Search This Blog

Showing posts with label Letak Jawatan. Show all posts
Showing posts with label Letak Jawatan. Show all posts

Sunday, March 22, 2009

Badi 16 September?

Salam,

Bermula di Permatang Pauh, Presiden PKR DS Wan Azizah meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen. Alasannya kerana memberi ruang kepada DS Anwar Ibrahim diangkat menjadi Ahli Parlimen dan kini menjadi Ketua Pembangkang. Diikuti hasrat membentuk Kerajaan Pintu Belakang pada 16 September, namun tidak kesampaian.

Di Perak, dua ADUN PKR meletak jawatan Exco dan bertindak keluar parti, kini menjadi ADUN Bebas. Menjangkit ke Kedah, ADUN Bukit Selambau juga meletak jawatan Exco dan ADUN, hingga terpaksa diadakan PRK pada 7hb April ini. Sebab tindakan mereka tidak dapat dipastikan, hingga kini masih menjadi tandatanya.

Seperti menjangkit ke Selangor, apabila ADUN Bukit Lanjan, Elizebeth Wong 'terdedah' separa bogel. Kini masih bercuti dan belum meletak jawatan...sesuatu yang berbeza dengan perjuangan PKR yang menekan ketelusan dan 'kebersihan'.

Penyakit meletak jawatan ini menjangkit pula ke Pulau Pinang. Fairus Khairuddin dilaporkan pada awalnya bercuti tetapi akhirnya menghantar surat perletakan jawatan sebagai TKM Pulau Pinang berkuatkuasa 8hb April ini. Sebab tidak pula dinyatakan.

Nampaknya penyakit meletak jawatan sama ada sebagai Exco, ADUN atau Ahli Parlimen di kalangan pemimpin PKR semakin menjadi-jadi.

Apakah agaknya sebab semua peristiwa ini terjadi? Isu moral, pemimpin yang 'lemah', terkejut beruk kerana tiba-tiba berkuasa, pergolakan dalaman atau hilang kepercayaan kepada pimpinan dan perjuangan PKR?

Atau, mungkin juga kerana BADI 16 Setember?

Tuesday, February 17, 2009

Eli: Apa salahnya BOGEL ?

Salam,

BOGEL ? Apa masalahnya dengan bogel, lebih-lebih lagi di tempat tidur, bersendirian atau bdua dgn org yg m'ambil gambar.

Rasanya tiada apa yg pelik dan masalah dengan kes bogel ni. Biasa saja, bukan sesuatu yg menghairankan atau sesuatu yg ajaib sehingga kita tkinja-kinja, melompat tak tentu pasal kebingungan bila Elizebeth Wong, Exco Selangor didapati berbogel, dan gambarnya diedarkan.

Apa pula masalah dengan DS Khir Toyo yg sampai minta Eli letak jawatan. Hello Datuk Seri, ini bukan kes orang bunuh orang la... ini cuma kes kecil seciput, kes orang bogel di bilik tidur.

Dengar khabarnya, Eli menimbang utk letak jawatan Exco dan ADUN Bukit Lanjan ( teLANJANG ). Alamak kenapa sampai ke situ pulak...Jangan Eli, janganlah layan pmintaan mereka yg cemburu. Jangan Letak Jawatan ! Teruskan tugas muliamu Eli, bkhidmat kpd penduduk Bukit Lanjan dan rakyat Duli Tuanku Sultan Selangor, dengan jujur.

Eli telah dipilih oleh majoriti pengundi di Bukit Lanjan pd PRU lalu kerana mereka bkeyakinan Eli akan btanggungjawab dan mampu mewakili mereka di DUN Selangor. Kes bogel ni pula tiada kaitan dgn pengundi, so janganlah sampai mletak jawatan. Tiada salahnya bogel ni... Eli bukan depan pengundi pun.

Ya tiada salahnya bogel, kes ini bukan kes tidak bmoral, bukan masalah negara, bukan juga masalah rakyat, bukan masalah yg perlu mletak jawatan ...ia cuma masalah peribadi, ruang peribadi yg dcerobohi. Ya bgitulah Eli...

Lagi pun Eli, bukankah kau dlm PKR dan Pakatan Rakyat - parti dan pakatan yg suci bersih. Kes bgini tidak mjadi masalah, lainlah kalau kau MCA @ Umno atau dlm BN. Bukankah yg tidak baik, tidak bmoral, yg jelik, yg buruk, yg hina, yg busuk, yg kurap itu milik BN saja?

Contoh...Datuk Nasaruddin ADUN Bota, keluar Umno masuk PKR - dia bmoral, hero, berani dan menemui kebenaran. 11 hari kemudian, Datuk Nasa keluar PKR masuk Umno - dialah manusia ( bsama 3 ADUN yg lain ) mjadi manusia yg paling tidak bermoral dlm dunia !!!

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin