Search This Blog

Showing posts with label puasa. Show all posts
Showing posts with label puasa. Show all posts

Saturday, September 13, 2008

PERBEKK - 1

TADARUS AL-QURAN & MAJLIS BERBUKA PUASA


Kelmarin petang, Persatuan Belia Kg. Kuridak, Beaufort ( PERBEKK ), dgn kerjasama Jab. Belia & Sukan, Bhg. Beaufort & Badan Masjid Kg Kuridak, telah menganjurkan Program Rakan Muda Ramadhan.....


Entri seterusnya telah dipindahkan ke blog PERSATUAN BELIA KG. KURIDAK ( PERBEKK ) di, http://www.PERBEKK.blogspot.com. Sila baca di sana, terima kasih.

Thursday, September 11, 2008

Tazkirah Ramadhan


Salam,

Hari ni kita bkongsi satu lagi keistimewaan bulan Ramadhan, yang harus kita phatikan, yang mungkin tiada pada bulan lain...kaitan Ramadhan dgn aspek Pengurusan Masa.

1. Apabila tiba bulan Ramadhan, maknanya telah setahun berlalu daripada Ramadhan yang lalu. Dalam tempoh 365 hari berlalu, apakah yang telah kita lakukan dan bagaimanakah masa kita habiskan ? Kedatangan Ramadhan mengingatkan kita tentang perjalanan waktu.

2. Ramadhan merupakan proses penjadualan kehidupan kita dengan kedatangan bulan puasa setahun sekali. Setiap Muslim seharusnya mendisiplinkan diri dengan menjadikan kegiatan puasa sebagai acara tahunan utama.

3. Dalam berpuasa pada bulan ini, ketepatan waktu amat dititikberatkan. Sesaat makan minum selepas imsak atau sebelum waktu berbuka, akan menyebabkan puasa terbatal. So, kena b'ingat dan bhati-hati, jangan puasa tbatal kerana sesaat cuma.

4. Puasa dan ibadat lain yg dilakukan sepanjang bulan Ramadhan ini merupakan pelaburan jangka panjang, sebagai persediaan menghadapi masa depan pada hari Akhirat kelak. Amat rugilah orang yang lalai dan tidak melabur pada hari ini.

Sekian, semoga bulan berkat ini menyedarkan kita kepentingan MASA!!!

Monday, September 8, 2008

Menghitung Hari !!!


Salam,

Hari ni, 8 September 2008 bersamaan 8 Ramadhan 1429H. Bagi umat Islam dan rakyat Malaysia, situasi terkini menunjukkan kita menghitung hari...

Hari Raya - tinggal 22 hari lagi untuk berpuasa, PASTI tiba saatnya untuk beraya...

16 September - tinggal 8 hari lagi...BELUM PASTI, tapi nampak gayanya, tiada tanda-tanda yang anak bulan akan kelihatan...kita tunggu siapa yang kena!!!

Friday, September 5, 2008

Keistimewaan Ramadhan al-Mubarak


Salam,


Hari ni saya nak bkongsi bkaitan keistimewaan bulan Ramadhan al-Mubarak. Antara lain, keistimewaan Ramadhan itu ialah :

1. Puasa - mendidik manusia menjadi sabar dan menahan nafsu daripada melakukan tegahan Allah, serta melatih diri menjadi redha. Puasa juga boleh mendatangkan keinsafan terhadap penderitaan orang miskin melalui amalan berlapar di siang hari.

2. Amalan Solat Terawih - dilaksanakan pada waktu malam sebagai sambungan pengabdian kepada Allah pada waktu siang. Dalam solat Terawih ini, kita memohon keampunan Allah dalam rasa rendah diri, hina dan sedar kehebatan Allah.

3. Zakat & Sedekah - Zakat Fitrah sebagai satu kewajipan yang mesti ditunaikan sepanjang bulan ini untuk membersihkan harta pencarian, disamping galakan bersedekah sebagai galakan untuk bersifat pemurah dan berkasih-sayang sesama insan.

4. Membaca Al-Quran - Sebagai tambahan amalan baik dalam usaha mengabdikan diri kepada Allah. Disamping meneliti segala iktibar dalam al-Quran untuk dijadikan pedoman kehidupan.

5. Mujahadatun-Nafs - berjihad melawan hawa nafsu, melawan keinginan makan, minum dan nafsu syahwat serta melawan kejahatan yang tidak kelihatan, sifat mazmumah seperti mengumpat, ujub dan sebagainya.

Semoga amalan baik dan mulia yang kita laksanakan sepanjang bulan Ramadhan ini akan membawa kita kepada fitrah - bersih seperti lahir semula.

Tuesday, September 2, 2008

Salam Ramadhan


Salam,

Selamat Berpuasa kepada semua rakan-rakan pengunjung blogku ini.
' Semoga kemerdekaan menjelang Ramadhan al-Mubarak tahun ini akan lebih menginsafkan kita. Salam Merdeka, Salam Ramadhan & Salam Perjuangan. Wassalam'.

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin