Search This Blog

Friday, November 29, 2019

Padang Besar - Alor Stat - Penang - Ipoh


Tempoh 2 hari memang tidak mencukupi. Selain Hatyai ada banyak lagi tempat boleh diteroka di Selatan Thai ini...lebih kepada pelancongan alam semulajadi. Dek kerana kekangan cuti, setelah 2 hari pergerakan balik ke ibu kota pun bermula.

Jika semasa masuk dulu kami melalui pos imigresen Bukit Kayu Hitam, semasa balik kami mencuba melalui pos imigresen Padang Besar pula. Perjalanan awal pagi agak lancar dan tidak banyak karenah. Menggunakan panduan google map...perjalanan lancar...biasa la Map akan bawa jalan yang paling hampir menuju ke destinasi...maka bersedialah menempuh jalan kampung.

Singgah sebentar di Pekan Rabu Alor Setar, menikmati makan tengahari. Dari Alor Setar terus menuju ke Pulau Pinang.


Tarikan utama tentulah Jambatan Pulau Pinang. Agak pelik...apabila tiba di tengah jambatan...kelihatan sebuah lagi jambatan menyeberangi lautan. Jambatan apa pula ni ? ( Menunjukkan betapa lamanya tidak ke utara...paling akhir dalam tahun 90-an ketika masih belajar ). Rupanya ke arah pulau sudah ada jambatan kedua...

Di Pulau Pinang terus mencar nasi kandar yang terkenal. Map bawa ke Nasi Kandar Kg Melayu...ingatkan restoran besar rupanya gerai di food court ja. Sampai jam 3.30ptg, rupanya untuk nasi kandar kena tunggu sejal lagi sebab operasi cuma mula 4.30pm. Orang sudah mula beratur untuk memesan...kedengaran pembantu gerai bersuara " nasi kandaq kena beratuq"


Sebelum bergerak ke Ipoh, ke rumah adik ipar, sempat memborong jeruk buah Pak Ali yang terkenal. 
Di Ipoh, sempat berjumpa kawan sekolah yang sudah lebih puluhan tahun tidak berjumpa...

Seharian di Hatyai

21.11.2019




Sebelum ke Hatyai adalah dinasihatkan supaya mbaca pengalaman orang lain, perkongsian untuk memudahkan perjalanan.

Memulakan hari di Hatyai, untuk memudahkan perjalanan meneroka bandaraya Hatyai naiklah Tuktuk. Bincang dgn Mr. Sompong, dapatlah 1000THB utk sehari perjalanan di sepanjang Hatyai. Kalau mau ke Songkhla, kena bincang lagi harga. Malangnya, driver tuktuk ni x boleh cakap omputih atau melayu, agak susah bbincang.

Destinasi pertama tentulah restoran halal untuk sesi sarapan pagi. Dibawanya ke restoran dan agak mahal. Terfikir juga adakah restorang melayu Islam di sini memang harganya agak mahal?
Cuma terima kasih kpd abang staff restoran tu yg sudi jd translator kpd driver tuktuk destinasi yg mau dilawati.


Destinasi pertama: Hatyai Municipal City. Naik cable car ke puncak bukit dgn bayaran 20THB seorg. Apa ada di puncak? Patung Buddha yg sedang dibaiki.


Destinasi kedua : Masjid Songkhla yg besar tersergam indah. Di sekelilingnya perkampungan Melayu Islam. Di sini juga ada restoran halal tp memilih membeli makanan dengan penjaja di bawah masjid dgn harga yg lebih sesuai.

Destinasi seterusnya, pegi menembak di Hatyai Shooting Asociation. Macam real ja menembak dgn pistol peluru palsu dgn target dibawa pulang. Kalau ada penyakit lemah semangat, bagus jangan la pegi tempat ni.

Petangnya singgah di Kim Yong Market. Kira macam Pasar Besar Hatyai. Semasa pagi lalu di kawasan ni memang sesak dgn urusniaga. Sempat membeli makanan di gerai tepi jalan muslim yg bjualan. Harga cukup murah...nasi biryani 6 bungkus cuma 195THB.

Selepas tu, Mr Sompong hantar balik ke hotel, brehat sebentar. Malam ni  meneroka ASEAN Night Market. Hatyai happening di kawasan ni. Banyak barangan cenderahati dijual dgn harga yg sesuai di sini. Makanan pelbagai aneka rasa dan warna yg pasti halal juga dijual di sini. Selepas membeli-belah di sini terus bgerak balik ke hotel.

KL - Hatyai

20.11.2019

Perjalanan bermula dr Rumah Sabah di Pandan Indah, menggunakan Myvi anak buah Vellu menuju ke Bukit Kayu Hitam. Agak lambat bergerak selepas breakfast. Dalam jam 10.00 pagi baru dapat bgerak. Menggunakan Google Maps meredah kesesakan menuju ke Highway PLUS arah utara. Pengalaman pertama memandu ke arah utara. Masuk hiway semuanya jadi mudah - x perlu maps lagi.

Berhenti beberapa kali - style saya 2-3 jam memandu mesti berhenti utk rehatkan badan dgn sedikit senaman dan tandas. RnR Sg Perak jd perhentian utk makan tengahari dan solat zuhur jamak qasar.
Dalam jam 5ptg, selamat sampai di Changlun dan singgah utk urusan dokumen masuk ke Thailand.

Ada 4 perkara yg perlu disediakan - kesemuanya dibuat oleh adik yg baik hati di Plaza Mara Changlun. Pastikan kad kereta ori dibawa bersama.

1. TM6 - bersama dgn International passport
2. Passenger List
3. Insurans Kereta Siam City
4. Surat kebenaran - jika owner kereta tidak bersama.
5. Simkad Thai - roaming Celcom mahal sangat.

Semuanya dibuat oleh adik tu lengkap dgn kos RM59. Siap dgn penerangan step by step di border.

 Di Imigresen Malaysia agak mudah prosesnya, tunjukkan saja passport x perlu keluar kereta pun. Tp bila masuk di Imigresen Thai, kereta kena beratur dan semua pemandu dan penumpang kena  turun utk cop jari dan scan muka di kamera di kaunter imigrresen durang. Last sekali dia akan gtau kena bayar RM1 seorang, katanya overtime fee. Sy bagi dia RM10, keep the change dia jawab terima kasih.

Selepas tu di depan, urusan kastam pula. Passenger List, Passport dan Surat Kebenaran dibawa ke kaunter 1 dan dia akan tanya, what colour ur car? How many passengers?. Dapat form bawa ke kaunter 2. Pegawai dia sign dan boleh jalan. Slp jln sikit, ada lagi pegawai yg akan check surat dpt kebenaran yg betul. Slp itu, barulah welcome to Thailand. Semua urusan imigresen dan kastam makan masa dlm sejam.

Keluar dr kompleks imigresen, pekan Danok @ Sadao. Lebih kurang 53km lagi menuju ke Hatyai. Di sinilah simkad Siam akan bfungsi sepenuhnya menunjuk jalan ke Genting Hotel. Dalam jam 9pm, selamat sampai dan check in di hotel. Malam tu, maps bawa ke Restoran Kelantan utk makan malam dan makanannya mahal...nasib la.

Trip KL- SNBJ

 19.11.2019

Memulakan perjalanan dgn AirAsia bersama ahli keluarga -kecuali Udin yg  masih kuliah - jam 1.20. Lewat 30min drpd jadual asal, trademark AirAsia. Alhamdulilah lamded di KLIA2 tepat jam 4.30pm.Ummi dan yg lain dijemput Along n Alif ke rumah Sabah, sementara saya menaiki ERL menuju ke Bandar Tasik Selatan - Bukit Jalil utk agenda Harimau Malaysia.

Saja mau kongsi, in flight staff AirAsia bgtau pembelian produk utk hari tu durang bagi free gift. So apalagi belilah perfume jenama CK. Staff tu gtau bagus beli jenama ni sbb dia pun pakai. Oleh kerana abang org ptama beli, sy bg abang 2 free gift topi dan tshirt AirAsia. Terima kasih la bro...


 LRT ke Bukit Jalil sesak dgn penyokong Malasysia bjersi kuning. Sy sengaja pakai baju biru utk kelainan. Agak lama x ke stadium yg sesak dan ramai. Biasa pg Std Likas, paling ramai pun 20k. Malam tu 75k peminat mbanjiri stadium. Yg bagusnya, tempat  duduk adalah mengikut nombor di tiket. Nasib la masa beli tiket online tu memang pilih kedudukan yg strategik di tengah. Kira macam tiket grand stand VIP juga la. Bagusnya sistem ni tidak payah la brebut nak cari tempat duduk. Cuma kena masuk awal la sikit senang nak cari tempat duduk tu dan x ganggu org lain.


Syukur malam tu Malaysia menang 2-0 dgn Indonesia walaupun mutu permainan x sebaik masa kalahkan Thailand sebelum tu. Meremang bulu roma bila nyanyi Ekor Harimau Sejati bsama Ultras Malaya. Tabik dgn ultras ni sepanjang masa nyanyi dan bagi sokongan. Berehat masa rehat half time ja.

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin