Search This Blog

Friday, February 2, 2018

Kuching 25/12/2017


Sebenarnya ada banyak tempat yg boleh dilawati di Bandaraya Kuching. Cuma masa 2 hari terlalu singkat untuk mengunjungi semua tempat menarik.Ditambah lagi kepenatan memandu selama 2 hari untuk sampai ke Kuching.

Gambar atas adalah jambatan pejalan kaki yang menghubungkan Kuching Utara dan Selatan yg sebelum ini dihubungkan dengan perahu penambang sebagai sartu tarikan pelancongan baru. Walau bagaimanapun perahu penambang masih beroperasi bagi yang mahu merasai  debaran menaiki perahu di Sungai Sarawak.


Ini adalah bangunan DBKU. Di dalamnya ada Muzium Kuching. Dibuka mengikut waktu bekerja. Semasa kami pergi adalah hari cuti umum so kempunanlah melihat Kuching Sarawak.


India Street pula tempat shopping yg wajib pigi bagi membeli cenderahati. Ada banyak pilihan ole-ole untuk dibawa pulang dr tempat ini.


Jangan lupa membeli kek lapis Sarawak. Bagi saya, kalau dinilai dari sudut rasa kek lapis Sarawak ni tidaklah sesedap mana. Cuma penampilannya dengan pelbagai warna menjadi satu tarikan. Ditambah lagi dengan kuasa trending menyebabkan orang akan menyebut kek lapis sinonim dengan Sarawak.


Si Adik ja yang sempat bermain motor di Kubah Ria.

Thursday, February 1, 2018

Makan d Kuching


Sepanjang dua hari d Bandaraya Kuching, ada dua tempat yang boleh membuka selera untuk makan. Mungkin ada tempat lain tapi belum ditemui kali ini.


1. TOP SPOT FOOD COURT

Hasil menggoogle dan cadangan kawan-kawan, Food Court ni memang berbaloi dikunjungi kalau mau makan seafood. Terletak di bangunan UTC.Tapi awas, bukan semua gerai di sini yg sesuai untuk org Islam. Cuma ada satu yg ada logo halal dan satu lagi dgn 'serve no pork'.

Food court ni beroperasi dr jam 5 ptg sampai 11 malam ja. Pelik kan berniaga 6 jam...Sampai ja di tempat ni baru faham kenapa durang meniaga 6 jam sahaja.


Manusia punya ramai. kebetulan cuti musim perayaan pula, tapi saya anggarkan walaupun bukan musin perayaan pasti tempat ni menjadi pilihan. Pilihan kami Halal Seafood kedai no 25, Bukit MataSeafood. Terpaksa menunggu beberapa minit pekerja kedai tu sediakan meja dan kerusi. Manusia memang ramai.

Lagi respek kecekapan pekerja ambik order dr pilihan seafood yg ada, memang banyak pilihan. Entah berapa tan seafood habis satu malam. Tidak sampai setengah jam, makanan yg dipesan pun sampai. Cekap sungguh memasak.

Habis makan, pergi ke kaunter untuk membayar bil. Sekali lagi terkejut, bil nya cukup murah. Memang murah dan berbaloi makan seafood. Patut la tempat ni jadi tumpuan.


2. KUBAH RIA

Terletak bersebelahan Pasar Satok, tempat jualan Ikan Terubuk yg menjadi lambang negeri Sarawak. Walaupun kadang-kadang sebenarnya ikan terubuk yang dijual datang dari negara lain seperti Vietnam.

Food Court di Kubah Ria di buka sepanjang hari. Untuk makan tengahari pun boleh, tapi makan malam la syok. Ramai orang dan dapat melihat gemerlapan lampu Bandaraya Kuching dari seberang sungai.
Ada banyak pilihan di sini, selain makanan yg sinonim dgn Sarawak. Mee Bandung Muar pun ada dijual...


Habis makan bolehlah ke sebelah membeli ikan terubuk, sebagai ole-ole dibawa pulang. Dijual mengikut saiz, saiz kecil 4 ekor RM10.00. Sederhana 2-3 ekor RM10.00. Saiz besar dijual RM7-10 seekor.

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin