Search This Blog

Friday, November 29, 2019

Padang Besar - Alor Stat - Penang - Ipoh


Tempoh 2 hari memang tidak mencukupi. Selain Hatyai ada banyak lagi tempat boleh diteroka di Selatan Thai ini...lebih kepada pelancongan alam semulajadi. Dek kerana kekangan cuti, setelah 2 hari pergerakan balik ke ibu kota pun bermula.

Jika semasa masuk dulu kami melalui pos imigresen Bukit Kayu Hitam, semasa balik kami mencuba melalui pos imigresen Padang Besar pula. Perjalanan awal pagi agak lancar dan tidak banyak karenah. Menggunakan panduan google map...perjalanan lancar...biasa la Map akan bawa jalan yang paling hampir menuju ke destinasi...maka bersedialah menempuh jalan kampung.

Singgah sebentar di Pekan Rabu Alor Setar, menikmati makan tengahari. Dari Alor Setar terus menuju ke Pulau Pinang.


Tarikan utama tentulah Jambatan Pulau Pinang. Agak pelik...apabila tiba di tengah jambatan...kelihatan sebuah lagi jambatan menyeberangi lautan. Jambatan apa pula ni ? ( Menunjukkan betapa lamanya tidak ke utara...paling akhir dalam tahun 90-an ketika masih belajar ). Rupanya ke arah pulau sudah ada jambatan kedua...

Di Pulau Pinang terus mencar nasi kandar yang terkenal. Map bawa ke Nasi Kandar Kg Melayu...ingatkan restoran besar rupanya gerai di food court ja. Sampai jam 3.30ptg, rupanya untuk nasi kandar kena tunggu sejal lagi sebab operasi cuma mula 4.30pm. Orang sudah mula beratur untuk memesan...kedengaran pembantu gerai bersuara " nasi kandaq kena beratuq"


Sebelum bergerak ke Ipoh, ke rumah adik ipar, sempat memborong jeruk buah Pak Ali yang terkenal. 
Di Ipoh, sempat berjumpa kawan sekolah yang sudah lebih puluhan tahun tidak berjumpa...

No comments:

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin