Search This Blog

Showing posts with label PPSMI. Show all posts
Showing posts with label PPSMI. Show all posts

Tuesday, July 14, 2009

Apa Jadi Pelajar Kita?


Salam,


Lupakan seketika PRK Manek Urai, pasti malam ini keputusannya akan diketahui. Sama ada pengundi di sana memilih janji pembangunan yang memang sudah terbukti atau kekal dengan keadaan sedia ada.


Redakan sekejap kecoh 100 hari DS Najib sebagai PM dan 11 komitmen beliau untuk rakyat. 100 hari rasanya bukanlah waktu yang mencukupi untuk melakukan semua bagi memuaskan semua pihak...tentu ada sahaja yang berasa tidak puas hati. Siapa dalam dunia ini yang mampu melakukannya, sedang Lim Guan Eng yang mahu mencontohi Khalifah Umar Abdul Aziz pun terpaksa berdepan dengan penduduk Kg Buah Pala!


Lupakan sejenak polemik PPSMI, keputusan sudah pun dibuat. Tidak difahami apa lagi yang mahu dicari? Buat salah, tidak buat pun salah. Mundurkah pelajar Malaysia jika tidak belajar Matematik dan Sains bukan dalam BI?


Perhatikan laporan di atas! Apa sudah jadi dengan pelajar kita? Mungkin anda ada pandangan?

Friday, July 10, 2009

PPSMI: Idea Untuk GMP...


Salam,


Berkaitan PPSMI, seorang kawan memberikan satu idea yang baik. Dia setuju PPSMI dihentikan pada tahun 2012. Tabik untuk usaha Gerakan Mansuhkan PPSMI ( GMP ), katanya. Keputusan ini adalah kejayaan semua pihak – kerajaan dan rakyat, bukan GMP sahaja yang layak diberikan kredit.


Menurut kawan ini, GMP tidak harus berhenti bila PPSMI ini dihentikan. Ada perjuangan yang lebih besar dituntut dari GMP.


Jika GMP sanggup mengumpul tenaga berdemonstrasi dan melakukan usaha berterusan menentang penggunaan Bahasa Inggeris dalam pengajaran Matematik dan Sains, sewajarnya GMP juga sanggup bangun menentang penggunaan bahasa lain selain Bahasa Melayu dalam pengajaran di sekolah.


Jika GMP boleh mengusung keranda sebagai simbolik matinya BM di negara ini apabila BI digunakan dalam Mate dan Sains, bukankah keranda lebih besar kena disediakan oleh GMP apabila bahasa lain terus digunakan di sekolah jenis kebangsaan, bukan sahaja dalam Mate dan Sains tetapi semua subjek lain – kecuali BM.


Jika GMP termasuk barisan Sasterawan Negara bangkit menentang PPSMI kerana bertentangan dengan Perkara 152 Perlembagaan Negara, penggunaan bukan BM dalam urusan rasmi termasuk pengajaran di sekolah juga wajar ditentang GMP kerana ia juga berlawanan dengan Perkara 152.


Jika GMP boleh turun dan turut serta berkempen di pentas pembangkang dalam PRK lalu menyatakan tentangan, mungkin di Manek Urai GMP juga boleh berkempen menyatakan sokongan kepada keputusan kerajaan ini, supaya tanggapan GMP didalangi pembangkang dapat dinafikan!


Jika GMP boleh mengatur tentangan kepada PPSMI, maka apabila PPSMI dihentikan semestinya GMP juga boleh mengaturkan sokongan kepada pemberhentian ini, serta boleh mencadangkan idea bernas memperkasa BI, supaya anak Melayu terutama di luar bandar tidak terus ketinggalan.


Mari ramai-ramai kita sampaikan idea ini kepada GMP. Mungkin nama GMP ini pun boleh diubah…Gerakan Menyokong Pemberhentian PPSMI ( GMPP ).


Wednesday, July 8, 2009

Apa Yang Berlaku Hari Ini?

( gambar hiasan: Micheal Jackson selamat disemadi )

Salam,


Dua peristiwa penting bakal berlaku hari ini, 8 Julai 2009. Perkembangan kedua-dua peristiwa ini pasti menarik perhatian semua rakyat Malaysia.


Sebelah pagi…Perbicaraan tuduhan liwat ke atas DS Anwar Ibrahim akan bermula di Mahkamah Tinggi, Jalan Duta. Bermulanya perbicaraan ini, maka bermulalah proses keadilan, bukan sahaja untuk Ketua Pembangkang malah untuk Saiful Bukhari sebagai pengadu @ mangsa.


Siapa yang benar? Mahkamah adalah platform yang paling sesuai untuk menafikan tuduhan liwat ini dan untuk Saiful mengemukakan bukti.


Di sebalik riuh-rendah KEJAM mengatakan tuduhan ini cuma konspirasi, harus diingat hak mendapat perlindungan dan keadilan untuk Saiful Bukhari juga mesti ditegakkan!


Sebelah petang…Kabinet akan membincangkan masa depan PPSMI, sama ada diteruskan atau dihentikan sahaja. Dijadualkan TPM TS Muhyiddin Yasin akan mengumumkan keputusan kerajaan berkaitan kemelut ini selepas mesyuarat cabinet berakhir.


Keputusan kerajaan berkaitan PPSMI sangat ditunggu oleh semua peringkat rakyat jelata. Harapnya, apa pun keputusan yang diumumkan nanti, adalah keputusan yang terbaik untuk menfaat seluruh pelajar Malaysia.


Sama ada pagi @ petang, kedua-dua peristiwa yang bakal berlaku hari ini pasti akan diingati dan ditulis dalam tinta sejarah Negara.


Mungkinkah peristiwa yang berlaku hari ini bakal merubah lanskap politik dan dunia pendidikan tanahair?....Kita tunggu!


Tuesday, March 10, 2009

Hello, Boleh Minta Tolong Sikit...!!!

Salam,

Rasanya, amat jarang minta tolong, bukan tidak perlu tp setakat ni belum ada keperluan untuk minta tolong. Cuma kali ni, rasanya tiada pilihan lagi. Mau tak mau mesti minta tolong juga...

Ala bukan selalu, kali ni saja. Pertolongan yg diminta ni pun bukannya besar sangat. Bukan nak pinjam duit...bukan juga nak minta belanja makan. Pertolongan yang diminta, rasanya kecik sangat...

Ya, minta tolong hal seciput jak...khusus utk saudara-saudara seIslam dan sebangsa, kali ini betul-betul nak minta tolong.

Kita minta tolong supaya isu bahasa, isu PPSMI ni tidak dipolitikkan. Tidak dihuru-harakan dgn demonstarasi jalanan yg sangat tidak perlu.

Kita faham kalau para pejuang bahasa menentang PPSMI...kita faham kalau mereka mhantar memorandum ke Istana Negara. Kita memahami hasrat mereka yg tidak bsetuju lagi dgn pelaksanaan PPSMI.

Cuma kita gagal memahami mengapa perlunya perarakan, demo dan provokasi kpd pihak bkuasa...serta kita juga tidak memahami apa alasan parti politik spt PAS dan PKR, mjadikan pjuangan mdaulatkan bahasa kebangsaan dlm pengajaran Sains dan Matematik ini, sbg modal utk kepentingan politik mereka.

Harus diingat, isu bahasa dan PPSMI ini amat dekat di hati rakyat Malaysia yg patriotik tanpa mengira fahaman politik mereka. Pjuangan mdaulatkan bahasa ni bukan hak milik mutlak pembangkang saja!

Di pihak kerajaan pula, sewajarnya keputusan bkaitan PPSMI lebih elok disegerakan. Jika diteruskan, umumkan..atau jika dihentikan, umumkan juga. Semakin lambat keputusan ini dibuat, semakin rancak pihak pembangkang menangguk di air keruh. Tolong juga kpd pimpinan kerajaan, jgn mpolitikkan keputusan PPSMI ni..Btindaklah segera mdengar suara rakyat.

Sebab tu, wajar bagi kita utk minta tolong...TOLONG JANGAN POLITIKKAN PERJUANGAN MDAULATKAN BAHASA KEBANGSAAN NI!

Saturday, December 20, 2008

PPSMI : GPMS SOKONG DIHENTIKAN

Salam,

GPMS dalam Persidangan Agung Tahunan Kali Ke-54, setelah dibahaskan dengan cukup 'hangat', dan selepas dilakukan pengundian, bersetuju untuk menyokong supaya Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris ( PPSMI ), dihentikan menjelang tahun 2010.

Keputusan GPMS ini amat bersesuaian dengan pandangan pelbagai pihak, termasuk NGO, blogger dan kajian pakar yg menunjukkan kelemahan dasar ini selepas dilaksanakan lebih kurang 6 tahun lalu.

Secara peribadi, saya berpendapat PPSMI ni niatnya 'baik' tetapi banyak perkara yg perlu 'diperbaiki'. Tujuan untuk mbaiki penguasaan BI di kalangan pelajar Melayu, tbantut dengan pelaksanaan yg agak tgesa-gesa, dengan psediaan yg kurang rapi sehingga blaku guru mengajar sains dan matematik dalam bahasa rojak: guru bingung, pelajar lagi la bingung!

Walau bagaimanapun, niat murni untuk mbaiki penguasaan BI di kalangan pelajar sewajarnya tidak dihentikan. Mungkin pdekatan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Inggeris boleh dipbaiki dan dikembangkan mjadi satu subjek menarik.

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin