Search This Blog

Friday, January 22, 2010

Antara Khalid Samad dan Mohd Tasyrif...


Salam,


Apakah perbezaan antara kedua mereka, Khalid Samad dan Mohd Tasyrif?


Khalid Samad :

- MP Shah Alam

- Pemimpin PAS

- Berterusan mempertikai larangan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.


Mohd Tasyrif:

- Bukan ahli politik.

- Pelajar ASWARA.

- Didakwa di mahkamah kerana 'ancaman' di Face book.


Ketika Mohd Tasyrif didakwa di mahkamah kerana 'lawak jenaka' yang tidak sepatutnya dilakukan, yang boleh menimbulkan ketegangan di kalangan penganut pelbagai di negara ini, pemimpin politik bertaraf Ahli Parlimen terus bebas mengeluarkan 'fatwa' beliau.


YB seorang ni terus-menerus beraksi, yang terbaru dia berpendapat enakmen agama yang melarang penggunaan kalimah Allah dan perkataan-perkataan lain berkaitan Islam sudah ketinggalan zaman, hanya beberapa hari selepas Sultan Selangor bertitah bahawa kalimah Allah hanya untuk Islam.


Yang peliknya, tiada pula tindakan ke atas pemimpin ini? Dia terus bebas bercakap sesuka hati dia walaupun perkataannya mengguris perasaan umat Islam. Ah, mungkin apa yang dia perkatakan tidak pun menimbulkan ketegangan berbanding lawak jenaka Mohd Tasyrif...atau barangkali lawak Mohd Tasyrif menyinggung penganut agama lain, sedangkan Khalid Samad menyinggung umat Islam.
Soalan lain, di mana agaknya Menteri Dalam Negeri kita?

3 comments:

Anonymous said...

KS sudah panggil mengadap Sultan Selangor malah kes beliau dengan Hasan Ali pun akan diketahui malam ini, kita cuma tunggu dan lihat kalau dia melatah juga tak tau nak buat apa otak dah bebal tu kena "holy" water.

Apa pun KS dgn pelajar Aswara adalah 2 kes berbeza.

Anonymous said...

Menteri KDN akan minta maaf dan akan menangis terisak-isak......Sepatut nya kalu aku KDN orang tu akan hilang..
Lawak je..sebab itu aku x layak pon nak jadi menteri KDN

SABAHKITA said...

Budak tu melakukan "kesalahan budak-budak". Ada org dewasa yg melakukan sesuatu yg lebih bahaya dari perbuatan budak tuu.... Berikan dia nasihat dan kefahaman BUKAN punishment....Di negara barat ada kaedah "community service" dimana pesalah ringan diarah memberikan khidmat kemasyarakatan supaya mereka insaf tentang peranan dan tanggungjawab mereka sebagai citizen.

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin