Search This Blog

Friday, December 19, 2008

AirAsia - Perkhidmatan 'Bobrok'

Salam,

Pernahkan anda mendail nombor telefon ini – 0387754000 ? Ya inilah no. pusat panggilan AirAsia.

Semalam, untuk satu pertanyaan, saya telah mendail no. ini sebanyak 3 kali. Panggilan pertama 10 minit, kedua 12 minit dan ketiga 28 minit. Kesemua panggilan ini berjaya, bukan bcakap dgn Pegawai Perkhidmatan Pelanggan AirAsia, tp ‘berjaya’ mdengar segalam macam iklan dan ‘rakaman suara’ operator. Sehingga saya mampu mhafal setiap patah pkataan rakaman tersebut…Harap maaf, semua Pegawai Perkhidmatan Pelanggan kami masih sibuk, anda akan dilayan sebentar lagi!

Oleh kerana tidak puas hati dgn perkhidmatan ‘bobrok’ ini, saya meminta anak saudara saya mendail no. sama. Panggilan pertama selama 48 minit, kedua 32 minit dan ketiga 18 minit. Jawapannya sama, cuma mendengar iklan dan ‘rakaman suara’.

Soalan untuk AirAsia:

Berapakah had masa untuk tempoh ‘sebentar’ bg AirAsia ?
Apakah kerana AirAsia adalah perkhidmatan tambang murah, maka melayan panggilan penumpang ‘kelas murah’ tidak penting ?
Berapakah ramai Pegawai Perkhidmatan Pelanggan AirAsia bertugas melayan panggilan ?

Atau AirAsia kena tukar slogan durang, di angkasa KINI SEMUA MAMPU TERBANG, di daratan, KINI SEMUA MAMPU MENUNGGU LAYANAN!

2 comments:

Anonymous said...

Saya melalui pengalaman yang sama. Saya mencuba 6 kali untuk hari pertama dan give up sebab menunggu terlalu lama. Cuba lagi untuk hari kedua lebih 5 kali, give up juga sebab boss asyik lalu lalang....tengok saya duk bergayut jer. Hari ketiga baru saya dapat bercakap dengan pegawai perkhidmatan, itu pun setelah 3 kali mencuba....[nano]

USD said...

Hampeh punya airasia, lintah darat!

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin