Search This Blog

Showing posts with label AirAsia. Show all posts
Showing posts with label AirAsia. Show all posts

Tuesday, December 30, 2008

AirAsia - Boleh La...

Salam,

Hari ni bila check peti emel, didapati ada satu emel dr. AirAsia yg meminta maaf atas 'kebobrokaan' pkhidmatan Call Centre durang. Ia mungkin respon post sbelum ini.

Sbg pguna 'setia' ( sbb MAS mahal sgt ) dan ahli bdaftar AirAsia, kiriman ucapan maaf drpd Mr. Tony Fernandes ini bolehlah diterima. Wpun hati masih marah, dgn pjelasan mlalui emel ini, kira boleh la...

Namun begitu, AirAsia dgn slogan Now Everyone Can Fly, mestilah juga memastikn pkhidmatan dsediakn sesuai dgn harga dan kemampuan majoriti penumpang - semestinya dr kalangan rakyat bpendapatan rendah.

Dr segi sensitivit thadap aduan pguna - mlalui blog - kira boleh la kita tabik kpd AirAsia. Kita kira boleh la...utk AirAsia!

Friday, December 19, 2008

AirAsia - Perkhidmatan 'Bobrok'

Salam,

Pernahkan anda mendail nombor telefon ini – 0387754000 ? Ya inilah no. pusat panggilan AirAsia.

Semalam, untuk satu pertanyaan, saya telah mendail no. ini sebanyak 3 kali. Panggilan pertama 10 minit, kedua 12 minit dan ketiga 28 minit. Kesemua panggilan ini berjaya, bukan bcakap dgn Pegawai Perkhidmatan Pelanggan AirAsia, tp ‘berjaya’ mdengar segalam macam iklan dan ‘rakaman suara’ operator. Sehingga saya mampu mhafal setiap patah pkataan rakaman tersebut…Harap maaf, semua Pegawai Perkhidmatan Pelanggan kami masih sibuk, anda akan dilayan sebentar lagi!

Oleh kerana tidak puas hati dgn perkhidmatan ‘bobrok’ ini, saya meminta anak saudara saya mendail no. sama. Panggilan pertama selama 48 minit, kedua 32 minit dan ketiga 18 minit. Jawapannya sama, cuma mendengar iklan dan ‘rakaman suara’.

Soalan untuk AirAsia:

Berapakah had masa untuk tempoh ‘sebentar’ bg AirAsia ?
Apakah kerana AirAsia adalah perkhidmatan tambang murah, maka melayan panggilan penumpang ‘kelas murah’ tidak penting ?
Berapakah ramai Pegawai Perkhidmatan Pelanggan AirAsia bertugas melayan panggilan ?

Atau AirAsia kena tukar slogan durang, di angkasa KINI SEMUA MAMPU TERBANG, di daratan, KINI SEMUA MAMPU MENUNGGU LAYANAN!

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin