Search This Blog

Showing posts with label Demonstrasi. Show all posts
Showing posts with label Demonstrasi. Show all posts

Thursday, August 6, 2009

Selepas Demo ISA : Apa Yang Kita Dapat?


Salam,


Ramai sahabat termasuk pengunjung blog ini melontarkan soalan - termasuk bertanyakan hukum Islam - berkaitan ISA kepada penulis. Tulisan ini mencuba untuk menjelaskan pendirian penulis berhubung ISA.


Penulis setuju ISA sebagai undang-undang pencegahan wajar dikekal, dengan pindaan beberapa perkara. Terma yang menyebabkan berlakunya penyalahgunaan kuasa dan berlaku penganiayaan mesti dipinda, agar ruang untuk dipertikaikan dapat dikurangkan.


Kenapa ISA wajar kekal? Saya berpendapat selagi wujud segelintir rakyat yang tidak waras, tidak rasional dan bersikap perkauman yang menebal, selagi itulah ISA perlu untuk mengawal segelintir rakyat ini sebelum majoriti rakyat menjadi mangsa, sebelum segelintir rakyat menghuru-harakan kedamaian hidup di negara ini.


Banyak contoh bagaimana situasinya apabila rakyat sudah dibuai emosi, dihasut pula oleh pemimpin yang tidak bertanggungjawab. Suasana menjadi tegang, rakyat akan tertekan dan negara akan dijauhi oleh pelabur dan pelancong asing. Tanpa ISA, mungkinkah ada akta lain yang boleh membendung situasi ini daripada berlaku?


ISA zalim? Sebahagian rakyat yang keluarganya menjadi mangsa ISA memang terasa pedihnya penangan ISA. Suami dipisahkan daripada anak dan isteri untuk satu tempoh, tanpa dibicarakan. Namun terfikirkah kita bahawa keluarga Segadevan dan Mathew Anak Medan yang dibunuh dalam kes Al Mau'nah Sauk, telah dirampas kebahagiaan hidup mereka gara-gara segelintir umat yang sudah terpesong.


Tidakkah tindakan segelintir rakyat yang merusuh pada 25 November 2007 juga adalah satu tindakan kezaliman? Zalim kepada para peniaga yang menutup kedai, zalim kepada orang awam yang ketakutan dan zalim kepada seluruh rakyat yang ingin hidup aman damai! Kepada keluarga yang hilang orang tersayang, mati terbunuh kerana berjuang memastikan keamanan dan kerukunan hidup bernegara, kita juga sebenarnya melakukan kezaliman!


Bayangkan tanpa ISA, apakah langkah pencegahan yang boleh dibuat membendung anansir subversif seperti ini? Biarkan dulu negara ini hancur, kemudian kita ke meja rundingan?


Hukum ISA? Saya mengakui bukanlah orang yang ada autoriti untuk memberikan fatwa begitu begini. Saya menyedari sebagai rakyat, menjadi kewajipan kepada saya untuk mentaati keputusan pemerintah - kecuali pada perkara yang jelas dan terang bersalahan dan tidak boleh diterima akal yang waras. Dan saya pula tidak berhasrat 'menyokong' fatwa orang politik yang jelas berkepentingan. Haram bila dilakukan oleh musuh, halal bila dibuat rakan sendiri!


Ada pula sahabat yang menyatakan hanya orang bodoh saja yang menyokong ISA. Mungkin saya - bersama sebahagian rakyat yang lain - bodoh menyokong, tetapi sekurang-kurangnya lidah kami bukan lidah bercabang biawak seperti Anwar Ibrahim. Tidak konsisten dalam keputusan, 1974 menentang, selepas itu menyokong kerana perut sudah kenyang. Hari ini demi kerana kuasa, ISA kembali menjadi hantu!


Pro dan kontra dalam sesuatu isu adalah lumrah. Sementara penentang ISA ada hujah memansuhkan ISA, hujah golongan yang hendak ISA dikekalkan juga wajar dirai dan dihormati. Janganlah hendaknya kita bersikap bodoh sombong, memaksa semua orang menurut kehendak kita. Jika kita percaya kepada demokrasi, majoriti adalah pemenang maka seharusnya tidak timbul pertikaian.


Kita jadikan PRU13 sebagai referendum. Jika Pakatan Pembangkang menang dan memerintah negara, mansuhkan saja ISA. Apa yang susah...tidak perlulah berarak di jalanraya untuk menyusahkan orang lain!


Paling penting, sementara menunggu PRU13 yang tempohnya dalam 2-3 tahun lagi, biarlah kita menjalankan peranan dan tanggungjawab masing-masing. Pemerintah menjalankan amanah rakyat, sementara pembangkang juga menjalankan amanah rakyat.


Rakyat? Kalau pun tidak bersetuju dengan keputusan pemerintah, gunakanlah cara berhemah untuk bersuara. Mungkin peti undi adalah salurannya...bukan terpekik terlolong di jalanraya!


Saturday, August 1, 2009

Perlukah Demo ISA Hari Ini?

Salam,

Sehari selepas menyambut Hari Pahlawan, sambutan berkaitan ISA pula akan menyusul hari ini.

Pahlawan dulu-dulu, berkorban jiwa raga, bergadai harta, hilang nyawa melawan penjajah dan komunis. Hari ini, 'pahlawan' akan bertempur di jalanan. Tanpa penjajah, tanpa ancaman komunis, demo akan dibuat untuk mansuhkan ISA - juga untuk kekalkan ISA.

Berbeza bukan?

Semangat kepahlawanan memang disanjung tinggi. Sayangnya dilempiaskan di tempat yang tidak betul. Selain ISA, ada banyak lagi agenda yang boleh diperjuangkan. Kenapa ISA? Kenapa ISA sangat digeruni?

Hanya penakut sahaja yang takut dengan ISA. Bukankah bernama pahlawan itu orangnya berani dan tidak takut dengan sesiapa?

Apa yang dirisaukan sangat dengan ISA? ISA hanya akan menangkap orang yang bersalah, bagi yang tiada kesalahan apa yang dibimbangi dengan ISA.

Peliknya, ramai yang mahu mansuhkan ISA tanpa pengetahuan apa dia ISA. Jadi pak turut, bila orang kata mansuh, dia pun ikut demo!

Harapnya kerajaan tidak menari mengikut rentak golongan ini. ISA wajar dikekalkan - walaupun ada keperluannya untuk disemak semula.

Perlukah demo ISA hari ini?

Kalau setakat nak tunjuk berani buat demo, untuk menganggu ketenteraman awam...baik tidak payah!

Saturday, January 3, 2009

Kami Tetap Bersamamu!

Salam,

Bagaimanakah caranya untuk 'bdepan' sikap kurang ajar Yahudi Israel, Laknatullah ?

Berperang ? Mustahil, sebab kita tiada tradisi perang, lagi pun jauh. Kita ni pula tiada asas perang.

Kita doa ramai2, buat solat hajat, solat tahajjjud - minta tolong kpd Allah, smoga umat Islam Palestin diberi kekuatan bdepan mehnah kekejaman rejim zionis ini.

Selain itu, kita juga boleh boikot barangan keluaran sekutu Yahudi ini. Sbg tanda sokongan, kita gunakan barangan alternatif lain, mgantikn barangan tsebut.

Mengadakan demonstrasi aman dan tkawal, panggil kawan ramai, pakat b'arak. Tunjuk kpd org lain yg kita menyokong dan sentiasa tetap bersama pjuangan rakyat Palestin.

Usaha Pemuda BN menubuhkan Tabung Bantuan untuk rakyat Palestin juga harus dipuji. Sekurang-kurangnya boleh mbantu mengurangkan penderitaan mereka.

Ada banyak cara utk kita menunjukkan sokongan kpd rakyat Palestin dan benci kpd Yahudi. Namun, kebencian kpd Yahudi ni mcm kurang bkesan jika 8 Perkara dlm Protokol Ke-10 Zionis ni masih kita suka!

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin