Search This Blog

Showing posts with label anwar. Show all posts
Showing posts with label anwar. Show all posts

Wednesday, July 8, 2009

Apa Yang Berlaku Hari Ini?

( gambar hiasan: Micheal Jackson selamat disemadi )

Salam,


Dua peristiwa penting bakal berlaku hari ini, 8 Julai 2009. Perkembangan kedua-dua peristiwa ini pasti menarik perhatian semua rakyat Malaysia.


Sebelah pagi…Perbicaraan tuduhan liwat ke atas DS Anwar Ibrahim akan bermula di Mahkamah Tinggi, Jalan Duta. Bermulanya perbicaraan ini, maka bermulalah proses keadilan, bukan sahaja untuk Ketua Pembangkang malah untuk Saiful Bukhari sebagai pengadu @ mangsa.


Siapa yang benar? Mahkamah adalah platform yang paling sesuai untuk menafikan tuduhan liwat ini dan untuk Saiful mengemukakan bukti.


Di sebalik riuh-rendah KEJAM mengatakan tuduhan ini cuma konspirasi, harus diingat hak mendapat perlindungan dan keadilan untuk Saiful Bukhari juga mesti ditegakkan!


Sebelah petang…Kabinet akan membincangkan masa depan PPSMI, sama ada diteruskan atau dihentikan sahaja. Dijadualkan TPM TS Muhyiddin Yasin akan mengumumkan keputusan kerajaan berkaitan kemelut ini selepas mesyuarat cabinet berakhir.


Keputusan kerajaan berkaitan PPSMI sangat ditunggu oleh semua peringkat rakyat jelata. Harapnya, apa pun keputusan yang diumumkan nanti, adalah keputusan yang terbaik untuk menfaat seluruh pelajar Malaysia.


Sama ada pagi @ petang, kedua-dua peristiwa yang bakal berlaku hari ini pasti akan diingati dan ditulis dalam tinta sejarah Negara.


Mungkinkah peristiwa yang berlaku hari ini bakal merubah lanskap politik dan dunia pendidikan tanahair?....Kita tunggu!


Friday, March 13, 2009

Makna Sekeping Gambar

Salam,

Melihat gambar yg terpampang, pelbagai tafsiran boleh dibaca. Tpulang kpd empunya diri, melihat dan mtafsir dr sudut mana.

Ada orang melihat gambar ini sebagai persediaan Pak Lah menidakkan peralihan kuasa. Pak Lah berbincang dgn DS Anwar mbentuk kerajaan perpaduan.

Ada orang melihat gambar ini sebagai persiapan Pak Lah di hujung perkhidmatan menjadi PM. Hari-hari akhir sebelum bersara diisi dengan kegiatan keagamaan.

Ada juga mentafsir gambar ini sebagai salah satu cara DS Anwar melarikan diri daripada pelbagai masalah yg berlaku, daripada tuduhan kes liwat, kerajaan pintu belakang yg gagal, lompatan ADUN dan tumbangnya kerajaan PR di Perak, serta kes Eli yg menggegar.

Yang ekstrim tafsiran ini: Tok Guru Syeikh Mahmud ini sengaja memanggil PM dan Ketua Pembangkang sekali dalam majlis itu. Tujuannya supaya madrasah yg diasaskannya menjadi lebih glamour dan diikuti ramai orang, dgn kehadiran VIP.

Mana-mana pun tafsirannya, tidak dapat kita halang. Terpulang...tapi rasanya, bukankah lebih elok kalau dalam gambar ini ada Tuan Guru DS Haji Hadi Awang! …Boleh bincang pasal perpaduan Islam / Melayu!!!

Alangkah indahnya saat itu, tiga tokoh utama dari parti yg mewakili orang Islam / Melayu, duduk semeja sambil makan-makan, dipengerusikan seorang ulama, berbincang soal serius, menolak ke tepi pbezaan pendapat dan ideologi, mencari kesatuan fikrah...

Subhanallah!

Sunday, February 8, 2009

WA CAYA LU, KARPAL!!!

Salam,

Jika sbelum ini pemimpin dan ahli BN serta blogawan mkritik Anwar Ibrahim, pasti ada sahaja jawapan para penyokongnya utk m'mbersihkan' nama beliau.

Selepas sekian lama mjadi pemimpin de facto PKR dan 'Pengerusi' Pakatan Rakyat, rasanya belum pernah kedengaran suara-suara sumbang menegur beliau. Sehinggakan usaha beliau menubuhkan Kerajaan Pintu Belakang mlalui retorik 16 September, dsambut penuh gembira pimpinan PKR dan PR.

Tbaru, apabila Datuk Nasaruddin Hashim ADUN Bota melompat parti, dia dsambut sbg hero, berani, bijak dan sebagainya.

Hari ini, apabila Kerajaan PR di Perak tumbang akibat lompatan 3 ADUN PR dan lompatan semula Datuk Nasa, baharulah kita mdengar suara yg menidakkan Anwar Ibrahim.

Ironinya, suara tsebut bukan drpd Wan Azizah, Syed Husin Ali, Hj Hadi, Nasharudin atau Husam Musa. Kita dengar suara itu adalah suara Karpal Singh - yg telah bsabar sekian lama dgn perangai Anwar.

Malahan suara itu menyalahkan Anwar akibat kejatuhan di Perak, dan meminta Anwar mletak jawatan. Ini baharulah berani!

Untuk ini kita sokong Karpal Singh, biar Brader kita ni sedar tidak semua yg dbuat tu betul belaka walaupun begitu persepsi yg dpercayai para penyokongnya. Biar dia tahu bahawa betapa busuk dan tidak bmoral lompat parti atau usaha bkaitan dgnnya, yg kini sgt dbenci oleh mereka - tp sangat dsukai sbelum kes Perak.

Wa caya lu Karpal, 'belasah' ja Brader Anwar ni - tp bukan Sultan. Janganlah pulak samakan Brader ni dgn Sultan, durang sangat b'beza. Sultan ada DAULAT, Anwar cuma HAPRAK!!!

Wednesday, September 17, 2008

ALKISAH 16 SEPTEMBER

Salam, ada banyak kisah berkaitan dengan tarikh keramat ini :

Kisah 1
Pada 16 September 1963, Sabah, Sarawak & Singapura merdeka melalui pembentukan sebuah negara bernama MALAYSIA, bersama dengan Semenenjung Tanah Melayu. Alhamdulilah....

Kisah 2
Di sebuah surau, malam menjelang 16 September 2008, seorang pakcik bercerita berkaitan dengan perasaan bimbang dan takutnya dengan cerita 'rampasan kuasa' oleh sebuah pakatan ke atas sebuah kerajaan yang sah. Katanya: macamana indak takut, durang pakai pistol bah.

Kisah 3
Siang 16 September 2008, sms 'karut' disebarkan oleh anasir yg bertanggungjawab. Bunyi sms tu mcm ni : Yb Anuar Ibrahem petang ini 16 Sept 2008 selamat mengangkat sumpah sbg Perdana Menteri M'sia yang baru di depan "gambar" Yg Di Pertuan Agong dalam rumahnya di Segambut. Majlis ini turut disaksikan oleh ahli-ahli DAP, PKR dan PAS.

Kisah 4
Hari ini 17 September 2008, kebimbangan pakcik malam tu tiada asas, SMS karut tu pun memang sah karut...yang pasti kerajaan masih macam kerajaan kemarin dan pastinya puasa ada 13 hari lagi sebelum kita beraya sakan !

Monday, September 15, 2008

Menghitung Detik Waktu !


Salam,

Hari ni masuk 15 Ramadhan bersamaan 15hb September 2008.

1. Raya - sudah masuk separuh dari kewajipan sebulan puasa dalam bulan Ramadhan, bermakna ada separuh lagi sebelum merayakan Hari Raya.

2. 16 September - tinggal kurang 24 jam lagi tarikh yang diheboh-hebohkan semenjak bulan 3 yg lalu. Apa kes ? Penubuhan kerajaan baru Malaysia. Ada tanda ? Belum nampak apa-apa signal. ( Dengar khabar tarikh ditunda lagi, betul ka ? )

3. Jadi jangan nda jadi, 16 September ni...kalau tidak malu wooo, mana mau taruh muka wooo !!! Raya tetap jadi !!!

Wednesday, August 27, 2008

Permatang Pauh berYB baru...


Salam

Seperti dijangka, Permatang Pauh berYB baru...tp masih orang lama sejak 1982 - kecuali 1999-2008.

Keputusan PRK telah diketahui, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengekalkan kerusi Permatang Pauh di tangan PKR, selepas Datin Seri Wan Azizah Ismail melepaskannya, hujung bulan lalu.

Nampaknya, Datuk Arif Shah Omar Shah juga gagal dalam misi merampas 'warisan' kerusi tersebut. Hanafi Mamat pun tiada tuah, gagal membuat 'kejutan'.


Mungkin BN, khususnya UMNO, wajar membuat post-mortem panjang punca kekalahan. Inilah masa yang sesuai, UMNO bermuhasabah, mnilai dan mengukur sebab-musabab, knapa selepas lima bulan blalu sejak PRU Mac lalu, keadaan seperti masih belum berubah dan memihak kepada kita. Ada banyak psoalan yang mesti dijawab...


Tiba-tiba, selepas dimaklumkan keputusan PRK tu oleh beberapa orang kawan yg b'ada di lokasi, ( terima kasih untuk kamurang semua ) saya t'ingat pesanan Saidina Ali KWJ: Kebenaran yang tidak disusun, mampu ditewaskan oleh kebatilan yang tersusun rapi...Terfikir, apakah di Permatang Pauh kebatilan telah menang ?

Tuesday, August 26, 2008

DETIK PENENTUAN DI PERMATANG PAUH.


Salam.

Sehari dua agak sibuk selepas pemergian bonda tersayang beberapa hari yg lalu. Dalam pada tu, sempat juga mengikuti perkembangan semasa tmasuk PRK Permatang Pauh.


Selepas 10 hari berusaha, hari ni 26/8/2008, nasib ketiga-tiga calon yang bertanding akan ditentukan oleh tangan 57,969 pengundi, yang terdiri daripadasejumlah 40,619 atau 69 peratus pengundi Melayu, 14,360 (24.56 peratus) pengundi Cina dan 3,390 (5.79 peratus) India. Terpulanglah kepada para pengundi memilih wakil mereka di Dewan Rakyat kelak.

Di atas kertas, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat berpeluang cerah 'mewarisi' kerusi parlimen ini, yang semenjak tahun1982 dikuasainya. Hanya dalam PRU 1999, 2004 dan 2008, kawasan ini diwakili oleh isterinya, Datin Seri Wan Azizah Ismail. Mampukah DSAI mempertahankan kerusi ini ?

Namun, dalam politik semuanya berkemungkinan. Dengan pelbagai perkembangan yang berlaku, mungkin kali ini giliran Datuk Arif Shah Omar Shah 'merampas' dan berjaya menjadi the giant killer. Sesuatu yang gagal dilakukan oleh Ustaz Pirdaus Ismail dalam dua pilihanraya yang lalu. Siapa tahu...

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa tahu, mana tahu Hanafi Mamat membuat kejutan terbesar abad ini. Ah, tak mungkin...

Sama-sama kita tunggu kesudahan drama politik ini...mungkin seawal jam 9 malam ini.

Sunday, August 17, 2008

KISAH IMPIAN 1 - LEE CHONG WEI

Salam,
Impian Lee Chong Wei untuk menjadi rakyat Malaysia menggengam emas pertama Olimpik nampaknya tidak kesampaian. Impian rakyat Malaysia untuk bersama-samanya menyanyi lagu Negaraku juga tidak tercapai. Apakan daya...tetapi kejayaan LCW ke final tetap disanjung tinggi. Dia kalah kepada pemain yang baik dalam situasi permainan terbaiknya. LCW dan kita, wajar juga berbangga sekurang-kurangnya daripada sekian ramai pemain badminton negara, kejayaannya menggondol pingat perak bolehlah menawar duka. Siapa tahu 4 tahun lagi, mungkin giliran LCW atau atlit lain mampu menuai emas pertama Olimpik negara. Syabas LCW...
Impian Datuk Seri Anwar Ibrahim ? Kita nampaknya terpaksa bersabar menunggu kesudahan impiannya. Rasanya macam agak kelam ja...

Friday, August 15, 2008

KISAH DUA IMPIAN !


Salam.

Hari ni saya mau bkongsi cerita bkaitan kisah dua impian. Impian ni berbeza dengan mimpi, sebab mimpi mainan tidur, sedangkan impian bukan mainan, tapi kalau kena gaya boleh jadi kenyataan. Begini kisahnya...

1. Di Beijing - Pemain no. 1 negara, Lee Chong Wei dalam perjalanan menjelmakan impian menjadi penyumbang pingat emas pertama negara di Sukan Olimpik. Chong Wei mara ke perlawanan akhir selepas menewaskan jagoan Korea Selatan dalam perlawanan sengit,yang berkesudahan 21-18, 13-21 dan 21-13, dalam masa 62 minit. Nampak gayanya, Chong Wei hanya selangkah lagi melakar sejarah sukan negara dengan menggapai emas bernilai RM 1 juta. Syabas Chong Wei, kalau kalah pun masih menggengam pingat perak, tapi ayuh rakyat Malaysia kita doakan Chong Wei diberi kekuatan menjelmakan impian kita selama ini menjadi realiti.

2. Di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur, Mohd Saiful Bukhari hari ini juga telah melafazkan sumpah mengikut syariat Islam, untuk membuktikan kebenaran bahawa dia telah diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dilaporkan Mohd Saiful bersumpah dengan memegang al-Quran sambil mengadap kiblat, dengan jelas menyebut nama Allah, disaksikan oleh ahli keluarga, pegawai masjid dan pegawai Jabatan Agama Wilayah Persekutuan ( JAWI ) termasuk Pengarahnya, Datuk Che Mat Che Ali. Dengan sumpah dilakukan oleh Mohd Saiful ini maka tertunailah janji beliau sebelum ini untuk bersumpah muhabalah, sedang nampak gayanya impian Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Putrajaya hanya tinggal impian, mungkin akan berkubur di tengah jalan. Impiannya untuk menjadi Perdana Menteri akan menjadi mimpi ngeri, tidak mampu menjadi realiti ?
Bagi kita, terpaksa menunggu sehari dua lagi untuk menyaksikan kesudahan kisah dua impian ni ! Sabar la...










Wednesday, August 6, 2008

JOM KE PERMATANG PAUH!!!

Suruhanjaya Pilihanraya ( SPR ) telah menetapkan tarikh pilihanraya kecil kawasan Parlimen Permatang Pauh, sebentar tadi. Penamaan calon pada 16 Ogos 2008, jika ada pertandingan, pengundian akan dijalankan pada 26 Ogos 2008.
Pilihanraya kali ini pasti akan menjadi pilihanraya paling sengit dalam sejarah pilihanraya negara kita. Datuk Seri Anwar Ibrahim, pasti akan menjadikan kerusi ni sebagai platform untuk kembali ke arus perdana politik negara. Sambil menjadikan kerusi ni sebagai pertaruhan untuk menyelamatkan karier politik beliau selepas tuduhan liwat mengaibkan oleh pembantu peribadi beliau, Mohd Saiful Bukhari, bulan lalu.
Bagi Barisan Nasional, khususnya UMNO, pilihanraya ini juga sangat penting untuk membuktikan bahawa UMNO masih relevan sebagai wadah memperjuangkan untung nasib orang Melayu. Penting kepada Barisan dan UMNO untuk menunjukkan kepada rakyat Malaysia, bahawa BN/UMNO masih kekal wujud, selepas ditimpa tsunami politik dalam PRU yang lalu.
Di atas kertas, PKR dengan majoriti besar melebihi 13000, akan mudah menang dengan selesa. Apatah lagi, calon yang akan dipertaruhkan adalah ayam sabung yang sudah dikenali oleh penduduk Permatang Pauh. Namun, dalam politik segalanya berkemungkinan. Siapa tahu, Datuk Seri Anwar Ibrahim bermula di Permatang Pauh, berakhir juga di sana...kita tengok siapa yang kena !!!

Tuesday, July 1, 2008

APA BENARKAH INI...?S2

Buat laporan polis jika Anwar diancam bunuh
01/07/2008 6:09pm
KUALA LUMPUR 1 Julai - Mereka yang mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim diancam bunuh oleh pihak-pihak tertentu diminta membuat laporan polis.
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, sehingga kini tiada laporan seumpama itu di terima terhadap Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.
Katanya, tanpa sebarang laporan hanya menyukarkan polis untuk memulakan siasatan terhadap sebarang dak waan.
“Kita perlu laporan...Polis tidak menerima laporan mengenai perkara itu (dakwaan bunuh). Macam mana kita mahu siasat kebenarannya,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas kenyataan dalam sebuah blog milik seorang ahli Parlimen yang mendakwa Anwar men jadi sasaran pembunuh upahan.
Kenyataan tersebut adalah berdasarkan maklumat daripada beberapa sumber dari unit perisikan sebuah negara jiran.
*******************************************************************************
Wah, ini sudah jadi kes berat ni. Jika benar la diancam bunuh, wajar sangat la Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat laporan polis. Kita setuju sangat dengan saranan Tim. Ketua Polis Negara, TS Ismail Omar ni.

Kita pun tidak suka drama bunuh-membunuh ni. Jangankan begitu, tembak-menembak, letup bom macam dalam televisyen pun kita tidak suka. Mana boleh undang-undang ditegakkan di tangan sendiri.

Negara kita ni bukan negara koboi, lagi pun cara begitu bukanlah budaya kita. Sebagai orang Timur yang kaya dengan budi bahasa, kita tidak mahu para 'penjahat' ni, beraja di mata, bersultan dihati.

Kepada yang berkenaan: Laporkan kepada pihak berkuasa untuk disiasat, pihak berkuasa pula ambil tindakan yang boleh menjamin nyawa rakyat Malaysia tidak 'diambil' sewenang-wenangnya. Salam.

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin