Berita dikutip dari Berita Harian, dan dimasukkan di blog AIDC.
Tan ditemui berlumuran darah, kepala pecah
KUALA LUMPUR: Seorang pelajar lelaki Fakulti Sains Universiti Malaya (UM), maut selepas jatuh daripada Tingkat 16, Blok 5 Apartmen Vista Angkasa di Kerinchi di sini, pagi semalam.
Mangsa dikenali sebagai Tan, 22, ditemui tertiarap jam 11.30 pagi dalam keadaan mengerikan dengan badan berlumuran darah dan kepala pecah di tempat letak motosikal.
Akhirnya kerajaan membuat yang ditunggu-tunggu, keputusan yang dituntut bukan sahaja oleh keluarga mendiang Teoh BengHock malahan oleh sebahagian rakyat. Keputusan ini tepat dan kena pada masanya, biar pihak yang terlibat dihadapkan ke muka pengadilan.
Kerajaan sudah menunaikan permintaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja dan melakukan inkues menyiasat kematian 'misteri' Teoh. Seharusnya semua pihak akan bekerjasama melicinkan proses siasatan ini. Semua misteri yang menyelubungi kematian ini mesti dibongkar!
Elok juga dihentikan sebarang spekulasi dan usaha mempolitikkan kematian ini. Semua pihak, khususnya DAP dan PKR harus bertenang. Janganlah hendaknya menjadi pendakwa dan hakim menghukum SPRM bersalah, ketika siasatan belum diselesaikan.
Pada masa sama, sesuai dengan slogan Keadilan Untuk Semua, satu suruhanjaya dan inkues juga wajar dibuat menyiasat kematian siswi UKM, Wan Siti Farihan Mohd Hassanyang ditemui mati jatuh bangunan pada 22 Jun lalu.
Tidak harus berlaku double standard dalam hal ini. Nyawa Teoh dan Wan Farihan sama bernilai dan berharga untuk negara ini. Cuma bezanya, kematian Teoh dibela oleh parti politik, siap ada perhimpunan dan perarakan lagi!
Keadilan Untuk Semua...semua werga berhak mendapat keadilan tanpa mengira bangsa, agama atau darjat. Seperti Saiful Bukhari Azlan, dia juga wajar mendapat pembelaan dan perbicaraan yang adil.