Search This Blog

Loading...

Friday, January 30, 2009

Baguslah MT...

Salam,

Cadangan Majlis Tertinggi ( MT ) Umno supaya keanggotaan Lembaga Displin Umno diperbesarkan sangat sesuai dan kena pada tempatnya. Diharapkan dengan penambahan anggota Lembaga ini tidak timbul lagi rungutan kes lambat selesai sebab kurang anggota.

Dicadangkan supaya ahli-ahli yg dilantik nanti adalah ahli yg komited, memahami isu perundangan, mampu mbuat siasatan ala James Bond dan yg penting sekali dia mestilah mahir dgn sepak terajang politik.

Kemahiran sepak terajang politik - t'utama gaya baru - sangat penting supaya sekilas ahli Umno memanipulasi peraturan dan perlembagaan parti, sudah boleh diketahui niatnya. Keadaan sbegini banyak berlaku terutama pada musim pemilihan, apabila penyandang jawatan utama umpamanya menekan pihak yg ingin mcabar. Mgunakan peraturan yg dtetapkan seperti isu kouta dsb.

Perlu juga diambil ahli Lembaga ini dr kalangan golongan muda supaya Lembaga ini kelihatan mesra dan tidak kontra kpd aspirasi golongan muda. Contohnya tidak lagi timbul pada masa akan datang ada ahli dberi amaran kerana bkempen di blog - sedangkan blog, FaceBook, FriendStar dsb adalah medan 'komunikasi' golongan muda.

Ringkasnya, Lembaga ini selain dtambah ahli juga dperkemas - berwibawa, kelihatan bwibawa dan memang bwibawa - bukan mjadi bahan jenaka di kalangan ahli Umno. Sbelum tlupa, nampak gayanya MT kena mula mcari calon utk Pengerusi Lembaga ni...ada cadangan?

Wednesday, January 28, 2009

Dah Melalut Pulak Orang Tua ni!

Salam,

Cadangan mbubarkan sayap parti atas alasan di situ blaku politik wang yg bleluasa dan parti utama d England pun tiada sayap spt itu, adalah cadangan tidak masuk akal.

Spatutnya sekarang menjelang bulan Mac nanti, kita nak mdengar hasil siasatan drpd beratus laporan sbelum ini dan hukuman ( jika ada ) kpd yg bsalah. Mulakan kpd para calon yg btanding di peringkat nasional nanti supaya mereka tidak diundi oleh para perwakilan.

Bukannya stakat nak tunjuk 'garang' kpd ahli biasa @ cawangan ja sedang ahli bjawatan penting yg main 'besar' nanti tlepas. Ini apa punya level ni...

Tiba-tiba mcadang pulak untuk bubarkan sayap parti. Kalau nak ikut cadangan orang tua ni, bukan sayap yg dbubar, Umno tu sendiri kena bubar -sebab sudah mjadi rahsia tbuka, yg banyak menabur peluru semasa pemilihan, bukan pemuda, wanita @ puteri, tp 'orang tua-tua'.

Ada satu cadangan, supaya orang tua ni kena ganti la jd Pengerusi Lembaga tu, ganti dgn orang yg agak muda, yg idea lebih bernas dan lebih cergas. Nampak mcm dia tidak boleh handle la Lembaga ni, idea pun dah mlalut...

Yang salah bukan sayap parti, kiri ka kanan, yg penting ambil tindakan kpd bsalah, siasat yg mcurigakan - spt pemberian peruntukan untuk pembangunan luar bandar kpd Ketua Bahagian- hukum pengamal politik wang tanpa pilih bulu - jangan bilis ja kena, jerung pun cekup la juga.

Ini mcadang nak bubar parti la pulak...

N39 BOTA : SEKADAR CATATAN...

Salam,

Sekarang Bota Perak semakin tkenal di seluruh negara, gara-gara tindakan Datuk Nasasruddin Hashim melompat katak. Dinukilkan keputusan PRU12 Mac lalu, untuk renungan bsama:

N.39 Bota ( 2008 )
Nasaruddin Hashim ( BN ) 6553
Usaili Alias ( PKR ) 4,488
Majoriti = 2,065

2004
Che Ri Daud ( BN ) 6,031
Usaili Alias ( PKR ) 4,302
Majoriti = 1,729

# Maknanya, Datuk Nasaruddin ni bukan calang orang. Dia boleh menambah jumlah pengundi yg memangkah BN ( 5270 ) ketika blaku kemerosotan undi untuk BN di tempat lain. Dia juga bjaya menambah majoriti di DUN Bota ( 336 ), walaupun dia 'dturunkan' pangkat dr Parlimen Parit.

Sekadar pbandingan, keputusan PRU bg N.38 Belanja yg calonnya Ketua Umno Bahagian Parit, Datuk Mohd Zaim Abu Hassan.
2008
Datuk Mohd Zaim Abu Hassan ( BN ) 5,473
Muhd Ismi Mat Talib ( PAS ) 3,592
Majoriti =1881
2004
Mohd Zaim Abu Hassan ( BN ) 6,916
Faizol Fadzli Mohamad ( PAS ) 3,773
Majoriti = 3,143

# Dilihat Datuk Mohamad Zaim 'gagal' dlm menawan hati pengundi DUN Belanja apabila undi untuk BN menurun ( 1443 ) dan majoriti juga menurun ( 1262 ).

Pada pemlihan Oktober lalu, Datuk Nasarudin mcabar Datuk Zaim untuk jawatan Ketua Bahagian Parit tetapi tewas dgn majoriti 19 undi.
Bolehkah ditafsirkan data di atas begini: Datuk Nasarudin disukai oleh pengundi ( tidak semestinya ahli Umno ) tetapi ditolak oleh ahli Umno ( cuma sebahagian sahaja ). Sementara Datuk Zaim ditolak oleh sebahagian besar pengundi, tetapi disukai oleh sebahagian ahli Umno.

Maknanya, padan la Datuk Nasarudin keluar Umno... dan fenomena ini semacam makin merebak di kalangan ahli Umno di seluruh negara. Wallahu 'Alam.

Sunday, January 25, 2009

Ubahlah Datuk Seri Sebelum Terlambat!

Salam,

Datuk Seri Syed Hamid Albar bhasrat supaya Umno berubah sebelum rakyat mjatuhkan 'hukuman mati'. Imej Umno tjejas teruk akibat dakwaan rasuah oleh SPRM ke atas ahli Umno.

Sbg ahli biasa, kita sokong saranan calon Naib Presiden sorang ni. Cuma Datuk, bunyi mengubah ni lama sudah bkumandang. Siap ada calon Ketua Pemuda guna pkataan ni sbg slogan kempen dia - Berani Berubah. Nyanyian berubah ni sejak lepas PRU lalu lagi.

Bunyi berubah ni dah macam jd slogan menarik phatian umum, tp apa yg b'ubah masih subjektif sifatnya. Apa yg kelihatan kini ialah Umno tewas di Permatang Pauh - masih boleh diterima kerana ia memang kerusi PKR, tlepas kerusi sendiri di KT, dan tkini kehilangan kerusi DUN Bota.

Mungkin benar apa yg dikatakan oleh Nobisha, Politik Umno Macam Kapal Terbang - bunyi bising semasa blepas dan mendarat. Risau juga kalau bunyi bising-bising ni jadi letupan besar bila kapal terbang 'thempas' nanti.

Maknanya Datuk Seri, ubahlah mana yg patut - bukan setakat perubahan Presiden, Tim. Presiden dan jawatan lain. Yang penting mesti d'ubah budaya dan cara bfikir ahli Umno. Ahli Umno keseluruhannya mesti disedarkan sekarang bukan masa 'bsenang-lenang' tp masa utk bmuhasabah! Masa utk mnilai semula nawaitu bjuang.

Masih belum tlambat, masih ada masa dan peluang. Jangan sampai ramai lagi jadi ADUN Bota - mungkin kecewa dlm pemilihan Ketua Bahagian dan tidak dilantik semula Pengerusi Felcra - terus melompat!

Saturday, January 24, 2009

Apa Dah Jadi ?

Salam,

Pagi ni, rehat dulu nak cakap soal politik ka, soal Palestin dsb. Rasa mau ulas kes tempatan, di daerah Beaufort.

Kelmarin petang, blaku lagi satu tragedi buruk di Pekan Kecil bernama Beaufort. Kes pbunuhan seorang pemuda oleh pbunuh yg tidak dikenali...dan belum tertangkap lagi.

Untuk tempoh 2 tahun ini, kes bunuh akibat dendan kesumat di kalangan 'samseng' @ budak-budak muda di pekan Beaufort semakin mjadi-jadi. Jika ini boleh dikaitkan dengan kes tdahulu, maka ini masuk kes ketiga.

Nampaknya nyawa di kalangan anak muda kita semakin kurang bnilai, apabila penyelesaian sebarang pselisihan ialah dgn mbunuh. Untuk semangat dan kberanian mereka kita hormati, sayangnya ia tsalah tempat.

Alangkah eloknya semangat 'kperwiraan' para pemuda kita ini dapat disalurkan mbantu saudara kita di Palestin. Bangga kita semua melihat para pejuang yg tdiri drpd anak-anak muda kita bdiri gagah bdepan dgn tentera Zionis Yahudi Laknatullah.

Cuma yg peliknya, anak-anak kita ini bila bdepan sesama kita, sesama sendiri akan mjadi spt ayam jantan yg pantang mlihat lawan. Pasti ditaji shingga tewas...Namun bdepan org lain, bangsa lain, tkulai layu di mata 'kerambit'.

Apakah faktor pdorong yg menyebabkan tragedi seperti ini ?. Mungkin penjualan syabu dan minuman keras 'montoku' secara bleluasa ketika ini mjadi faktor para remaja kita smakin ganas dan buas. Dadah musuh nombor satu negara memang sudah lama kita ketahui, tapi yg dpsoalkan bagaimana pjualan montoku ?

Mungkin selepas kes tbaru ini mbolehkan semua pihak bganding bahu, bsatu hati berbincang bagaimana cara mengatasi pmasalahan yg blaku. Pihak Berkuasa Tempatan kena menyiasat prosedur pjualan montoku ini, jika mlanggar undang-undang, sila ambil tindakan. Jika perlu haramkan saja pjualan minuman haram ini!

Kepada pihak Polis, siasatan kes bunuh tdahulu wajar dipercepatkan, diambil tindakan segera, agar para samseng melihat kberkesanan kerja pasukan Polis kita. Jangan nanti samseng ni melihat semacam tiada tindakan pun untuk pbunuh, maka diulang-ulanglah lagi pbunuhan.

Kepada para pemimpin tempatan, inilah masanya utk mengetepikan pbezaan pendapat, duduk semeja mcari formula mbendung jenayah pbunuhan ke atas anak-anak kita ini tidak bterusan. Lupakan sejenak 'psengketaan' demi mpjuangkan keharmonian hidup bmasyarakat di kalangan penduduk Beaufort yg berbilang bangsa dan suku kaum.

Jika usaha secara konsisten - bukan b'api-api selepas satu kes bunuh, selepas itu api pun padam - tidak dilaksanakan, kita khuatir Beaufort suatu hari nanti akan mjadi pekan Koboi, undang-undang di tangan sendiri, pbunuhan mjadi seperti makan kuaci!

Thursday, January 22, 2009

Ya! Tidak Perlu Buat Blog...

Salam,

TS Alfred Jabu, TKM Sarawak bkata dia tidak bminat mbuat blog, walaupun sekarang mbuat blog peribadi menjadi satu kegilaan ramai. Tidak apalah kalau Tan Sri tidak mau buat, sebab benda ni pun bukannya wajib...

Yang wajib bagi seorang wakil rakyat, apalagi memegang jawatan Menteri seperti Tan Sri, menjalankan amanah rakyat yg telah memilih, mbantu selagi tdaya...tentu sekali mjadi Yang Berkhidmat.

Cuma yg kita tidak setuju bila Tan Sri dipetik bkata begini ( harap-harap wartawan tidak tsalah lapor - jawapan klise VIP Malaysia ) :

Katanya, beliau tidak mahu 'leka' dengan blog yang disifatkan akan melalaikan dirinya untuk menunaikan tanggungjawab sebagai wakil rakyat dan menteri.
Menurutnya, keutamaan beliau adalah memastikan portfolio yang dipegang sekarang iaitu mengawasi dan melawat kawasan luar bandar ditunaikan.
''Saya tidak mahu leka atau duduk menjawab blog sahaja kerana ia akan memutuskan hubungan saya dengan rakyat.
''Terlalu ramai penulis blog sekarang dan jika saya turut serta, seolah-olah saya akan masuk ke perangkap pihak tertentu yang mahu saya gagal menunaikan tanggungjawab kepada rakyat," katanya selepas menerima kunjungan hormat Duta Belanda, Lody Embrects di pejabatnya di sini semalam.

Hairan juga, macamana Tan Sri tahu yang YB mbuat blog leka hingga lalai tunaikan tanggungjawab ? atau mbuatkan YB 'tputus' hubungan dgn rakyat ?

Apa yg nyata Tan Sri, ramai YB yg mbuat blog tetap bprestasi baik dan smakin dsenangi rakyat. Malahan ramai juga YB yg tiada blog tetapi tetap tidak mesra rakyat dan jarang balik ke kawasan. Ada pengundi yang mcm sudah lupa muka wakil rakyat dia....

Tidak apa Tan Sri, kalau 'malas' mbuat blog pun masih ok, tidak payah susahkan diri, rakyat tidak mnilai pun calon ada blog atau tiada dlm PRU nanti. Cuma rakyat minta, janganlah sampai mcm begini : Hendak bjumpa susah, di Pejabat jarang ada, di kawasan hantar wakil sahaja, ditelefon, diSMS, diMMS...tiada jawapan. Hendak hantar komen, blog pun tiada.

Ringkasnya, MACAMANA RAKYAT MAU BKOMUNIKASI DGN WAKIL RAKYAT? Takkan mau pakai burung merpati kot...

Wednesday, January 21, 2009

Teruskan Usahamu Wahai SPRM !




Salam,

Jika benar spt yg dlaporkan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM ) akan mdakwa esok tiga org ahli Umno atas tuduhan rasuah semasa urusan pemilihan lalu, amat wajar kita tabik spring atas tindakan tsebut.

Sbg seorang rakyat Malaysia dan ahli parti yg kini keadaannya agak 'sakit', diharapkan tindakan begini akan menyedarkan juak-juak Umno dan mbantu memulihkan imej Umno yg tcalar akibat plakuan ahli yg mgadai maruah dgn tukaran wang.

SPRM kena memastikan pdakwaan tidak thenti kpd tiga orang ini sahaja, tp biarlah mlebar kpd setiap aduan yg dikemukakan. Jika ada bukti kukuh dakwa sahaja, sebab Umno pun tidak kerugian hilang ahli yg sebegini rupa.

Nampak gayanya, SPRM telah mbuktikan kberkesanan kerja mereka berbanding dgn satu Lembaga yg canang politik wang seluruh Malaysia dgn beratus-ratus kes katanya, sampai hari ni habuk pun tarak!


Entahlah apa yg dbuat Lembaga ni...


Monday, January 19, 2009

Palestin: Siapa Dia?

Salam,

Baru ja selesai m'ikuti sesi ceramah bkaitan Palestin. Banyak info menarik yg dpt dkutip. Rasa ingin bkongsi dgn pbaca semua:

1. 1913 - British m'iktiraf Kerajaan Saudi Arabia, pmulaan kpd ppecahan serius Empayar Islam
2. 1948 - Bumi Palestin mula djajah, ramai rakyat dhalau dr kg halaman mereka.
3. 2006 - Hamas menang pilihanraya dsokong majoriti rakyat.
4. 2007 - Annapolis Summit - Pjanjian 'damai' tajaan Bush antara Mahmoud Abas & Ehud Olmert
5. 2008 - Pcerobohan oleh Israel ke Gaza.

Seorang pemimpin pembangkang Malaysia, mjadi penyokong kpd Annapolis Summit, pjanjian yg m'iktiraf Mahmoud Abbas sbg wakil Palesti dan mnafikan haka Hamas sb parti yg menang.

Pemimpin yg dmaksudkan mnyatakan sokongan kpd Annapolis Summit yg jelas mrugikan rakyat Palestin. Pemimpin ini jelas t'pengaruh dgn Yahudi USA & Israel dan t'ikut-ikut dgn rentak tari mereka.Cuba teka, siapakah pemimpin tsebut?


Sent via E90 @ Putatan

Sunday, January 18, 2009

Penyu Menangis Tak Siapa Yang Tahu...

Salam,

Bahang akibat kekalahan Datuk Wan Farid di PRK KT terasa sampai ke sini. Hari ni seorang kawan penyokong PKR m'ajak dlm gurauan mbuat doa kesyukuran atas kemenangan tsebut.

Seorang kawan lain, bdoa akan ada lagi PRK selepas ini sambil seorang lagi kawan bkeyakinan Pensiangan juga akan tlepas. Nampak gayanya keyakinan mereka semakin kuat menuju tahun 2013!

Seorang blogger pula mberi komentar berikut :
Petua untuk BN menerima kekalahan yang lebih besar di PRU ke 13 adalah seperti berikut :-1. Tambah fitnah kepada PR di TV dan kalau boleh tv 3 ditukar nama kepada TV fitnah.2. Pemimpin BN hendaklah bercakap lebih sombong lagi dan lebih ego lagi dan jangan lupa putar belitnya sekali.3. lebihkan banyak janji kosong.4. Jangan lupa jemput sesumpah (ezam) bagi ceramah senang dia cabar semua rakyat malaysia.5. Duit jangan lupa, tabur saja..6. Dan banyak lagiiii lu sendiri fikir la...
January 18, 2009 2:23 AM

Ada siapa-siapa boleh mberi respon ?

Untuk kesemua ini saya cuma mamp tsenyum sumbing, hilang idea. Sebab apa yg tpapar hari ini, spt biasa, mcm dulu-dulu juga, spt sbelum ini - bukan bmuhasabah tp satu jari menuding kpd yg lain sdg empat jari menuding diri sendiri hampir dlupakan.

KJ kata calon bukan smata-mata faktor kekalahan BN. Tun Mahathir kata jgn salahkan DS Najib atas kekalahan ini. Hai tak taulah faktor mana dan siapa mjadi punca ? Mungkin Umno KT ada jawapan konkrit atau Datuk Wan Farid ada alasan munasabah. Entahlah...Sedang PAS bgembira, faktor calon mbolehkan kemenangan, kita tetap kata Datuk Wan Farid 'bagus'?

Akhirnya, kita kena terima kekalahan dgn tangan tbuka sambil mbuka minda sluas-luasnya, melihat ke dalam diri, mungkin ada kbenaran komentar blogger di atas? Atau ikut sahaja nasihat yg baik dr sdr. Husin ni...

Saturday, January 17, 2009

PAS Menang, Ada Banyak Soalan ?

Salam,

Ya PAS telah menang dan mrampas kerusi Parlimen P.036 Kuala Terengganu dari tangan Umno. Kemenangan PAS ini dcapai dgn beberapa psoalan yg mesti djawab.

Untuk PAS :
- Agak-agak berapa ramai 'pengundi hantu' Umno bpaling tadah mengundi PAS kali ini ?
- Daripada jumlah undi pos tu, berapa yg PAS dapat ? atau semua undi Umno ?

Untuk Datuk Wan Farid :
- Allahyarham Datuk Razali Ismail, bukan Ketua Bahagian KT tp mampu menang dua kali PRU, kenapa Datuk ptama kali dcalon terus menempah kekalahan ?
- Dengan jentera dr seluruh negara, pengundi KT masih menolak BN/Umno dan Datuk, adakah mungkin calon tidak sesuai ?

Untuk DS Najib :
- Dr Permatang Pauh hingga KT, sudah dua kali DS 'gagal' dlm misi, ada alasan ?
- Kalau trend bterusan ini nampak gayanya DS kena bhati-hati, jgn mlompat dulu Mac nanti.

Ada 1001 soalan yg boleh dsoal, kpd sesiapa sahaja. Namun akhirnya, jawapan kpd stiap soalan ada pd hati masing-masing. Soalan cepumas : Adakah Umno sudah tjaga dr lena yg panjang ?

Rupanya benar, mentari masih malu-malu di Kuala Terengganu....

Apa Khabar Orang KT?

Salam,

Tinggal beberapa jam lg utk pengundi Kuala Terengganu menentukan wakil mereka di Dewan Rakyat. Selepas meneliti pkembangan di sana melalui media massa dan blog politik, yg 'bsiaran langsung' dr sana, agak sukar meneka pemenangnya mlm ini.

Sempat mhubungi beberapa org sahabat yg bkunjung ke sana mlalui telefon. Dkhabarkan peluang masih 50-50 bagi Umno dan Pas. Nampak gayanya, peluang utk bebas mbuat kejutan 0 peratus.

Kepada seorang sahabat yg agak gusar dgn peluang BN, saya kirimkan doa berikut : Semoga mentari tidak menyembunyikan sinarnya di KT hari ni.

Dalam mana-mana PRK pun, apalagi selepas Tsunami Mac 2008 lalu, peluang menang parti btanding agak seimbang. Tiada lagi yg berani mdabik dada yakin menang. Kini tpulanglah kpd kbijaksanaan pemilih KT.

Harapan kita, semoga pilihan bijak pemilih KT baik utk durang juga!

Sent via Nokia E90 @ Beaufort

Thursday, January 15, 2009

TIPS UNTUK PENGUNDI KT!

Salam,

Tinggal 25 jam lagi utk calon btanding di PRK Kuala Terengganu bkempen untuk memikat phatian pengundi. Tinggal 33-34 jam utk seramai 80,325 pemilih di kawasan P.036, memilih wakil mereka.

Siapa pilihan ? Tpulang kpd selera masing-masing, sendiri mau ingat la. Namun, perlu juga diingatkan kpd para pemilih, sbelum memangkah sabtu ini, sila ambil phatian thadap beberapa perkara.

Berikut disenaraikan tips untuk pengundi Kuala Terengganu :

1. Jangan jadikan pilihanraya seperti menukar baju
2. BN tidak perlu watak Casper untuk menang
3. BN yakin sokongan golongan muda
4. Ikhlas bangunkan Terengganu
5. Tips pemimpin yang baik
6. Tips memilih pemimpin

Smoga sdikit panduan ini boleh mbantu memilih YB baru 17hb nanti!

Wednesday, January 14, 2009

Sensasi Di Sabah Hari Ini!!!!

Salam,

Pernahkah anda mdengar Skim Pak Man Telo, PLSB, SwissCash dsb ? Di Sabah, selama setahun yg lalu, Gemilang Mirza Sdn. Bhd ( GMSB ) cukup sensasi dgn keuntungan yg tinggi ke atas ringgit pelaburan pd setiap bulan.

Hari ni ceta tentang GMSB smakin sensasi di Sabah ialah serbuan Bank Negara Malaysia ( BNM ) ke atas pejabat GMSB di Papar kelmarin. Sama ada GMSB bsalah kerana mengambil deposit scara haram, masih blum dpt dpastikn kerana BNM masih menyiasat. Yang pasti, aktiviti GMSB tpaksa dbhentikan kerana aset syarikat telah dirampas.

Selepas berbulan-bulan, pelabur Mirza asyik mengira keuntungan, tidak dapat dpastikan bagaimana nasib pelaburan para pelabur selepas ini ? Mungkinkah wang deposit para pelabur akan dikembalikan atau terus dtahan ?

Dalam pada tu, semakin banyak pula syarikat yg tumbuh dengan konsep yg sama - pelaburan wang dgn keuntungan yg tinggi - bselindung dsebalik jualan produk, dgn pelbagai nama yg mengelirukan. PQ, Forex, SP dsb adalah antara nama yg sensasi selain Mirza.

Diharapkan pihak bkuasa lebih cekap menangani kes bgini...sbelum smakin ramai rakyat bcita-cita mjadi jutawan tanpa bkerja...mjadi mangsa!

Monday, January 12, 2009

Mohon Mencadang...

Salam,

Tuan Yang Di Pertua,

Saya selaku 'Ahli Parlimen Alam Siber ( Tanpa Kawasan )', dgn ini menyokong penuh usul yg telah dbentangkan oleh YAB Kepala Batas petang tadi, dengan sokongan kesemua Ahli Dewan Rakyat.

Sesungguhnya negara bnama Israel ini mesti dikecam, diboikot dan diambil tindakan wajar ke atas mereka. Semestinya, saudara-saudara kita di Palestin, wajib dbantu dgn apa cara sekalipun, atas nama saudara seagama dan kemanusiaan.

Atas sebab itu, Tuan Yang Di Pertua, saya mohon mencadangkan di Dewan yang mulia ini, sbg Rakyat Malaysia supaya kita:

1. Terus melaksanakan solat hajat dan bdoa kesejahteraan kepada Palestin dan bala bencana kpd Israel dan sekutunya.
2. Teruskan boikot kpd produk yg bkaitan dgn Israel.
3. Menzahirkan sokongan tanpa b'belah bahagi kpd Palestin.
4. Menderma kpd Tabung Kemanusiaan yg dtubuhkan oleh pelbagai pihak.

Saya juga mohon mencadang supaya umat Islam di Malaysia mengambil peluang drpd kekejaman Israel di Palestin ini utk bmuhasabah dan mengambil iktibar bahawa, jika kita tidak bsatu hati, bcanggah pendapat atas perkara remeh, bpecah-belah maka akan mudahlah musuh-musush kita m'ganyang kita.

Sebagai contoh Tuan Yang Di Pertua, negara Israel jika dibanding dgn keluasan negara Arab, adalah kecil. Diibaratkan jika semua umat Islam di negara Arab yg mengelilingi Israel meludah sahaja pun, maka akan lemaslah penduduk Israel di lautan ludah org Arab. Namun apa yg tjadi kini, org Arab Palestin pula yg lemas dgn peluru dan bom Israel.

Atas kesedaran ini, saya mencadangkan supaya umat Islam di Malaysia supaya bsatu hati, satu akidah, satu suara, satu matlamat...yg sama!

Saya mohon mencadang! Terima kasih.

Sunday, January 11, 2009

Tips Pemimpin Yang Baik Ala Najib

Salam,

Tim. ( Bakal ) Presiden Umno, DS Najib Tun Razak, semasa bkempen di Kuala Terengganu beberapa hari yg lalu, telah memberikan beberapa tips untuk menjadi pemimpin yg baik. Klu ikut laporan Utusan, pemimpin BN/Umno yg baik, so yg lain jgn tiru.

1. Bsikap rendah diri
2. Jangan berlagak...naik kereta mewah
3. Jangan berlebihan ( ketika bertemu pengundi )
4. Pegang prinsip, pemimpin hamba rakyat
5. Turun padang supaya mesra rakyat
6. Sentiasa mdekati rakyat
7. Lambai tangan kepada rakyat yg berada di tepi jalan
8. Sentiasa tersenyum
9. Memberi perkhidmatan kepada rakyat tanpa mengira waktu dan ketika

Walaupun tips ini untuk PRK Kuala Terengganu, ia relevan digunakan oleh setiap pemimpin di mana sahaja berada. Kepada perwakilan Umno, tips ini mungkin boleh digunakan utk mnilai pemimpin yg hendak dipilih Mac nanti.

Menjelang PRU 13 nanti, mungkin banyak lagi tips yg boleh diberikan oleh DS Najib kepada para pemimpin BN/Umno. Hendaknya selalu juga diingatkan kepada mereka nasihat ini, khusus kpd para MP, ADUN dan Penjawat Post penting, supaya mereka tidak lupa. Bukan apa, pengalaman menunjukkan, selepas menang kebanyakan mereka jadi lupa diri....

Saturday, January 10, 2009

Rehat Sejenak, Tolong Jawab Ni!

Gambar 1 - Hugo Chavez, Venezuela

Gambar 2 - King Abdullah II, Jordan

Gambar 3 - King Abdullah, Arab Saudi

Gambar 4 - Hosni Mubarak, Mesir
Salam,

Rehat sejenak, rehat dulu kempen di KT, rehat dulu dr buat apa-apa perkara. Minta tolong bg masa 1 minit.

Arahan : Sila phatikan keempat-empat gambar pemimpin dunia di atas. Tengok dgn teliti.

Soalan : Apakah perbezaan ketara di antara pemimpin tersebut ?

Sila jawab dgn bhikmah, mengikut pandangan sendiri, tidak melebihi 44 patah pkataan.
Jawapan: _________________

Jawapan saya : Gambar 2,3 dan 4 - pemimpin tiada te**r, bang**g dsb. Jubah ja panjang. Negara ja kaya, makmur dgn anugerah Allah, tp pemimpin pendek akal jd kerbau dicucuk hidung.

Friday, January 9, 2009

Tabik 'Spring' Untuk Kamu!

Salam,

Kita memang wajar mberikan kredit dgn mberi TABIK HORMAT SPRING, kepada pemain ini, Freddie Kanoute yg mrayakn jaringan gol dgn menunjukkan sokongan kpd perjuangan Palestin. Walaupun cuma sekadar di padang bola, sokongan yg diberikan amat bmakna kepada para pejuang seperti gambar di bawah!



Soalann : Apakah pula sumbangan kita untuk mbantu para pejuang ini ?



Thursday, January 8, 2009

Sokong Boikot!

Salam,

Seorang kawan mhantar sms, senarai barangan yg 'wajib' dboikot. Dinukilkan sms tsebut utk tatapan bsama :

- COCA COLA, HUGGIES, RIVER ISLAND, MC DONALDS, CLINIQUE, DISNEY, DONNA KARAN, STARBUCKS, GAP, GARNIER, PERRIER, KOTEX, SANEX, JO MALONE, LANCOME, LIBBYS, TCHIBO, LOREAL, MARKS & SPENCER, KLEENEX, MAYBELLINE, NESTLE, VITTEL, REVLON, WONDBERA -

- Thats a list of brands found out to DONATE money to Israel Army. We need to STOP BUYING from them in order to CRIPPLE the Israeli economy. It may seem like a small thing to do but its a start. Pls pass on to show MUSLIM UNITY.

Ada banyak lagi barangan lain yg juga boleh dboikot. Boleh baca di sini atau di sini. Allahu Akbar

Tuesday, January 6, 2009

Jangan Ada Perang Di KT!

Salam,

Spt yg dketahui umum, PRK P036 Kuala Terengganu, akan menyaksikan perlawanan 3 penjuru. BN-Umno, PAS dan Bebas, selama 11 hari berikutnya akan bjuang memikat hati pengundi. Ibarat perang, ketumbukan tentera kini sudah masuk ke medan, bjuang hingga ke titisan darah t'akhir.

Demi melunaskan hukum demokrasi dan perundangan negara, PRK ini mesti juga diadakan meskipun di Gaza, Palestin, umat Islam terus diganyang Yahudi Israel Laknatullah. Perang di sana nampaknya terus blarutan walaupun dunia sudah bsuara menentang kekejaman Israel

Cuma ingatan kita, janganlah hendaknya pahlawan Melayu-Islam dari puak Umno dan PAS khususnya, menjadikan Kuala Terengganu medan perang spt di Gaza. Janganlah hendaknya b'perang sesama sendiri hingga leka siapa kawan siapa musuh!

Bagi kita, eloklah sesama umat Islam, dgn m'ambil iktibar apa yg blaku di Gaza, mjadikan PRK di KT ini sbg ptandingan dlm keluarga, sesama sahabat, satu akidah dan satu perjuangan ! Boleh ka? Mengapa tidak....

Jangan nanti ada 'perang' di KT, yg natijahnya sudah diketahui umum juga - MENANG JADI ARANG, KALAH JADI ABU!

Rasanya, dlm keadaan sekarang, 'perang' yg tidak t'kawal shingga ke peringkat 'mbogelkan' lawan atas sebab pbezaan fahaman, hanya akan melemahkan kita lagi. Lantas, pastilah akan diambil kesempatan oleh pihak lain utk terus menekan dan mungkin nanti, akan m'ganyang kita pula.

Ayuh, kita jadikan PRK di KT, pmulaan kpd 'plawanan sengit yg damai sejahtera'! Amacam?

Monday, January 5, 2009

Cadangan Diterima!


Salam,

Sebelum ini kita mbuat cadangan agar Malaysia sbg anggota OIC dan NAM, mengepalai anggota yg lain mboikot PBB.

Syukurlah, hari ini PM DS Abdullah telah mdengar suara kita. Walaupun cadangan beliau sekadar utk memanggil Perhimpunan Agung Khas PBB, khusus untuk soal Palestin, sekurang-kurangnya ada la juga suara mdesak PBB.

Ini cuma untuk pmulaan sahaja. Jika PBB masih pekak, Majlis Keselamatan masih bisu, cadangan BOIKOT PBB, wajar diteruskan.

Bukan apa, masalah Palestin ni semenjak jd budak - kini sudah jd bapa budak - tidak pernah selesai. Teringat dalam th 1989 dulu, di Stadium Negara sempat mdengar ucapan b'api-api Almarhum Yasser Arafat. Kini, Almarhum sudh tiada, Palestin masih mcm dulu.

Tibalah masanya Malaysia dan OIC, btindak proaktif mjuarai masalah yg menimpa umat Islam. Tanpa menunggu nasib ummah ditentukan oleh kafir laknatullah. Bagaimana cara ? Mungkin pemimpin negara Islam ada idea m'atasi kemelut ini. Allahu Akbar!

Sunday, January 4, 2009

Boikot PBB!

Salam,

Malaysia sebagai sebuah negara Islam, amat wajar dan tepat sekali, memulakan usaha dan mengetuai negara-negara lain untuk memboikot Pertubuhan Bagi Negara-negara Kuasa Besar, bukan negara kerdil - ringkasnya PBB @ UN.

Sbg tanda sokongan kpd negara Palestin, sokongan kpd kemanusiaan dan bantahan kpd Yahudi Israel, Malaysia - tentunya melalui pimpinannya - amat wajar, jika boikot tidak berkesan, utk keluar drpd pertubuhan yg tidak bgusi, tidak bgigi, apalagi btaring!

Tindakan ini perlu dbuat atas sifat Malaysia sbg negara OIC ( jgn baca Oh I See ), yg Malaysia pernah mjadi Pengerusi. Palestin juga adalah ahli OIC, maka amat sesuailah utk Malaysia bsatu dan bsama dgn negara sahabat bdepan musibah yg mlanda.

Semoga dgn tindakan boikot bgini akan menyedarkan dunia, bahawa nyawa rakyat Palestin juga bharga sama dgn rakyat negara lain. Dengan harapan, Yahudi Israel akan mhormati hak penduduk Palestin.

Nampak bodoh, tp lbh baik drpd buat2 bodoh, tengok ja Israel tembak org Palestin!

Saturday, January 3, 2009

Kami Tetap Bersamamu!

Salam,

Bagaimanakah caranya untuk 'bdepan' sikap kurang ajar Yahudi Israel, Laknatullah ?

Berperang ? Mustahil, sebab kita tiada tradisi perang, lagi pun jauh. Kita ni pula tiada asas perang.

Kita doa ramai2, buat solat hajat, solat tahajjjud - minta tolong kpd Allah, smoga umat Islam Palestin diberi kekuatan bdepan mehnah kekejaman rejim zionis ini.

Selain itu, kita juga boleh boikot barangan keluaran sekutu Yahudi ini. Sbg tanda sokongan, kita gunakan barangan alternatif lain, mgantikn barangan tsebut.

Mengadakan demonstrasi aman dan tkawal, panggil kawan ramai, pakat b'arak. Tunjuk kpd org lain yg kita menyokong dan sentiasa tetap bersama pjuangan rakyat Palestin.

Usaha Pemuda BN menubuhkan Tabung Bantuan untuk rakyat Palestin juga harus dipuji. Sekurang-kurangnya boleh mbantu mengurangkan penderitaan mereka.

Ada banyak cara utk kita menunjukkan sokongan kpd rakyat Palestin dan benci kpd Yahudi. Namun, kebencian kpd Yahudi ni mcm kurang bkesan jika 8 Perkara dlm Protokol Ke-10 Zionis ni masih kita suka!

Thursday, January 1, 2009

Agenda Perpaduan

Salam,

Hari ptama 2009, cuaca baik, cerah hingga ke petang. Tanpa hujan, tanpa ribut taufan. Harap-harap suasana nyaman pd awal th ni akan bterusan. Agak mustahil utk spanjang th, tp jika lbh byk hari yg cerah drpd hari yg mendung dan hujan, itu sudah cukup baik.

Diharap suhu politik negara pd th ni juga tidaklah spanas th 2008. Diharapkan tidak lagi kedengaran suara-suara sumbang yg mptikaikan perkara yg telah tmaktub dlm Perlembagaan, yg telah dpersetujui oleh para pemimpin pd zaman pra dan awal kemerdekaan dahulu.

Harapnya, biar semua rakyat Malaysia bfikir cara orang Malaysia, bcakap cara rakyat Malaysia, tidak lagi bfikir dan bcakap seolah-olah bukan org Malaysia. Biarlah prinsip Rukun Negara, bukan setakat dhafal dmulut saja, tp drealisasikan mlalui tindakan!

Bagi Melayu-Muslim, jadikanlah th 2009 ini sbg th pmulaan mjayakan Agenda Perpaduan di kalangan kita. Biar apa pun ideologi kita, UMNO, PAS, PKR, IPF, Gerakan, SAPP hatta AKIM sekalipun, biarlah nampak kesatuan fikrah dan bicara kita.

Harapnya, pd th ini, kpentingan politik kepartian tidak melebihi kepentingan pjuangan yg telah dirintis oleh para pahlawan dan pemimpin tdahulu. Janganlah hendaknya, kerana sokongan mbuta tuli terhadap parti yg didokong menyebabkan kita alpa, lalu menari menurut gendang 'org lain' - yg semestinya tidak akan senang melihat kita bersatu!

Biarlah th ini agenda utama kita adalah Agenda Perpaduan, disamping agenda peribadi masing-masing! Seiring dgn slogan Kemerdekaan kita th 2008 : PERPADUAN TERAS KEJAYAAN.

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin