Search This Blog

Friday, November 29, 2019

Trip KL- SNBJ

 19.11.2019

Memulakan perjalanan dgn AirAsia bersama ahli keluarga -kecuali Udin yg  masih kuliah - jam 1.20. Lewat 30min drpd jadual asal, trademark AirAsia. Alhamdulilah lamded di KLIA2 tepat jam 4.30pm.Ummi dan yg lain dijemput Along n Alif ke rumah Sabah, sementara saya menaiki ERL menuju ke Bandar Tasik Selatan - Bukit Jalil utk agenda Harimau Malaysia.

Saja mau kongsi, in flight staff AirAsia bgtau pembelian produk utk hari tu durang bagi free gift. So apalagi belilah perfume jenama CK. Staff tu gtau bagus beli jenama ni sbb dia pun pakai. Oleh kerana abang org ptama beli, sy bg abang 2 free gift topi dan tshirt AirAsia. Terima kasih la bro...


 LRT ke Bukit Jalil sesak dgn penyokong Malasysia bjersi kuning. Sy sengaja pakai baju biru utk kelainan. Agak lama x ke stadium yg sesak dan ramai. Biasa pg Std Likas, paling ramai pun 20k. Malam tu 75k peminat mbanjiri stadium. Yg bagusnya, tempat  duduk adalah mengikut nombor di tiket. Nasib la masa beli tiket online tu memang pilih kedudukan yg strategik di tengah. Kira macam tiket grand stand VIP juga la. Bagusnya sistem ni tidak payah la brebut nak cari tempat duduk. Cuma kena masuk awal la sikit senang nak cari tempat duduk tu dan x ganggu org lain.


Syukur malam tu Malaysia menang 2-0 dgn Indonesia walaupun mutu permainan x sebaik masa kalahkan Thailand sebelum tu. Meremang bulu roma bila nyanyi Ekor Harimau Sejati bsama Ultras Malaya. Tabik dgn ultras ni sepanjang masa nyanyi dan bagi sokongan. Berehat masa rehat half time ja.

No comments:

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin