Search This Blog

Loading...

Thursday, May 26, 2011

Tindakan Responsif Wajar Dipuji...


Salam,

Tahniah dan terima kasih diucapkan atas tindakan responsive kerajaan tidak menaikkan harga minyak dan gas yang menjadi keperluan asas rakyat. Keprihatinan kerajaan dalam soal ini sangat dialu-alukan wajar diberikan pujian.

Sebarang kenaikan harga minyak dan gas pasti akan memberikan impak kepada kehidupan seharian. Bagi peniaga pula, kenaikan harga minyak pastinya dijadikan alasan untuk turut menaikkan harga barang keperluan. Kesannya beban perbelanjaan seharian juga akan meningkat naik.

Selaras keputusan kerajaan ini, seharusnya para peniaga turut melakukan tindakan bertanggungjawab dengan tidak menaikkan harga barang. Pihak penguatkuasa wajar bertindak kepada peniaga yang tamak haloba. Golongan peniaga yang tidak bertanggungjawab ini harus ‘diajar ‘ demi kepentingan rakyat.


Wednesday, May 18, 2011

SELAMAT HARI GURU!

Salam,

Dititipkan ucapan Selamat Hari Guru kepada semua guru Malaysia. Semoga pengumuman Perdana Menteri sempena Hari Guru pada tahun ini akan menaikkan semangat para guru dalam melaksanakan amanah mendidik anak bangsa.

Walaupun banyak pihak mendakwa ‘kejutan’ yang diumumkan tidak menyeluruh, tidak melibatkan semua guru, diharapkan ia tidak menjejaskan moral para guru dalam menjalankan tugas. Mungkin boleh dijadikan iktibar oleh para guru sekalian, bagaimana susahnya guru-guru kita semasa kita menjadi murid dahulu.

Dengan kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang daif, malah kelas yang ada pun tidak kondusif untuk proses tersebut. Ada pula guru yang tidak berkemahiran terpaksa mengajar subjek yang bukan opsyen. Ganjaran dan pengiktirafan jauh sekali untuk dikejar mereka. Namun, dalam keadaan sedemikian rupa, hasil usaha mereka telah menjadikan kita apa yang kita jadi sekarang.

Sebagai guru, wajar untuk kita bermuhasabah dalam usaha menjadikan kita guru yang cemerlang. Guru yang lebih baik daripada guru-guru kita dahulu. Dengan prasarana pendidikan yang cukup baik – walaupun mungkin belum lengkap – seharusnya pencapaian kita jauh lebih baik dan meningkat setiap tahun.

Keikhlasan dalam menunaikan amanah ini, dengan menjadikannya sebagai satu ibadah, akan menjadikan kerja kita lebih menyeronokkan dan berkesan.

Selamat Hari Guru untuk semua guru!

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin