Search This Blog

Showing posts with label Perpaduan. Show all posts
Showing posts with label Perpaduan. Show all posts

Monday, June 8, 2009

Menunggu Kerajaan Perpaduan...

Salam,


Kesediaan DS Najib untuk berjumpa pimpinan PAS berkaitan Kerajaan Perpaduan yang dicadangkan, merupakan satu hasrat yang baik.


Seperti kata Presiden dan Tim. Presiden PAS, pertemuan atau perbincangan berhubung perkara ini bukanlah bermakna PAS atau Umno akan dibubarkan untuk diserap oleh salah satu parti lain atau kemungkinan PAS menyertai BN.


Pertentangan di bidang politik bukanlah penghalang untuk bekerjasama di bidang lain. Tugas dan tanggung jawab memastikan negara ini terus makmur, harmoni dan selamat untuk didiami umpamanya, tidak akan dapat dilaksanakan oleh Kerajaan dengan berkesan tanpa kerjasama rakyat termasuk parti politik seperti PAS.


Bukanlah juga sesuatu yang janggal bagi PAS umpamanya mencadangkan sesuatu yang berguna untuk dilaksanakan, umpamanya cara membendung gejala sosial yang berleluasa. Amatlah tidak adil jika kerajaan disalahkan sepenuhnya apabila mat rempit bermaharajalela di jalan raya kerana gejala merempit ini tidak mengira anak siapa!


Diharapkan selepas apa yang dipanggil Kerajaan Perpaduan ini dapat direalisasikan, perseteruan politik Umno vs PAS ( dan parti lain seperti PKR ), dapat dikurangkan, demi kesejahteraan rakyat keseluruhannya. Tumpuan untuk kerja-kerja lain, pemulihan ekonomi umpamanya pasti akan dapat difokus.


Sebab jika asyik bertentang, asyik berbantah, asyik tidak bersetuju dek kerana perbezaan ideology, rakyat juga akhirnya akan bertanya, apa yang kami dapat?


Kita tunggu hasilnya...

Wednesday, May 6, 2009

Lembutnya Lidah Berkata-kata...


Salam,

Bertahun, mungkin berpuluh tahun, Umno menjadi mangsa menanggung beban tohmahan.

Kerajaan BN pimpinan Umno digelar kerajaan thagut kerana membiarkan 'kemungkaran' berlaku dalam negara. Umno ditohmah tidak bertindak dan menutup mata ke atas pelbagai perkara yang bertentangan dengan Islam.

Antara 'kesalahan' besar Umno ialah membiarkan kilang arak beroperasi di negara ini. Sekalipun sudah dijelaskan bahawa keperluan penduduk bukan Islam harus diambil kira, tetapi kerana penerangan itu datang dari Umno ia tidak pernah diendahkan.

Hakikat bahawa negara ini dihuni oleh pelbagai kaum dan agama dengan pelbagai keperluan dan kehendak tidak pernah dipedulikan. Apalagi kerana perkara tersebut dibiarkan, maka sewenang-wenang Umno ditohmah memimpin kerajaan taghut!

Bagaimana pula dengan pengakuan ini? Pas Selangor akui gagal penuhi tuntutan ahli.

Nampaknya mungkin yang sesuai dengan pengakuan ini ialah peribahasa : Kokok berdegar-degar, ekor bergelumang tahi! Cakap memang mudah...Lidah memang tidak bertulang!

Dengan pengakuan ini, bolehkah kita katakan bahawa PAS juga bersekongkol dengan kerajaan thagut? Atau ada alasan lain untuk mewajarkan 'kemungkaran' ini!

Biasalah... atas nama PR, semuanya suci bersih.

Thursday, January 1, 2009

Agenda Perpaduan

Salam,

Hari ptama 2009, cuaca baik, cerah hingga ke petang. Tanpa hujan, tanpa ribut taufan. Harap-harap suasana nyaman pd awal th ni akan bterusan. Agak mustahil utk spanjang th, tp jika lbh byk hari yg cerah drpd hari yg mendung dan hujan, itu sudah cukup baik.

Diharap suhu politik negara pd th ni juga tidaklah spanas th 2008. Diharapkan tidak lagi kedengaran suara-suara sumbang yg mptikaikan perkara yg telah tmaktub dlm Perlembagaan, yg telah dpersetujui oleh para pemimpin pd zaman pra dan awal kemerdekaan dahulu.

Harapnya, biar semua rakyat Malaysia bfikir cara orang Malaysia, bcakap cara rakyat Malaysia, tidak lagi bfikir dan bcakap seolah-olah bukan org Malaysia. Biarlah prinsip Rukun Negara, bukan setakat dhafal dmulut saja, tp drealisasikan mlalui tindakan!

Bagi Melayu-Muslim, jadikanlah th 2009 ini sbg th pmulaan mjayakan Agenda Perpaduan di kalangan kita. Biar apa pun ideologi kita, UMNO, PAS, PKR, IPF, Gerakan, SAPP hatta AKIM sekalipun, biarlah nampak kesatuan fikrah dan bicara kita.

Harapnya, pd th ini, kpentingan politik kepartian tidak melebihi kepentingan pjuangan yg telah dirintis oleh para pahlawan dan pemimpin tdahulu. Janganlah hendaknya, kerana sokongan mbuta tuli terhadap parti yg didokong menyebabkan kita alpa, lalu menari menurut gendang 'org lain' - yg semestinya tidak akan senang melihat kita bersatu!

Biarlah th ini agenda utama kita adalah Agenda Perpaduan, disamping agenda peribadi masing-masing! Seiring dgn slogan Kemerdekaan kita th 2008 : PERPADUAN TERAS KEJAYAAN.

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin