Search This Blog

Showing posts with label 2009. Show all posts
Showing posts with label 2009. Show all posts

Friday, April 3, 2009

SELAMAT BERSARA PAK LAH!

Gambar Utusanonline
Salam,

Dijadualkan hari ini adalah hari terakhir Pak Lah menyempurnakan tugas sebagai Perdana Menteri Malaysia Kelima, dengan Pak Jib akan memulakan tugas PM keenam.

Pak Lah akan mengakhiri tugas sebagai PM dengan catatan 'tinta emas' yang panjang. Tanpa ada sesalan, pasti Pak Lah akan 'pergi' dengan meninggalkan kerusi empuk Ketua Eksekutif pemerintahan negara dengan tinggalan yang akan dikenang dalam lipatan sejarah.

Dasr Terbuka, Pelan Integriti, Pencegahan Rasuah, Penambahbaikan Perkhidmatan Awam dan Polis, Pertanian Adalah Perniagaan dan Islam Hadhari, adalah sebahagian legasi tinggalan Pak Lah. Mungkin tidak sesempurna seperti yang diharapkan, namun usaha awal Pak Lah merintis perjuangan tidak dapat dinafikan.

Pasti akan terus diingati, kemenangan besar BN dalam PRU 11 tahun 2004. Pembangkang diberi pukulan mati dalam kejayaan gilang-gemilang tersebut. Kalau pun dikira kegagalan, kekalahan BN dalam PRU 12 tahun 2008 bolehlah dikira Pak Lah gagal mengendalikan asakan berterusan, bukan sahaja oleh pembangkang tetapi oleh 'orang dalam'.

Pak Lah mungkin tidak meninggalkan monumen cantik dan indah untuk kita tatapi, namun usaha Pak Lah mengasas kempen modal insan jauh lebih indah untuk kita ingati. Apa pun cabaran yang telah dihadapi Pak Lah selama 5 tahun pemerintahannya, ketenangan yang ditunjukkan beliau menghasilkan banyak kejayaan, sebahagiannya tidak mungkin kita lihat sekarang.

Melihat kegigihan Pak Lah mendaki anak tangga satu demi satu dalam kerjaya politiknya, pasti wajar dijadikan teladan. Pak Lah bukan setakat berjaya dan menggapai kemuncak kejayaan, malah pernah tewas dan pernah tidak diberikan peluang langsung mencapai apa yang dikecapinya hari ini.

Hakikatnya, Pak Lah adalah contoh pemimpin berjiwa besar - mendahulukan kepentingan parti dan negara mengatasi kepentingan sendiri. Sanggup 'berhenti' dan memaafkan orang lain ketika berada di puncak kuasa!

Selamat Bersara Pak Lah! - Namamu pasti akan terus diingati...

Wednesday, December 31, 2008

Azam Tahun Baru 2009

Salam,

Beberapa minit lg, th 2008 akan meninggalkan kita. 2009 pun dtg mjelma.

Apa azam tahun baru anda?

Bg saya, utk th depan...semestinya mau mjadikn 2009 'jauh' lebih baik drpd th yg bakal 2008 dtinggalkn.

Antaranya: b'usaha lebih gigih utk mcapai kcemerlangan dr segenap segi. Tentunya utk kehidupan peribadi dan keluarga serta berbakti kpd masyarakat dan negara. Usaha dakwah juga akan dpgiatkn!

Juga penting, mau mlupakn kpahitan dlalui spanjang th 2008...biar pun perit tp hidup mesti dteruskn. PEJUANG SEJATI, B'UNDUR BUKAN KERANA KALAH, TP UTK M'ATUR LANGKAH!

# Kalau th baru tiada azam, tidak boleh ka?

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin