Search This Blog

Loading...

Tuesday, March 31, 2009

Datuk Sahfie Apdal di Batang Ai

Salam,

Tugasan pertama Datuk Shafie Apdal selepas menang Naib Presiden Umno ialah membantu jentera pilihanraya kecil BN bagi kawasan DUN Batang Ai. Nampaknya, tiada bulan madu bagi pemenang jawatan utama Umno...

Bagi yang belum mengenali kawasan DUN Batang Ai, dinukilkan profil kawasan pilihanraya ini:

DUN Batang Ai terletak dalam kawasan Parlimen Lubok Antu, selain DUN Engkili. Jumlah Pemilih Berdaftar - 8,006 (7,963 pemilih biasa dan 43 pemilih pos). 95% pengundi Iban / 3.5% Cina / dan 1.5% Melayu/Melanau.

Dalam PRU 2008, DUN ini dimenangi oleh BN:

Datuk Dublin Unting Ingkot (BN) - 3,295 undi
Nicholas Bawin Anggat (Snap) (2,489 undi)

Profil umum kawasan ini boleh klik di sini.

Secara umumnya, DUN Batang Ai ini adalah kawasan pedalaman. Banyak kemudahan asas seperti jalanraya, elektrik dsb yang belum dinikmati. Maknanya, siapa pun menang antara dua calon Malcolm Mussen atau Jewah Gerang, tugas berat menanti mereka.

Cuma, Jewah Gerang sebagai bekas Ahli Parlimen kawasan Lubok Antu, patut bertanya diri sendiri, apakah yang telah dilakukannya selama 3 penggal menjadi MP? Jika dia sebagai MP BN yang menjadi kerajaan memerintah negeri Sarawak, dia tidak 'mampu' membantu mengatasi permasalahan pengundi di sana, bagaimanakah dia boleh membantu sebagai ADUN pembangkang?

Mungkin Datuk Shafie boleh menggunakan modal ini sebagai satu bahan kempen menangani kempen PKR. Sebagai Naib Presiden yang baru 'ditabal', Datuk Shafie kena menunjukkan 'belang' dengan berusaha memenangkan Malcolm Mussen. Baharulah perwakilan dan ahli Umno berbangga mendapat Naib Presiden yang 'gagah perkasa'.

Walau bagaimanapun, janganlah hendaknya pengundi DUN Batang Ai dijadikan mangsa pertentangan politik antara BN dan PKR, sehingga pembangunan yang dijanjikan menjadi impian penduduk Batang Ai. Apalagi janji retorik yang tidak berpijak di bumi nyata...

Monday, March 30, 2009

Jangan Macam Bunyi Kapalterbang!


Sembang-sembang dengan seorang teman baru-baru ini. Sambil pekena teh tarik, dia bercerita mengenai politik kapalterbang dalam UMNO. Huh? Politik kapalterbang? Ya, kawan saya kata, politik kapalterbang. Saya tukang lapor saja.
Salam,

Bicara Nobisha ada menyebut 'hiruk-pikuk' dalam Umno seperti bunyi bising kapalterbang semasa mula berlepas dan semasa mendarat. Sebaik sahaja kapaterbang mendarat, bunyi bising juga turut berhenti.

Demikian juga Umno, dengan berakhirnya musim pemilihan maka selesailah juga bunyi bising berkaitan Umno. Suara ahli Umno mencadang begitu begini, suara mengkritik dan pelbagai lagi suara, juga akan berhenti. Cuma, yang mungkin kedengaran selepas ini suara puji-pujian!

Namun, kali ini kita berharap keinsafan wujud di kalangan pemimpin dan ahli Umno. Timbul kesedaran di kalangan mereka, dengan memahami mesej bekas Presiden Umno : Aku Akan Berubah. Atau, menghayati Rukun Perjuangan.

Jika laungan yang bergema di PWTC tempohari, semangat berapi-api, pelbagai janji yang ditabur dan pelabagai cadangan yang diberi, tidak diberikan perhatian, tiada tindakan segera...kita bimbang transformasi yang diwar-warkan, hanya menjadi slogan yang enak untuk didengar, menjadi retorik yang indah untuk dilafazkan!

Kita khuatir, perasaan jelak di kalangan ahli dan perasaan muak rakyat Malaysia terhadap Umno akan semakin membarah. Dan, yang paling merisaukan, tentulah perasaan jelak dan muak ini diterjemahkan di kertas undi pada PRU13...dengan mengundi apa sahaja, asal bukan Umno!

Ketika itu, bunyi bising bak bunyi kapalterbang Boeing 747-400 pun, sudah tidak berguna lagi.

Saturday, March 28, 2009

Mesej Jelas Yang Wajib Difahami

Salam,

Di akhir Perhimpunan Agung Umno tengahari tadi, selepas Pak Lah menyampaikan ucapan terakhir sebagai Presiden dan DS Najib menyampaikan ucapan sulung selepas bergelar Presiden, Tun Mahathir turun dari tempat duduknya.

Dia bersalaman dengan Barisan MT, DS Najib dan Pak Lah serta sebahagian perwakilan. Peristiwa besar ini membawa makna tersendiri untuk difahami oleh ahli Umno.

Seperti Pak Lah, Tun Mahathir melepaskan jawatan ketika masih berkuasa sebagai Presiden, jawatan besar yang di’mimpi’ semua. Sewajarnya, ahli Umno lain yang masih memegang kuasa, apabila sudah mendapat isyarat hendaklah turun juga.

Apa isyaratnya ? Kalah dalam pemilihan, kalah dalam pilihanraya, sudah terlalu lama berkuasa, cakap tidak mau didengar lagi…dan banyak lagi. Berilah peluang kepada muka baru pula untuk memimpin. Jadilah pengikut yg setia, spt mana orang lain setia ketika memimpin dulu.

Janganlah ada pemimpin yang beranggapan, jawatan sebagai warisan turun-temurun dan menjadi hak keluarga atau kumpulan sendiri sahaja. Serahkan amanah kepada yang berkelayakan dan ada merit.

Harap-harapnya, salam antara Tun M dan Pak Lah tadi adalah petanda ‘perang’sudah berakhir. Dan DS Najib dapat memimpin Umno dlm keadaan Umno yang sepakat dan bermuafakat…tanpa gangguan dan serangan dari kalangan orang dalam…apalagi bekas pemimpin bergelar negarawan!

Friday, March 27, 2009

Aku Akan Berubah?

Salam,

Pak Lah semasa menyampaikan Ucapan Dasar Presiden siang Perhimpunan Agung Umno, telah menyentuh pelbagai perkara. Di saat akhir sebelum menyerahkan baton kepada DS Najib, Pak Lah meluahkan isi hatinya.

Secara peribadi, dinukilkan beberapa perkara yang rasanya wajar diamati oleh setiap ahli Umno.

1.Hak memilih pimpinan Umno di kalangan ahli. Kita menunggu tindakan lanjut pimpinan baru Umno mengurus-tadbir bagaimana cara merealisasikan cadangan yang sangat molek ini. Selepas cadangan ini berjaya dilaksanakan diharapkan tahap penglibatan ahli Umno akan lebih dirasai.

2.Had masa memegang jawatan pimpinan Umno. Kita setuju supaya cadangan ini diperhalusi dan dipertimbangkan agar lebih ramai ahli Umno dapat diketengahkan dan dikembangkan bakat kepimpinan mereka. Tidaklah nanti ramai pemimpin bergayut dengan jawatan, walaupun rakyat sudah 'muak'.

3.Kegagalan mengurus kejayaan. Umno menjadi mangsa akibat segelintir pimpinan dan ahli Umno yang kata Datuk Ghapur Salleh, seolah-olah berada di awangan tidak berpijak di bumi nyata. Leka merebut jawatan dan melobi projek serta mengumpul kekayaan, hingga terlupa amanah diberi.

4. Aku akan berubah. Ya, semua ahli terutama pemimpin Umno wajib berubah. Berubah bagaimana? Banyak perkara yg perlu diubah. Yang paling utama, nawaitu berjuang dalam Umno. Untuk apa?

5. Kesetiaan kepada parti. Inilah nilai yang perlu digilap semula di kalangan ahli Umno. Di sesetengah kawasan pihak pembangkang hanya memiliki sedikit ahli, tapi Umno/BN tewas. Mengambil teladan yang ditunjukkan oleh Pak Lah, tetap setia bersama Umno walaupun pelbagai cabaran merempuh.

6.Sokongan padu kepada DS Najib. Kita setuju sebagai ahli Umno kita wajar memberi sokongan tanpa berbelah bahagi kepada orang No.1. Masalah pasti akan berlaku jika baiah diberi kepada ramai ketua. Apalagi 'kehormatan' tidak diberi kpd pimpinan baru ini, malahan bertindak 'menelanjangkan' DS Najib - lebih daripada dilakukan oleh pembangkang. Ibaratnya, kita hantar bola ditanggung untuk di'smash'!

**********

Tahniah kepada pimpinan baru Umno, semoga anda dapat memberikan dimensi baru kepada hala tuju perjuangan membela agama, bangsa dan negara.

Ucapan tahniah istimewa untuk DSP Lajim Ukin, ahli MT & DS Shafie Apdal, Naib Presiden Umno.

Inikah Transformasi?

Salam,

Dilaporkan, Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna ( KPDNHEP ), Datuk Shahrir Samad, akan meletakkan jawatan ekoran kekalahan dalam pemilihan Majlis Tertinggi.

Alasan diberi seolah-olah menggambarkan dia tidak menyerlah dalam pentadbiran Kabinet Kerajaan.

Saya berpendapat, wujud dua makna dalam tindakan ini:

1. Tindakan beliau betul, letakkan jawatan supaya ada tenaga baru di kalangan MP Umno yang boleh diketengahkan bakat mereka. Kalah maknanya tidak dipilih perwakilan mengibar panji perjuangan untuk fasa 3 tahun berikutnya. Eloklah kalau dah faham iyarat yang diberi. Soalnya, bagaimana dengan menteri dan tim. menteri yang lain?

2. Tindakan beliau salah, sebab jawatan dalam parti harus dibezakan dengan jawatan pentadbiran. Biarlah muka baru dalam MT yang tidak berjawatan dalam pentadbiran kerajaan melaksanakan usaha memulih dan mengukuhkan parti, supaya tumpuan dan fokus dapat diberi sepenuhnya. Sementara barisan kabinet meneruskan tugas pentadbiran...baharulah betul. Janganlah nanti jawatan dalam parti dijadikan tiket untuk melobi menteri itu ini, sehingga terpaksa dilantik sebagai senator!

Cuma kita mencadangkan kepada Datuk Sharir, janganlah guna perkataan begini : "Justeru, saya menawarkan untuk meletak jawatan seiring dengan peralihan kuasa Presiden UMNO pada awal bulan April nanti,'' . Ringkasnya, ikut hati nurani Datuk, letak jawatan atau teruskan tugas!

Ini bunyi macam minta kasihan ja!

Barisan Kepimpinan Umno 2008-2011

Saf Pimpinan Umno 2008-2011

Presiden : DS Najib Tun Razak
Tim. Presiden : TS Muhyiddin Yasin ( 1575 )

Naib Presiden :
- DS Ahmad Zahid Hamidi ( 1592 )
- DS Hishamuddin Tun Hussein ( 1515 )
- DS Shafie Apdal ( 1445 )

Majlis Tertinggi :

1. Datuk Seri Mustapa Mohamed (2,239)
2. Datuk Noh Omar (2,084)
3. Datuk Seri Musa Aman (2,084)
4. Datuk Azian Osman (2,060)
5. Datuk Zainal Abidin Osman (2,054)
6. Datuk Mohd. Zin Mohamed (1,854)
7. Datuk Ismail Sabri Yaakob (1,838)
8. Datuk Lajim Ukin (1,804)
9. Datuk Shaziman Abu Mansor (1,705)
10. Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi (1,700)
11. Datuk Tajuddin Abdul Rahman (1,685)
12. Datuk Idris Haron (1,658)
13. Datuk Dr. Abd. Latiff Ahmad (1,624)
14. Datuk Seri Dr. Jamaluddin Jarjis (1,622)
15. Datuk Saifuddin Abdullah (1,619)
16. Datuk Dr. Norraesah Mohamad (1,611)
17. Datuk Seri Mahdzir Khalid (1,580)
18. Datuk Ahmad Husni Mohd. Hanadzlah (1,529)
19. Datuk Hamzah Zainuddin (1,518)
20. Datuk Bung Moktar Radin (1,517)
21. Datuk Dr. Awang Adek Hussin (1,481)
22. Datuk Seri Zulhasnan Rafique (1,431)
23. Datuk Ahmad Shabery Cheek (1,377)
24. Datuk Seri Idris Jusoh (1,275)
25. Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim (1,265)

*******************

Seorang kawan sms, apahal tiada nama MB Johor, N9 dan Pahang serta mana nama menteri seperti Datuk Azalina Othman dan Sharir Samad. Saya jawab, entah!

Thursday, March 26, 2009

'WIRA TAK DIDENDANG'


2. Tetapkan had umur 40 tahun untuk jawatan Ketua Pemuda Umno Pusat, bukan spt sekarang 'orang tua' pun boleh btanding dan memimpin pemuda. Kadang-kadang kita di bawah ni pun kurang faham, nama pemuda tapi calon umur lebih 40 tahun.

Salam,

Berbeza dengan kemenangan DS Sharizat Jalil sebagai Ketua Wanita dan Datuk Rosnah Rashid Shirlin sbg Ketua Puteri, kejayaan Sdr. Khairy Jamaluddin KJ mengenepikan cabaran Datuk Mukhriz dan DS Khir Toyo, seakan 'tidak dapat diterima ramai'.

Kemenangan KJ dalam tempoh ini nampaknya diiringi dengan pelbagai 'kata-kata jelik dan nista', sambil ada yang menjadikan PRK di 2 Bukit dan 1 Batang nanti sbg penanda aras pengiktirafan kemenangan KJ. Malah jauh drpd itu, ada yg meramal Umno menuju ke kubur untuk ditalkinkan selepas KJ menang.

Tanpa melihat amaran oleh Lembaga Disiplin Umno dan persepsi buruk yg dilontarkan ke atasnya, kita sebenarnya tidak berlaku adil kepada anak muda ini. KJ bukan setakat berdepan tohmahan pembangkang - yg memang tidak akan bersetuju - malahan dia berdepan cabaran yg jauh lebih hebat daripada sesama ahli Umno.

Sekurang-kurangnya, walaupun mungkin benar KJ tidak disukai oleh akar umbi pemuda, tetapi kemenangannya membuktikan dia disukai perwakilan pemuda. Soal dia tidak memenuhi aspirasi transformasi Umno, seperti kata DS Najib dlm ucapan perasmian Menakhoda Zaman, tidak dapat dipastikan kerana sistem perwakilan yg digunakan menunjukkan 304 perwakilan memilihnya, berbanding dua calon lain – melainkan sistem yg ada ini berubah.

Jelas kempen Setiakawan dan pendekatan turun padang bertemu pemuda di kawasan telah menarik hati perwakilan dan memilih KJ memimpin Pergerakan Pemuda. KJ dilihat lebih dekat dan lebih mesra dgn pemuda. Sesuai juga dgn usianya yg masih dlm lingkungan umur pemuda. Bukankah membiarkan pemuda dpimpin 'pemuda' di kalangan mereka juga tmasuk dalam skop transformasi?

KJ juga dilihat berani dan mampu mengembalikan 'taring' pemuda. Boleh dilihat dgn kesanggupannya berdepan dgn Husam Musa, Naib Presiden PAS dan keberaniannya menyahut cabaran Salahuddin Ayyub berdebat isu PPSMI. Terserlah jua ketokohannya melalui gaya berucap yg bersemangat dan mampu menaikkan semangat berjuang anak-anak muda, tmasuk ucapan kemenangan malam tadi.

Tidak salahnya jika dikatakan KJ seperti Wira Yang Tak Didendang. Di peringkat awal pembabitannya bersama pemuda lagi, dia sudah dilabel 'menantu' dan menggunakan label tersebut untuk menang tanpa bertanding sbg Naib Ketua Pemuda pada tahun 2004. Semenjak itu, setiap inci pergerakannya diperhatikan dan dia diasak dari segenap penjuru. Seolahnya KJ seorang 'penjahat' yg mesti dihapuskan.

Apabila dia menawarkan diri memimpin pemuda, bukan sedikit pula cabaran yang ditempuhnya. Di satu ketika dia hampir tidak melepasi kouta, malah seolah dia bakal tewas dan ditanam hidup-hidup, gara-gara persepsi 'mertua'nya bakal digantikan. KJ berjaya membuktikan sebaliknya...Ironinya, dia menang ketika 'mertua' hendak melepaskan jawatan

Rasanya, kita mesti memberikan peluang kpd KJ menampilkan gaya kepimpinannya. Harap budaya baru yg dimulakannya dgn bertemu pemuda di segenap ceruk bahagian tidak terhenti dgn kemenangannya ini. Jika tidak...dan dia membenarkan persepsi orang ramai yg menyifatkan kemenangannya akan mempercepatkan 'kematian' Umno, pasti pada masa depan dia akan 'diturunkan' dari takhta!

Sementara menunggu detik itu, biarlah KJ melaksanakan tugasnya!

Sekadar Ucapan Tahniah!


Salam,

Diucapkan TAHNIAH
kepada para pemenang jawatan dalam sayap Umno:
Pemuda, Wanita & Puteri Umno Malaysia.

Didoakan semoga amanah yang diberikan perwakilan ini akan dapat dipikul dengan jayanya, demi kelangsungan Umno, demi perjuangan Agama, Bangsa dan Negara!

Pemuda : Sdr. Khairy Jamaludin & Datuk Razali Ibrahim

Wanita : DS Sharizat Jalil & Datuk Kamilia Ibrahim

Puteri : YB Datuk Rosnah Rashid Shirlin & Pn. Shanim Yusof

serta semua Exco.

**************

Ucapan Tahniah Istimewa untuk
Sdr. Jamawi Jaafar & Sdr. Lokman Nor Adam ( Pemuda ),
Datuk Hajah Azizah DSP Mohd Dun ( Wanita ) dan
Pn. Dg Maimunah Sidek ( Puteri ).

" Pulau Labuan Tidak Berbukit
Hanya Berbukit Di Batu Arang
Jasa Tuan Bukan Sedikit
Dari Dahulu Sampai Sekarang"

Wednesday, March 25, 2009

Tugas Berat Menantimu, Najib!

Salam,

Banyak perkara yang disentuh oleh DS Najib Tun Razak dalam ucapan malam tadi. Semuanya sangat berguna untuk dijadikan renungan dan panduan. Bagi saya secara peribadi, ada beberapa perkara yang menarik untuk dituntut perhatian segera oleh DS Najib, spt mana diucapkannya malam tadi.

1. Hapuskan kouta dan libatkan ahli memilih pemimpin - Kita ingin sangat melihat bagaimana Najib dan pasukannya nanti merealisasikan cadangan yang baik ini. Harapan kita dengan perubahan peraturan ini nanti akan membuat Umno kelihatan lebih demokratik dan disenangi ramai orang Melayu, terutama oleh orang Melayu yang melihat peraturan ini ketinggalan zaman dan menyuburkan politik wang.

2. Amalan cantas-mencantas dan sekat-menyekat - Mungkin DS Najib tidak akan mampu mengubah amalan yang sudah berakar umbi di kalangan ahli Umno jika ahli atau pemimpin Umno lain tidak mengendahkan apa yang dinasihatkan DS Najib ini. Terutama pemimpin Umno yang merasa terancam dengan kehadiran ahli lain yang lebih 'baik' dan 'kualiti'.

3. Politik wang - Mungkin mengambil masa, namun jika ada keazaman tiada yang mustahil! Sama ada pemimpin atau ahli biasa, wajib memerangi amalan buruk ini sebagai musuh nombor wahid. Dicadangkan supaya ahli atau perwakilan yang meminta-minta juga dikenakan tindakan!
( Masalahnya, ada seorang pemimpin tu saya tengok dalam HUJAH TV9, berapi-api mengutuk politik wang tapi di bahagian dia, dialah 'raja' main duit! )

4. Menggilap idealisme perjuangan - Usaha ini perlu dilaksanakan dengan segera, terutama di kalangan pimpinan pemuda yang menjadikan kerjaya politik sebagai batu loncatan mengumpul kekayaan. Meminjam kata DS Adnan Yakob : Baru sehari dua berpolitik sudah kaya-raya dengan gaya elit, lalu dibenci pemuda!
Kalau perlu mereka direndam di Sungai Klang yang mengalir di tepi PWTC, lakukanlah! supaya mereka sedar erti perjuangan.

5. Berubah - Sepertimana DS Najib meminta ahli dan perwakilan berubah...kita juga memohon para pemimpin Umno supaya berubah. Tinggalkan sut mewah dan gaya elitis kamu, dan bergaullah dengan rakyat jelata dengan mesra. Pimpinan juga wajib berubah...minda, sikap dan pendekatan. Rakyat tidak berharap kamu datang memikul seguni beras ( spt Khalifah Umar RA ), memadai pemimpin datang bertanya khabar...bukan semasa pilihanraya, ada keramaian atau kerana ada jemputan kahwin saja.

6. Cadangan untuk Datuk Seri - Akan datang apabila menyebut ayat al-Quran, bacalah dengan ayatnya sekali, bukan terjemahan sahaja serta apabila menyebut nama Rasulullah, sambunglah dengan SallalahuAlaihiWasalam ( SAW )! Jika ini menjadi kelemahan DS, silakan perbaiki supaya imej DS sbg Presiden dan PM nanti tidak dipersenda...

Wallahu A'lam

Tuesday, March 24, 2009

Perhatian!



Salam,

aku cuma nak sokong kempen Benteng Negara!
Harap-harap durang faham...kalau tidak mau faham juga...biarkanlah luncai terjun dengan labu-labunya...dan aku sudah menjalankan 'tugas' aku!

Monday, March 23, 2009

Nasib Umno Di Tangan Mereka...

Salam,

Seorang kawan berkata Umno sekarang sudah lari dari perjuangan. Wang ringgit dan nilai projek yang dikejar. Jika keadaan ini tidak berubah, katanya dalam PRU13, Umno akan berkubur.

Seorang kawan lain berkata, Umno kini sedang nazak dan hanya menunggu masa untuk 'mati'. Sesuai dengan usianya lebih setengah abad, Umno perlu ditransformasi. Baginya pemilihan kali ini landasan tepat melakukan transformasi tersebut.

Kebetulan, hanya tinggal 1-2 hari lagi, para perwakilan Umno akan menunaikan tanggungjawab mereka memilih saf kepimpinan Umno yang akan menerajui parti untuk tempoh 3 tahun akan datang.

Dimulakan oleh ketiga-tiga sayap: Wanita, Pemuda dan Puteri pada 25hb, diikuti pemilihan Majlis Tertinggi pada 26hb. Apabila perhimpunan dimulakan pada 27hb, saf pimpinan baru akan mengambil tempat.

Bagi calon yang bertanding, nasib mereka bakal ditentukan oleh perwakilan. Sama ada kempen di saat-saat akhir akan berkesan hanya akan terjawab selepas pengumuman keputusan nanti.

Jauh daripada itu, nasib Umno bergantung juga di tangan perwakilan sejumlah lebih kurang 3000 orang. Ahli Umno yang bukan perwakilan dan rakyat yang bukan ahli Umno akan mengikuti rapat 'pilihan' hati perwakilan ini. Pilihan perwakilan ini pasti akan dinilai.

Sama ada perwakilan memilih intan atau kaca, yang menghulur atau tidak, yang penuh idealisme atau penuh retorik, yang amanah atau hipokrit atau pun memilih pemimpin masa depan atau pemimpin masa lalu yang mahu dikitar semula.

Semuanya terserah di tangan perwakilan...merekalah yang menentukan. Sama ada pilihan perwakilan dipersetujui rakyat - dan ahli Umno - akan teruji pada 3 PRK nanti. Sama ada saf pimpinan baru ini nanti mampu menunaikan amanah dan harapan hanya akan dapat dilihat selepas PRU13 nanti.

Maka atas sebab itu, tugas perwakilan Umno kali ini amat berat. Nasib Umno benar-benar di atas tangan mereka!

( Catatan : Dua orang kawan tersebut bukan ahli mana-mana parti. Rasanya pandangan mereka tidak memihak dan ikhlas! )

Sunday, March 22, 2009

Badi 16 September?

Salam,

Bermula di Permatang Pauh, Presiden PKR DS Wan Azizah meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen. Alasannya kerana memberi ruang kepada DS Anwar Ibrahim diangkat menjadi Ahli Parlimen dan kini menjadi Ketua Pembangkang. Diikuti hasrat membentuk Kerajaan Pintu Belakang pada 16 September, namun tidak kesampaian.

Di Perak, dua ADUN PKR meletak jawatan Exco dan bertindak keluar parti, kini menjadi ADUN Bebas. Menjangkit ke Kedah, ADUN Bukit Selambau juga meletak jawatan Exco dan ADUN, hingga terpaksa diadakan PRK pada 7hb April ini. Sebab tindakan mereka tidak dapat dipastikan, hingga kini masih menjadi tandatanya.

Seperti menjangkit ke Selangor, apabila ADUN Bukit Lanjan, Elizebeth Wong 'terdedah' separa bogel. Kini masih bercuti dan belum meletak jawatan...sesuatu yang berbeza dengan perjuangan PKR yang menekan ketelusan dan 'kebersihan'.

Penyakit meletak jawatan ini menjangkit pula ke Pulau Pinang. Fairus Khairuddin dilaporkan pada awalnya bercuti tetapi akhirnya menghantar surat perletakan jawatan sebagai TKM Pulau Pinang berkuatkuasa 8hb April ini. Sebab tidak pula dinyatakan.

Nampaknya penyakit meletak jawatan sama ada sebagai Exco, ADUN atau Ahli Parlimen di kalangan pemimpin PKR semakin menjadi-jadi.

Apakah agaknya sebab semua peristiwa ini terjadi? Isu moral, pemimpin yang 'lemah', terkejut beruk kerana tiba-tiba berkuasa, pergolakan dalaman atau hilang kepercayaan kepada pimpinan dan perjuangan PKR?

Atau, mungkin juga kerana BADI 16 Setember?

Friday, March 20, 2009

Lain Bengkak, Lain Yang Bernanah!

Salam,

Ekoran keputusan Lembaga Disiplin Umno ( LDU ) beberapa hari lalu, berlaku polemik berpanjangan di kalangan ahli Umno. Suara yang setuju, nampak seimbang dengan suara yang membantah. Ibarat nasi sudah menjadi bubur, ahli Umno yang telah dihukum kena redha dengan hukuman yang diterima.

Jika apa yang dilarang Tataetika Ahli Umno tidak dilanggar, pasti tiada yang disiasat dan dihukum oleh LDU. Sama ada LDU telah melaksanakan 'keadilan' dengan sewajarnya, itu soal lain. Memang bagi yang dihukum, terasa amat berat beban yang menimpa. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata ( baca: tingkahlaku ) buruk padahnya!

Bagi yang tidak terkena penangan hukuman LDU ni, memang cukup mudah untuk meminta orang lain bersabar dan bertenang. Iyalah, selain menyuruh bersabar apalagi yang nak diucapkan? Syabas kepada Tok Ali yang gentleman menerima hukuman ni.

Cuma yang agak dikesalkan ialah ada pula segelintir ahli Umno yang bersikap lebih sudu dari kuah. Menuduh orang lain punya konspirasi akibat perbuatan sendiri. Ini dah macam stail Pakatan Rakyat...semua kesilapan diri adalah akibat konspirasi pihak lawan. Tak percaya ? Tengok kes Eli...BN yang dituduh punya angkara merakam gambar Eli separa bogel.

Di Pahang, DS Adnan selaku MB dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri pula dituduh jadi dalang menyebabkan ahli Umno Paya Besar diambil tindakan. Tok Nan punya nafi siap ajak kawan tu muhabalah di masjid, dan cabaran ini disambut. Wah! ini barulah berani namanya.

Inilah yang disebut bijak pandai dahulu, lain bengkak lain yang bernanah! Bengkak di Melaka, bernanah di Pahang dan tempat lain. Makin kuatlah nampaknya ketawa ejekan 'orang lain' terhadap karenah pimpinan Umno yang kurang matang ni!

Bukankah elok dalam saat ini, saat menghadapi Pemilihan Umno dan berdepan PR di 2 Bukit 1 Batang ni, kalau kita mengambil nasihat TS Muhyiddin. Katanya, Umno sekarang berada di hujung jalan dan mesti berubah!

Atau, merenung pesanan DS Rais Yatim yang meminta pemimpin Umno kembalikan idealisme perjuangan asal bagi mengukuhkan parti dan kedudukan orang Melayu.
Kalau sikap kita masih di takuk lama, harapan kita untuk melihat kegemilangan Umno rasanya...jauh panggang dari api. Wallahu A'lam.

Thursday, March 19, 2009

Soalan Baru: Apa Kesan Hukuman Lembaga Disiplin?

Salam,

Seperti yang kita ketahui, beberapa nama telah sabit kesalahan oleh Lembaga Disiplin Umno ( LDU ). Persoalan baru yang timbul ialah bagaimana kedudukan pesalah-pesalah ini, terutama yang memegang jawatan kerajaan?

Sebagai contoh, DS Ali Rustam didapati bersalah kerana kaitan beliau dengan ejennya yang mengamalkan politik wang. Hukumannya dilarang bertanding tetapi masih dibenarkan memegang jawatan Ketua Menteri Melaka.

Begitu juga, Hj Saadun, Setpol DS Ali. Didapati bersalah dan digantung keahlian 3 tahun. Sepatutnya selepas ini dia bukan lagi Setpol siapa-siapa.

YB Japlin Akim, juga didapati bersalah menjadi ejen kepada Khairy Jamaluddin. Dia digantung keahlian 3 tahun, tetapi KM Sabah kata, dia kekal sebagai Pem. Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah.

Nampak gayanya, hukuman oleh LDU hanya mendatangkan impak yang minima sahaja. Tidak 'menggerunkan' pun...sebab pesalah masih boleh senyum sebab tidak hilang jawatan, berasaskan keahlian Umno yang dimiliknya.

Mungkin boleh kita tanya pandangan TS Isa Samad, yang kehilangan jawatan Menteri Wilayah Persekutuan selepas didapati bersalah bermain politik wang pada tahun 2004 dan dihukum gantung keahlian selama 3 tahun.

Tahun 2009, lain macam pulak dah! Ah, macam-macam ada...

Wednesday, March 18, 2009

Lembaga Displin: Tugas Berat Menanti Kamu!

Gambar: Utusan Malaysia

Salam,

Selepas pengumuman 'pesalah-pesalah' Umno petang kelmarin, sebenarnya tugas Lembaga Displin Umno ( LDU ) belum berakhir.

Mengikut rekod, ada 900 aduan yang dikemukakan kepada LDU sejak tahun lalu, ketika urusan mesyuarat Umno bermula dari peringkat cawangan dan bahagian lagi. Jika dihitung tindakan yang telah diambil oleh LDU, berdasarkan pengumuman sebelum ini, jumlahnya belum pun melebihi seratus.

Ini bermakna masih banyak kes yang belum diambil tindakan. Kita hendak tahu juga bagaimana kesudahan kes-kes tersebut. Sama ada bersalah, tidak bersalah, diberi amaran ataupun buang kes begitu sahaja ( NFA ).

Selain, DS Khir Toyo yang disiasat dan didapati tidak bersalah, kita hendak tahu juga siapa lagi ahli yang 'cekap' ni - disiasat dan tidak bersalah.

Sebelum 24hb ini, kita harap akan ada lagi pengumuman terbaru daripada LDU, supaya 'pesalah-pesalah' di peringkat bawah, yang 'menipu', bermain wayang dan wang - jika ada - juga diambil tindakan sama.

Bukan apa, jika 'pesalah-pesalah' ini dibiarkan, bukankah nanti mereka dapat menyusup masuk ke PWTC dan turut sama memilih saf pimpinan Umno. Soalnya, dapatkah kita berharap ahli yang korup memilih pemimpin terbaik dalam perhimpunan nanti? Atau bolehkah pula pemimpin korup dipilih - dipilih perwakilan yang korup juga tentunya -, hanya kerana belum ada tindakan daripada LDU?

Mungkin tugas ini berat bagi LDU, apalagi harapan ahli cukup besar kepada LDU untuk membersihkan Umno. Begitu juga harapan rakyat, ingin melihat parti keramat ini terus berusaha membersihkan parti daripada ahli yang menjadi 'beban'!

Ahli Umno dan rakyat tentunya, ingin melihat parti ini bebas daripada ahli yang 'jelik' dan berperangai hodoh. Kita ingin melihat parti ini bersih, bukan zahirnya nampak bersih tetapi hakikatnya kotor!

Tidak percaya?...Tanya perwakilan Umno. Kata mereka: Ini musim menuai padi!

Tuesday, March 17, 2009

Sabarlah Ali!

Salam,

DS Mohd Ali Rustam, didapati bersalah dan dihukum tidak boleh bertanding jawatan Tim. Presiden. Ali bersalah, tetapi yang melakukan kesalahan ialah ejen, sebab itu Ali dikenakan hukuman kerana melanggar Tataetika Ahli Umno.
Kes yg sama menimpa Khairy Jamaluddin, didapati bersalah gara-gara ejen yang lebih sudu dari kuah!

Suka kita menasihatkan Ali dan KJ, supaya pada masa depan berhati-hati menggunakan ejen atau pelobi kempen. Mereka kena pantau supaya ejen tidak bertindak 'over-acting'. Mungkin ada ejen atau pelobi yg sengaja mengenakan 'bos' mereka?

Sabarlah Ali dan KJ juga...pasti ada hikmah dalam setiap peristiwa yang berlaku. Sebagai ahli parti yang setia, inilah masanya untuk membuktikan kesetiaan. Yakinlah bukan kalian sahaja yang bermain 'wayang', ada banyak lagi. Cuma bezanya, yang lain tu 'selamat' kerana ejen mereka mungkin cekap!

Akan datang, mungkin Ali dan KJ boleh belajar strategi bertanding dengan DS Khir Toyo - yang disiasat tapi tidak bersalah. Atau boleh berkongsi pengalaman Datuk Mukhriz, yang langsung tidak disiasat.

Kawan sms, betul ka ni Khir Toyo tidak bersalah? atau betul ka Datuk Mukhriz bersih?... Saya jawab, tanya ejen durang! Wallahu A'lam

Wajarkah Seorang Ahli Yang Berhormat Digantung Tugas?

Salam,

YB Gobind Singh Deo, Ahli Dewan Rakyat mewakili kawasan Parlimen Puchong telah digantung tugas 12 bulan. Gobind digantung kerana kenyataan yang mendakwa TPM DS Najib terlibat dalam kes pembunuhan, selain kenyataan menghina Tim. Speaker Dewan Rakyat.

Dalam tempoh penggantungan ini, Gobind akan kehilangan kemudahan sebagai seorang Ahli Dewan dan tidak akan menerima sebarang elaun.

Persoalannya, wajarkah seorang wakil rakyat yg dipilih oleh rakyat dalam pilihanraya untuk mewakili mereka menyuarakan segala hal berkaitan, digantung ?

Jika soalan ini ditanya kepada Gobind, pengundinya di Puchong dan penyokong PR, jawapannya mudah saja diteka. Tentulah tidak wajar bagi mereka, kerana pasti mereka melihat Gobind dizalimi dan tidak bersalah!

Namun kita juga boleh bertanya, wajarkah seorang wakil rakyat mengeluarkan kenyataan mmebuta tuli menuduh seseorang terlibat dalam satu kes jenayah yang berat, tanpa sebarang bukti?. Apakah imuniti seorang Ahli Dewan terlalu 'kebal' sehingga boleh melemparkan tuduhan sesuka hati?

Soalan lain, wajarkah pula seorang Ahli Dewan tidak menghormati 'Pengerusi Mesyuarat' dengan melemparkan kenyataan yang bersifat menghina?

Masalah kita di Malaysia, Wakil Rakyat yang dipilih sebahagiannya menjadi 'Wakil Rakyat Syok Sendiri' - tidak semua, segelintir sahaja. Di dalam dewan persidangan, bukan pula suara rakyat yang memerlukan pembelaan disampaikan, tetapi suara yang dikaitkan dengan nama rakyat, padahal isu tersebut langsung tidak berkaitan dengan kehidupan rakyat.

Sebagai contoh, Ahli Dewan ini. Tidak mungkin rakyat Puchong menyokong perbuatan menuduh seseorang sesuka hati. Contoh lain, tidak mungkin rakyat di Bukit Gelugor menyokong perbuatan melabel 'celaka' orang lain!

Mahu dikata wakil rakyat begini 'bengap', tidak mungkin kerana latar belakang mereka dari bidang perundangan. Tidak mungkin peguam tersohor anak-beranak dilahirkan 'bengap'. Namun realiti yang kelihatan menunjukkan tingkah laku segelintir wakil rakyat tidak menggambarkan werga yang bertamadun.

Wakil Rakyat seperti ini wajar tidak masuk ke dewan yang mulia sama ada di peringkat persekutuan atau negeri - tempat perbahasan soal serius berkaitan rakyat. Dewan bukannya gelanggang persembahan sarkis atau tempat mencari glamour yang tidak perlu. Ketegasan menggantung wakil rakyat seperti ini wajar dipuji!

Masalah kita, ada juga rakyat yang suka berwakil orang sebegini...

Monday, March 16, 2009

Ada Lagi Selepas Ini?

Salam,

Jika benar seperti yg dilaporkan, pengumuman Ketua Puteri Umno Perak, Dr Wan Norashikin Wan Nordin, yg juga ADUN Kampung Gajah, mengumumkan menarik diri daripada bertanding Naib Ketua dan Exco Puteri Umno, sememangnya disanjung tinggi dan wajar ditabik spring.

Apalagi alasan yg diberikannya ialah kerana ingin memberi tumpuan kpd PRK Parlimen Gantang. Jarang untuk kita berjumpa calon seperti ini, mendahulukan kepentingan parti daripada kepentingan diri. Adakah ini yg dikatakan pemimpin berjiwa besar?

Menjelang pemilihan parti minggu depan, adakah lagi 'pemimpin berjiwa besar' yg akan mengorbankan impian dan cita-cita, demi melihat kepentingan parti dan menang dlm pilihanraya sebagai keutamaan?

Kalau teladan yg baik ini telah ditunjukkan oleh Puteri - sayap parti yg masih muda usianya - apakah tidak mungkin pimpinan lain, untuk jawatan utama lain, mengikut jejak yg ditunjukkan? Mengurangkan risiko dan kesan daripada pertandingan dengan menarik diri dan memberi laluan kepada lawan - terutama bagi yg tiada harapan menang!

Kalau sudah tahu tiada harapan, bagilah chance orang lain...!

Sunday, March 15, 2009

Beaufort Banjir Lagi...

Salam,

Daerah Beaufort, tmasuk pekannya memang biasa dilanda banjir. Untuk tahun 2008 sahaja, sebanyak 12 kali daerah ini dilanda banjir. Tahun ini sahaja, sudah 3 kali ia dilanda banjir.
Kebiasaannya, banjir yang melanda tidaklah dalam dan akan surut dalam tempoh sehari dua .


Namun banjir yg melanda kali ini agak luar biasa. Ia agak dalam sehingga jalan perhubungan beberapa buah kampung ke pekan terputus, tidak dapat dilalui kenderaan.

Kampung seperti Kg. Bangkalalak, Suasa, Kebajang, Lago, Lawa, Garama, Beringin, Lupak, Pintas, Bakalau dan Limbawang, terjejas teruk. Pusat pemindahan di Dewan Pa' Musa Beaufort telah dibuka dan sebahagian mangsa telah ditempatkan di situ.

Ketika ini hujan masih berterusan terutama di sebelah petang dan tanda-tanda banjir akan surut belum kelihatan. Adalah diharapkan pihak yg berkaitan bertindak proaktif membantu di mana perlu, terutama kpd mangsa yg tlibat.

Saturday, March 14, 2009

Selamat Berjuang!

Salam,

Sukacita kita mengucapkan selamat berjuang kepada tiga penama ini : Ismail Safian, Datuk S.Ganesan dan Malcom Mussen Lamoh.

Ketiga-tiga penama ini ialah bakal calon Barisan Nasional bagi PRK Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai.

Adalah diharapkan dgn pengumuman awal calon kali ini, akan membuatkan BN lebih bersedia untuk menghadapi PRK ini. Selain memperkenalkan calon, diharapkan kerja-kerja berkaitan juga dapat dilaksanakan awal. Yang pasti, usaha lobi-melobi di kalangan ahli parti akan terhenti dan sokongan jitu dapat diberikan kepada calon-calon ini.

Kepada para calon yang sudah diumumkan – harap tiada perubahan di saat-saat akhir – anggaplah pemilihan sebagai calon ini sebagai satu amanah dan tanggungjawab yang pasti berat untuk dipikul. Buktikan bahawa pemilihan anda sebagai calon adalah tepat!

Janganlah hendaknya pemilihan ini menjadikan anda ‘besar kepala’ dan seolah-olah sudah menjadi YB. Jangan diulangi catatan hitam BN di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu. Harus diingat PRK kini bukanlah satu kerja yg mudah.

Harapan kita semoga para pemilih di ketiga-tiga kawasan terlibat akan dapat menilai kebolehan, penampilan dan kewibawaan calon-calon ini.

Pihak PR bila nak umumkan ?

Friday, March 13, 2009

Makna Sekeping Gambar

Salam,

Melihat gambar yg terpampang, pelbagai tafsiran boleh dibaca. Tpulang kpd empunya diri, melihat dan mtafsir dr sudut mana.

Ada orang melihat gambar ini sebagai persediaan Pak Lah menidakkan peralihan kuasa. Pak Lah berbincang dgn DS Anwar mbentuk kerajaan perpaduan.

Ada orang melihat gambar ini sebagai persiapan Pak Lah di hujung perkhidmatan menjadi PM. Hari-hari akhir sebelum bersara diisi dengan kegiatan keagamaan.

Ada juga mentafsir gambar ini sebagai salah satu cara DS Anwar melarikan diri daripada pelbagai masalah yg berlaku, daripada tuduhan kes liwat, kerajaan pintu belakang yg gagal, lompatan ADUN dan tumbangnya kerajaan PR di Perak, serta kes Eli yg menggegar.

Yang ekstrim tafsiran ini: Tok Guru Syeikh Mahmud ini sengaja memanggil PM dan Ketua Pembangkang sekali dalam majlis itu. Tujuannya supaya madrasah yg diasaskannya menjadi lebih glamour dan diikuti ramai orang, dgn kehadiran VIP.

Mana-mana pun tafsirannya, tidak dapat kita halang. Terpulang...tapi rasanya, bukankah lebih elok kalau dalam gambar ini ada Tuan Guru DS Haji Hadi Awang! …Boleh bincang pasal perpaduan Islam / Melayu!!!

Alangkah indahnya saat itu, tiga tokoh utama dari parti yg mewakili orang Islam / Melayu, duduk semeja sambil makan-makan, dipengerusikan seorang ulama, berbincang soal serius, menolak ke tepi pbezaan pendapat dan ideologi, mencari kesatuan fikrah...

Subhanallah!

Thursday, March 12, 2009

Kisah Di Zaman Gawat.

Salam,

Ekonomi gawat di seluruh dunia, tempiasnya sehingga ke negara kita. Petandanya dapat dilihat: Projek pembangunan semakin lembab, ramai pekerja 'dipencenkan' dan pakej ransangan tpaksa diumumkan. Sempena krisis ekonomi dunia kali ini, saya ingin bkongsi satu kisah...

Ketika kegawatan ekonomi pd tahun 1997, dua orang sahabat setia AwangBinting dan AwangEspi telah dibuang kerja oleh majikan mereka, dgn diberi sedikit pampasan.

Seminggu blalu, AwangBinting agak bnasib baik. Dia mdapat tawaran kerja di Zoo Negara. Sementara AwangEspi, masih b'usaha m'cari kerja.

