Search This Blog

Showing posts with label Sarawak. Show all posts
Showing posts with label Sarawak. Show all posts

Tuesday, March 22, 2011

Rakyat Sarawak Harus Bijak Tolak Pakatan Rakyat!


Salam,

Seperti dijangka, DUN Sarawak sudah pun dibubarkan. Pembubaran ini membuka laluan kepada PRU ke-10 bagi negeri Sarawak. Maka lenyaplah sudah teka-teki pilihanraya Sarawak dan berakhirlah sudah ramalan yang mengatakan PRU 13 serentak dengan pilihanraya Sarawak. Cuma yang belum berakhir, teka-teki bila PRU 13 akan diadakan ?

Di atas kertas, BN pasti akan mengekalkan kedudukan memerintah negeri Sarawak. Pakatan Rakyat bukanlah saingan untuk BN. Kalau pun ada saingan, mungkin cuma DAP sahaja akan kacau daun, mencacatkan kemenangan bergaya BN. Politik janji bulan bintang dan permusuhan yang dipelopori pembangkang tidak akan berkesan di Sarawak.

Sama seperti Sabah, rakyat Sarawak dahagakan pembangunan. Masih banyak lagi prasarana asas yang ditagih. Bekalan air, elektrik dan kemudahan pendidikan adalah keperluan utama bagi penduduk pedalaman. Dan kemudahan ini hanya akan mampu disediakan oleh kerajaan yang bertanggungjawab dan prihatin dengan nasib rakyat.

Kemampuan dan tanggungjawab ini semacam tidak dapat dilaksanakan oleh pakatan pembangkang untuk mengambil alih teraju pemerintahan. Apalagi melihat senario yang ada sekarang, dengan PKR umpamanya ibarat sebuah kapal yang sedang 'rabak' menunggu karam. Bayangkan bagaimana PKR mahu fokus untuk memerintah Sarawak ketika pergolakan dalaman parti pun tidak dapat diatasi?

Malah bagaimana pula nak menerajui pemerintahan negeri dan menguasai Putrajaya sebagaimana yang digembar-gemburkan, jika pemimpinnya asyik terpalit dengan dakwaan seks sepanjang masa? Nak bagi DNA pun takut pulak tu...

Kita percaya dengan kemampuan rakyat Sarawak berfikir dan menilai untuk membezakan antara kaca dan permata. Pasti rakyat tidak akan terkeliru dan terpesona dengan kaca berwarna 'jingga' yang belum pasti menjanjikan apa-apa, berbanding begitu banyak 'permata' yang telah diberikan kepada negeri Sarawak selama ini.

Namun begitu, jentera BN tidak boleh berasa selesa. Usaha mendekati rakyat harus diteruskan. Mana yang keliru mesti disedarkan. Biar mereka tidak dilamun mimpi dan berpijak di bumi nyata, memilih BN untuk meneruskan kesinambungan pembangunan negeri sarawak!

Wednesday, May 19, 2010

Seekor Ayam Berkokok, Hari Sudah Siang?


"Jangan sangka apabila seekor ayam berkokok, maka ertinya hari sudah siang,” kata beliau mengulas mengenai keputusan pilihan raya itu.

Salam,

Momentum kemenangan BN di Bagan Pinang ( Umno ) dan Hulu Selangor ( MIC ), gagal diteruskan oleh SUPP di Sibu. Daripada kemenangan bergaya dengan majoriti 3235 pada PRU 2008, Sibu terlepas ke tangan DAP dengan majoriti 398. Apa yang ketara, ketika DAP menambah 2942 undi, BN kehilangan 691 undi.

Sebagai parti pemerintah, BN wajar menganalisa faktor kekalahan mengapa undi DAP bertambah dan umnid BN menurun. Peratusan yang keluar mengundi rendah bukanlah jawapan terbaik kepada persoalan kekalahan ini. Mungkin ada sebab yang lebih besar, yang gagal disedari oleh BN.

Post-mortem ini wajar disegerakan memandangkan PRU Negeri Sarawak bakal diadakan dalam tempoh terdekat. Kegagalan mengatasi permasalahan yang berlaku, mungkin akan menyebabkan BN berputih mata dan terpaksa menyerahkan kuasa.

Mungkin benar, seekor ayam berkokok bukan tanda hari sudah siang. Namun, jika tidak berjaga-jaga dan mengambil tindakan drastik, masih lena diulit mimpi, bagai tiada apa-apa yang berlaku, dibimbangi nanti bila hari sudah siang, semuanya sudah terlambat untuk berbuat sesuatu.

Sewajarnya mana-mana faktor kekalahan ini ditangani segera. Jika perlu ditukar YB yang tidak relevan lagi, tukar saja dengan orang lain. Jangan kerana seekor monyet yang makan nangka, habis semuanya terpalit.

Langkah awal dalam tindakan segera untuk mengelakkan nanah menjadi barah, mungkin Tan Sri Taib elok mengumumkan pelan peralihan kuasa seperti Samy Vellu. Biar rakyat nampak siapa pengganti yang boleh diharapkan...

Sunday, May 16, 2010

Wakil Rakyat Tidak Akil Baligh Pada 16 September?


Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan wakil rakyat yang lompat atau keluar parti sebagai "tidak akil baligh" atau matang dalam politik.

"Akil baligh ini bukan saja semestinya dari segi umur seseorang tapi dalam politikpun ada akil baligh juga. Orang yang lompat parti dan masuk parti politik lain adalah mereka yang tidak akil baligh dalam politik," katanya.

Salam,

Wakil rakyat dikata tidak akil baligh ini selepas Kerajaan Perak tumbang lebih setahun lalu. Hanya dikata selepas beberapa orang MP dan ADUN PKR dan DAP beralih arah. Ada yang melompat parti, ada yang menjadi bebas.

Gelaran ini timbul ketika khabar angin bertiup kencang, Kerajaan Kedah juga bakal tumbang.

Peliknya, dahulu semasa Anwar Ibrahim mempromosi Kerajaan Lompat 16 September 2008, tidak pula kedengaran tentang wakil rakyat tidak akil baligh?

Kalaulah benar ada MP BN yang melompat menyertai Kerajaan Lompat 16 September dulu, akil balighkah mereka?

Saturday, May 15, 2010

Panduan Untuk Pengundi Sibu...


Salam,

Pengundi Sibu jangan silap pangkah. Ikut panduan ini. Kesilapan memangkah di ruang yang salah akan menyebabkan rakyat Sibu merana. Lama lagi pulak tu untuk menukar semula.

Selamat mengundi!

Monday, January 18, 2010

Malang Menjadi Muslim Di Sabah dan Sarawak?


Salam,

Isu penggunaan kalimah Allah masih belum berakhir. Malah memasuki fasa baru apabila kerajaan membenarkan penggunaan kalimah Allah ini di Sabah dan Sarawak, seperti yang diumumkan Nazri Aziz.

Ketika mahkamah belum membuat keputusan rayuan oleh KDN, kerajaan nampaknya mengambil tindakan proaktif mendahului keputusan mahkamah membenarkan penggunaan kalimah Allah. Tahniah diucapkan...

Rupanya apa yang diperjuangkan oleh Peguam Negara tentang larangan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan Herald selama ini adalah untuk dikuatkuasakan di Semenenjung Malaysia sahaja.

.....umat Islam di Semenanjung Malaysia tidak dapat menerimanya kerana perkataan Allah tidak pernah digunakan untuk tujuan penyebaran, sehinggalah baru-baru ini....penganut Kristian perlu sedar bahawa penggunaan kalimah Allah sama ada di dalam upacara agama atau di dalam penerbitan di Semenanjung merupakan satu perkara yang amat sensitif bagi umat Islam.

Jika diteliti kenyataan Nazri ini, penggunaan kalimah suci ini di Sabah dan Sarawak bukanlah satu masalah, malah bukan perkara sensitif bagi umat Islam di sini. Alahai Nazri...pelik juga seorang Menteri berkata begini?

Nampaknya, kategori umat Islam sudah terbahagi dua : Umat Islam di Semenenjung dan umat Islam di Sabah dan Sarawak. Malanglah menjadi umat Islam di Sabah dan Sarawak, kerana tiada siapa yang akan mengambil peduli apabila seorang Menteri di JPM pun sudah membenarkan kalimah Allah untuk dikongsi bersama!

Peliknya, penganut Kristian sendiri pula menggesa tuntutan penggunaan kalimah Allah ini digugurkan di mahkamah. Baca di sini dan di sini. Mahkamah pula belum bersidang.

Cuma berharap JAKIM dan Menteri Agama, Datuk Seri Jamil Khir dapat mempertahankan kalimah Allah ini tanpa mengira wilayah mana. Allah yang disembah dan diesakan oleh umat Islam di Semenenjung adalah Allah yang sama disembah dan diesakan oleh umat Islam di Sabah dan Sarawak.

Jika tidak juga, apalah yang hendak dikata lagi....Apalah yang hendak dikata lagi, jika Umno pun menari mengikut gendang dan irama pembangkang berkaitan isu ini, demi menarik hati pengundi terutama menjelang pilihanraya Sarawak.

Thursday, January 22, 2009

Ya! Tidak Perlu Buat Blog...

Salam,

TS Alfred Jabu, TKM Sarawak bkata dia tidak bminat mbuat blog, walaupun sekarang mbuat blog peribadi menjadi satu kegilaan ramai. Tidak apalah kalau Tan Sri tidak mau buat, sebab benda ni pun bukannya wajib...

Yang wajib bagi seorang wakil rakyat, apalagi memegang jawatan Menteri seperti Tan Sri, menjalankan amanah rakyat yg telah memilih, mbantu selagi tdaya...tentu sekali mjadi Yang Berkhidmat.

Cuma yg kita tidak setuju bila Tan Sri dipetik bkata begini ( harap-harap wartawan tidak tsalah lapor - jawapan klise VIP Malaysia ) :

Katanya, beliau tidak mahu 'leka' dengan blog yang disifatkan akan melalaikan dirinya untuk menunaikan tanggungjawab sebagai wakil rakyat dan menteri.
Menurutnya, keutamaan beliau adalah memastikan portfolio yang dipegang sekarang iaitu mengawasi dan melawat kawasan luar bandar ditunaikan.
''Saya tidak mahu leka atau duduk menjawab blog sahaja kerana ia akan memutuskan hubungan saya dengan rakyat.
''Terlalu ramai penulis blog sekarang dan jika saya turut serta, seolah-olah saya akan masuk ke perangkap pihak tertentu yang mahu saya gagal menunaikan tanggungjawab kepada rakyat," katanya selepas menerima kunjungan hormat Duta Belanda, Lody Embrects di pejabatnya di sini semalam.

Hairan juga, macamana Tan Sri tahu yang YB mbuat blog leka hingga lalai tunaikan tanggungjawab ? atau mbuatkan YB 'tputus' hubungan dgn rakyat ?

Apa yg nyata Tan Sri, ramai YB yg mbuat blog tetap bprestasi baik dan smakin dsenangi rakyat. Malahan ramai juga YB yg tiada blog tetapi tetap tidak mesra rakyat dan jarang balik ke kawasan. Ada pengundi yang mcm sudah lupa muka wakil rakyat dia....

Tidak apa Tan Sri, kalau 'malas' mbuat blog pun masih ok, tidak payah susahkan diri, rakyat tidak mnilai pun calon ada blog atau tiada dlm PRU nanti. Cuma rakyat minta, janganlah sampai mcm begini : Hendak bjumpa susah, di Pejabat jarang ada, di kawasan hantar wakil sahaja, ditelefon, diSMS, diMMS...tiada jawapan. Hendak hantar komen, blog pun tiada.

Ringkasnya, MACAMANA RAKYAT MAU BKOMUNIKASI DGN WAKIL RAKYAT? Takkan mau pakai burung merpati kot...

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin