
SELAMAT HARI RAYA
AIDILFITRI
kepada pembaca blog Pandangan ustazSAID ini.
Mohon maaf zahir dan batin.
Maaf juga kerana tidak berkesempatan mengemaskini blog
sejak kebelakangan ini akibat kesibukan.
Jumpa di bulan Syawal....
Salam,
Kehadiran Ketua Pemuda Umno, Sdr. Khairy Jamaluddin ke Majlis Rumah Terbuka Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS mungkin mengejutkan ramai.
Walaupun amalan kunjung-mengunjung pada musin perayaan seperti Hari Raya adalah tradisi kita, namun kunjungan pemimpin utama parti yang berlawanan secara terbuka seperti yang dilakukan KJ bukanlah amalan biasa. Mungkinkah KJ
Kita berharap perbezaan pendapat atau pertentangan ideology di kalangan kita bukanlah halangan untuk sama-sama meraikan hari mulia yang menjadi milik bersama. Begitu juga, dalam hal kehidupan yang lain.
Hendaknya politik tidak membataskan perjuangan kita yang sama – mendaulatkan kalimah Allah di muka bumi. Berbeza tidak mengapa, tapi apa salahnya kita bersatu untuk kepentingan bersama!
Semoga semangat Aidilfitri kali ini mempertautkan ikatan ukhuwwah di kalangan kita...