Suatu pagi, AwangEspi bpesan kpd AwangBinting, memohon kerja di Zoo. Apa sahaja kerja, asal jadi duit kerana wang simpanan smakin susut.

Petang itu, kepulangan AwangBinting dr kerja mbawa berita gembira. Pengurus Zoo setuju menerima AwangEspi sbg pekerja baru. Dia diminta memulakan kerja keesokan harinya.

Esoknya, AwangBinting dan AwangEspi mengayuh basikal kerja ke tempat kerja - mengembalikan nostalgia kerja bsama sebelum itu.

Di tempat kerja baru, AwangEspi diberi sepasang pakaian - berupa sut pakaian seekor monyet belanda. Dia diarahkan 'blakon' spt seekor monyet.

AwangEspi seorang yg taat, mjalankan tugas dgn tekun dan menunaikan tanggunjawab dgn komited. Dia memainkan peranan seekor monyet dgn baik, mlompat dari satu dahan ke satu dahan. Semakin ramai pelawat, semakin lincah dia b'aksi!

Tiba sekumpulan pelancong Korea, m'hulur pisang ke arah sang monyet. Sang monyet yg licik, mbaham pisang sambil bkata: Thank You! Pelawat Korea kesukaan, ptama kali bjumpa monyet pandai bcakap, lalu dihulur pisang lagi.

Sang monyet naik minyak, aksi semakin lincah, terus melompat dahan ke dahan. Tiba-tiba, tangan sang monyet tlepas pautan, lalu tjatuh...tmasuk ke kandang harimau. Sang rimau, tkejut...tp gembira, emm rezeki dtg mgolek.

Apalagi sang monyet tkinja-kinja ketakutan...blari sekuat hati dikejar sang rimau. Pelancong Korea cemas, melihat sang monyet bakal dibaham sang rimau. Aksi kejar-mengejar bterusan...

Di satu sudut, sang monyet tkepung, tidak dapat melepaskan diri. Sang rimau menerkam tengkuk sang monyet...sang monyet tkencing di seluar...airmata blinangan...habis la aku!

Ketika sang monyet memikirkan riwayat hidupnya akan b'akhir sebentar lagi, sang rimau b'bisik ke telinga sang monyet : Hoi, akulah AwangBinting...!

Pelancong Korea btepuk gembira...

Wednesday, March 11, 2009

Bajet Mini : Apa Tanggungjawab Kita ?

Salam,

Melihat apa tsurat, Bajet Mini yg dbentangkan oleh TPM DS Najib nampak cantik dan meyakinkan. Dgn jumlah besar 60 billion dan 4 teras yg dtetapkan, diharap bajet ini mampu menyerap kelembapan ekonomi yg drasai sekarang.

Seperti orang lain, harapan kita peruntukan dalam bajet ini akan dapat disalurkan dgn telus dan sampai ke sasaran yg dihajati. Di satu segi, pihak kerajaan telah menunaikan tanggungjawab mengekang asakan kegawatan ekonomi.

Sebagai rakyat Malaysia, apa tanggungjawab kita ?

Rasanya, tugas utama kita tentulah menyokong usaha pihak pemerintah menjalankan langkah-langkah perlu mengatasi kegawatan ekonomi yg melanda ketika ini. Tanpa mengira fahaman politik, pbezaan agama, bangsa dan warna kulit, seluruh rakyat wajar bersatu.

Bagaimana caranya ?
Wajar rasanya seluruh rakyat fokus untuk menggembleng tenaga dan produktiviti, melupakan seketika 'perseteruan' dalam politik khususnya. Rasanya, tidak kira kita penyokong BN, PR atau Bebas sekalipun, tentunya kita berharap negara kita akan dapat melepasi krisis ekonomi ini dgn yakin dan tenang.

Memang diakui, ada banyak 'pahat' yg akan berbunyi, yg tidak setuju itu ini, yg mengharap begitu begini...namun rasanya, tidak mungkin kehendak kita semua dapat dipenuhi satu persatu, dan hendaknya setiap kekurangan itu tidak dijadikan alasan utk tidak bekerjasama - kerana psaingan politik umpamanya.

Biarlah pertentangan dalam politik dilakukan pada musimnya. Terjemahkanlah sokongan dan kempen dalam PRK di 3 tempat : Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai pada 28hb Mac hingga 7hb April ini.

Sementara menunggu detik itu, marilah kita bsama-sama menunaikan tanggungjawab sebagai werganegara yg patriotik!

Bolehkan...?

Tuesday, March 10, 2009

Hello, Boleh Minta Tolong Sikit...!!!

Salam,

Rasanya, amat jarang minta tolong, bukan tidak perlu tp setakat ni belum ada keperluan untuk minta tolong. Cuma kali ni, rasanya tiada pilihan lagi. Mau tak mau mesti minta tolong juga...

Ala bukan selalu, kali ni saja. Pertolongan yg diminta ni pun bukannya besar sangat. Bukan nak pinjam duit...bukan juga nak minta belanja makan. Pertolongan yang diminta, rasanya kecik sangat...

Ya, minta tolong hal seciput jak...khusus utk saudara-saudara seIslam dan sebangsa, kali ini betul-betul nak minta tolong.

Kita minta tolong supaya isu bahasa, isu PPSMI ni tidak dipolitikkan. Tidak dihuru-harakan dgn demonstarasi jalanan yg sangat tidak perlu.

Kita faham kalau para pejuang bahasa menentang PPSMI...kita faham kalau mereka mhantar memorandum ke Istana Negara. Kita memahami hasrat mereka yg tidak bsetuju lagi dgn pelaksanaan PPSMI.

Cuma kita gagal memahami mengapa perlunya perarakan, demo dan provokasi kpd pihak bkuasa...serta kita juga tidak memahami apa alasan parti politik spt PAS dan PKR, mjadikan pjuangan mdaulatkan bahasa kebangsaan dlm pengajaran Sains dan Matematik ini, sbg modal utk kepentingan politik mereka.

Harus diingat, isu bahasa dan PPSMI ini amat dekat di hati rakyat Malaysia yg patriotik tanpa mengira fahaman politik mereka. Pjuangan mdaulatkan bahasa ni bukan hak milik mutlak pembangkang saja!

Di pihak kerajaan pula, sewajarnya keputusan bkaitan PPSMI lebih elok disegerakan. Jika diteruskan, umumkan..atau jika dihentikan, umumkan juga. Semakin lambat keputusan ini dibuat, semakin rancak pihak pembangkang menangguk di air keruh. Tolong juga kpd pimpinan kerajaan, jgn mpolitikkan keputusan PPSMI ni..Btindaklah segera mdengar suara rakyat.

Sebab tu, wajar bagi kita utk minta tolong...TOLONG JANGAN POLITIKKAN PERJUANGAN MDAULATKAN BAHASA KEBANGSAAN NI!

Monday, March 9, 2009

Setahun berlalu...Salam Maulidurrasul.

Salam,

Setahun blalu, Hari Keputeraan Junjungan Besar, Nabi Muhamad SAW, tiba lagi. Sempena tibanya hari Mauliddurrasul kali ini, dinukilkan wasiat yg sangat bharga Rasulullah kpd Abu Hurairah :

* Wahai Abu Hurairah, bsikap adil sesaat itu lebih baik drpd beribadat 60 tahun, yg malamnya berisi dgn solat malam dan siangnya dipenuhi ibadat puasa.

* Wahai Abu Hurairah, sekiranya engkau mjadi raja atau menteri atau penasihat raja, janganlah engkau melampaui sirah dan sunahku. Ini kerana setiap raja mahupun menteri yg menyalahi sirah dan sunahku akan dikepung api neraka dari segala penjuru pada Hari Kiamat kelak.

* Wahai Abu Hurairah, sekiranya engkau ingin mdapat nama yg harum di dunia dan akhirat, tahanlah lidahmu drpd mengumpat orang. Ini kerana sesiapa yg tidak mengumpat orang, nescaya Allah akan menolongnya di dunia dan akhirat.

******************
Secara kebetulan, sambutan Maulidurrasul pd tahun ini diraikan sehari selepas PRU12. Sempena setahun blalu, bagaimana agaknya prestasi para wakil rakyat yg kita pilih dlm PRU12 yg lalu? Ibarat pelajar sekolah yg dinilai setiap akhir tahun, dan dapat dilihat secara btulis laporan prestasi mereka, dimana agaknya kita hendak melihat kad laporan prestasi para YB kita?

Dan bagaimana pula prestasi kerajaan yg kita pilih ? Sudahkah mereka menunaikan janji atau menifesto mereka ? Atau, mereka masih beretorik, dilamun mimpi ?

Salam Maulidurrasul...dan Selamat Menyambut Ulangtahun Setahun YB!

Sunday, March 8, 2009

Media Baru Yang Terabai !

Salam,

Seorang blogger, Minda Budiman menulis statistik bkaitan pgunaan media baru spt blog, sbg medan interaksi di kalangan calon yg b'tanding dlm Pemilihan Umno Mac ini.

Dinukilkan catatan dan statistik tsebut sbg renungan :

1. Saya membantu semua rakan-rakan yang bertanding dengan menyediakan link dan fakta-fakta tentang pemilihan.

2. Calon kp & nkp, semua mereka mempunyai blog namun untuk calon exco maklum balas sangat minima.

3. Mereka menyedari 1.8 juta, adalah pengundi baru yang menerima budaya blog, facebook sebahagian dari sarapan pagi dan makan malam. Sekiranya mereka sendiri tidak bersedia dengan budaya baru bermakna lingkungan permainan pengaruh hanyalah di wilayah UMNO sahaja.

4. Berikut adalah mereka yang menawarkan diri untuk bertanding mengikut jawatan:-

Mempertahankan jawatan -5%
Ketua Pemuda -41%
Naib ketua pemuda - 10%
G2 - 6%
Selain di atas - 38%


Drpd catatan, dapatlah kita katakan bahawa di kalangan calon yg btanding, tentunya di kalangan pimpinan pelapis pemuda, media baru ini masih belum digunakan sepenuhnya.

Ironinya, 'kuasa' media baru ini diakui sbg salah satu penyumbang Tsunami Mac tahun lalu.

*********

Kebetulan seorang kawan, Jamawi Jaafar Ketua Pemuda Umno Tenom, mpromosi blognya Suara Tenom.

Katanya, blog beliau dibina utk memudahkan interaksi sambil mdedahkan pemuda pedalaman khususnya di Tenom, dgn dunia blog.

Sdr Jamawi menawarkan diri btanding Exco Pemuda Umno Malaysia - dgn nombor calon 28. Didoakan beliau b'upaya menambat hati para perwakilan nanti.

Secara peribadi, diharapkan Sdr Jamawi mampu menang - sbg wakil suara pemuda pedalaman, utk didengar di KL sana. Diharapkan apabila Sdr Jamawi menang nanti, pemuda pedalaman, khususnya di Sabah akan diambil perhatian.

Saturday, March 7, 2009

Antara Labuan dan Sabah.

Salam,

Pengumuman PM DS Abdullah bahawa kerajaan mpertimbangkan cadangan pbinaan jambatan mhubungkan Pekan Menumbok di Sabah dgn Pulau Labuan, disambut baik.

Ini merupakan satu berita baik kepada penduduk Labuan dan Tanah Besar Sabah. Pasti pbinaan jambatan yg akan mjadi jambatan tpanjang dlm negara kita, akan lebih mdekatkan 'hubungan' di antara kedua-dua wilayah.

Namun,bukankah lebih baik wang yg dilaburkan utk mbina jambatan yg pasti akan menelan kos yg bukan sedikit itu digunakan utk projek pembangunan yg lebih utama sama ada di Labuan atau di Sabah.

Sebagai contoh, menaiktaraf 'lebuhraya' utama di Tanah Besar Sabah. 'Lebuhraya' menghubungkan Pekan Beaufort dgn Bandaraya Kota Kinabalu sejauh 100 km umpamanya, tidak mencapai standard lebuhraya spt yg dibayangkan. Jika dibandingkan dgn lebuhraya utara-selatan PLUS, ibarat langit dgn bumi!

Sehingga seorang kawan mbayangkan jalan raya yg mhubungkan kampungnya di Bangi dgn Bandar Baru Bangi, jauh lebih cantik, rata dan sempurna b'banding jln antara Pekan Beaufort dgn Kota Kinabalu.

Jika dibandingkan dgn jalanraya phubung antara kampung dengan pekan, atau jalan antara kampung, keadaannya lebih buruk lagi. Kata seorang kawan lain, di Semenenjung jalan ke bendang pun sudah bturap!

Rasanya, sebelum jambatan ke Wilayah Persekutuan Labuan dibina, elok jalan raya di Sabah - dan Sarawak - dinaiktaraf.

Friday, March 6, 2009

Berita Baik Untuk Para Pejuang!!!


Salam,

Bagi yang rabun @ mata kabur, tajuk berita di atas, yg dikutip daripada Malaysiakini : Aktivis gereja lancar kempen tandatangan isu Allah. Nak tau lebih lanjut, klik pada gambar.

Aku tak nak komen apa-apa, nanti orang kutuk aku macam-macam. Nanti kata tidak toleran la pulak. Nanti 'puak-puak' pejuang keadilan, pejuang demokrasi, pejuang rakyat, pejuang kesamarataan, dan segala macam perjuangan tu akan bengang kalau aku tsalah komen.

Terpulanglah kepada pembaca...kalau rasa nak sign petition online tu pun, silakan... salah ka ?. Eh bukan Tok guru Nik Aziz pun dah kata : Allah is for all!

Thursday, March 5, 2009

GELANGGANG RAJA LAWAK - Babak 2

Gambar : anginperubahan.blogspot.com
Salam,

Kumpulan yg satu ini meneruskan aksi mereka utk babak kedua.

Masih mengekalkan latar masa pd zaman purba, ketika Laksaman DoReMi masih belum lahir lagi dan latar tempat digunakan ialah Istana Raja Jelutong, Tungku Karpal Singki bsemayam di atas takhta berupa KerusiAjaibBerodaDua, pd zaman itu dipanggil Wheel Chair.

Persembahan bermula...

MenteriBoneka masuk mengadap diiringi Senga dan Sengeh, ke depan Raja Jelutong, sambil bkata : Daulat Tungku, hamba boneka mohon pkenan Tungku mengadap mbawa dua khabar gembira dan dua berita sedih utk negeri kita.

Raja Jelutong btitah : SinghIsKingDiMalayaBukanDiIndia, cilaka semua tiada yg tidak cilaka kecuali Singh. Wahai BonekaKepadaDAP, khabarkanlah berita gembira dulu.

MenteriBoneka bkata: Daulat Tungku, berita gembiranya ialah hamba boneka telah dsokong oleh 27 wakil rakyat jelata utk terus mjadi BonekaKepadaDAP dan keduanya, hamba memohon pkenan Tungku utk merobohkan Dewan Orang Ramai kita.

Raja Jelutong murka dan menengking MenteriBoneka : Cilaka kamu, mengapa mbuat onar kpd Negeri Pasir Dua Butir, sekarang ini negeri dilanda kegawatan ekonomi, mengapa diroboh Dewan yg elok. Siapa yg keluar belanja utk bina Dewan tu balik, ingat ni bapak kamu yg punya! Tidakkah kamu boleh bsabar menunggu 4 tahun lagi? Mengapa diikut perangai 27 wakil yg memang cilaka, sedangkan kamu bpelajaran tinggi! Kalau iya pun mau mjadi boneka, padan-padanlah.

MenteriBoneka, Senga dan Sengeh tdiam, hampir saja tkencing di seluar kerana ketakutan. Raja Jelutong apabila murka memang bengis wajahnya, walaupun dia cuma kategori Paralimpik. Dia jangan dimain-main, peluru dua butir pun tidak ditakutnya.

Apabila keadaan sudah reda, Raja Jelutong btitah : Baiklah MenteriBoneka, khabarkan pula berita sedih utk negeri kita.

MenteriBoneka mjawab : Daulat Tungku, Tuan Yang Dipertua 'LebihBaikBunuhDiaDaripadaUlar', telah diinjuksi tidak boleh lagi memanggil psidangan Negeri Pasir Dua Butir di bawah pokok Ketapang. Lagipun, jika tidak kena gayanya, esok maka sahlah hamba tidak lagi MenteriBoneka.

Suasana hening seketika. Raja Jelutong terasa sayu, seraya btitah : Sabarlah kamu BonekaKepadaDAP, mungkin ada hikmahnya semua ini. Walaupun kamu tidak lagi mjadi MenteriBoneka, tpahat dlm sejarah negeri Pasir Dua Butir, yg kamu pernah mjadi boneka. Camanapun, kamu kembalikanlah kereta kuda bjenama Camry tu...itu bukan harta kamu.

Senga dan Sengeh tsenyum sumbing, terasa disindir oleh Raja Jelutong, sebab mereka bdua pun terasa seronok mnaiki kereta kuda free.

Raja Jelutong menambah : Walau apa pun blaku, kita kena bsabar, kita kurangkan bmain politik murahan ni, politik konfrantasi, orang lain salah hanya kita yg betul. Semua ni blaku kerana kita tertipu perangai seorang manusia bnafsu besar menubuh Kerajaan Lompat Katak. Sekarang tkena balik kpd kita. Orang ini memang cilaka, habis satu negari dilanda masalah, hanya utk memuaskan nafsu dia. Akhir kalam, baliklah kamu...

MenteriBoneka, Senga dan Sengeh m'angguk tanda setuju.

Raja Jelutong tsenyum, dlm hatinya bkata: Singh Is King, aku tetap Raja Jelutong!

Persembahan selesai...

Teruskan SMS, mengundi kumpulan ini...Nasib mereka di tangan anda!

Wednesday, March 4, 2009

GELANGGANG RAJA LAWAK

Salam,

Hujung minggu ini, Gelanggang Raja Lawak akan melabuhkan tirainya, dgn Final akan blangsung. Namun sebuah kumpulan sudah pun mempersembahkan aksi mereka...

Kumpulan ini mjadikan sepohon kayu Ketapang di sebuah negeri bnama Negeri Pasir Dua Butir, sbg latar tempat dan suasana pd zaman purba, ketika Tungku Karpal Singki memerintah Kerajaan Jelutong sbg latar masa, psembahan mereka.

Persembahan bmula...

Setiausaha Gelanggang Lawak memulakan acara dgn bacaan doa, semoga pohon kayu tempat blindung drpd panas matahari tidak tumbang, menghempap kepala mereka.

Tuan Yang Dipertua, bnama 'LebihBaikBunuhDiaDaripadaUlar' mpsilakan Wakil Rakyat Kawasan Bingung mlaporkan keadaan di kawasan. Wakil Rakyat Kawasan Bingung seorang pekak, tidak faham bahasa melaporkan : Tuan, saya mencadang supaya Ketua Kita bnama 'MenteriBoneka' dikekalkan sbg 'BonekaKepadaDAP'. Harap disokong...

Tuan Yang Dipertua btanya: Adakah semua wakil bsetuju ? Tanpa blengah para wakil seramai 27 orang menyahut : Ya kami sangat setuju. Suara dua wakil iaitu Senga - Wakil Rakyat Kawasan Bangang dan Sengeh - Wakil Rakyat Kawasan Bengong, jelas kedengaran bsetuju.

Seterusnya, Wakil Rakyat Kawasan Bengang dpsilakan melaporkan keadaan oleh Tuan Yang Dipertua. Wakil Rakyat Kawasan Bengang seorang yg bengap, bodoh tak boleh diajar melaporkan : Tuan saya mencadang supaya Dewan Orang Ramai Pasir Dua Butir dirobohkan...harap kerjasama tuan-tuan merobohkan.

Tanpa diminta oleh Tuan Yang Dipertua, kesemua 27 para wakil, sambil m'angkat tangan bteriak : Ya kami sangat setuju, kita robohkan saja dewan itu kerana tidak boleh juga bmain badminton...Sekali lagi, suara Senga dan Sengeh kuat bgema tanda setuju...

Sebelum diteruskan dgn wakil lain, MenteriBoneka m'umumkan bahawa dia akan bjumpa dgn Tungku Karpal Singki utk memaklumkan dua perkara : 1. Dia masih lagi mjadi 'BonekaKepadaDAP', sbb tiada org lain yg sanggup boneka. 2. Memohon perkenan Tungku utk merobohkan Dewan Orang Ramai.

Persembahan selesai....dan akan bersambung.

Jika anda bminat dgn kumpulan ini, sila SMS...Nasib mereka hujung minggu ini di tangan anda! Teruskan mengundi....

Tuesday, March 3, 2009

DAP Yang Semakin Ghairah Di Perak

Salam,

Ingatkan apabila Ex-MB Nizar memohon perisytiharan mahkamah - bahawa dia masih MB yg sah, disusuli tindakan mengosongkan kediaman - bahawa dia sudah meredhai ketentuan Illahi, politik Perak akan aman sentosa.

Rupanya, apa yg diharapkan tidak menjadi...

Situasi mjadi kusut, apabila Speaker Sivakumar mgunakan kuasa yg ada padanya - mgantung MB Zambry dan 6 exco lain, utk tempoh 12 - 18 bulan.

Formulanya mudah. 7 ADUN BN digantung dan tidak boleh m'hadiri psidangan DUN, lalu apabila usul tidak percaya dikemukan, maka mudahlah PR 'm'atasi' BN.

Ya, spt dijangka, Sivakumar memanggil psidangan khas DUN Perak, djadualkan hari ni. BN pula mengemukakan saman pemula m'halang sidang DUN dan 'm'hakis' kuasa Sivakumar. Nampak gayanya, semua kena tunggu keputusan mahkamah.

Ngeh pula dilaporkan bkata, sidang akan diteruskan dan 28 ADUN PR akan hadir ke bangunan DUN Perak - walaupun pihak keselamatan telah mjelaskan bangunan berkenaan ditutup. Macam-macam, harapnya mahkamah dapat mbuat keputusan segera....

Cuma yg mjadi tandatanya, mengapa DAP melalui Sivakumar sangat ghairah, teruja benar, spt tidak sabar menunggu keputusan mahkamah dan sangat 'marah' kehilangan kuasa di Perak?

Ada apa-apa ka yg t'sirat...

Monday, March 2, 2009

Padahnya Ditanggung Siapa?

Salam,

Bermula dgn satu kesilapan, yg mungkin kecil, mbawa akibat yg besar, yg buruk padahnya. Ibarat api, semasa kecil sangat diperlukan utk pelbagai kegunaan, tp bila ia besar, api sangat bahaya.

Begitulah yg terjadi dlm episod pgunaan kalimah Allah, yg dituntut oleh pihak Herald dlm penerbitan mereka. Tuntutan ini dibawa ke mahkamah utk diputuskan, dan masih dlm proses - belum ada keputusan.

Entah di mana silapnya, pihak KKDN mbuat keputusan mdahului mahkamah. Pgunaan kalimah Allah - nama Allah Yang Maha Suci - dibenarkan utk dgunakan, dgn beberapa syarat antaranya, terbitan tsebut diedarkan utk penganut Kristian sahaja.

Bagaimana nak memastikan pengedarannya dlm ruang lingkup yg dibenarkan dan tidak melebihi batas yg ditetapkan, merupakan satu psoalan lain.

Sehari selepas 'kebenaran' ini diketahui umum, apabila mahkamah diberitahu, Pak Menteri lantas m'umumkan kebenaran ini ditarik balik. Sebagai umat Islam, tentulah kita bsyukur dgn pengumuman ini, sekurang-kurangnya mengurangkan keresahan kita.

Apa yg ingin kita persoalkan ialah bagaimana perkara begini tjadi ? Difahamkan, sesuatu warta tidak bkuatkuasa selagi tidak disahkan Menteri. Jauh drpd itu, b'mana pegawai yg menyediakan perintah tsebut boleh tlepas pandang?

Serupa dgn kenaikan tol, Pak Menteri m'umumkan kenaikan tol, tp 'disanggah' oleh PM sbg ketua kerajaan. Akhirnya, kadar tol tidak jadi dinaikkan, namun suhu kemarahan orang ramai yg mbantah kenaikan tol, tlanjur sudah naik!

Ringkasnya, sejak akhir-akhir ini, banyak keputusan kerajaan yg seolah-olah tidak selaras, spt tiada pbincangan di kalangan Jemaah Menteri - yg b'mesyuarat setiap Rabu. Masing-masing mbuat keputusan m'ikut bidang kuasa kementerian masing-masing.

Bagus juga, maknanya keputusan pantas dapat dbuat. Malangnya, apabila keputusan dibuat tidak 'menggembirakan' - malahan mbuat rakyat marah - siapa pula yg kena menjawab?

Sunday, March 1, 2009

Home Ministry rescinds gazette on word “Allah”

thestaronline: Saturday February 28, 2009 MYT 7:00:00 PM

KOTA KINABALU: The Home Ministry has rescinded a government gazette that allowed conditional use of the word "Allah" in Christian publications with immediate effect.
Admitting that there was a mistake in enacting the gazette that had resulted in confusion over the word in question, Minister Datuk Seri Syed Hamid Albar said the government's decision to ban the use of the word 'Allah' in Herald - The Catholic Weekly remained in force until the court decided otherwise.

The government had recently ordered a ban on the Herald's Malay edition until the court makes its decision, as part of conditions for it to be allowed to continue publishing in English, Chinese and Tamil.

"There is a judicial review on the matter and we leave it to the court to decide. I think there was a mistake in enacting the gazette. When we make a mistake, I must admit that there is a need look at it thoroughly.

"As there was a mistake...so it is better we make a correction," he told reporters, here on Saturday. Syed Hamid was commenting on the call by the Malaysian Islamic Da'wah Foundation (Yadim) earlier Saturday, urging the government to withdraw permission for the conditional use of the word "Allah" in Christian publications.

Its chairman Datuk Mohd Nakhaie Ahmad said the government had not acted wisely in allowing the use of the word in Christian publications which he said could anger Muslims not only in the country but also throughout the world.

A government gazette dated Feb 16 has stated that documents and publications relating to Christianity containing the world "Allah" are prohibited unless the words "FOR CHRISTIANITY" was written on their front covers.

The condition was contained in an order entitled 'Internal Security (Prohibition on Use of Specific Words on Document and Publication) Order 2009'.

Paragraph 2(1) of the order reads: The printing, publication, sale, issue, circulation and possession of any document and publication relating to Christianity containing the words Allah, Kaabah, Baitullah and solat are prohibited unless on the front cover of the document and publication are written with the words "FOR CHRISTIANITY". - Bernama

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin