Search This Blog

Tuesday, April 27, 2010

Syed Husin Teringin Jadi Calon...


Salam,

Selepas melihat Zaid Ibrahim tewas 1725 undi di Hulu Selangor, Syed Husin Ali rasa geram sangat...

Apa kejadahnya si Zaid ni tak mampu mempertahan kerusi Parlimen untuk PKR. Satu lagi kerusi hilang, selepas empat MP keluar parti menjadi bebas. Macam ni susah la nak tawan Putrajaya. Bukan tambah kerusi, kerusi yang ada pula hilang. Lama lagi la nak rasa jadi menteri. Entah sempat ke tidak?

Zaid ni harap nama ja besar...bekas menteri, bekas MP, bekas itu, bekas ini, satu sen pun tak guna. Dengan budak mentah nama Kamal pun tak boleh menang. Nasib baik BN tak bubuh calon Umno, kalau tidak, sure hilang deposit. Tuan Syed ni geram sangat...

Anwar ni pun satu. Letak la calon kualiti sikit, moral bersih dan tak dipersenda orang. Carilah orang tempatan, senang sikit nak kempen. Ni dari hari pertama sampai hari mengundi, kerja defend peribadi Zaid ja. Kena serang dari segenap penjuru. Nak marah tak boleh la, sebab kerja serang peribadi memang kerja PKR sebelum ni.

Marah betul Tuan Syed. Marahnya sampai cadang adakan pemilihan untuk Dewan Negara pula. Rasa lemah ja jadi YB tak menang pilihanraya, jadi YB tiada kawasan. kena panggil pula YB Senator....tak glamer langsung.

"Ketiga, kami akan mengambil langkah-langkah yang sesuai dan perlu agar akhirnya majoriti ahli-ahli Senat hendaklah dipilih oleh pengundi-pengundi dalam pilihanraya, dan bukan dipilih oleh Dewan Undangan atau dilantik oleh Agong, selaras dengan kuasa yang diberi oleh Fasal (4b) dalam Perlembagaan Malaysia. Sebagai permulaan, kami mendesak supaya seorang yang ditambah dari tiap-tiap Negeri nanti hendaklah dipilih melalui satu pemilihan umum di Negeri masing-masing. "

Hai Tuan Syed, rasa nak jadi calon pilihanraya Dewan Negara pulak?

Monday, April 26, 2010

Alasan mereka yang tewas...


Salam,

Seperti biasa, rumah siap pahat berbunyi. Bila kalah, mula menuding jari menyalahkan pihak lain. Bila tewas, baru nampak SPR tak adil dsb. Peliknya kalau menang, semua ok.

Alasan mereka yang tewas:

Meskipun membelanjakan RM65,000 bagi setiap pengundi, di samping kegagalan Suruhanjaya Pilihan Raya menjamin pemilihan yang bersih dan adil, ugutan polis serta usaha menghalang pengundi menjalankan tanggungjawab mereka, BN hanya mampu menang dengan majoriti yang tidak memberangsangkan. - Anwar Ibrahim.

"Kami gagal menembusi kubu-kubu kuat, khususnya di penempatan Felda tetapi keputusan pilihan raya itu satu tamparan kepada BN yang begitu angkuh bahawa mereka boleh menang dengan majoriti lebih 3,000 undi,” - Syed Husin Ali.

“Kita tidak anggap ia sebagai kekalahan tetapi tak menang saja,” - Ustaz Nasharuddin Mat Isa.

"Kita tewas kerana membeli undi itu halal dalam negara ini". - Zaid Ibrahim.

Bolehkah diterima alasan yang dicipta?

Saturday, April 24, 2010

Pesanan YB Zul Untuk Pengundi Hulu Selangor...


Salam,

YB Zulkifli Nordin, MP Bebas Kulim-Bandar Baharu menitipkan pesanan khusus untuk pengundi Islam, sebelum keluar mengundi esok pagi. Telitilah pesanan YB Zul ini sebelum membuat keputusan. Selamat mengundi...

Sudah lupakah kita siapa Zaid Ibrahim!!

* Inilah orangnya yang memfailkan saman untuk menghalang dan membatalkan perlaksanaan Enakmen Hudud, Qisas & Ta'zir oleh Kerajaan PAS Trengganu;

* Inilah orangnya yang menyokong tindakan Tun Mahathir memecat Tun Salleh Abas dan beberapa Hakim Mahkamah Agung pada tahun 1988 yang mencetuskan krisis kehakiman yang serius;

* Inilah orangnya yang yang dihukum oleh UMNO kerana politik wang;

* Inilah orangnya yang sibuk berebut jawatan dan mengejar kedudukan didalam UMNO semasa Anwar Ibrahim dibicarakan dan dipenjarakan;

* Inilah orangnya yang mendapat banyak kerja dan tugasan guaman daripada UMNO dan menjadi kaya hasil daripadanya;

* Inilah orangnya yang terlibat dengan Kumpulan Artikel 11 dan IFC yang menyebabkan pejuang Islam saperti Ustadz Hafiz Nordin dihukum oleh Mahkamah.

Seterusnya baca di Blog YB Zul, di sini.

Wednesday, April 21, 2010

Mereka yang telah meninggalkan Anwar Ibrahim...














Salam,

Petikan daripada Jebat Must Die.

Saudara saudari sekalian,

Berikut adalah nama-nama mereka yang menjadi teman rapat dan hulubalang Datuk Seri Anwar Bin Ibrahim. Bukan calang-calang orang. Mereka ini mempunyai kekuatan tersendiri.

1. Chandra Muzaffar (Timbalan Presiden Parti KeAdilan Nasional)

2. S. Nalla Karuppan (Ketua Bahagian PKR Kepong)

3. Ezam Mohd Nor (Ketua Pemuda PKR)

4. Anuar Shaari (Setiausaha Anwar Ibrahim)

5. Fairus Khairuddin (ADUN Penanti – Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang)

6. Zahrain Mohd Hashim (Ahli Parlimen Bayan Baru)

7. Zulkifli Noordin (MP Bandar Baru Kulim)

8. Zainur Zakaria (Bekas peguam bela Anwar, AJK Parti KeAdilan Nasional)

Untuk melihat senarai penuh nama besar yang meninggalkan kapal PKR, klik sini.

Anda bila lagi?

Monday, April 19, 2010

BN Mendahului PKR 1- 0...


...terbukit yang PKR hanya sibuk merayu undi pada waktu pilihan raya sahaja tetapi mengabaikan amanah rakyat seperti yang dijanjikan masa kempen pilhanraya.

PKR bukan lagi sebuah wadah parti politik perjuangan "tetapi lebih condong kepada parti yang pentingkan kuasa, hingga tidak memperdulikan kesejahteraan rakyat walaupun diberi mandat untuk mentadbir di beberapa buah negeri."



Salam,

Bendahari PKR Hulu Selangor Dr Halili Rahmat - nama yang disebut-sebut pilihan menjadi calon PRK Hulu Selangor keluar parti dan menyertai Umno. Satu tamparan hebat kepada keghairahan Zaid Ibrahim menjadi wakil rakyat.

Selain orang kuat PKR, Dr Halili juga pernah menjadi doktor peribadi Anwar Ibrahim. Mungkinkah ada 'rahsia' Anwar Ibrahim yang diketahui Dr Halili sehingga bertindak keluar parti?

Sebelum ini, nama Dr Halili dikatakan dicadang oleh Azmin Ali sebagai calon, bukan Zaid Ibrahim. Apakah tindakan keluar Dr Halili ini juga mendapat 'restu' Azmin? Atau Azmin sendiri menunggu masa yang sesuai untuk keluar parti?

Percayalah selepas ini, nama Dr Halili akan membusuk di kalangan penyokong tegar PKR-PAS-DAP, berbanding nama Zaid Ibrahim yang semakin suci selepas dia 'bertaubat'. Sementara jentera BN pula kena bersedia menjawab segala tohmahan dan tuduhan...Dr ni pun keluar PKR sebab BN/Umno!

Biasanya begitu...

Saturday, April 17, 2010

Nota Tambahan : Kenapa Zaid Mesti Ditolak!


Salam,

Pencalonan Zaid Ibrahim nampaknya semakin hari semakin mendapat 'tentangan'. Dengan track-record tang pelbagai warna dan ragam, nasib Zaid di Hulu Selangor hanya akan diketahui pada 25hb ini. Sama-sama kita tunggu...

Sambil kita menunggu bagaimana pula nasib PKR. Dalam sibuk berkempen, ADUN Bakar Arang pula keluar parti. Tapi biasalah, penyokong PKR akan kata ini proses pembersihan parti!

Sebagai tambahan artikel Muhamad Azli Shukri sebelum ini, dinukilkan pula tulisan blog Satumalitiga, yang mendedahkan 'kecacatan' Zaid sebagai taruhan PKR - yang kata penyokong tegar PKR - bakal PM Malaysia. Selamat membaca...

1. KITAR SEMULA! Itulah gelaran yang diberikan oleh pemimpin dan penyokong PAS, PKR dan DAP kepada calon-calon BN sekiranya meletakkan calon yang pernah kalah atau digugurkan untuk bertanding semula di dalam sesuatu pilihan raya. Tan Sri Isa Samad contohnya, ketika bertanding di Bagan Pinang dihumbarkan kata cercaan sedemikian tanpa henti. Malah sekiranya G. Palanivel dicalonkan semula oleh BN di Hulu Selangor, maka gelaran itu juga akan turut dicanang kepadanya.


2. Menariknya di Hulu Selangor, PKR lebih pantas berbanding BN dalam meletakkan calon kitar semula malah uniknya ialah calon berkenaan juga merupakan katak (dari satu parti ke satu parti yang lain) yang terbuang (dipecat!
) dalam arena politik. Selayaknya, gelaran yang sesuai diberikan kepada calon berkenaan ialah KATAK BUANGAN KITAR SEMULA bagi menonjolkan keunikkan yang ada padanya.


3. Kelebihan Katak Buangan Kitar Semula PKR ini ialah beliau bukan saja pernah menjawat jawatan Menteri Kabinet (tetapi digelar Menteri Paling Celaka oleh yb_pmn di Tranungkite@Online ), malah pernah digugurkan sebagai calon PRU 2008 dan dipecat dari UMNO. Sisa buangan inilah yang kini dikutip dan dijadikan calon PKR. Persoalannya, adakah PKR ketandusan pemimpin di Hulu Selangor sehingga terpaksa mengharapkan kepada sisa buangan UMNO untuk diangkat sebagai calon pilihan raya? Sisa buangan yang dibawa dari Kota Bharu, Kelantan pula tu!


Selanjutnya baca di sini : http://satulimatiga.blogspot.com/2010/04/harakahdaily-hentam-zaid-ibrahim-calon.html

Friday, April 16, 2010

10 Sebab Zaid Ibrahim Mesti Ditolak Di Hulu Selangor!

Salam,

Tahniah diucapkan kepada P.Kamalanthan yang dipilih dan dipersetujui Samy Vellu, sebagai calon BN. Pemilihan Kamal sepatutnya memudahkan lagi usaha BN sebab G.Palanivel yang ditolak pengundi Hulu Selangor sudah tidak dicalonkan semula. Bab calon sudah selesai, tinggal mahu kerja kuat ja.

Esok penamaan calon, 25hb nanti tarikh mengundi. Kepada pengundi Hulu Selangor, buatlah keputusan dengan bijak dan matang. Anda berhak menentukan wakil terbaik membawa suara anda di Dewan Rakyat.

Elok juga dibaca, nukilan Muhammad Azli Shukri ini sebagai panduan memilih wakil rakyat. Selamat membaca....

10 Sebab Ahli PKR dan PAS Wajib Boikot Zaid di Hulu Selangor

1. Zaid memperlekehkan konsep Ketuanan Melayu dan DEB sebagai konsep atau dasar perkauman yang sudah ketiggalan zaman. Lantaran itu, apakah maknanya jika pengundi di Hulu Selangor, mengundi beliau sebagai calon MP atas tiket mewakili kaum Melayu, andaikata beliau sendiri bersikap anti-ketuanan Melayu? Bukankah itu bermakna para pengundi Melayu di Hulu Selangor ditipu hidup-hidup oleh PKR?

2. Zaid terbukti seorang yang tidak mempunyai prinsip perjuangan yang tulen. Beliau sanggup melompat parti dan masuk PKR atas prinsip yang tidak jelas. Seperti yang kita sedia maklum, PKR merupakan sebuah parti yang tidak mempunyai prinsip perjuangan yang konkrit. PKR seperti lalang - sehingga sekarang kita masih tidak tahu pendirian PKR berhubung banyak isu, umpamanya isu kalimah Allah, isu 16 September, isu Anwar Ibrahim terlibat dalam organisasi pelobi Yahudi antarabangsa, isu Hukum Hudud dengan PAS, Hak Keistimewaan Orang Melayu, isu dasar DEB, isu dasar Bahasa Melayu, isu Malaysia Malaysian dan banyak lagi - semua ini menjelaskan PKR merupakan sebuah parti tiada pendirian dan hanya pandai meneguk di air keruh. Mana-mana isu yang menguntungkan, maka segeralah mereka bertempik dan melolong ke sana ke mari, seolah-olah merekalah juara rakyat, juara kaum India, juara kaum Cina, juara kaum Melayu, juara penganut agama Buddha, juara penganut Kristian dan pelbagai juara lagi. Hakikatnya mereka tiada prinsip dan pendirian! jika ini wajah hodoh PKR, maka ia samalah juga dengan Zaid - manusia yang tiada pendirian. Melompat ke sana dan ke mari - lebih baik jadi seperti Zulkifli atau Zaharin - apabila tidak bersetuju, terus jadi calon bebas! Soalnya, apakah orang yang tiada prinsip seperti Zaid ini hendak kita pilih sebagai wakil rakyat di Hulu Selangor? Hanya orang yag tiada mata hati sahaja yang akan memilihnya.

3. Apakah PAS sudah lupa siapakah individu yang bertanggungjawab mengheret Hukum Allah ke Mahkamah? Walaupun ketika itu Zaid merupakan ahli UMNO, Nah! sekarang apakah dosa beliau itu telah gugur? Semata-mata kerana beliau sudah menjadi ahli PKR yang bersekongkol dengan PAS? Apakah segala caci-maki dan umpat-keji yang dilemparkan oleh PAS terhadap Zaid pada suatu ketika dahulu boleh dilupa begitu sahaja? Di mana prinsip PAS dalam hal ini? Dan pernahkah PAS bertanyakan kepada Zaid apakah prinsip beliau berhubung pelaksanaan hukum Hudud di Malaysia? Masihkah beliau berani menolaknya? Lantaran itu, PAS tidak wajar menyokong Zaid!

Selanjutnya baca di sini.

Thursday, April 15, 2010

Maruah MIC...Ada Lagikah Maruah Parti Ni?

" Sehubungan itu, katanya, mereka tidak mahu seseorang itu dicalonkan bertanding di situ mengikut 'pintu belakang'. Ini, katanya, adalah mengenai soal maruah parti".

Salam,

Demikian kata A. Saktivel, jurucakap 18 Ketua Bahagian MIC Selangor ketika mendesak pucuk pimpinan BN supaya memperakukan calon pilihan Samy Vellu, G.Palanivel dalam PRK Hulu Selangor.

Ketika PKR sudah menamakan calon kitar semula, Zaid Ibrahim, BN belum dapat memutuskan tokoh terbaik di kalangan India yang akan berdepan dengan PKR. V.Mugilan, anak tempatan yang dijangka diumumkan petang ini bakal berdepan tindakan pecat parti jika dipilih menjadi calon. Nampaknya Samy ni dah mula buat perangai lama...

MIC berkeras dengan Palanivel yang sudah ditolak oleh pengundi Hulu Selangor. Data PRU 12 2008, adalah bukti jelas penolakan pengundi kepada Palanivel. Samy Vellu dan Palanivel serta 18 Ketua Bahagian MIC ini pun tahu. 3 DUN boleh menang bergaya dengan majoriti besar, Palanivel pula kalah.

Di tempat lain, MIC termasuk Presiden Samy Vellu tewas di Sungai Siput. Daripada 9 kerusi parlimen, cuma 3 ja menang nyawa-nyawa ikan di kerusi majoriti Melayu. Prestasi paling buruk buat parti ini sehingga BN gagal membentuk majoriti 2/3 di Dewan Rakyat.

Masih mahu bercakap soal maruah? Kalau iya pun nak melobi, gunalah alasan lain. Janganlah bercakap soal maruah sebab maruah apa lagi yang tinggal dengan MIC ni? Maruah apa jika orang India pun sudah menolak Samy Vellu.

( Cadangan untuk pimpinan BN : Demi menyelamatkan maruah MIC, biarkan saja Palanivel bertanding dan taruhannya jika MIC gagal, semua kerusi majoriti Melayu yang dipinjam MIC ketika ini hendaklah ditandingi calon Umno pada PRU 13 )

Wednesday, April 14, 2010

Signal dari Hulu Selangor sudah cukup jelas…


Dari Agendadaily, oleh Roslan Bian.

Dalam politik hanya ada satu juara dan tiada naib juara.

Atas faktor itu, Presiden MIC Datuk Seri Samy Vellu harus menerima dengan hati terbuka kuasa prerogatif Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Pengerusi BN untuk meletak siapa sahaja daripada MIC yang diyakini calon terbaik untuk bertanding di Hulu Selangor pada 25 April ini.

Ayat mudahnya, beliau kena tunduk pada istilah ‘menang-menang’ dalam menentukan siapakah calon yang boleh menjamin kemenangan kepada BN bukannya mengambil kira politik dalaman MIC.

Dalam kontek pilihanraya kecil parlimen Hulu Selangor, Presiden MIC itu patut sekali sedar dan faham bahawa BN perlu muncul juara selepas tsunami politik Mac 2008 dan BN tewas tujuh daripada sembilan pilihanraya kecil sebelum ini.

Kesediaan Perdana Menteri tetap berpegang kepada semangat setiakawan BN dengan mengekalkan calon pilihanraya kecil itu kepada MIC ketika desakan pemimpin dan ahli-ahli UMNO mahu kerusi itu dikembalikan kepada UMNO adalah sesuatu yang perlu beliau hargai dan dokong tanpa menimbulkan sebarang masalah.

Ramai yang hairan bagaimana beliau begitu taksub dengan usahanya untuk memartabatkan kedudukan Datuk G Palanivel selaku Timbalan Presiden MIC tanpa mengambilkira realiti politik semasa di Hulu Selangor.

Soalnya mampukah beliau berharap calon pengganti kerusi presiden MIC itu bertanding di situ selepas empat penggal dipilih pengundi-pengundi Hulu Selangor dan tewas dalam pilihanraya umum lalu.

Apa lagi dengan berlegarnya cogankata ‘ MIC boleh…tapi tidak Palanivel ’ yang luas menjalar di Hulu Selangor.

Najib pasti sudah mendengar denyut nadi pengundi-pengundi di Hulu Selangor sebelum menyerahkan nama bakal calon kepada timbalan beliau Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk buat pengumuman pada hari Khamis 15 April ini.

Boleh kata kebanyakan laporan baik oleh media dan menerusi tinjauan rambang oleh pelbagai pihak yang berkaitan memberi senario yang suram bagi BN jika Palanivel yang menjadi taruhan.

Setback itu dan polimek yang pasti berbangkit dengan sendirinya boleh mempengaruhi mood jentera pilihanraya BN yang menjadi salah satu faktor terpenting dalam menentukan menang kalah dalam pilihanraya kecil yang sengit begini.

Selanjutnya di sini.

V.Mugilan calon terbaik BN/MIC di Hulu Selangor.

Saturday, April 10, 2010

Noh Omar tidak perlu mohon maaf : PERKASA


Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) tidak bersetuju dengan tindakan Menteri Pertanian dan Asas Tani Datuk Noh Omar memohon maaf berhubung ucapannya di konvensyen BN Selangor kelmarin.

Ketua Wira PERKASA Arman Azha Abu Hanifah berkata ucapan Noh - yang memetik mendiang Tun Tan Siew Sin dan Tun Sambanthan - bersandarkan "satu fakta sejarah". Sebaliknya beliau mendakwa ucapan Noh yang juga timbalan pengerusi perhubungan Umno Selangor telah "disalahtafsirkan" oleh media berbahasa Cina.

"Petikan ucapan itu merupakan fakta sejarah kerana ia termaktub dalam sejarah Malaysia. Adakah cakap fakta sejarah adalah salah?" katanya ketika dihubungi Malaysiakini semalam.

Selanjutnya di sini...Malaysiakini.

Friday, April 9, 2010

Noh Omar Memohon Maaf?


'Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Tun Tan Siew Sin - 30 April 1969.

Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara. Tun V.T Sambanthan - 1 Jun 1965.

Salam,

Petikan ucapan dua pemimpin MCA dan MIC pada tahun 60-an telah dibacakan oleh Datuk Seri Noh Omar semasa Konvensyen BN Selangor. Noh Omar cuma mengulangi fakta yang tertulis dalam banyak buku sejarah. Siapakah yang boleh menafikan hakikat kebenaran ucapan kedua-dua pemimpin tersebut?

Apa pula perlunya Noh Omar meminta maaf kerana memetik ucapan tersebut, sehingga membuat ada yang tersinggung? Apakah kerana ucapan itu bertentangan dengan konsep 1Malaysia yang telah mendorong Noh Omar memohon maaf? Atau, khuatir menjejaskan kempen BN di Hulu Selangor?

Entahlah...cuma Noh Omar yang tahu jawapannya. Sebab, selama ini daripada sekian banyak tindakan dan kata-kata yang telah menyinggung perasaan kaum Bumiputera, ada sesiapa yang dilaporkan memohon maaf?

( Diingatkan untuk Noh Omar, akan datang tidak perlulah membaca petikan ucapan sesiapa jika takut untuk mempertahankannya dan terus meminta maaf...nampak sangat pengecutnya!)

Wednesday, April 7, 2010

Nilai RM 100...

Salam,

Datuk Shahrizat tidak perlu melenting dan marah-marah dengan Lim Guan Eng. Semua orang tau, pemberian Lim RM 100 setahun atau RM 8.33 sebulan untuk werga tua di Pulau Pinang memang tidak sebanyak mana. Berapalah sangat nilai yang dapat dengan duit sebanyak itu?

Lim Guan Eng pun tau. Tidak banyak yang boleh dibeli dengan wang RM 100. Barangkali cuma cukup untuk membeli beberapa dozen pampers dewasa. Semua orang tau hal ini.

Yang bikin gempak, Lim riuhkan pemberian ini. Buat promosi merata tempat, bagitau dia amat prihatin dengan wergatua. Dia jaga kebajikan mereka dengan bagi duit. Sedangkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bagi jauh lebih banyak daripada itu.

Cuma yang membezakan antara Lim dan Kementerian ialah Datuk Shahrizat tak riuhkan pemberian yang lebih banyak. Ramai yang tidak tahu. Persepsinya seolah-olah Lim benar-benar prihatin jaga wergatua dan kementerian Datuk Shahrizat tak buat apa-apa.

Tak salah untuk Lim buat begitu. Datuk Shahrizat tak payah naik angin. Kerja politik memang begitu. Siapa yang lebih cerdik, dia akan mendapat laba. Nampak di sini, memang Kementerian Datuk Shahrizat kurang cerdik berbanding Lim Guan Eng.

Ditambah lagi dengan karenah birokrasi yang berlaku dalam permohonan, dalam meluluskan dan dalam melaksanakan segala bentuk bantuan yang diuruskan Kementerian ini. Dasar memang cantik, bab pelaksanaan hancus!

Ramai mengeluh, bantuan e-kasih umpamanya. Ramai yang tak patut dapat, dapat. Sementara yang patut dapat, melepas. Dan banyak lagi karenah yang menyebabkan imej Lim Guan Eng naik di mata wergatua...

Monday, April 5, 2010

Menarik di Hulu Selangor...


Salam,


Berikut dinukilkan beberapa perkara menarik berkaitan P.094 Hulu Selangor, untuk tatapan semua, khusus untuk pucuk pimpinan BN. Harapannya boleh membantu dalam memutuskan calon yang bakal dijadikan ayam sabung merampas kembali kerusi ini dari tangan PKR.


1. Keputusan PRU 2008:


P094 - HULU SELANGOR
Peratus keluar mengundi 75.24
Undi Rosak 1,466
Majoriti 198
1. PALANIVEL A/L K. GOVINDASAMY (BN) 22,979
2. ZAINAL ABIDIN BIN AHMAD (PKR) 23,177

N09405 - HULU BERNAM
Peratus keluar mengundi 73.69
Undi Rosak 318
Majoriti 3,549
1. MOHAMED IDRIS BIN ABU BAKAR (BN) 7,985
2. ABDUL SUKOR BIN ALI (PAS) 4,436

N09406 - KUALA KUBU BAHARU
Peratus keluar mengundi 73.20
Undi Rosak 549
Majoriti 448
1. WONG KOON MUN (BN) 6,555
2. K ANNAMALAI RAMU A/L KANDASAMY (DAP) 6,107

N09407 - BATANG KALI

Peratus keluar mengundi 77.87
Undi Rosak 404
Majoriti 2,179
1. MOHD. NASHRUDDIN BIN ABD. AZIZ (PKR) 9,545
2. MOHD. ISA BIN ABU KASIM (BN) 11,724


2. Majoriti yang diterima BN dari ketiga-tiga DUN berjumlah 6719, tetapi BN kalah 198 undi di kerusi Parlimen.


3. Terdapat 5981 pengundi memangkah BN di peringkat DUN tetapi tidak mengundi calon BN di peringkat Parlimen.


4. Jumlah undi rosak 1,466, jauh lebih banyak daripada majoriti kemenangan PKR, 198.


5. Sejak PRU 2008, 9 PRK telah dijalankan. Tiada seorang pun calon yang kalah dalam PRU dicalonkan semula oleh BN.


6. Kemenangan PRK ini penting untuk moral BN, ketika PKR sedang porak-peranda!


Friday, April 2, 2010

25/4 : Pastikan Umno Menang!


Salam,

Pengundian PRK Hulu Selangor akan diadakan pada 24 April. Penamaan calon 17 April. Harapan untuk menang tetap ada jika calon Umno diketengahkan. Apalah guna kouta MIC, kalau selepas undi dikira BN kalah.


Pastinya kini, Pengerusi BN sudah diberi petunjuk yang jelas parti manakah yang lebih sesuai bertanding di Hulu Selangor. Umno atau MIC. Strategi kena betul, namun strategi paling ampuh tentulah pilihan calon dari parti yang tepat.


Selepas setahun mengemudi pentadbiran negara, idea 1Malaysia, Juara Rakyat dan banyak lagi, kini sudah tiba masanya untuk PM DS Najib membuktikan slogan Rakyat Didahulukan benar-benar ditepati, dengan mendengar denyut nadi rakyat yang mahu Umno diberi peluang.

Jelas memang begitulah kehendak pengundi Hulu Selangor, kecuali Samy Vellu yang tidak mengundi di sana!


Benarlah kata Badrul Hisham Abdul Aziz : Sudah sampai masanya BN memikirkan dan menentukan ia menang dalam pilihanraya dan setelah berkuasa, barulah difikirkan bagaimana hendak berkongsi kuasa!.
Teruskan baca di sini.


Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin