Search This Blog

Loading...

Saturday, February 28, 2009

Kalimah Allah : Satu Pandangan...

Salam,

Dicatatkan pandangan oleh ABU BAKAR YANG, Felo Pusat Sains & Teknologi, IKIM untuk phatian kita...

UMAT Islam perlu bersatu untuk mempertahankan sensitiviti agama daripada diperkotak-katikkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab sehingga boleh mencetuskan kekeliruan.

Menyentuh isu penggunaan kalimah Allah oleh Herald Catholic dalam terbitan bahasa Melayunya, mungkin ada beberapa fakta menarik yang boleh dikongsi untuk renungan bersama.
Kerajaan menerusi keputusan Kabinet pada 16 Mei 1986 melarang mana-mana agama selain Islam untuk menggunakan empat perkataan iaitu Allah, solat, Baitullah dan Kaabah.

Malah sesetengah kerajaan negeri menambah beberapa perkataan yang dianggap boleh mendatangkan kekeliruan dan bahaya kepada umat Islam apabila digunakan oleh bukan Islam.
Namun yang peliknya, kenapa masih ada yang cuba menuntut kerajaan membenarkan mereka menggunakan kalimah Allah bagi tujuan penerbitan bahan cetak mereka?
Alasannya, kalimah Allah diterjemah daripada perkataan God dalam bahasa Inggeris seperti yang tertulis di dalam kitab Bible.

Bagaimanapun, kita perlu akui tuntutan ini sebenarnya amat berbahaya kerana ia lebih banyak menimbulkan kekeliruan. Bayangkan kekeliruan terutama di kalangan kanak-kanak Islam apabila terbaca papan tanda atau kain rentang berbunyi: "Aku adalah anak Allah" atau "damai sejahtera dari Allah, Bapa kita dan dari Tuhan Jesus Kristus" atau "Anak Allah yang hidup". Semua itu adalah terjemahan terus daripada Bible berbahasa Inggeris.

Bagaimanapun, elok rasanya kita melihat kepada asal-usul bahasa kitab-kitab itu sendiri. Bagi Islam, mudah untuk difahami bahawa bahasa asal kitab suci al-Quran ialah Arab.
Apakah pula bahasa kitab Injil (Bible) dan Taurat? Bagi pengkaji sejarah, diketahui bahasa asal Taurat ialah Hebrew sementara bahasa Greek digunakan untuk Injil.

Sekiranya fakta penggunaan bahasa ini boleh diterima sebagai asas perbincangan, maka ulasan seterusnya selepas ini akan menjadi lebih mudah. Malah bagi orang Islam, tidak perlu untuk kita menjadi pakar tentang kitab Taurat atau Injil (Bible) untuk mengupas isu ini.
Persoalannya sekarang ialah apakah perkataan yang digunakan untuk merujuk "Tuhan" dalam Taurat dan maknanya dalam bahasa Greek pula?

Sekiranya Herald Catholic boleh memahami persoalan asal bahasa ini, mungkin kekeliruan penggunaan perkataan Allah tidak akan timbul. Dalam Hebrew, perkataan yang membawa maksud Tuhan ialah Elohim, Eloh, El dan juga Yahweh. Ini dapat diperhatikan menerusi Perjanjian Baru, dalam The Gospel of St. Matthew bab 27: 46 yang menyebut: Kira-kira jam tiga berserulah Jesus dengan suara nyaring: "Eli, Eli, lama sabaktani?" (Ertinya: Tuhan-Ku, Tuhan-Ku, mengapa Engkau tinggalkan aku?")

Sementara dalam bahasa Greek, Tuhan disebut Theos. Seperti yang tertulis dalam buku-buku sejarah atau tamadun besar dunia, orang Rom menyembah Tuhan yang dikenali sebagai Hotheos. Dan sekiranya terdapat di kalangan mereka yang menyembah Tuhan yang dianggap palsu, mereka akan memanggil Tuhan tersebut sebagai Tintheos.

Jika diteliti kita akan dapati bahawa dalam kedua-dua bahasa itu, sama ada Hebrew ataupun Greek, tiada satu pun kalimah Allah. Namun begitu ada juga di kalangan mereka yang memberi alasan bahawa penggunaan kalimah Allah ini ialah berdasarkan penggunaan kalimah Allah dalam kitab Bible versi bahasa Arab.

Bible versi Arab ini tidak dikenali sebagai Holy Bible tetapi lebih dikenali sebagai Kitab al-Muqaddas. Bible terjemahan Melayu dinamakan sebagai Kitab Berita Baik. Lanjutan daripada itu juga perlu kita fahami bahawa kalimah Allah yang wujud di dalam Bible Arab tersebut adalah kerana sesetengah keturunan Kristian Arab seperti di Mesir, Syria dan negara lain yang menganutinya sebelum kedatangan Nabi Muhammad SAW menerima dan meyakini fahaman Keesaan Tuhan.

Fahaman ini jauh berbeza dengan fahaman Trinity atau "Tiga Dalam Satu" seperti doktrin kebanyakan penganut Kristian sekarang. Maka, hujah yang dijadikan sandaran untuk membenarkan mereka menggunakan kalimah Allah ini tidak dapat diterima kerana golongan Kristian Trinity sendiri tidak menerima, bahkan mengkafirkan golongan Kristian Unity (mengakui satu Tuhan).

Selain daripada hujah itu, terdapat juga pandangan bahawa kekeliruan tidak akan timbul jika penggunaan kalimah ini dibenarkan kerana kalimah Allah yang hendak digunakan itu merujuk kepada terjemahan God dalam Bible sedangkan perkataan Tuhan pula daripada kalimah Lord.
Pandangan ini juga sebenarnya mengelirukan malah bertentangan dengan apa yang dinyatakan oleh Bible sendiri. Apakah bezanya antara Allah dan Tuhan dalam Kristian?

Sekiranya Tuhan merujuk kepada Jesus dan Allah pula ialah Tuhan Bapa di Syurga, maka perlulah difahami bahawa kalimah Tuhan dan Allah adalah dua perkataan yang merujuk hanya kepada Allah sahaja. Bagi membuktikan hal ini kita boleh merujuk kepada The Gospel Of St Mark 12:29 yang menyebut:"Jawab Jesus: Hukum yang terutama ialah: Dengarlah wahai Bani Israel, Tuhan Allah kita, Tuhan Yang Esa."
Dalam ayat ini siapakah Tuhan Yang Esa? Adakah ia merujuk kepada Jesus? Pastinya tidak! Malah kalimah Tuhan di atas merujuk kepada Allah semata-mata.

Sekali lagi ia bertentangan dengan apa yang dinyatakan bahawa kalimah Lord (Tuhan) di dalam Bible merujuk kepada Jesus. Sekiranya hujah diteruskan dengan menyatakan bahawa dalil paling jelas yang menunjukkan kalimah Tuhan merujuk kepada Jesus dan Allah pula merujuk kepada Tuhan Bapa seperti yang di dalam The Gospel Of St. Matius 16:22 yang menyebut: "Tetapi Petrus menarik Jesus ke samping dan menegur Dia, katanya: "Tuhan (Jesus), Semoga Allah (Tuhan Bapa) menjauhkan hal itu."

Sekiranya ini dijadikan hujah dan alasan, maka mereka yang berkenaan perlu menyelesaikan dahulu percanggahan antara kedua-dua ayat di atas. Jelaskan sama ada Tuhan itu merujuk kepada Jesus sahaja ataupun turut merujuk kepada Allah. Malah kata-kata Jesus sendiri menjelaskan keesaan Allah seperti di dalam The Gospel of St. John20:17 yang menyebut: "Kata Jesus kepadanya: Janganlah engkau memegang aku, sebab aku belum pergi kepada Bapa, tetapi pergilah kepada saudara-saudara-Ku dan katakanlah kepada mereka bahawa sekarang Aku akan pergi kepada Bapa-Ku dan Bapamu, Allah-Ku dan Allahmu."
Dalam kata lain, Jesus bukanlah Allah ataupun Tuhan Yang Maha Berkuasa kerana Jesus sendiri menyatakan Tuhan yang sebenar ialah Allah.

Maka jelaslah di sini, kewajaran kerajaan Malaysia melarang penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam. Ia bertujuan mengelakkan kekeliruan di kalangan masyarakat. Apabila kalimah yang tidak tepat digunakan oleh mereka yang mempunyai kepentingan tertentu, maka ia akan mengundang padah.

Amat malang apabila keharmonian beragama di negara ini yang dibina atas dasar tolak ansur dan saling memahami, digoncang oleh tangan-tangan yang sengaja ingin mencetus ketegangan dan huru-hara.

# Lebih malang lagi apabila KDN mbenarkan pula kalimah Allah diguna dalam penulisan Kristian.

Pengumuman Penting: Siapa Orang KDN Bengap Ni?

Salam,

Pagi-pagi tbaca satu tajuk dalam Utusan : Kristian Boleh Guna 'Allah'.

Dilaporkan, Nizam Zakaria, Peguam Kanan Persekutuan bkata dlm mahkamah bahawa pgunaan perkataan 'Allah' dlm penerbitan Kristian bukan lagi larangan kerana Perintah Keselamatan Dalam Negeri (Larangan Dalam Penggunaan Perkataan Tertentu dalam Dokumen dan Penerbitan) 2009 yang baru diwartakan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN ) pd 16 Februari lalu.

Cuba kita perhatikan laporan berikut :
Perintah tersebut berbunyi : ''Percetakan, penerbitan, penjualan, pengeluaran, pengedaran dan pemilikan sebarang dokumen dan penerbitan berkaitan agama Kristian yang mengandungi perkataan Allah, Kaabah, Baitullah dan Solat adalah dilarang melainkan di muka hadapan dokumen dan penerbitan itu ditulis dengan perkataan 'Khusus Untuk Penganut Agama Kristian'

Alahai, siapa la pegawai KDN tlibat yg bengap ni. Kalau mengikut ayat di atas, memang tidak dilarang pun mguna kalimah'Allah' - apabila penerbitan tersebut ditulis pengkhususan.

Sedangkan perkara ini masih diperdebatkan di mahkamah, hakim pun belum mbuat keputusan. Alih-alih di KDN keputusan sudah pun dibuat oleh si bengap. Ini jelas satu kesalahan pentadbiran oleh pegawai terlibat.

Mana menteri KDN? Asyik kempen sampai perkara begini terlepas pandang...mungkin pegawai bengap tersebut ada agenda lain ?

Jom kita kempen, KEKALKAN KESUCIAN NAMA ALLLAH! ALLAHU AKBAR!!!

Bahasaku Tercemar Di Beaufort...


Salam,

Cuba kita teliti gambar di atas. Gambar ini sempurna dan tiada yg salah. Ini adalah notis amaran kpd orang ramai, dibina oeh Majlis Daerah Beaufort, diletakkan di tempat strategik di Pekan Beaufort.

Hasrat murni pihak bkuasa mberi 'ingatan' mlalui papan tanda ini, wajar diberi pujian. Kita juga b'harap orang ramai akan m'ambil peduli ingatan ini, dengan tidak mbuang sampah merata-rata, atau dgn kata lain, buanglah sampah di tempat sewajarnya.

Sayangnya, hasrat murni pihak bkuasa ini t'cemar dek kerana bahasa yg salah. Spintas lalu, apa yg dfahami dr papan tanda ini, si pembuang sampah boleh mengenakan denda, bukan didenda!

Mungkin ayat di papan tanda ini boleh dpbaiki...

Friday, February 27, 2009

Suara Ketua Pemuda ?

Salam,

Apabila Karpal Singh menuduh perbuatan mengirim dua butir peluru ke rumahnya, adalah tindakan Pemuda Umno, kita tertunggu-tunggu apa jawapan Pemuda.

Tidak puka kedengaran siapa-siapa pun hatta orang kuat dari Pemuda memberi respon kepada tuduhan Singh ni. Agaknya masing-masing sibuk berkempen.

Mungkin ramai juga yg mberi reaksi spontan, namun tidak mdapat publisiti atau sengaja tidak 'minta puji'. Suara mengecam Singh ni hanya blegar-legar di peringkat bawah.

Sehinggalah semalam, baharulah kita mendengar jawapan kpd tuduhan Singh. Dilaporkan, Naib Ketua Pemuda Sdr Khairy Jamaluddin menafikan pengelibatan Pemuda Umno, sambil mencabar Singh ni mengemukakan bukti dalam tempoh 24 jam.

Malahan KJ diberitakan meminta pihak bkuasa m'ambil tindakan tegas kpd Singh ni. Yalah KJ, smakin hari smakin mjadi-jadilah pulak 'kekurangan ajar' Singh ni. Dia ingat negara ni dia yg punya ka...

Untuk ini, bolehkah kita salute kpd KJ atas kberaniannya, mwakili Pemuda Umno menyanggah Singh ni ?. Atau, bolehkah kita katakan beginilah cara Ketua Pemuda masa depan bsuara ?
Berani dan lantang...

Thursday, February 26, 2009

01 : Jangan Selesa...

Salam,

Sesi pengundian calon-calon btanding utk jawatan tertinggi Umno dan sayap-sayap parti sudah pun selesai diadakan. Calon yg btanding sudah pun mengetahui nombor mereka.

Seperti lazimnya, tentulah calon tlibat menghendaki nonbor yg 'cantik'. Di senarai paling atas, mudah diingati dan pasti nombor yg ada 'ong'. Apakah nombor tsebut ? Bgantung kpd individu. Jika orang cina tidak menyukai nombor 4 kerana dipercayai nombor 'mati', ramai juga yg suka nombor ini.

Nombor yg paling disukai pastilah nombor 01. Kelebihannya, dalam senarai calon nombor ini di kedudukan paling atas. Lagipun, nombor 1 dikaitkan dengan kejuaraan, keunggulan atau keagungan.

Dilaporkan dalam pemilihan Umno kali ini, orang btuah mendapat nombor 01 ialah :

Pengerusi Tetap: TS Onn Ismail
Tim. Peng. Tetap: Datuk Mohamad Aziz
Tim. Presiden : TS Muhyiddin Yasin
Naib Presiden : DS Ahmad Zahid Hamidi
MT : Datuk Raja Ropiah Raja Abdullah
***************************
PT Pemuda : Ramli Simbok
Tim. PT:Muhammad Yadzan Mohamad
Ketua Pemuda : Datuk Mukhriz Mahathir
Naib KP: Datuk Razali Ibrahim
Exco Pemuda : Ahmad Izany Mohd Nor
**************************
Tim. PT Wanita : Rosdianah Mohd Nor
Ketua Wanita : DS Rafidah Aziz
Exco Wanita : Datuk Jahara Hamid
****************************
PT Puteri : Roslinda Abd Rahman
Tim. PT Puteri: Haspalela Mohd Hasan
Ketua Puteri : Datin Ismalina Ismail
Naib KP: Nolee Ashilin Mohd Radzi
Exco Puteri: Roselinda Mohd Jamil
*****************************
Bagi calon yg mdapat nombor 'btuah' ini, jangan tlalu gembira dan berasa selesa. Ingin diingatkan, di satu bahagian di Sabah, dalam 3 kali pemilihan lalu, calon yg menggunakan nombor 01 ini untuk satu jawatan, malangnya tewas. Maknanya, nombor bukanlah segalanya.

Bagi calon yg tidak m'dapat 'nombor cantik', jangan putus harapan. Ada masa lagi untuk mdekati para pwakilan...jangan fikirkan sangat soal nombor ni. Ada banyak faktor lain yg diambilkira oleh pwakilan.

Wednesday, February 25, 2009

Mencari Pemimpin Seperti Rasulullah.

Salam,

Seorang pengunjung di blog ini mhantar komen berikut :

...kalau bab pemimpin ni, aku nda kira la siapa2 dia karabat abang musa ka?anak buah ka? sapupu ka? asalkan dia beriman dan mempunyai kelayakan sudah cukup bagi aku. pasal aku ambil iktibar dari rasulullah, beliau melantik abu bakar ( mentua dia ) ,ali ( Menantu dia )..kalau kita tafsir sekarang ni kira kerabat la atau kroni....tapi aku punya tafsiran bahawa mereka ini beriman dan berkelayakan......rasulullah mau bagi contoh bahawa tidak salah melantik atau memilih dari kalangan kerabat atau kroni asalkan mereka beriman dan berkelayakan....allah hu alam.

Nampak komen diberi memang cukup cantik, m'ambil iktibar daripada kepimpinan Rasulullah. Menurut pengunjung ni juga, dua kriteria yg mcukupi untuk mjadi pemimpin : Beriman dan berkelayakan.

Bab beriman memang kita jelas. Pemimpin yg tiada iman memang tidak mungkin mampu memimpin orang b'iman. Sebab itu manusia diutus para rasul memimpin mereka ke jalan yg benar. Hanya manusia saja yg lalai dlm 'm'ingat' ajaran para rasul tsebut, lalu memilih pemimpin yg nampak b'iman tp beraja di hati, bsultan di mata!

Cuma soal kelayakan ni, kita agak keliru sedikit. Bagaimana kelayakan yg sesuai mjadi pemimpin ? Rasanya soal ini agak subjektif. Jika ijazah mjadi kelayakan 'asas' memilih pemimpin, berapa ramai pimpinan kita t'utama di peringkat bawah yg kita angkat tidak memiliki ijazah.

Ah, ijazah bukanlah ukuran utama memilih pemimpin. Memiliki segulung ijazah bukan b'erti memiliki kebijaksanaan. Berapa ramai pemimpin yg tidak b'ijazah tp bijak dlm b'politik umpamanya. Lagi-lagi politik putar alam @ putar belit, tidak perlu sijil bjela-jela...

Sayangnya, sekarang ni pemimpin yg 'seperti' Rasulullah itu amat sukar kita temui. Lim Guan Eng di Pulau Pinang yg hendak meniru kepemimpinan Umar Abdul Aziz pun, rasanya jangankan separuh, suku pun dia belum dapat contohi!

Bagaimana kepimpinan Rasulullah ? Dicatatkan sbg contoh :

Sebagai ketua negara, baginda tidak segan untuk bergaul dengan rakyat biasa tanpa mengira status sama ada fakir miskin, kanak-kanak atau hamba, Baginda juga sedia memenuhi undangan para sahabat nya termasuk pembantu rumah. Bahkan dalam peperangan Khandak umpamanya, Baginda menyertai sahabat-sahabat untuk menggali parit sehingga tubuh Baginda penuh dengan debu dan tanah.

Adakah lagi pemimpin kita seperti ini ? Tepuk dada, jangan tanya siapa-siapa, tanyalah diri sendiri!

Monday, February 23, 2009

Antara Volvo dan Jalanraya...

Salam,

Masih lagi dengan kisah Volvo...

Bagaimana agaknya rasa mnaiki kereta mewah seperti Mercedes, BMW, Volvo, Camry dsb? Kena btanya sebab tidak pernah merasa keselesaan kereta seperti ini.

Seorang kawan menelefon dan btanyakn pandangan bkaitan pbelian kereta Volvo oleh Kerajaan Sabah. Sebelum mberi pandangan, saya btanyakan dulu pandangannya. Sengaja 'memancing' kawan ni, penyokong setia BN/Umno yg tidak pernah 'miss' mengundi BN setiap pilihanraya.

Kata kawan ni, tindakan menukar kereta rasmi oleh kerajaan pd masa ini, tidak kena pada masanya. Ada banyak lagi agenda pembangunan yg perlu dbuat oleh kerajaan, sebelum memikirkan keselesaan diri para menteri.

Saya mjawab, masalahnya kos penyelenggeraan kereta rasmi sedia ada tlalu tinggi, dan mungkin kerajaan sdh tidak mampu lagi menyerapnya.

Dia bsetuju, tapi soalnya kenapa ketika ekonomi kurang baik? Alangkah baiknya para menteri memikirkan cara mengurangkan beban rakyat ketika ini, daripada berbelanja utk perkara yg belum utama ketika ini.

Saya kata ini sudah mjadi keperluan, kerajaan kena btindak sekarang, demi melicinkan pentadbiran dan keberkesanan kerja para menteri. Dengan menaiki kenderaan rasmi yg 'baik' dan bkuasa tinggi, akan memudahkan lagi mereka menunaikan tanggungjawab kepada rakyat dan negeri Sabah.

Hujah saya ini malangnya ditempelak oleh kawan di hujung talian. Dia menyoal, kalau mahu bkesan kenapa Volvo?. Bagaimana menteri mahu melawat Daerah Kecil Tongod atau Pengalungan dgn Volvo. Kalau mahu sesuai dengan geografi Sabah, gunalah pacuan empat roda. 'Ninja King' kan ada katanya.


Entahlah, scara peribadi saya pun tidak mampu bhujah dgn kawan tsebut. Logiknya, jika penyokong setia BN pun tidak faham dgn tindakan ini, apalah agaknya pandangan bukan penyokong?

Mungkin ada siapa-siapa yg boleh mbantu saya mberi jawapan!

Sunday, February 22, 2009

VOLVO Yang Cantik...

Salam,

Sekarang ni agak riuh bkaitan kes Lexus MB di Selangor, namun d Sabah tanpa disedari bkaitan juga kereta juga, bkenaan Volvo. Dikhabarkan Kerajaan Sabah menukar kereta rasmi kegunaan para pembesar daripada Perdana jenama Malaysia, kepada jenama import Volvo.

Agak menarik juga bila dilaporkan kos penyelenggeraan yg tinggi sekali lagi menjadi punca kpd tindakan menukar kereta rasmi ini, seperti di Terengganu dan Perak. Kenapalah agaknya kereta nasional kita ni tinggi kos selenggeraannya?

Ah, biarlah pihak Proton mjawab psoalan ini. Bagi kita di pihak rakyat, wajar pula btanya, apa perlunya tindakan menukar kereta rasmi ketika kegawatan ekonomi sekarang ? Ketika rakyat dihimpit oleh pelbagai masalah seperti harga barang yg melonjak naik, pihak kerajaan pula berbelanja mewah.

Ketika Kerajaan PR di Perak ditegur membazir wang rakyat kerana membeli Camry, bagaimana pula situasi di Sabah ni, tidakkah ini juga pembaziran namanya ? Atau ada nama lain lagi untuk tindakan ini ?

Rasanya Kerajaan Sabah kena bsabar dahulu shingga ekonomi smakin baik sebelum menukar kereta. Kalau iya pun menukar kereta, rasanya lebih sesuai kereta pacuan empat roda @ 4x4, agar sesuai masuk ke kampung untuk lawatan beramah mesra dgn rakyat.

Atau kerajaan Sabah bkira-kira mnaik taraf jalan-jalan di seluruh Sabah, agar sesuai dengan Volvo tu nanti...Kalau tidak kesian la kereta tu!

Friday, February 20, 2009

Rileks Kejap...

Salam,

Maaf sekali lagi, blog ini agak lambat dikemaskini. Kali ini kesibukan dengan tugasan 'khas' benar-benar tidak mengizinkan. Untuk itu, kita rileks dulu...Baca cerita ini.

Pada suatu hari, pada zaman dahulu kala, telah diadakan satu pertandingan memanjat pokok kelapa di kalangan katak. Ingat, ini cerita katak betul...bukan katak lain.

Pada hari yang ditetapkan, berkumpullah segala macam katak di lokasi pertandingan. Pokok kelapa yang dijadikan 'venue' untuk dipanjat tegak berdiri, setinggi bangunan tiga tingkat.

Urusetia pertandingan pun bhempas pulas mendaftarkan peserta yang menyertainya. Dianggarkan lebih 1000 ekor katak turut serta.

Di sudut lain, para doktor, bomba, ambulan dan sukarelawan lain bsiap sedia menangani sebarang kemungkinan.

Para penonton yg hadir sambil berbisik-bisik membodohkan katak yg menyertai pertandingan tersebut. Kata mereka ini bukan pertandingan nyanyian yg selalu dikaitkan dgn katak. Tidak mungkin katak mampu memanjat, kerana kepakaran mereka hanya melompat. Sebab itu, timbul kata-kata lompat katak!

Tepat pada masa yg ditetapkan, pengadil pertandingan pun meniup wisel menandakan acara bmula. Maka bduyun-duyunlah para peserta mencuba untuk memanjat. Setiap kali mereka cuba memanjat, setiap kali itulah mereka akan terjatuh.

Dari tempat duduk penonton, kedengaran suara yg jelas mengutuk dan merendah-rendahkan kebolehan katak. Ada yg bsuara menyuruh katak pulang, jangan mbuang masa. Cuma sebahagian kecil ja penonton yg positif mberi dorongan. Laksana di stadium bola, hiruk-pikuk penonton memang riuh-rendah.

Beberapa minit berlalu, tidak kelihatan pun ada katak yang berjaya memanjat. Yang ramai, katak yg mengundur diri sambil mengeluh kepenatan. Ada juga menyesal menyertai pertandingan tsebut.

Hiruk-pikuk masih bterusan, katak semakin keletihan dan smakin bkurangan. Tiba-tiba, keadaan mjadi gempar seketika. Seekor katak puru bwarna coklat, kelihatan agak tua sudah sampai hampir di pertengahan pokok kelapa.

Urusetia tkejut beruk, penonton smakin cemas, katak lain memandang sinis. Ah, tidak mungkin ada katak yg dapat memanjat....

Masa blalu pantas, katak tua tadi berjaya sampai ke kemuncak. Ya, dia bjaya, memang dia sudah sampai di celah-celah daun kelapa...Ketika itu, riuh-rendah smakin kuat kedengaran mengagumi khebatan seekor katak.

Para wartawan pantas mengambil tempat d bawah pokok untuk menemuramah, Ketua Kampung pantas diberitahu dan dibawa ke lokasi menyaksikan peristiwa penting tsebut.

Khidmat bomba tpaksa digunakan untuk mbawa sang katak hebat turun ke bawah. Rupanya, katak cuma mampu naik ke atas, tidak mampu turun sendiri. Jika katak turun melompat, nescaya dia akan tsembab ke bumi dan menempa maut.

Apabila sang katak sudah dtanah, bpusu-pusulah dia dkerumuni. Ptanyaan btalu-talu, dgn pelbagai soalan, semua bkisar tentang rahsia kejayaannya. Sang katak selamba, cuma tsenyum tidak mberi jawapan, tmasuk utk soalan Ketua Kampung.

Ketua Kampung naik berang dgn kesombongan sang katak juara yg hanya tsengih-sengih, tidak mjawab soalan. Kalau soalan wartawan tidak dijawab, tidak mengapa, ini soalan Ketua Kampung pun cuma dbalas dengan tsengih seperti kerang busuk.

Lalu diarahkan doktor mbuat pemeriksaan, mengapa sang katak ini diam mbisu ketika yg lain ingin bkongsi rahsia kejayaan. Selesai diperiksa, doktor berbisik kpd Ketua Kampung : Tok Ketua, katak ni pekak, dia tidak mdengar...
Oh, patut la....

Tuesday, February 17, 2009

Harapan Baru Politik Malaysia

Salam,

Hari ini selepas menyaksikan senario politik Malaysia tkini - bkaitan kes kangkang YB Elizebeth Wong - rasa senang hati dan sangat gembira. Rasanya tidak pernah segembira ini melihat iklim politik Malaysia sebegini baik.

Syukurlah, rupanya dlm kekalutan politik - t'utama oleh para ahli politik - tsirat harapan baru untuk Malaysia, slogan PKR yg sangat relevan. Harapan untuk menyaksikan politik Malaysia bukanlah 'peperangan' tetapi kesejahteraan, bukan pmusuhan tetapi psahabatan.

Sebelum ini kita dhidangkan dgn keakraban di kalangan ahli politik khusus di antara para MP sama ada dr BN atau PR, di Parlimen. Walaupun berbalah di dlm Dewan Rakyat @ Negara, namun di luar dewan mampu bgurau senda, gelak bsama dan sama-sama mjamah makanan warisan negara, nasi lemak.

Malahan jauh sebelum itu, sebelum PRU Mac tahun lalu, nilai psahabatan di kalangan ahli politik sudah dipraktikkan. Bukan sahaja di Parlimen atau di pentas forum, malah hingga ke rumah ! Caya la, ini baru politik Malaysia namanya...

Maka sebab itulah, ada ahli politik BN - tentulah dia seorang yg baik hati - mampu mengambil gambar YB Elizebeth dlm posing istimewa, ketika tidur sambil kain tselak dan kaki tkangkang. Kalau bukan nilai psahabatan yg amat tinggi, tidak mungkin orang BN mampu pergi jauh menyelinap ke rumah YB ni.

Cuma yg tidak bmoralnya, ahli politik BN ini mdedahkan gambar tsebut, shingga mcerobohi kehidupan peribadi YB ni. Kerana pdedahan gambar ini, 'rosak' psahabatan yg dbina antara ahli politik BN dan PKR.

Soalnya, siapa ahli politik BN yg tidak bmoral, yg jahat, yg busuk hati - dan segala macam lagi - ini ? Kalau dpt ditangkap, mau ja kita hentak kepala dia!!!

Pengajaran dr peristiwa ini, jangan benarkan ahli politik lawan - t'utama dr BN kerana mereka sangat tidak bmoral - masuk ke rumah ketika hendak tidur...

Hmmm...aku cuma mampu tertawa kecil melihat gelagat ahli politik kita, sambil berharap harapan baru yg dicanang bukan mimpi ngeri.

Eli: Apa salahnya BOGEL ?

Salam,

BOGEL ? Apa masalahnya dengan bogel, lebih-lebih lagi di tempat tidur, bersendirian atau bdua dgn org yg m'ambil gambar.

Rasanya tiada apa yg pelik dan masalah dengan kes bogel ni. Biasa saja, bukan sesuatu yg menghairankan atau sesuatu yg ajaib sehingga kita tkinja-kinja, melompat tak tentu pasal kebingungan bila Elizebeth Wong, Exco Selangor didapati berbogel, dan gambarnya diedarkan.

Apa pula masalah dengan DS Khir Toyo yg sampai minta Eli letak jawatan. Hello Datuk Seri, ini bukan kes orang bunuh orang la... ini cuma kes kecil seciput, kes orang bogel di bilik tidur.

Dengar khabarnya, Eli menimbang utk letak jawatan Exco dan ADUN Bukit Lanjan ( teLANJANG ). Alamak kenapa sampai ke situ pulak...Jangan Eli, janganlah layan pmintaan mereka yg cemburu. Jangan Letak Jawatan ! Teruskan tugas muliamu Eli, bkhidmat kpd penduduk Bukit Lanjan dan rakyat Duli Tuanku Sultan Selangor, dengan jujur.

Eli telah dipilih oleh majoriti pengundi di Bukit Lanjan pd PRU lalu kerana mereka bkeyakinan Eli akan btanggungjawab dan mampu mewakili mereka di DUN Selangor. Kes bogel ni pula tiada kaitan dgn pengundi, so janganlah sampai mletak jawatan. Tiada salahnya bogel ni... Eli bukan depan pengundi pun.

Ya tiada salahnya bogel, kes ini bukan kes tidak bmoral, bukan masalah negara, bukan juga masalah rakyat, bukan masalah yg perlu mletak jawatan ...ia cuma masalah peribadi, ruang peribadi yg dcerobohi. Ya bgitulah Eli...

Lagi pun Eli, bukankah kau dlm PKR dan Pakatan Rakyat - parti dan pakatan yg suci bersih. Kes bgini tidak mjadi masalah, lainlah kalau kau MCA @ Umno atau dlm BN. Bukankah yg tidak baik, tidak bmoral, yg jelik, yg buruk, yg hina, yg busuk, yg kurap itu milik BN saja?

Contoh...Datuk Nasaruddin ADUN Bota, keluar Umno masuk PKR - dia bmoral, hero, berani dan menemui kebenaran. 11 hari kemudian, Datuk Nasa keluar PKR masuk Umno - dialah manusia ( bsama 3 ADUN yg lain ) mjadi manusia yg paling tidak bermoral dlm dunia !!!

Monday, February 16, 2009

HARAP SEMUA FAHAM!

Salam,

Hari ni SPB YDPA dlm ucapan perasmian Parlimen menekan beberapa perkara yg perlu diberi phtian, bukan sahaja oleh para MP tapi oleh semua rakyat jelata.

1. Tuanku Mizan mengajak rakyat supaya menghormati Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang tertinggi negara.

-Banyak 'kekeliruan' yg blaku dlm negara kita sekarang, t'utama oleh ahli politik kerana kegagalan memahami dan menghormati semangat Perlembagaan Persekutuan. Sebagai contoh, selepas PRU lalu ada ahli politik yg mcanang ptukaran kerajaan melalui lompatan parti, dan ia sangat 'dkagumi' oleh sebahagian rakyat yg keliru. Malangnya, apabila ia berlaku di Perak - 16 September yg diwar-warkan tidak menjadi - sebahagian rakyat makin keliru, sehingga tgamak menderhaka dan berhasrat menyaman Sultan Perak.

2. Tuanku dukacita dengan perilaku Ahli Parlimen.

- Bukan sahaja Tuanku yg dukacita, rakyat biasa juga kecewa dengan gelagat sebahagian Ahli Parlimen. Jika kelakuan di Dewan Rakyat atau Dewan Negara sudah tidak ketentuan, bagaimanalah agaknya perwatakan AP kita di luar ? Berbalah bukan kerana memperjuangkan rakyat yg diwakili tapi kerana sebab yg remeh-temeh, malahan ada yg langsung tidak memperjuangkan apa-apa. Agaknya masih tkejut dgn kemenangan dlm PRU yg tidak disangka-sangka...

Harap-harap semua, samada AP atau pun tidak, akan lebih memahami titah baginda kali ini. Bersuara dlm lingkungan yg dibenarkan oleh Perlembagaan, bukan bcakap yg bukan-bukan. Sementara para YB pula akan dapat mengawal emosi dlm pbahasan, bukan bperangai seperti beruk!

Mungkin YB yg 'tidur' sepanjang penggal lalu, kali ini akan tjaga... Begitu harapan kami Tuanku!

Saturday, February 14, 2009

Misi Menawan Dua Bukit: Siapa Jeneral ?

Salam,

SPR telah menetapkan PRK bg kerusi DUN Bukit Selambau dan Bukit Gantang secara serentak pd 7 April ini, manakala penamaan calon pd 29 Mac. Ketika PRK dilangsungkan, Pemilihan Pucuk Pimpinan Umno telah selesai dijalankan.

Soal calon mungkin tidak mjadi masalah kerana di Bkt Selambau scara tradisinya dkuasai MIC, dan Umno di Bkt Gantang. Siapa ? pastilah BN akan meletakkan calon yg bpotensi dan 'boleh menang'.

Soalnya siapa yg akan memimpin Barisan Perang dlm ptarungan tsebut dan menjayakan misi menawan dua bukit ini ?

Jeneral sudah pasti tiada psoalan DS Najib Tun Razak. Bagaimana dgn 'Mejar Jeneral' ? Ada 3 calon yg boleh mbantu, siapa ya...

Bagi kompeni pemuda, ada 3 kapten bsiap sedia : Kapten KJ, Mukhriz dan Khir. Agak-agak siapa yg berani mengambil tanggungjawab mjalankan misi ini ?

Kompeni wanita, Kapten Rafidah dan Sharizat juga sdg bsedia. Rasanya, bg la kapten yg muda sikit.

Kompeni puteri ? Semuanya muda belaka. Tenaga masih kuat, so pilihlah yg ada pengalaman 'perang'.

Untuk barisan yg lain tu, pilihlah barisan yg benar-benar boleh mbantu, bukan sokong mbawa rebah. Yang mguna jawatan untuk kepentingan peribadi, tentulah tidak sesuai ke medan perang!

Friday, February 13, 2009

Mengapa Kita Naif Sangat?

Salam,

anim said...
kita rakyat negeri yang tidak beraja x payah la mau menyibuk..we dont know wat they feel..they may know much than we knew..

sometimes, i feel pity to nizar..wat a man haha
anyway..very nice point of view..


Ini komen seorang pbaca blog saya. Diucapkan terima kasih kerana sudi singgah di blog saya. Sayangnya, komen dberi tsangatlah naif, mgambarkan diri yg apa ya ? Tserahlah kpd pbaca semua melihat tahap pemikirannya...



Nampaknya tidak perlulah saya mberi komentar balas kpd sahabat bnama anim ni. Cuma kalau nak ikut dia ni, tidak perlu kita 'sibuk' pasal Palestin @ Gaza, sebab kita pun tidak tahu perasaan durang. Kan gitu anim...



Sebagai tambahan, baik kita merenungi titah Sultan Selangor ni : Jangan biadab - titah Sultan Selangor



****************************


Maaf, sebab blog ini tidak dapat dikemaskini, bukan kerana sibuk...tapi kerana talian streamyx yg 'meragam'. Biasak la, produk buatan Malaysia!

Wednesday, February 11, 2009

Kemelut Perlantikan MB Perak

Salam,

Terima kasih sahabat blogger, Penghuni Gua yg mcadang utk menyiarkan ulasan Datuk Seri Dr Rais Yatim, Menteri Luar, bkaitan kemelut plantikan MB Perak. Dinukilkan di bawah ini ulasan tsebut utk semua. SELAMAT MEMBACA !

PERKEMBANGAN di Perak yang antara lain cuba mengheret Sultan Perak ke Mahkamah susulan pelantikan Menteri Besar (MB) baru, mengandungi ramuan yang boleh membawa kepada keadaan kelam-kabut.

Jika tindakan tegas tidak diambil ia juga mungkin menimbulkan huru-hara politik, sesuatu yang jauh daripada diperlukan pada saat-saat negara menghadapi kesan kemelesetan ekonomi dunia.

Kemelut di Perak memerlukan pemahaman dan penerimaan semua pihak yang terbabit. Apa yang diteraskan oleh perundangan negeri itu kini telah dipolitikkan oleh pelbagai pihak secara yang tidak pernah dilakukan sebelum ini.

Sultan Perak telah menggunakan kuasa dirajanya melantik Menteri Besar baru, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir pada 6 Februari 2009.

Menteri Besar (MB) terdahulu, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin mendakwa seperti yang diberitakan media bahawa beliau telah tidak ditamatkan perkhidmatannya selaras dengan undang-undang, justeru pihaknya mengambil tindakan untuk 'meneruskan' perkhidmatannya dan Exconya sementara menunggu keputusan mahkamah.

Malangnya pada masa yang sama pelbagai blog termasuk media cetak Pas, Harakah, bertindak menyebarkan hasutan membenci satu-satunya raja Melayu yang berwibawa dan bijaksana.

Sekarang semacam ada dua Menteri Besar dan dua Exco bagi negeri Perak, sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelumnya di dunia. Dalam situasi begini keadaan politik dan pentadbiran di Perak tampak berkecamuk lantaran begitu keterlaluan sesetengah pihak bertindak.

Dalam hal ini jelas bahawa penyokong-penyokong PKR, DAP dan Pas merasakan lunas perundangan dan keadilan telah dikompromi sementara pihak Barisan Nasional pula puas hati bahawa semua tuntutan undang-undang negeri telah pun disempurnakan.

Perihal pada masa ini kuasa raja dan tuntutan politik telah bertembung tidak dapat dinafikan. Perkembangan ini membawa kita ke tahun-tahun 1993 dan 1994 apabila Perlembagaan negara dipinda melalui suara majoriti di Parlimen.

Tindakan legislatif itu telah mengurangkan beberapa hak diraja sehingga semenjak tahun 1994 tindakan undang-undang boleh diambil terhadap mereka jika melakukan jenayah atau terlibat dengan mungkir perjanjian formal. Perkembangan di Perak jelas melibatkan kekasaran pembangkang di luar lunas adab dan tamadun sesebuah negeri Melayu yang berpemerintahan diraja. Malah ada pihak-pihak yang rela berbaring di jalan raya dan menghalang lalu lintas awam.

Mempelawa membenci raja secara terbuka adalah secara terang dan nyata mencabul Rukun Negara dan merupakan jenayah hasutan yang wajar didakwa.

Ada tiga isu besar yang harus diselesaikan dalam kes di Perak ini. Pertama adakah pemberhentian bekas MB Perak sah di sisi undang-undang? Kedua, adakah pelantikan Zambry terbit daripada kuasa diraja yang sah?

Ketiga, perlukah diadakan sidang khas Dewan Undang Negeri (DUN) Perak bagi menentukan sokongan atau sebaliknya terhadap Barisan Nasional (BN) selaku parti yang dianggap sah telah mengatasi gabungan pembangkang PKR, DAP dan Pas?

Untuk menjawab persoalan-persoalan itu, punca kuasa ialah Perlembagaan Negeri Perak sendiri, khususnya Artikel 16 dan pecahannya. Perundangan inilah yang menentukan betul atau sebaliknya sesuatu tindakan yang telah, sedang dan bakal diambil berkaitan kemelut yang sedang berlaku di Perak.

Cuma yang menjadi muslihat ialah interpretasi pemakaiannya yang betul dan tepat dari segi perundangan. Sultan berpendapat tindakannya di bawah Artikel 16 betul sedangkan pembangkang mengatakan sebaliknya, justeru mahu mengheret sultan ke mahkamah.

Seperti juga kuasa Raja Berperlembagaan di lain-lain negeri yang diperintah raja atau sultan, Sultan Perak mempunyai beberapa kuasa khusus yang tidak boleh dicabar atau dipersoalkan.

Pertama baginda boleh bersetuju atau tidak bersetuju membubarkan Dewan Undang Negeri susulan mana-mana permintaan atau nasihat.

Kedua, kuasa melantik seseorang daripada kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang pada hematnya mempunyai sokongan majoriti daripada kalangan ADUN berkenaan.

Ketiga, hak mengemukakan permintaan untuk mengadakan mesyuarat Majlis Raja-Raja yang semata-mata mengenai kemudahan, kedudukan, penghormatan dan kebesaran diraja serta hak dan kuasa penentu sebagai ketua agama Islam dan payung adat istiadat Melayu di negeri Perak.

Baginda berhak menentukan tidak menerima nasihat untuk membubarkan DUN tanpa memberi apa-apa sebab. Kuasa dan peranan diraja ini tidak boleh dicabar di mahkamah sama ada menerusi konsep fraudem legis (muslihat negatif legislatif atau dewan perundangan) atau peruntukan statutori lain.

Kedua, Sultan Perak di bawah Perkara 16(2)(a) berhak melantik (sebelum melantik ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan) seorang Menteri Besar yang pada hemat baginda berkemungkinan beroleh sokongan majoriti di Dewan Undangan Negeri berkenaan.

Dalam Perlembagaan Negeri-negeri dan juga Persekutuan, peruntukan ini sedia ada, cuma cara dan kaedah bagaimana sultan atau raja menyempurnakan fungsi ini tidak dinyatakan huraiannya di dalam Perlembagaan.

Di bawah Perlembagaan Negeri Perak tiada peruntukan yang menghalang sultan daripada menamatkan perkhidmatan seseorang MB jika baginda mendapati bahawa MB itu sudah tidak lagi beroleh sokongan majoriti anggota DUN. Artikel 16(6) jelas memperuntukkan perihal ini.

Harus diperhatikan lantaran di bawah provisi Artikel 16(4), raja mempunyai budi bicara yang luas untuk menentukan siapa harus dilantik sebagai Menteri Besar. Bahasa perlembagaannya menentukan bahawa ADUN yang dilantik sultan sebagai MB hendaklah terdiri daripada seorang yang pada hemat baginda berkemungkinan beroleh sokongan majoriti anggota Dewan berkenaan atau dalam bahasa Inggerisnya "who in his judgment is likely to command the confidence of the majority of the members of the Assembly".

Atas keadaan inilah sebilangan orang berpendapat bagi menentukan anggota mana yang harus mendapat sokongan majoriti di DUN berkenaan perlu tertakluk kepada pungutan suara DUN sendiri justeru harus diadakan persidangan khas.


Memang banyak pihak menyokong pandangan ini tetapi harus disedari bahawa mengadakan undian atau pungutan suara di lantai DUN berkenaan hanya salah satu kaedah yang lazim tetapi ia bukan bersifat wajib jika sultan telah puas hati bahawa sesungguhnya seseorang MB itu sudah kehilangan sokongan majoritinya.

Dengan peruntukan Artikel 16(2) bersekali dengan klausa (4)
Perlembagaan Negeri Perak jelaslah bahawa apabila Sultan telah melantik Zambry melalui proses pengetepian peruntukan-peruntukan selainnya di bawah Perlembagaan negeri itu - sesuatu yang dibenarkan oleh undang-undang tubuh negeri itu. Ini bermakna baginda telah menjalankan tugas dan fungsi perundangan.

Ada pakar-pakar perlembagaan yang berpandangan bahawa memadai jika pihak diraja membuat keputusan subjektifnya tanpa mengadakan pengundian di sesuatu persidangan DUN bagi menentukan sokongan terhadap seseorang MB. Dalam konteks Perak, sultan telah membuat kesimpulannya dengan mendengar huraian sendiri mengenai pendirian ketiga-tiga ADUN yang berkenaan (Jamaluddin Mohd. Radzi - PKR Behrang; Mohd. Osman Mohd. Jailu - PKR Changkat Jering dan Hee Yit Foong - DAP Jelapang). Ketiga-tiga mereka memilih untuk menjadi wakil rakyat Bebas tetapi bersedia menyokong BN. Baginda juga maklum tentang kembalinya semula Datuk Nasaruddin (DUN Bota) ke pangkuan UMNO/BN.

Dalam konteks ini baginda sedia arif bahawa BN telah pun beroleh sokongan majoriti mudah (simple majority) dengan pengakuan wakil-wakil rakyat itu di hadapan baginda.

Mengadakan undian di DUN bukan merupakan satu-satunya cara untuk menentukan sokongan atau sebaliknya terhadap seseorang MB. Sultan Perak khususnya boleh membuat kaedahnya sendiri sejajar dengan Artikel 16(4) Undang-Undang Tubuh Negeri Perak.
Kes-kes terdahulu yang boleh dijadikan perbandingan, termasuklah kes Stephen Kalong Ningkan (1966) dan kes pertikaian Ketua Menteri di Sabah khususnya pada tahun 1994 dan perihal seorang pembesar di Nigeria melalui kes Adigbenro Akintola.

Memang ramai yang menganggap bahawa kaedah melucutkan jawatan seseorang ketua kerajaan ialah melalui konvensyen undian di lantai dewan legislatif.

Tetapi harus ditegaskan kes-kes tersebut adalah nas-nas perundangan case law yang tidak terbit daripada peruntukan perlembagaan yang jelas atau khusus seperti di Perak.

Ia tidak sama dengan kuasa yang ada pada Sultan Perak di bawah Perkara 16(4) Perlembagaan negeri itu yang bermaksud:Dalam perkara melantik seseorang Menteri Besar, Duli Yang Maha Mulia Sultan bolehlah mengikut budi bicara baginda mengecualikan atau tidak memakai mana-mana peruntukan Perlembagaan ini (Perlembagaan Negeri Perak) berkaitan mana-mana had kuasa (restrictions) berhubung dengan pelantikan Menteri Besar, jika pada pendapat baginda tindakan sedemikian perlu untuk menyempurnakan kehendak peruntukan-peruntukan Perkara (16) ini.

Dengan perisai peruntukan ini jelaslah bahawa baginda sultan tidak terikat untuk mengikuti mana-mana kelaziman atau konvensyen seperti untuk mengadakan undian sokongan (vote of confidence) di Dewan Undangan Negeri bagi menentukan seseorang anggota DUN itu layak dilantik sebagai MB. Peruntukan ini jugalah yang tampaknya digunakan baginda untuk menguatkuasakan tamatnya perkhidmatan Nizar sebagai MB Perak.

Cuma jika pengundian itu diadakan juga di DUN Perak dan berakhir dengan sokongan kepada Zambry, maka hasil dan kesannya memang boleh diibaratkan sebagai "sudah terang lagi bersuluh". Langkah itu akan menambah kuatkan lagi tindakan diraja itu. Bagaimanapun tanpa undian itu tindakan beliau melantik Zambry tetap utuh dan boleh dipertahankan di mahkamah.

Dalam suasana begini elemen kewarasan dan adab amat penting. Tetapi seperti biasa, manusia kurang tertarik kepada mengutamakan ketenangan berfikir.Sebilangan memilih terus untuk mengeruhkan keadaan.

Dalam pada itu susulan pindaan Perlembagaan Persekutuan 1994 harus tidak dilupai. Seseorang raja hanya boleh diseret ke mahkamah jika beroleh endorsmen Peguam Negara yang tentunya akan membuat penilaian dan pertimbangan yang amat teliti sama ada beliau puas hati untuk mengeluarkan endorsmen tersebut. Amat wajar juga bagi Peguam Negara meneliti segala maki hamun dan hasutan yang dikeluarkan oleh pelbagai pihak setakat ini terhadap baginda Sultan Perak, khususnya penulis-penulis blog serta media cetak yang tampaknya beranggapan semacam negara ini sudah tidak ada undang-undang lagi.

Tuesday, February 10, 2009

Mengapa Marah Sangat ?

Salam,

Dalam tempoh sehari dua, bahang kemarahan smakin ketara di kalangan werga Malaysia. Di wajah mereka tlihat bak api menyala-nyala di atas kepala. Hairan juga, bukan musim kemarau atau musim panas malah di beberapa tempat sekarang ni musim banjir, suhu badan mereka naik mendadak, lebih-lebih lagi selepas kejadian di Perak. Ada yg sampai kelihatan tidak lg mampu senyum...

1. DS Nizar Jamaludin, Ex-MB Perak marah sangat dengan Sultan - yg telah mgembirakan dia dgn mberi perkenan mjadi MB 11 bulan yg lalu - serta marah sangat dengan Kerajaan BN yg telah diperkenan oleh Tuanku Sultan. Nizar memanggil kerajaan ini dengan kerajaan haram dan tidak mengiktirafnya. Tahap kemarahan beliau memuncak hingga sanggup derhaka kpd Tuanku Sultan, dan amat ketara kemarahannya hingga 'bjanji' tidak keluar rumah rasmi dan perasan dirinya masih MB!

2. Karpal Singh pula kelihatan tsangat marah, dan bahang kemarahan ini dapat dlihat melalui tindakannya akan menyaman Tuanku Sultan serta menyalahkan Anwar Ibrahim mjadi punca kekecohan yg blaku. Karpal punya marah sampai suruh Anwar btaubat - mungkin benar kata-kata Singh ni - serta mhentam Lim Dua Beranak sebab percaya sangat cakap Anwar.

3. Sebahagian bloggers pula tsangat marah dgn mgelar Kerajaan yg baru b'usia beberapa hari sbg Kerajaan Najis dan Kerajaan Haram. Punyalah marah durang ni dgn pbuatan lompat parti, dgn menuduh nilai transaksi pbelian ADUN lompat parti mcecah 50 juta. Begitu jijiknya mereka dgn pbuatan lompat parti ini mlebihi jijik kpd segala najis mughalazah. Sayangnya, ketika Anwar mpromosi pbuatan ini tahun lalu, tiada pula yg geli-geleman, yg suka ramai la...

4. Segelintir rakyat - sgelintir ja pun - punyalah marah hingga sanggup baring di jalanraya menahan kereta VIP di hadapan masjid selepas menunaikan solat Jumaat. Siap bawa bendera Palestin lagi sbg menunjuk tanda kemarahan tu. Marah sangat sgelintir rakyat ni kpd Tuanku Sultan, hingga dipanggil Sultan zalim la, penipu la, bias la...walaupun pakar perundangan tmasuk Majlis Peguam - yg slalu meyebelahi mereka - mnyatakan Sultan betul.

5. Rasa macam semua orang sedang dilanda sindrom kemarahan, terhadap semua perkara dan semua orang yg tidak menyokong durang. Sehinggakan dalam mberi komen d blog org lain pun gunakan kata-kata kesat, tidak b'adab seperti tidak b'tamadun, dlm masa yg sama mengaku dr Parti Islam Se-Malaysia serta jijik kpd lompat parti.

6. Cuma yg tidak dilanda sindrom marah ini ialah orang yg rasional, yg mguna akal dgn betul dan bijak dlm bfikir dan btindak.

Timbul psoalan, agak-agak kenapa mereka ni marah sangat ?

Soalan Untuk SPR?

Salam,

Seperti yg dlaporkan, sah dua Bukit kosong, atas sebab yg b'beza.

Di Bukit Gantang, MP Allahyarham Roslan Shahrum, meninggal dunia kerana serangan jantung. D'ucapkan takziah kpd keluarga Allahyarham. Semoga rohnya ditempatkan di sisi para solehin.

Di Bukit Selambau pula, dikosongkan atas sebab yg cuma V.Arumugam saja yg tau. Nampak gayanya trend mengosongkan kerusi smakin mjadi-jadi - semuanya atas nama rakyat.

Nasib baik Sultan Perak tidak perkenankan pembubaran DUN Perak, kalau tidak pilihanraya sakan kita nampaknya pd awal tahun ni - selepas lebih kurang setahun PRU12, dan PRK Permatang Pauh serta Kuala Terengganu.

Dalam keadaan ekonomi gawat ni, ditambah lg dgn suhu politik yg sentiasa 'panas' - lebih-lebih lagi selepas kejadian di Perak - kemudian bhadapan pula dgn PRK, maka tumpuan kita rasanya lebih cenderung utk bpolitik - tentunya 'perlawanan', sebab di Malaysia jika tidak berlawan bukan politik namanya!

Ada satu soalan utk SPR : Bolehkah PRK dlm kes sbegini tidak diadakan ? Jawabannya tentulah tidak boleh sebab undang-undang mengkehendaki kerusi kosong mesti diisi. Mungkin utk kawasan Bukit Gantang kita maklum sebabnya, tp bagaimana dgn Bukit Selambau ?

Dicadangkan supaya dwujudkan undang-undang yg menangguhkan sesuatu PRK kpd tempoh t'tentu. Undang-undang sedia ada menetapkan dua tahun menujuj ke tarikh PRU berikutnya tanpa PRK, hendaklah dsemak semula. Apalagi ketika ini semasa ekonomi gawat - pilihanraya pasti mgunakan pbelanjaan yg banyak - dan 'pcakaran' politik yg bagai tiada kesudahan. Bolehkan SPR ?

Kita khuatir, tumpuan utk memulihkan ekonomi di kalangan rakyat tanpa mengira parti mana, akan tjejas apabila asyik m'fokus kpd soal politik dan perkara yg bkaitan dgnnya. Banyak masa tbuang utk 'projek mengalahkan pihak lawan', sedangkan alangkah eloknya jika masa dan tenaga yg ada itu dgunakan utk m'atasi kemelut ekonomi yg tidak menentu ini.

Rasanya elok juga SPR mbincangkan cadangan ini...

Sunday, February 8, 2009

WA CAYA LU, KARPAL!!!

Salam,

Jika sbelum ini pemimpin dan ahli BN serta blogawan mkritik Anwar Ibrahim, pasti ada sahaja jawapan para penyokongnya utk m'mbersihkan' nama beliau.

Selepas sekian lama mjadi pemimpin de facto PKR dan 'Pengerusi' Pakatan Rakyat, rasanya belum pernah kedengaran suara-suara sumbang menegur beliau. Sehinggakan usaha beliau menubuhkan Kerajaan Pintu Belakang mlalui retorik 16 September, dsambut penuh gembira pimpinan PKR dan PR.

Tbaru, apabila Datuk Nasaruddin Hashim ADUN Bota melompat parti, dia dsambut sbg hero, berani, bijak dan sebagainya.

Hari ini, apabila Kerajaan PR di Perak tumbang akibat lompatan 3 ADUN PR dan lompatan semula Datuk Nasa, baharulah kita mdengar suara yg menidakkan Anwar Ibrahim.

Ironinya, suara tsebut bukan drpd Wan Azizah, Syed Husin Ali, Hj Hadi, Nasharudin atau Husam Musa. Kita dengar suara itu adalah suara Karpal Singh - yg telah bsabar sekian lama dgn perangai Anwar.

Malahan suara itu menyalahkan Anwar akibat kejatuhan di Perak, dan meminta Anwar mletak jawatan. Ini baharulah berani!

Untuk ini kita sokong Karpal Singh, biar Brader kita ni sedar tidak semua yg dbuat tu betul belaka walaupun begitu persepsi yg dpercayai para penyokongnya. Biar dia tahu bahawa betapa busuk dan tidak bmoral lompat parti atau usaha bkaitan dgnnya, yg kini sgt dbenci oleh mereka - tp sangat dsukai sbelum kes Perak.

Wa caya lu Karpal, 'belasah' ja Brader Anwar ni - tp bukan Sultan. Janganlah pulak samakan Brader ni dgn Sultan, durang sangat b'beza. Sultan ada DAULAT, Anwar cuma HAPRAK!!!

NIZAR : PERGI BELAJAR DENGAN PAIRIN!!!


Salam,

Ex-MB Perak, DS Nizar Jamaludin btegas akan terus mjalankan tugas bsama Exco, shingga Mahkamah Tinggi mbuat keputusan.

Dilaporkan Nizar bkata: "Jadi kita serah sebulat-bulatnya kepada mahkamah untuk menentukan. Kalau mereka teruskan (angkat sumpah exco kerajaan negeri Barisan Nasional) sebelum mahkamah bersidang, maknanya kita akan ada dua menteri besar dan dua kerajaan.Belum pernah ada dalam dunia begini."

Ya memang, tidak pernah blaku parti minoriti menguasai kerajaan - lainlah kalau kerajaan campuran. Perak akan mcipta sejarah memiliki dua MB dan dua kerajaan, namun sebenarnya hanya Datuk Dr. Zambry sahaja kini MB diperkenan Sultan. Ini fakta.

Rasanya elok juga dalam saat-saat genting ini, Nizar bjumpa ( atau jika tidak sempat, menelefon ) DS Joseph Pairin Kitingan, Tim. Ketua Menteri Sabah. Nizar boleh btanya Pairin tips mhadapi saat-saat seperti ini kerana Pairin pernah mengalaminya pd tahun 1994.

Parti Bersatu Sabah ( PBS ) pimpinan Pairin menang pilihanraya tahun itu dengan majoriti mudah 2 kerusi. PBS mendapat 25 kerusi dan BN mendapat 23 kerusi. Dua minggu selepas itu, tiga ADUN PBS melompat parti menyertai BN dan tumbanglah kerajaan PBS.

Pairin seperti Nizar mbubarkan DUN Sabah tetapi tidak diperkenan oleh TYT Yang Dipertua Negeri Sabah. Apa yg blaku selepas itu ? Bab ini Nizar kena belajar dgn Pairin.

Pairin meletakkan jawatan sbg KM Sabah kerana menyedari kerajaan pimpinannya tidak lagi mendapt majoriti selepas 3 ADUN melompat. Adakah Pairin 'melatah' ? Tidak sama sekali, malahan beliau scara gentleman menyerahkan kuasa kpd Tun Sakaran Dandai di Pejabat Ketua Menteri.

Tun Sakaran juga dgn profesional mengiringi Pairin hingga ke muka pintu selepas upacara penyerahan kuasa. Dan yg mbanggakan tiada demonstrasi oleh rakyat Sabah ketika itu mbantah penyerahan kuasa tsebut.

Alangkah indahnya klu apa yg Pairin buat lebih sedekad lalu, boleh dbuat Nizar. Alangkah manisnya, klu Nizar dpt bjabat tangan dgn senyuman bsama Dr.Zambry, selepas majlis penyerahan kuasa.

Mungkin selasa ini, selepas Majlis Angkat Sumpah Exco?
Amacam Nizar ada berani?


Saturday, February 7, 2009

Pedih...Memang La Pedih!

Salam,

Melihat wajah Ex-MB DS Nizar dan aksi berani mati para 'pejuang' di Kuala Kangsar tadi, timbul rasa kesian yg amat sangat. Kita sangat faham perasaan mereka...Hilang kuasa tak sampai setahun memegangnya.

Cuma tcari-cari juga dlm ribuan yg bkumpul tu ada tak wajah penyokong DAP. Bukankah yg kehilangan kuasa tu bukan hanya DS Nizar & PAS ? Yg kelihatan majoritinya bkopiah putih, bkulit sawo matang, spt org Melayu-Islam.

Pedih... ya memang pedih. Tiba-tiba ja sudah tidak lg mjadi MB, tidak lg mjadi Exco. Sudah tidak memegang kuasa - yg sentiasa mjadi rebutan.

Tapi inilah hakikat dunia politik. Hukum demokrasi yg kita agungkan selama ini menetapkan, majoriti adalah pemenang. 11 bulan lalu, majoriti itu dpegang Pakatan Rakyat, tp hari ini ia sudah bpindah tangan. Susah sangatkah utk kita faham...

11 bulan lalu, penyokong BN sangat faham dgn hukum ini, lalu mrelakan plantikan DS Nizar sbg MB atas ihsan Undang-undang Tubuh Negeri Perak - walaupun sbenarnya yg t'ingin sangat tentulah Ngeh. Penyokong BN reda, mereka sudah mjadi minoriti dlm DUN, dan belajar cara mjadi pembangkang. Mengapa kali ini, kita spt mlawan hukum demokrasi...

Nak kata apa, katalah. Kerajaan haram, tidak bmoral, tidak b'etika, Penipu, tidak m'iktiraf kerajaan ini, tidak m'iktiraf Dr Zambry sbg MB dan apa-apa lagi, namun hakikatnya,begitulah resam politik, demikianlah hukum demokrasi. Melainkan kita m'ubah sistem dan menolak demokrasi...

Bagaimana pedih pun perasaan kita, wajar rasanya utk belajar mhormati org lain. Mhormati prinsip yg sudah kita terima pakai. Parti yg mpunyai sokongan majoriti bhak mbentuk kerajaan, dan hari ini parti itu ialah BN!

Lainlah ceritanya jika Mahkamah memutuskan keputusan lain...Sementara menunggu keputusan itu, eloklah semua mjadi rasional dan bpijak dbumi nyata!

Thursday, February 5, 2009

Tahniah Untuk Semua...

Salam,

Diucapkan tahniah utk semua yg trlibat sehingga drama 'Perak' hampir selesai.

1. Daulat Tuanku - Tahniah utk tuanku Sultan Azlan, sultan yg bpendidikan telah mgunakan 'akal' mbuat keputusan yg betul. Demokrasi mberitahu majoriti adalah pemenang.

2. Tahniah utk Datuk Zambry yg dnamakan sbg MB Perak yg baru. Jalankan tugas dgn cekap, bkesan dan dedikasi.Ingat kerusi ni dpinjamkan Allah utk kamu laksanakan amanah...Jangan d'ulangi kesilapan kerajaan lalu hingga dtolak rakyat. Pesanan lain akan dititipkan kemudian.

3. Tahniah kpd semua saf pimpinan yg telah 'bekerja keras' - Pak Lah, Najib dll - Jangan bongkak dan takbur dgn usaha yg dberi keizinan Allah ini. Hendaknya selepas ini usaha mbaiki Umno diteruskan agar pisang tidak berbuah dua kali di Perak dan di tempat lain.

4. Tahniah kpd saf pimpinan di Perak - selepas ini kurangkan gaya mewah, budaya buruk dsb tp banyakkan menabur bakti. Biar 'mesra rakyat' hingga rakyat mesra menyokong nanti. Penting juga, sokonglah Dr Zambry, jangan ada pula nak cantas dia...

5. Tahniah kpd Jamaludin, Osman, Hee & Nasaruddin - keputusan kamu yg 'tepat' mbolehkan Perak dpt dselamatkan drpd mereka yg spt 'kera mdapat bunga'.

6. Tahniah juga kpd rakyat Perak yg dpt bsabar dgn ujian ini. Memang ada sebahagian yg tidak dpt menerima realiti yg blaku tp apa nak buat...Spt inilah realiti yg blaku jika fantasi 16/9 mjadi kenyataan. So, jgn la marah!

7. Tahniah juga utk penyokong Umno/BN atas 'kejayaan' ini - bukan utk bmegah-megah, m'ulangi perangai hodoh shingga dtolak rakyat kebanyakan. Ini masa utk bekerja dan bmuhasabah!

TAHNIAH UNTUK SEMUA ! Allahu Akbar

Wednesday, February 4, 2009

ALFATIHAH

ALFATIHAH
SEKUDUS DOA DITITIPKAN UNTUK
ALLAHYARHAM AG RAKAWI HJ MOHD SAID,
NAIB KETUA UMNO BAHAGIAN SIPITANG,
YG TELAH KEMBALI KE RAHMATULLAH SEBENTAR TADI.

SEMOGA ROHNYA DICUCURI RAHMAT DAN
DITEMPATKAN BERSAMA PARA MUKMININ DAN PARA SOLEHIN...
AAMIN

PERAK : Selamat Untuk Semua !

Salam,

Diucapkan Selamat kepada semua pihak yg t'libat dlm pbikinan drama b'judul 'PERAK'.

1. Selamat bsemayam di atas takhta utk Paduka Seri Sultan Azlan Shah, Sultan Perak. Semoga tuanku terus dberi hidayah oleh Allah mberi keputusan yg 'betul' utk agama, bangsa dan rakyat jelata negeri Perak. Raja Adil Raja Disembah, Raja Zalim Raja Disanggah...bukan gitu tuanku.

2. Selamat menjalankan tugas kpd Tuan ( Bakal ) Presiden. Sebelum lg b'kuasa penuh tuan sudah mjalankan tanggungjawab dgn cemerlang. Semoga 'kejayaan' ini mjadikn tuan lebih tawadhuk, tidak bongkak dan bsyukur dgn nikmat Illahi.

3. Selamat B'tugas kpd bakal MB baru - tidak kiralah siapa, tp biarlah yg amanah. Bagaimana kalau Datuk Nasarudin Hashim ?

4. Selamat 'Bsara' kpd Nizar, Ngeh, Nga dan exco yg lain. Lepas ni bolehlah makan duit pencen sbg Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Yakinlah, bginilah akibatnya klu memerintah guna kepala lutut!

5. Selamat kembali kpd Datuk Nasaruddin Hashim. Jadikan pengalaman 11 hari tu sbg iktibar bguna. Klu Datuk jd MB, jgn lupa belanja roti kosong...

6. Selamat Datang ke dunia baru utk Osman, Jamaludin & Hee ( atau siapa-siapa ja lps ni ). Ingatan: Jgn bt perangai lama dlm rumah baru nanti. Utk Osman & Jamaludin pegi umrah, taubat la sbelum kubur kata mari!

7. Utk Bloggers Pembela Negara ( BPN ) & para pjuang lain - Teruskan tugas utk Alif Ba Ta ini. Jangan pula tlalai dgn 'kmenangan' yg kecil ini kerana ada lg cabaran besar menanti. Tidak kisahlah klu pun ia tidak dlihat sesiapa...

8. Kepada bloggers lain, khusus yg pro-Umno, yg m'hina Datuk Nasaruddin Hashim hari tu, jgn malu jgn segan pg MINTA MAAF dgn dia...Siap ada yg panggil dia Pengkhianat!

9. Khusus kpd bloggers pihak 'sebelah' - JANGAN LA MARAH TAK TENTU PASAL. BUKANKAH PERMAINAN INI DIMULAKAN SBELUM 16/9/2008 LALU ?

10. Kepada SPRM, jgn la pula lupa, 10 Februari ini ada kes yg mesti dbicarakan. Ini kes lain kata DS Najib.

10a. ( Hampir Tlupa ) Selamat meneruskan agenda bsara utk DS Tajol Rosli - jgn la pula cuba-cuba nak tarik balik hasrat tu bila ada peluang keemasan ni. Bawa la berehat Tuk...

11. SELAMAT UNTUK SEMUA!!! Allahu Akbar

Tuesday, February 3, 2009

TaipingMali...Ini Jawapannya! ( Siri 1 )

Salam,

Taiping Mali, dlm komennya b'tanyakan soalan: Apa pandangan untuk menambah baik Umno yg kini sudah dianggap lemah? Catatan ini dinukilkan khusus utk m'jawab soalan ini.

Sbenarnya ada bjuta cara utk menambah baik Umno supaya kembali 'kuat' semula. Seperti seorang lelaki tua yg agak b'umur, Umno boleh makan ma'jun, pil peransang, viagra, telur separuh masak, tongkat ali dsb, utk menambah kekuatan.

Pepatah Cina ada menyebut, busuknya ikan bmula dr kepala. Untuk mbaiki Umno maka sudah tentulah usaha pbaikan kita mulakan dr bahagian 'kepala'. Klu kepala pun susah hendak dbaiki, mberi seribu satu dalih utk b'ubah, agak sukarlah usaha ini berjaya.

Pemimpin Umno kena mjadi role-model tbaik, bukan sahaja kpd ahli tp utk semua rakyat - tmasuk yg bukan ahli. Bagaimana ? Tentulah dgn mbuang sifat mazmumah. Sbg contoh, jika pemimpin menyeru ahli mjauhi politik wang, maka dia sendiri janganlah menabur wang. Atau, jika pemimpin meminta ahli supaya b'satu, maka pimpinan janganlah m'amalkan sikap b'musuhan sesama sendiri.

Bukanlah mjadi rahsia lg, ramai pemimpin Umno yg b'lawan scara tidak profesional - walaupun mereka menyeru supaya ptandingan diadakan scara keluarga. Penyandang jawatan melihat pcabar sbg 'lawan tauke', sementara pcabar pula melihat ptandingan sbg antara hidup dan mati. Kalau menang,menang semua, kalau kalah habis segalanya...

Gaya sombong ala bangsawan, spt filem dahulu kala hendaklah djauhi. Bkereta atau b'rumah besar tidak salah, tp yg mjadi soal ialah apabila pemimpin memakai Mercedes masuk ke kawasan yg jalannya belum b'turap. Apa rasionalnya mbina rumah dua tiga tingkat di kawasan perumahan kos rendah.

Spt kata DS Najib, pemimpin Umno hendaklah m'amalkan sikap mesra dan prihatin dgn masalah rakyat. Jangan sama sekali takut bhadapan dgn ahli atau rakyat. Rakyat tidaklah b'mimpi supaya pimpinan mbawa 'bulan jatuh ke riba', cukup skadar dtg btanya khabar. Ada pemimpin Umno yg kelihatan semasa musim pemilihan sahaja, sementara yg bjawatan dtg kerana merasmi acara, ada kenduri kahwin atau kematian. Selebihnya, pemimpin dilihat 'jauh' dr rakyat.

Umno hari ini memerlukan keseimbangan komposisi saf pimpinan. Janganlah hendaknya Umno dlihat Parti Sdn Bhd. Mesti ada adunan selain para peniaga, para nelayan, petani, kerani, guru dsb. Khabarnya, di Sabah lebih 90 peratus Perwakilan 7 ( G7 ) tdiri drpd kontraktor. Apabila TS Muhamad Taib, melihat kawasan pedalaman utk urusan rasmi beratus G7 ( tentunya kontraktor ) m'iringi beliau. Untuk apa?

Ahli yg bjuang dlm Umno kena ikhlas. Kalaupun para kontraktor bjuang tiada salahnya, yg orang m'rungut bila 'jawatan' dlm Umno dikejar sbg tiket utk mengejar laba yg besar. Hari ini bukanlah sesuatu yg asing melihat ramai orang yg kaya-raya selepas memegang jawatan utama dlm parti. Salah? Tentulah tidak salah hasil titik peluh sendiri, tp jgnlah mjadikn 'pjuangan' sbg modal menimbun harta.

Kalau nak d'ikut ada banyak lg cara utk m'baiki parti keramat ini. Umno tidak lemah, yg lemah ialah ahlinya - tmasuk saf pimpinan. Ramai yg cuma b'retorik - depan cakap lain, belakang cakap lain. Roh pjuangan di kalangan majoriti ahli smakin layu, bg sbahagian yg lain roh tsebut masih mekar segar, sayangnya jumlah mereka sangat sedikit dan tidak mampu utk menahan badai gelombang ahli yg tpesong nawaitu ini.

Menjelang bulan Mac ini, tentulah meniupkan kembali semangat bjuang di kalangan ahli Umno yg bjumlah lebih 3 juta ini, mjadi satu cabaran besar bg bakal Presiden, DS Najib. Sama ada ia bjaya atau tidak, hanya boleh dlihat pd PRU13 nanti. Kita optimis, jika DS Najib dpt mengemudi bahtera ini dgn baik dan t'atur, ia tidak karam slp PRU13 nanti.

Sunday, February 1, 2009

Jangan Cakap Saja!

Salam,

Seperti yg diramalkan, mejelang tarikh pemilihan Umno bulan Mac nanti, semakin ramai pemimpin Umno - tentunya yg btanding jawatan - bkokok mengeluarkan kenyataan. Ada idea baru, ulangan semula, meniru idea org lain dan ada juga idea 'basi'.

Jika dilihat saban hari ada saja bahan utk djadikan 'berita' yg dsuarakan oleh para pembesar Umno ini. Ada yg b'unsur cadangan, ada kritikan sinis dan ada juga suara yg mcm 'minta puji'. Tidak kisahlah mcmana, yg penting kita tahu niat durang pastinya utk kebaikan Umno.

Sebagai contoh, dipetik dua kenyataan pemimpin Umno kelmarin:

1. Kenyataan Datuk Alwi Che Ahmad, mcadangkan supaya pemilihan diadakan bmula dr peringkat cawangan utk mbendung politik wang. Cadangan ini baik dan kita sokong utk mengelakkan kegiatan mbeli undi di kalangan calon. ( Ini bukan idea 'asli' beliau, sebab cadangan ini sudah dikemukakan sebelum ini. )

2. AMT, Datuk Azalina Othman Said pula meminta ahli bhenti bcakap dan mula bekerja utk kekuatan parti. Sebenarnya Datuk ramai ahli Umno yg sedang bekerja keras sekarang, hingga kampung dan pekan tpencil pun durang sampai - demi bjumpa para perwakilan. Boleh tanya Datuk Rais Yatim perkara ni. ( Ini idea baru, tidak pernah dsuarakan org lain.)

Untuk kedua-dua kenyataan ini, kita sangat setuju dan berharap akan mendapat respon yg positif drpd pihak yg bkenaan. Cuma harapan kita, cadangan bgini tidak mjadi cakap-cakap saja. Biar ada tindakan dan usaha yg dlakukan oleh para pemimpin Umno.

Maknanya, jangan la asyik cakap saja...buatnya tidak! Bukan apa, bila tlalu banyak cakap dan cadangan itu ini, tapi tiada kesudahan, ahli Umno - dan rakyat bukan ahli - akan meluat dan menyampah!

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin