Salam,
Banyak perkara yang disentuh oleh DS Najib Tun Razak dalam ucapan malam tadi. Semuanya sangat berguna untuk dijadikan renungan dan panduan. Bagi saya secara peribadi, ada beberapa perkara yang menarik untuk dituntut perhatian segera oleh DS Najib, spt mana diucapkannya malam tadi.
1. Hapuskan kouta dan libatkan ahli memilih pemimpin - Kita ingin sangat melihat bagaimana Najib dan pasukannya nanti merealisasikan cadangan yang baik ini. Harapan kita dengan perubahan peraturan ini nanti akan membuat Umno kelihatan lebih demokratik dan disenangi ramai orang Melayu, terutama oleh orang Melayu yang melihat peraturan ini ketinggalan zaman dan menyuburkan politik wang.
2. Amalan cantas-mencantas dan sekat-menyekat - Mungkin DS Najib tidak akan mampu mengubah amalan yang sudah berakar umbi di kalangan ahli Umno jika ahli atau pemimpin Umno lain tidak mengendahkan apa yang dinasihatkan DS Najib ini. Terutama pemimpin Umno yang merasa terancam dengan kehadiran ahli lain yang lebih 'baik' dan 'kualiti'.
3. Politik wang - Mungkin mengambil masa, namun jika ada keazaman tiada yang mustahil! Sama ada pemimpin atau ahli biasa, wajib memerangi amalan buruk ini sebagai musuh nombor wahid. Dicadangkan supaya ahli atau perwakilan yang meminta-minta juga dikenakan tindakan!
( Masalahnya, ada seorang pemimpin tu saya tengok dalam HUJAH TV9, berapi-api mengutuk politik wang tapi di bahagian dia, dialah 'raja' main duit! )
4. Menggilap idealisme perjuangan - Usaha ini perlu dilaksanakan dengan segera, terutama di kalangan pimpinan pemuda yang menjadikan kerjaya politik sebagai batu loncatan mengumpul kekayaan. Meminjam kata DS Adnan Yakob : Baru sehari dua berpolitik sudah kaya-raya dengan gaya elit, lalu dibenci pemuda!
Kalau perlu mereka direndam di Sungai Klang yang mengalir di tepi PWTC, lakukanlah! supaya mereka sedar erti perjuangan.
5. Berubah - Sepertimana DS Najib meminta ahli dan perwakilan berubah...kita juga memohon para pemimpin Umno supaya berubah. Tinggalkan sut mewah dan gaya elitis kamu, dan bergaullah dengan rakyat jelata dengan mesra. Pimpinan juga wajib berubah...minda, sikap dan pendekatan. Rakyat tidak berharap kamu datang memikul seguni beras ( spt Khalifah Umar RA ), memadai pemimpin datang bertanya khabar...bukan semasa pilihanraya, ada keramaian atau kerana ada jemputan kahwin saja.
6. Cadangan untuk Datuk Seri - Akan datang apabila menyebut ayat al-Quran, bacalah dengan ayatnya sekali, bukan terjemahan sahaja serta apabila menyebut nama Rasulullah, sambunglah dengan SallalahuAlaihiWasalam ( SAW )! Jika ini menjadi kelemahan DS, silakan perbaiki supaya imej DS sbg Presiden dan PM nanti tidak dipersenda...
Wallahu A'lam
Search This Blog
Showing posts with label Presiden. Show all posts
Showing posts with label Presiden. Show all posts
Wednesday, March 25, 2009
Friday, November 14, 2008
Lambat la Tuan ( Bakal ) Presiden !
Bakal Presiden Umno, DS Najib Tun Razak bkata: Tidak Guna Menang Jika Parti Tewas.
Ingatan Tuan Presiden ni sangat baik dan tepat. Apa guna bmegah dgn jawatan Ketua Bahagian dan segala Ketua Sayap Parti, jika selepas PRU akan datang parti kalah. Menjadi ketua di bahagian dan kawasan pembangkang. Senario ini banyak tjadi di Kedah, Perak, P.Pinang, Selangor dan Kelantan.
Sayangnya, ingatan Tuan Presiden ni macam agak tlambat la. Tlambat kerana Tuan Presiden mberi ingatan selepas mesyuarat cawangan dan bahagian sudah b'akhir. Tlambat kerana banyak sudah ahli-ahli di peringkat bawah yg kecewa.
Bagi yang menang memanglah suka. Yang kalah kena terima hakikat, adat btanding pasti ada kalah-menang. Ini bukan main bola yg ada keputusan seri...
Cuma bagi ahli yg tidak dapat bsidang di cawangan atau tidak dapat mhantar pwakilan ke bahagian, cawangan digantung, ahli yg dinafikan hak btanding kerana alasan teknikal, tidak cukup pcalonan dsb... mcmana kita nak jawab?
Lain lagi kes politik wang yg bleluasa. Yg menang kerana memberi lebih. Yg disokong kerana banyaknya 'modal', kerana dia anak pembesar, kerana dia diberi 'perkenan'...
Semua ini Tuan Presiden, ibarat luka yg mengambil masa untuk dirawat. Rawatan yg betul dan munasabah akan mbuatkan luka tsebut sembuh. Jika tidak drawat atau tsalah rawat, takut nanti ia akan mjadi nanah. Lebih parah lagi, menjadi barah pada PRU nanti...
Sepatutnya Tuan Presiden melontarkan ingatan ini sebelum tempoh pemilihan lagi, supaya semua ahli parti insaf parti keramat yg direbut jawatannya ini sedang 'sakit'. Supaya semua sedar jika ahli masih tidak berubah, masih dgn perangai hodoh, jelik dan dungu, sakit akan menjadi parah, dan boleh mbawa maut!
Subscribe to:
Posts (Atom)
Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!