Search This Blog

Loading...

Saturday, June 26, 2010

40 ulama muda sertai UMNO


KUALA LUMPUR 25 Jun – Seramai 40 orang terdiri daripada ulama muda dari seluruh negara hari ini menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Penyerahan borang keahlian dilakukan di hadapan Galeri UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini sebelum mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO bermula.

Ia turut disaksikan oleh Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Ahli MT yang juga bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim; Ketua Penerangan, Datuk Ahmad Maslan dan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin.

Wakil kumpulan ulama itu, Dr. Fadlan Mohd. Othman, 35, berkata, penyertaan mereka bertujuan untuk bekerjasama dengan parti itu dalam perkara yang berkaitan keagamaan dan kerohanian.

“Banyak perbincangan telah dibuat (mengenai persetujuan untuk menyertai UMNO), cuma kita berharap penyertaan ini akan dapat menyemarakkan lagi usaha-usaha keagamaan yang sedia ada dalam parti.

“Kemasukan ini bukan berlandaskan politik dan bukan bertujuan untuk melaga-lagakan mana-mana pihak.

“Kami optimis terhadap ruang-ruang yang boleh dilaksanakan untuk mendekati dan membina jati diri golongan muda,” kata Fadlan yang juga pensyarah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia pada sidang akhbar selepas majlis penyerahan borang itu.

Kita tunggu komen pihak sebelah sana...habislah durang ni kena belasah!

Thursday, June 10, 2010

Menyokong Nasruddin Hasan...


Dewan Pemuda PAS Pusat (DMPP) menggesa kerajaan negeri Pakatan Rakyat supaya memberi komitmen untuk memerangi jenayah judi dengan tidak lagi memperbaharui lesen premis perjudian yang beroperasi di bawah "wilayah penguasaan mereka".

Salam,

Blog ini bersetuju dengan gesaan Pemuda PAS untuk kerajaan Pakatan Rakyat membuktikan komitmen membenci judi, bukan sahaja pertaruhan sukan Piala Dunia malah semua jenis judi.

Kita berharap MB Selangor, Kedah, Kelantan dan KM Pulau Pinang akan mengambil perhatian terhadap gesaan Ustaz Nasruddin Hasan ini. Seperti kata beliau, "Negeri-negeri yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat mesti dilihat lebih baik dan mulia berbanding kerajaan Umno dan BN dengan terlebih dahulu memberi contoh dan tauladan kepada mereka,"

Janganlah kerajaan Pakatan Rakyat pun syok juga dapat hasil dari premis perjudian yang beroperasi dalam kawasan mereka...lepas tu sibuk demo melalak sana-sini pasal judi, ketika 'wilayah penguasaan' sendiri pun tidak terjaga!

( Adakah blog ini juga akan diserang oleh tukang komen yang tidak pernah bersetuju? )

Tuesday, June 1, 2010

Jahanam Israel...Selamatkan Gaza!


Alfatihah....dihadiahkan kepada para syuhada yang terkorban dalam melaksanakan misi bantuan ke Gaza. Semoga roh mereka ditempatkan bersama roh para solehin. Semoga cabaran yang berlaku ini tidak melemahkan semangat aktivis bantuan meneruskan usaha murni mereka.

Semoga apa yang berlaku juga akan terus menyedarkan masyarakat antarabangsa terutama umat Islam melalui OIC atau Liga Arab, untuk tidak lagi bertindak mengutuk dan mengecam perlakuan buruk Yahudi Israel. Semoga ada tindakan konkrit lebih praktikal...

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin