Search This Blog

Showing posts with label Satu Sekolah Untuk Semua. Show all posts
Showing posts with label Satu Sekolah Untuk Semua. Show all posts

Tuesday, July 28, 2009

Selamat Tinggal !!!



Salam,


Hari ni kita rehatlah dulu. Jangan bicara soal TBH, ramai ‘peminat’ dia yang ‘melalak’. Kita beri peluang kepada inkues menjalankan tugas esok. Semoga kebenaran tersirna!


Kita ingin bicara tentang Chua Jui Meng yang menyertai PKR beberapa hari lalu. Dia dilaporkan

berkata antara sebab dia meninggalkan MCA ialah kerana dia melihat parti berasaskan kaum tidak lagi relevan.Kekecewaan tewas dan ditolak oleh ahli MCA, mungkin sebab lain yang tidak dinyatakan Chua.


Kita setuju, demi pembentukan bangsa Malaysia yang tidak beridentitikan kaum tertentu mungkin sudah sampai masanya untuk diucapkan Selamat Tinggal! Selamat tinggal perkauman, selamat datang 1Malaysia!


Umno, MCA dan MIC umpamanya, parti yang mewakili kaum utama di negara mungkin harus dibubarkan, jika mengikut perkiraan Chua. Harus cuma ada parti berbilang kaum di bawah satu parti. PKR pilihan Chua menjadi parti multi racial ini dan berjuang tanpa mengira kaum.


Cuma Chua juga wajar diingatkan. Selain parti, ada banyak lagi sektor berasaskan kaum di negara ini yang sudah tidak relevan lagi, yang mungkin wajar dikaji semula dan dihapuskan. Chua disaran supaya mencadangkan perkara ini kepada pimpinan PKR.


Sebagai contoh, sekolah berasaskan kaum dalam sistem pendidikan negara. Perlukah wujud sekolah untuk kaum Cina dan India ketika Chua bercakap soal tidak relevannya parti berasaskan kaum di negara ini? Jika identity berasaskan kaum ini hendak ‘disatukan’, Sekolah Kebangsaan kan ada untuk semua rakyat Malaysia.


Jika benar Chua ikhlas, inilah masanya, ketika di luar MCA untuk Chua bersuara! Jika tidak, Chua cumalah beretorik, menutup rasa kecewa dan hampanya...


Friday, July 10, 2009

PPSMI: Idea Untuk GMP...


Salam,


Berkaitan PPSMI, seorang kawan memberikan satu idea yang baik. Dia setuju PPSMI dihentikan pada tahun 2012. Tabik untuk usaha Gerakan Mansuhkan PPSMI ( GMP ), katanya. Keputusan ini adalah kejayaan semua pihak – kerajaan dan rakyat, bukan GMP sahaja yang layak diberikan kredit.


Menurut kawan ini, GMP tidak harus berhenti bila PPSMI ini dihentikan. Ada perjuangan yang lebih besar dituntut dari GMP.


Jika GMP sanggup mengumpul tenaga berdemonstrasi dan melakukan usaha berterusan menentang penggunaan Bahasa Inggeris dalam pengajaran Matematik dan Sains, sewajarnya GMP juga sanggup bangun menentang penggunaan bahasa lain selain Bahasa Melayu dalam pengajaran di sekolah.


Jika GMP boleh mengusung keranda sebagai simbolik matinya BM di negara ini apabila BI digunakan dalam Mate dan Sains, bukankah keranda lebih besar kena disediakan oleh GMP apabila bahasa lain terus digunakan di sekolah jenis kebangsaan, bukan sahaja dalam Mate dan Sains tetapi semua subjek lain – kecuali BM.


Jika GMP termasuk barisan Sasterawan Negara bangkit menentang PPSMI kerana bertentangan dengan Perkara 152 Perlembagaan Negara, penggunaan bukan BM dalam urusan rasmi termasuk pengajaran di sekolah juga wajar ditentang GMP kerana ia juga berlawanan dengan Perkara 152.


Jika GMP boleh turun dan turut serta berkempen di pentas pembangkang dalam PRK lalu menyatakan tentangan, mungkin di Manek Urai GMP juga boleh berkempen menyatakan sokongan kepada keputusan kerajaan ini, supaya tanggapan GMP didalangi pembangkang dapat dinafikan!


Jika GMP boleh mengatur tentangan kepada PPSMI, maka apabila PPSMI dihentikan semestinya GMP juga boleh mengaturkan sokongan kepada pemberhentian ini, serta boleh mencadangkan idea bernas memperkasa BI, supaya anak Melayu terutama di luar bandar tidak terus ketinggalan.


Mari ramai-ramai kita sampaikan idea ini kepada GMP. Mungkin nama GMP ini pun boleh diubah…Gerakan Menyokong Pemberhentian PPSMI ( GMPP ).


Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin