Salam,
Tahniah diucapkan kepada YB baru DUN Tenang, Azahar Ibrahim yang menang bergaya. Majoriti bertambah berbanding PRU 2008 lalu. Petanda yang cukup baik untuk BN menghadapi PRU yang akan datang.
Kejayaan ini tentulah hasil usaha gigih seluruh jentera, daripada pekerja parti yang bertungkus lumus mahu pun oleh mereka yang bukan pekerja parti tetapi bekerja demi memastikan kelangsungan momentum kemenangan BN. Penghargaan untuk mereka ini wajar jangan dilupakan.
Berdasarkan kemenangan ini, sewajarnya BN boleh melangkah lebih yakin menghadapi PRK Merlimau, seterusnya menghadapi asakan pembangkang pada PRU 13 nanti. Gerak kerja ke arah itu harus diteruskan, malah harus dilipatgandakan.
Elakkan sama sekali sikap alpa. Jauhi sikap lupa diri. Penyakit utama BN selama ini ialah sikap lupa diri. Pantang dapat menang bergaya, selalunya habis semua lupa. Buktinya 2008. Mentang-mentang menang besar PRU 2004, main belasah ja menghadapi PRU 12. 'Tunggul kayu' pun diletak jadi calon. Dengan kepercayaan, asal logo BN pengundi pangkah.
Syukurlah di bawah kepimpinan Datuk Najib, dengan usaha gigihnya selama ini, nampaknya kesedaran rakyat mulai ketara. Harap momentum ini berterusan. Formula meletakkan calon yang boleh menang mesti diteruskan, demi kemenangan.
Tahniah BN, tahniah Tok Ai!
Search This Blog
Monday, January 31, 2011
Teruskan Gerak Kerja Menjelang PRU 13!
Wednesday, November 3, 2010
Galas: Cuba Teka?
Salam,Menjelang pengundian PRK Galas dan Batu Sapi esok, elok kita rileks sekejap. Cuba teka apakah nama perbuatan yang dilakukan oleh Tok Guru dalam gambar di atas dan di bawah?

Kemudian, bayangkan pula jika dalam gambar ini, orang yang menghulurkan duit tu YBM Ku Li, apakah sumpah seranah yang akan diterima beliau?
Jawapan, sila lihat di sini 1Galas. ( Gambar : Minaq Jinggo dan Tuan Husin. )
Saturday, October 30, 2010
YTL tertinggal keretapi di Batu Sapi...

Pertama, mempertahankan maruah politik rakyat tempatan daripada terus dikuasai oleh parti luar; kedua- mengembalikan kuasa autonomi rakyat Sabah sebagai ‘Sabah for Sabahan’; ketiga- membuka minda kerajaan UMNO-BN bahawa pengundi Melayu Parlimen Batu Sapi bukan ibarat seperti kerbau dicucuk hidung.
Salam,
Begitulah ayat kempen SAPP di Batu Sapi. Bunyi cantik bagai nak rak, sayangnya manis mulut bermadah demi merebut kerusi Parlimen P.185, demi kerusi empuk bergelar YB!
Menggunakan umpan kempen 'Sabah For Sabahan' kepada rakyat Sabah, termasuk di Batu Sapi memang mudah dan sedap didengar. Memang menarik ibarat paluan gendang. Soalnya, sampai bila irama begini mahu dikumandangkan? Asal nama pembangkang mesti cerita Sabah For Sabahan.
Setiap kali pilihanraya, PRU atau PRK umpama sentimen kenegerian ini sering saja digunakan untuk memikat undi. Terutama apabila sudah duduk di luar BN/kerajaan. Masa berkuasa, masa jadi KM Sabah apa yang kau buat Mr. Yong? Seronok pegang kuasa sampai lupa...
Kesian jadi orang Sabah. Sering dipersenda dengan 'gula-gula' : tolak parti luar, kuasa autonomi, maruah rakyat Sabah dan banyak lagi. Habis kempen, habislah perjuangan. Menang pilihanraya habis semua lupa. Tanya juga Dr Jeffrey Kitingan masa dia dalam kerajaan dulu, apa dia buat? Duduk di luar BN, balik cerita ni...
Sudah-sudahlah memperbodohkan rakyat Sabah dengan perjuangan bermusim ini, perjuangan kerana 'gagal' mencapai sesuatu yang diharapkan, perjuangan peribadi dinamakan perjuangan rakyat!
Kesian Mr. Yong, orang sudah cerita 1Malaysia, dia masih cerita lama....
Wednesday, April 14, 2010
Signal dari Hulu Selangor sudah cukup jelas…

Dari Agendadaily, oleh Roslan Bian.
Dalam politik hanya ada satu juara dan tiada naib juara.
Atas faktor itu, Presiden MIC Datuk Seri Samy Vellu harus menerima dengan hati terbuka kuasa prerogatif Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Pengerusi BN untuk meletak siapa sahaja daripada MIC yang diyakini calon terbaik untuk bertanding di Hulu Selangor pada 25 April ini.
Ayat mudahnya, beliau kena tunduk pada istilah ‘menang-menang’ dalam menentukan siapakah calon yang boleh menjamin kemenangan kepada BN bukannya mengambil kira politik dalaman MIC.
Dalam kontek pilihanraya kecil parlimen Hulu Selangor, Presiden MIC itu patut sekali sedar dan faham bahawa BN perlu muncul juara selepas tsunami politik Mac 2008 dan BN tewas tujuh daripada sembilan pilihanraya kecil sebelum ini.
Kesediaan Perdana Menteri tetap berpegang kepada semangat setiakawan BN dengan mengekalkan calon pilihanraya kecil itu kepada MIC ketika desakan pemimpin dan ahli-ahli UMNO mahu kerusi itu dikembalikan kepada UMNO adalah sesuatu yang perlu beliau hargai dan dokong tanpa menimbulkan sebarang masalah.
Ramai yang hairan bagaimana beliau begitu taksub dengan usahanya untuk memartabatkan kedudukan Datuk G Palanivel selaku Timbalan Presiden MIC tanpa mengambilkira realiti politik semasa di Hulu Selangor.
Soalnya mampukah beliau berharap calon pengganti kerusi presiden MIC itu bertanding di situ selepas empat penggal dipilih pengundi-pengundi Hulu Selangor dan tewas dalam pilihanraya umum lalu.
Apa lagi dengan berlegarnya cogankata ‘ MIC boleh…tapi tidak Palanivel ’ yang luas menjalar di Hulu Selangor.
Najib pasti sudah mendengar denyut nadi pengundi-pengundi di Hulu Selangor sebelum menyerahkan nama bakal calon kepada timbalan beliau Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk buat pengumuman pada hari Khamis 15 April ini.
Boleh kata kebanyakan laporan baik oleh media dan menerusi tinjauan rambang oleh pelbagai pihak yang berkaitan memberi senario yang suram bagi BN jika Palanivel yang menjadi taruhan.
Setback itu dan polimek yang pasti berbangkit dengan sendirinya boleh mempengaruhi mood jentera pilihanraya BN yang menjadi salah satu faktor terpenting dalam menentukan menang kalah dalam pilihanraya kecil yang sengit begini.
Selanjutnya di sini.
Friday, March 26, 2010
Umno Kena Berani!

Salam,
Seawalnya diucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Zainal Abidin Ahmad, MP Hulu Selangor yang telah kembali ke Rahmatullah. Semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama para solehin.
Kematian ini membawa bersama kekosongan kerusi P.94 Hulu Selangor, yang mesti diisi dalam tempoh 60 hari. SPR akan bermesyuarat Jumaat depan.
Kerusi ini asalnya dimenangi oleh MIC pada 2 PRU yang lalu, walaupun Melayu adalah pengundi majoriti. Atas dasar kouta, MIC melalui G.Palanivel telah diberi peluang namun tewas tipis pada PRU 2008. Allahyarham menewaskannya dengan majoriti 198.
Kali ini Umno Bahagian Hulu Selangor dilaporkan melobi untuk mendapatkan kerusi ini daripada MIC. Ketua Bahagian Mohamed Idris Abu Bakar kata ia kehendak akar umbi.
Mungkin ada kebenarannya. Mengapa tidak diberi peluang Umno mencuba dalam PRK yang bakal diadakan bagi menunjukkan memang akar umbi mahu melihat Hulu Selangor diwakili Melayu Umno. Sebagaimana mereka menunjukkan pada PRU lalu kehendak mereka diwakili oleh Allahyarham.
Memang perit dan sukar untuk pucuk pimpinan Umno membuat keputusan. Memang tidak mudah. Namun sudah sampai masanya bagi Umno bertindak berani, meletakkan calon Umno sesuai dengan slogan Umno Juara Rakyat.
Kalau nak ikut kouta pun, tapi tidak boleh menang...tidak guna juga. Blog ini menyokong usaha Umno Hulu Selangor!
Thursday, October 1, 2009
Masa Untuk Bekerja!
Gambar ihsan : http://brojinggo.blogspot.com
Salam,
Calon harapan menggalas panji-panji perjuangan BN/Umno mempertahankan kerusi DUN Bagan Pinang sudahpun diketahui. Harapan tinggi disandarkan kepada Tan Sri Isa Samad, Ketua Umno Bahagian Teluk Kemang.
Tanggungjawab Isa pasti berat dan berliku. Tugas mempertahankan kejuaraan tidaklah mudah, namun bukanlah payah untuk Isa 'berkempen' di kawasan yang sudah menjadi gelanggang beliau sejak 23 tahun lalu.
Suka atau tidak suka, polemik pemilihan calon harus dihentikan segera. Kini masa untuk bekerja memastikan Bagan Pinang terus dalam genggaman. Badi kekalahan PRK yang dialami sejak PRU lalu mesti ditamatkan!
Cakap-cakap yang tidak sedap didengar seperti usaha transformasi tergendala dengan pemilihan Isa ini atau seruan Tun Mahathir supaya jangan calonkan Isa, hendaknya dinoktahkan.
Peluang mesti diberikan kepada Isa untuk membuktikan dia benar-benar menjadi pilihan rakyat @ pengundi Bagan Pinang. Usaha gigih harus digerakkan agar pilihan pucuk pimpinan kali ini tidak salah atau silap. Tragedi kehilangan kerusi Kuala Terengganu mesti dielakkan.
Kini tiba masa untuk bekerja, kurangkan bercakap, giatkan usaha. Fokus kepada pengundi. Penting sekali, jangan melatah dan menari mengikut irama pembangkang, yang pasti akan menjadikan Isa sebagai sasaran.
Bak kata seorang kawan, menangkan dulu Bagan Pinang, yang lain kita bincang kemudian. Kepada para pejuang di Bagan Pinang.... Selamat Berjuang!
Thursday, August 20, 2009
Kota Siputeh: Apa Kamu Buat YB?

Selepas 7 PRK, satu lagi PRK diadakan di DUN Kota Siputeh, Kedah. Dilaporkan oleh Malaysiakini, DUN tersebut bakal dikosongkan apabila ADUN sekarang, Datuk Abu Hasan Sharif hilang keanggotaannya setelah gagal hadir dua kali persidangan DUN Kedah.
Seksyen 51 Perlembagaan Negeri Kedah memperuntukkan mana-mana anggota DUN yang tidak hadir sidang Dewan dua kali berturut-turut hilang keanggotaannya dan hendaklah mengosongkan kerusi yang disandang.
Amatlah malang jika PRK ini terpaksa diadakan gara-gara ADUN gagal hadir bersidang, yang tentunya di luar pengetahuan Speaker sehingga Speaker terpaksa pula menghantar surat ke pejabat SPR negeri. Keputusan berkaitan perkara ini akan ditentukan oleh ibu pejabat SPR di Putrajaya.
Apa alasan bagi ADUN ini, yang juga Ketua Umno Bahagian Jerlun gagal hadir dua kali berturut-turut tidak pula diketahui. Namun dari segi moralnya, perbuatan 'ponteng' - tanpa makluman pula - amatlah tidak wajar! Tidak adil bagi pemilih di kawasan yang diwakili.
Mungkin jika PRK ini diadakan kelak, Umno kena memastikan Abu Hasan bukanlah calonnya. Pilih sahaja orang lain dan ketepikan ADUN ini. Sudah empat penggal mewakili kerusi berkenaan, seharusnya kesilapan begini tidak berlaku.
Umno juga wajar meneliti senarai calon yang bakal diketengahkan. Jangan sampai selepas penamaan calon, timbul cerita di sana sini berkaitan isu moral!
Sunday, April 19, 2009
Pilihlah Keputusan Terbaik...
Gelanggang PRK Penanti sedia menunggu dibuka. Pertarungan antara Umno/BN dan lawannya pasti PKR / PR. Mungkin Bebas akan turut serta untuk memeriahkannya.
Datuk Najib dilaporkan BN menimbang kemungkinan tidak menyertai pesta pilihanraya kali ini. Soalnya kenapa?
Ya kita tidak suka tindakan mengosongkan kerusi untuk kepentingan peribadi. Atas apa alasan pun, memang tidak wajar seorang wakil rakyat mengosongkan kerusi yang diamanahkan pengundi. Apalagi jika ia dilakukan dengan sengaja untuk menguji populariti parti.
Perbuatan sebegini walaupun dibenarkan undang-undang, amat tidak bertanggungjawab. Bayangkan perbelanjaan yang terpaksa digunakan, masa yang terbuang dan 'kesulitan' yang dialami oleh para pengundi untuk memilih wakil baru. Jika memilih wakil rakyat baru kerana wakil lama meninggal dunia, mungkin agak mudah difahami.
Namun, jika BN mengambil keputusan memboikot PRK Penanti, ia juga termasuk perbuatan tidak bertanggungjawab. Soal kalah menang bukan ukuran. Tiada siapa yang berani menjamin kemenangan dalam mana-mana PRK. Semuanya bergantung dengan ketentuan Illahi dan gerakkerja kempen.
Jika BN sudah menyedari kelemahannya, ambillah tindakan segera untuk membaiki dan mengatasi segala permasalahan. Janganlah sampai 2 tahun untuk membetulkan soal remeh. Senarai prioriti perubahan yang hendak dilaksanakan mestilah sudah dibuat. Dahulukan yang utama, dan belakangkan sedikit yang kurang utama. Pokoknya, perubahan yang dijanjikan dikotakan!
Sepatutnya begitulah hendaknya yang wajar dilakukan oleh BN. Buat persediaan rapi dan munasabah. Serahkan kepada rakyat untuk menilai presatasi BN. Jika akhirnya keputusan masih jauh dari kemenangan, terimalah dengan dada lapang. Mungkin untuk maksud PRK Penanti ini, post-mortem 4 PRK yang tewas boleh digunakan?
Rasanya, tidak menyertai PRK Penanti bukanlah keputusan terbaik.
Wednesday, April 8, 2009
1-2...
Kempen, projek 'mee segera', rayuan, bantuan, segala macam strategi...sudah diatur. Semua 'pembesar' Umno dan kerajaan BN dari pusat dan seluruh pelusuk negeri sudah turun padang. Malah, Tun Mahathir pun turut berkempen.
Apalagi yang tidak kena...gagal di 2 bukit. Cuma berjaya mempertahankan Batang Air. PKR kekal di Bukit Selambau dan PAS di Bukit Gantang. Adakah mereka memang gagah, seperti gagahnya BN di Batang Air?
Nampaknya hanya Datuk Shafie Apdal ja yang lulus...dua lagi gagal dalam misi kali ini Dalam tempoh sehari dua ini, post-mortem mesti segera dilakukan. PM sudah berubah, barisan pimpinan Umno berwajah baru, 13 ISA sudah dibebaskan, Suara Keadilan & Harakah pun sudah boleh dijual. Tun M pun sudah masuk Umno balik!
Mungkin kali ni, BN tewas di 2 bukit sebab berikut:
1. Samy Vellu masih Presiden, MIC belum berubah.
2. Muhyiddin, Zahid & Hishamuddin serta yg lain belum cukup aura menarik sokongan.
3. Chua Soi Lek nampak belum 'bersih'.
atau
4. Kawan-kawan yg ikut Tun M masih di luar, belum masuk balik. Bahayanya, durang tak nak masuk. Terpaksa Tun M cari balik!
atau
5. Sebab Datuk Najib tak turun bantu.
atau pun...
6. Sebab Pak Lah tak tolong kempen!
Saturday, March 14, 2009
Selamat Berjuang!
Sukacita kita mengucapkan selamat berjuang kepada tiga penama ini : Ismail Safian, Datuk S.Ganesan dan Malcom Mussen Lamoh.
Ketiga-tiga penama ini ialah bakal calon Barisan Nasional bagi PRK Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai.
Adalah diharapkan dgn pengumuman awal calon kali ini, akan membuatkan BN lebih bersedia untuk menghadapi PRK ini. Selain memperkenalkan calon, diharapkan kerja-kerja berkaitan juga dapat dilaksanakan awal. Yang pasti, usaha lobi-melobi di kalangan ahli parti akan terhenti dan sokongan jitu dapat diberikan kepada calon-calon ini.
Kepada para calon yang sudah diumumkan – harap tiada perubahan di saat-saat akhir – anggaplah pemilihan sebagai calon ini sebagai satu amanah dan tanggungjawab yang pasti berat untuk dipikul. Buktikan bahawa pemilihan anda sebagai calon adalah tepat!
Janganlah hendaknya pemilihan ini menjadikan anda ‘besar kepala’ dan seolah-olah sudah menjadi YB. Jangan diulangi catatan hitam BN di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu. Harus diingat PRK kini bukanlah satu kerja yg mudah.
Harapan kita semoga para pemilih di ketiga-tiga kawasan terlibat akan dapat menilai kebolehan, penampilan dan kewibawaan calon-calon ini.
Pihak PR bila nak umumkan ?
Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!