin nombor tu yg harganya berapa sen sangat?. Sedangkan untung yg Pos dapat bukan main banyak hasil komisen drpd pelbagai pkidmatan yg dsediakan. Sbg contoh, utk servic mbaharui lesen memandu saja, PMB dapat RM2.

Nasib baik la urusan hari ni mbeli setem hasil bnilai RM 10, cuba bayangkan jika untuk mbeli setem 30 sen tpaksa bdiri dlm 5-10 minit, atau jika nasib tidak baik, mungkin boleh sampai 20-30 minit.

Pengalaman 'bida' hari ni bila seorang mamat tu, datang terus ke kaunter, mcilok dan memotong barisan. Klu di jalan raya mau kena saman RM 300 mandatori, tp hari ni saya tepuk belakang dan sound ja mamat tu. Nampak dia marah, tp mana boleh...

Mamat tu pun mengalah dan masuk barisan. Boleh la jumpa org mcm aku yg 'berani', kalau tidak habis la. Yg 'bida' lagi, kerani di kaunter tu pula layan juga org yg memotong barisan - seorang perempuan sebelum mamat tadi. Hampeh...

Kalau la Pos guna sistem nombor, masalah bdepan dgn manusia yg tidak belajar subjek Tatarakyat masa sekolah dulu, tidak akan blaku. Yang kesian werga emas pun tpaksa berbaris, tidak tkecuali OKU, wanita mengandung dsb.

Cadangan untuk Pos Malaysia Bhd, gunakanlah sistem nombor. Susah-susah lantik ja aku jd supplier! Heheh

Bida = Buruk, Jelik dan Tidak baik.

Monday, December 15, 2008

Jangan Takut Pembangkang!

Salam,

Maka bkatalah TS Muhammmad Muhd Taib, calon Tim. Presiden supaya segala para jentera parti di PRK K.Terengganu nanti, jangan takut pembangkang.

Maka kita pun amat setuju dengan Tan Sri, memang kita sangat tidak boleh takut kepada pembangkang. Seluruh jentera parti wajib untuk berani berdepan bukan saja dengan pembangkang, malahan dengan siapa-siapa saja hatta calon bebas.

Cuma satu ja yang kita wajib bjaga-jaga dan sentiasa waspada, bukan takut tapi b'ingat-ingat. Supaya semua kita sentiasa bsiap siaga, jangan nanti kalah baru menyesal.

Apa dia? Bukan pembangkang, bukan calon bebas, tp orang kita sendiri, ahli parti kita. Bukannya orang lain pun. Ini yang lebih merbahaya. Musuh dalam selimut, gunting dalam lipatan.

Kalau orang lain senang sikit kita kenal. Pasti ada lambang parti di baju, topi atau di mana-mana. Dari cara bcakap, cara bjalan, cara bpakaian dsb pun kita kenal dia dari parti mana. Yang ni senang kita jaga. Kalau sudah tidak boleh, penyokong tegar, kita biarkan ajalah.

Yang kita takut kalau dari parti kita sendiri, ini yang merisaukan kita. Sebelum ni pun banyak sudah blaku, hingga dlm PRU lalu kita kalah di banyak tempat, hilang 5 + 1 negeri. Bukan kerana pembangkang kuat pun.

Friday, December 12, 2008

Terima Kasih Panglima!

Salam,

Ucapan terima kasih Istimewa Khas untuk Panglima Perang Cyber yg masukkan blog ini dlm bloglist Bloggers Pembela Negara.

Tahniah juga utk team BPN yg telah b'usaha mjadikan alam siber sbg satu medium mnyatakan dan mptahankan kebenaran di bumi tercinta ini. Semoga usaha team ini akan mbuahkan hasil. Sebagai ahli BPN saya akan sentiasa menyokong sebarang usaha BPN memerangi fitnah, sangka jahat dan tohmahan pihak yg 'jahat' @ Laknatullah @ Haram Jadah !

Kepada Sang Tawal, teruskan usaha murni anda. Semoga mereka sedar kesucian Islam dan tidak bsikap kurang ajar!

Untuk semua, khusus umat Melayu/Islam, ini adalah signal, janganlah asyik politik saja!

Wednesday, December 10, 2008

Ingin Perubahan? Pakailah Basikal!

Sekarang ni macam-macam ada...

Ada la pulak sekumpulan manusia, atas nama rakyat tertindas, guna budak sekolah, mengayuh basikal satu Malaya untuk menuntut dgn kerajaan beberapa perkara. Katanya, kerana rakyat tertindas...

Aik sudah tiada kerja lain ka? Kalau org kg yg x sekolah nak buat kerja 'palui' ni, ok la juga...kita faham. Tp yg kita x faham, Ahli Parlimen pun tlibat sama. Oi kawan, masa psidangan Dewan Rakyat ari tu apa yg ko buat...tidur ka?

Sbg Ahli Parlimen, ada banyak ruang utk menyampaikan suara hati rakyat. Nama pun wakil rakyat, jd memang boleh MP bsuara. Bukannya dengan berbasikal untuk cari glamour!

Perubahan? Ya semestinya kita menyokong sebarang usaha perubahan yg mbawa kebaikan, tidak kira siapa penganjurnya. Cuma yg kita tidak setuju janganlah guna budak sekolah. Kalau mau menJERIT pun, menjeritlah, tp jgnlah menyusahkan org lain dan pasukan keselamatan. Bangang!

Palui = Gila

Monday, December 8, 2008

BENCANA DI SARAKUL, THAILAND!

Piala AFF : Vietnam 3 Malaysia 2

Rasa malas nak tulis, nak komen pasal bolasepak Malaysia ni. Tp kerana dah tlanjur menonton aksi lembik pasukan negara td, rasa nak ‘tmuntah’ tu biarlah diluahkan disini.

Apa yg mbezakan pasukan negara dgn Vietnam ialah permainan dan kesungguhan. Ketika Vietnam mempamerkan permainan menarik, kemas dan menghiburkan, pasukan kita pula seperti tiada arah. Sekejap mjadi spt England dgn larian sayap, sekejap spt ’Brazil’ samba yg tidak mjadi, sekejap mjadi spt tah apa-apa tah!

Beza pemain kita dgn pemian Vietnam pula ialah kesungguhan. Dgn saiz yg yg lebih kurang sama, pemain Vietnam lebih pantas dan nampak lebih bsungguh-sungguh. Pemain kita pula lebih dilihat spt seorang selebriti, gaya artis gitu. Ronaldinho dan Beckham bgaya juga melalui rambut namun selepas durang dikenali di seluruh dunia.

Hairannya, kalau di England pemain negara mereka didominasi pemain drd kelab tnama spt MU, Liverpool, Chelsea, Arsenal dsb. Tp di Malaysia, pemain Kedah – sbg pasukan top ketika ini - cuma ada Helmi Heliza Alias ( pjaga gol paling lawak dlm dunia ? ), dan Khril Muhaymeen sbg gantian.Yg lain drpd kelab bawahan.

Kalau la aku coach ( konon ganti Sathianathan yg blum ‘layak’ jtu ) pemain spt Zaidil Aquan, Amirul Hadi, Hairudin Omar, Helmi Alias tu memang tidak merasalah menyarung jersi negara – yg tidak cantik tu. Ada blambak lagi pemain yg boleh diketengahkan. FAM tolonglah cari jurulatih bkaliber, lepas tu bagilah dia masa memajukan bolasepak kita. Janganlah harap merubah bolasepak kita dlm masa 1-2 tahun, lepas tu ganti la pula.Sampai ke sudah kerja kita btukar jurlatih aja, bola kita macam tu juga…

Rasanya pemimpin dan pegawai FAM kena pegi Thailand, belajar mcmana cara durang majukan bola durang. Atau, belajar drpd Vietnam, negara yg pulih dari peperangan, boleh kalahkan pasukan kita. Atau rombaklah sekali lagi FAM, biarlah bola dipimpin oleh orang yg ‘faham’ dgn bola atau bekas pemain, bukan oleh ‘orang polo’.

Nak juga dengar apa pula alasan FAM kali ni….



Sunday, December 7, 2008

Salam AidilAdha

Salam,

Hadis: Tidak ada satu amalan anak Adam pd hari Nahar ( hari menyembelih binatan korban ) yg lebih disukai Allah selain daripada menyebelih korban. Korban itu pd hari Kiamat akan dtg sebagaimana pd hari penyembelihannya, yakni cukup segala anggotanyadgn tanduknya,kuku-kukunya dan bulu-bulunya. Darah korbanitu, sebelum jatuh ke bumi terlebih dahulu jatuh di suatu tempat yg telah disediakan Allah. Sebab itu, bersenanglah kamu dgn ibadah korban itu. ( HR At-Tirmizi dan Ibnu Majah )

Firman Allah : Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yg sampai kepadanya ialah amal yg ikhlas dan berdasarkan takwa kamu. ( Al-Hajj: 37 )

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA
untuk semua rakyat Malaysia!

Saturday, December 6, 2008

Kalaulah Semua Macam Ni...Kan Senang!

Dilaporkan Persatuan Kereta Sewa Beaufort secara sukarela telah menurunkan caj tambang perjalanan Beaufort-Kota Kinabalu, drpd RM 19.40 ke RM 15.00 berkuatkuasa kelmarin.

Alasan yg diberikan ialah : penurunan harga minyak ketika ini, disamping membantu para penumpang mereka yg majoritinya penduduk berpendapatan rendah.

Baguslah, tindakan begini memang wajar kita sokong. Kalaulah semua peniaga dan pembekal perkhidmatan bfikir macam ni, senanglah kita semua rakyat Malaysia. Masalahnya, ramai yg bsikap tunggu arahan, tunggu kena ketuk!

Harga minyak sudah turun beberapa kali, harga barang masih macam tu jugak. Baru-baru ni berbual dgn seorang taukeh, kenapa harga barang masih belum turun. Jawapannya, barang masih stok lama. Saya kata: naik bukan main cepat, turun apasal lambat?

Friday, December 5, 2008

Jangan Biar Ayah Pin Bertanding!

Salam,

Disahkan PRK Parlimen Kuala Terengganu akan diadakan pd 17 Januari 2009 dgn pnamaan calon pd 6 Januari 2009.

Wah, meriah la K.Terengganu kali ni, sah memang ramai yg turun padang bkempen. Tentu ramai yg sibuk, yg menyibuk pun ramai.

Tapi ingatan utk ahli Umno, datang kempen untuk menangkan calon Umno nanti, bukan nak kempen utk diri sendiri atau 'kuda' sendiri pulak!

Gunakanlah tempoh yg ada utk menawan hati pengundi memilih Umno-BN, sebab majoriti pilihanraya lalu tu pun bukannya banyak mana.

Untuk SPR pula, jgn biar Ayah Pin btanding, kacau kita nanti!

Wednesday, December 3, 2008

Siapa Lagi Selepas Zaid Ibrahim?

Salam,

Datuk Zaid Ibrahim sah sudah dipecat dari Umno. Alasan : Dia hadir ke Konges PKR, parti yg bhasrat menubuhkan Kerajaan Pintu Belakang.

Selepas ini, siapa lagi agaknya yg akan dipecat? Kita mencadangkan supaya ahli Umno yg mencemarkan imej parti juga wajar dipecat.

Antaranya, ahli Umno di Tenom, di Seremban, di Rantau Panjang, di Pasir Mas, dan di Segamat. Mungkin ada banyak lagi di tempat lain.

Ahli-ahli sebegini 'wajib' dipecat sebab durang mencemarkan imej parti. Orang dulu sanggup 'bermandi darah' untuk berjuang melawan penjajah dan komunis, hari ni durang bergaduh kerana berebut jawatan dan ketaksuban kepada pemimpin tertentu.

Kita percaya Umno akan lebih dihormati dengan ahli yg bkualiti walaupun sedikit daripada ramai bjuta-juta tapi tiada 'semangat'. Asyik fikir nak cari laba ja!

Monday, December 1, 2008

Bukan 100,000 Tapi 3 Juta

TS Muhyidin Yasin dilaporkan mencadangkan beberapa perkara, seperti yg dilaporkan Utusan Malaysia. Sebagai jawapan, biar kita cadangkan beberapa perkara juga :

1. Pemilihan pimpinan tertinggi Umno bukan sahaja dipilih oleh 2500 orang pwakilan spt sekarang atau 100 000 ketua cawangan, tapi biarlah dipilih oleh 3 juta ahli Umno. Macamana cara? Pilihanraya umum yg lebih ramai boleh dilaksanakan mengapa tidak untuk 3 juta ahli Umno. Sebab memilih pemimpin Umno adalah memilih pimpinan negara dan tidaklah adil untuk ditentukan oleh 6 pimpinan utama bahagian dan G7.

2. Hapuskan sistem kouta, ya kita sangat setuju dgn idea ini kerana tnyata sistem ini mjadi kudis dalam Umno. Ramai yg mjadi mangsa akibat sisitem yg tidak demokratik ini, ketuanya tentulah Datuk Zaid Ibrahim yg hadir ke Kongres PKR. Mungkin kehadiran beliau ada kaitan dgn kes 'tidak cukup pencalonan' di bahagian Kota Bharu? Ini kena tanya beliau sendiri!

3. Penubuhan jawatankuasa pemilihan yg berfungsi spt SPR adalah amat dialu-alukan. Biar pemilihan di semua perngkat : cawangan, bahagian dan pusat dilaksanakan dengan adil dan saksama. Biar kelihatan tiada ahli yg t'aniaya dan dinafikan hak serta dapat btanding dgn baik.

4. Kenyataan DS Tg Adnan Tg Mansor. SUA Umno bahawa daripada 1000 aduan politik wang, 75% adalah palsu. Kita nak tanya satu ja, mcmana DS tahu ia palsu kalau ia tidak disiasat?

Cadangan tambahan, minta TS Muhyidin kemukakan nanti:

1. Pengerusi perhubungan negeri juga hendaklah dipilih, bukan spt sekarang yg dilantik, yg kbiasaannya KM/MB. Sesiapa yg tpilih dan menang, barulah kita tahu dia pemimpin yg 'jantan' di sesebuah negeri.

2. Tetapkan had umur 40 tahun untuk jawatan Ketua Pemuda Umno Pusat, bukan spt sekarang 'orang tua' pun boleh btanding dan memimpin pemuda. Kadang-kadang kita di bawah ni pun kurang faham, nama pemuda tapi calon umur lebih 40 tahun.

3. Diharapkan dgn tlibatnya ahli Umno akar umbi di peringkat cawangan utk pemilihan pemimpin utama parti maka ahli akan terasa pengelibatan mereka. Bukan seperti sekarang, ahli cuma aktif 3/4 tahun sekali semasa pemilihan atau semasa Pilihanraya.

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin