Search This Blog

Showing posts with label Sharizat. Show all posts
Showing posts with label Sharizat. Show all posts

Wednesday, April 7, 2010

Nilai RM 100...

Salam,

Datuk Shahrizat tidak perlu melenting dan marah-marah dengan Lim Guan Eng. Semua orang tau, pemberian Lim RM 100 setahun atau RM 8.33 sebulan untuk werga tua di Pulau Pinang memang tidak sebanyak mana. Berapalah sangat nilai yang dapat dengan duit sebanyak itu?

Lim Guan Eng pun tau. Tidak banyak yang boleh dibeli dengan wang RM 100. Barangkali cuma cukup untuk membeli beberapa dozen pampers dewasa. Semua orang tau hal ini.

Yang bikin gempak, Lim riuhkan pemberian ini. Buat promosi merata tempat, bagitau dia amat prihatin dengan wergatua. Dia jaga kebajikan mereka dengan bagi duit. Sedangkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bagi jauh lebih banyak daripada itu.

Cuma yang membezakan antara Lim dan Kementerian ialah Datuk Shahrizat tak riuhkan pemberian yang lebih banyak. Ramai yang tidak tahu. Persepsinya seolah-olah Lim benar-benar prihatin jaga wergatua dan kementerian Datuk Shahrizat tak buat apa-apa.

Tak salah untuk Lim buat begitu. Datuk Shahrizat tak payah naik angin. Kerja politik memang begitu. Siapa yang lebih cerdik, dia akan mendapat laba. Nampak di sini, memang Kementerian Datuk Shahrizat kurang cerdik berbanding Lim Guan Eng.

Ditambah lagi dengan karenah birokrasi yang berlaku dalam permohonan, dalam meluluskan dan dalam melaksanakan segala bentuk bantuan yang diuruskan Kementerian ini. Dasar memang cantik, bab pelaksanaan hancus!

Ramai mengeluh, bantuan e-kasih umpamanya. Ramai yang tak patut dapat, dapat. Sementara yang patut dapat, melepas. Dan banyak lagi karenah yang menyebabkan imej Lim Guan Eng naik di mata wergatua...

Friday, November 21, 2008

Sah ! Ada Lawan...

Canteeeek...macam tu la yg kita mau, yg kita tunggu2. Lawan jgn tak lawan !

Makcik Pidah kita ni sudah lama duduk situ, sampai masanya untuk dia b'undur, bg chance org lain pula duduk situ. Mana boleh kita dengar mulut laser dia aja, nak juga kita dengar suara Datuk Seri.

Ni mcm nak lagi duduk situ utk 3 bulan, alasan utk perpaduan wanita, tidak munasabah sungguh! Mcm ada hati nak jadi Menteri lagi ka?

Datuk Seri pula, bila duduk situ, jgn lama sangat sampai bkurun, sampai masa bagi la org lain pulak. Bg chance org lain juga, klu tidak nanti Datuk Seri pun kena tolak mcm Makcik Pidah kita.

Satu lagi, cuba Datuk Seri 'nasihatkan' kawan2 kita tu supaya tutup aurat, kalau nak pakai tudung tu jgn la nampak jambul. Buat malu ja dgn anak2 kita yg elok pakai tudung. Ada tu pangkat nenek sudah, masih perasan sweet 17!

Ops sorry Datuk...bukan nak menyindir, Datuk tu pun pakai la elok2!

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin