Search This Blog

Monday, December 15, 2008

Jangan Takut Pembangkang!

Salam,

Maka bkatalah TS Muhammmad Muhd Taib, calon Tim. Presiden supaya segala para jentera parti di PRK K.Terengganu nanti, jangan takut pembangkang.

Maka kita pun amat setuju dengan Tan Sri, memang kita sangat tidak boleh takut kepada pembangkang. Seluruh jentera parti wajib untuk berani berdepan bukan saja dengan pembangkang, malahan dengan siapa-siapa saja hatta calon bebas.

Cuma satu ja yang kita wajib bjaga-jaga dan sentiasa waspada, bukan takut tapi b'ingat-ingat. Supaya semua kita sentiasa bsiap siaga, jangan nanti kalah baru menyesal.

Apa dia? Bukan pembangkang, bukan calon bebas, tp orang kita sendiri, ahli parti kita. Bukannya orang lain pun. Ini yang lebih merbahaya. Musuh dalam selimut, gunting dalam lipatan.

Kalau orang lain senang sikit kita kenal. Pasti ada lambang parti di baju, topi atau di mana-mana. Dari cara bcakap, cara bjalan, cara bpakaian dsb pun kita kenal dia dari parti mana. Yang ni senang kita jaga. Kalau sudah tidak boleh, penyokong tegar, kita biarkan ajalah.

Yang kita takut kalau dari parti kita sendiri, ini yang merisaukan kita. Sebelum ni pun banyak sudah blaku, hingga dlm PRU lalu kita kalah di banyak tempat, hilang 5 + 1 negeri. Bukan kerana pembangkang kuat pun.

Friday, December 12, 2008

Terima Kasih Panglima!

Salam,

Ucapan terima kasih Istimewa Khas untuk Panglima Perang Cyber yg masukkan blog ini dlm bloglist Bloggers Pembela Negara.

Tahniah juga utk team BPN yg telah b'usaha mjadikan alam siber sbg satu medium mnyatakan dan mptahankan kebenaran di bumi tercinta ini. Semoga usaha team ini akan mbuahkan hasil. Sebagai ahli BPN saya akan sentiasa menyokong sebarang usaha BPN memerangi fitnah, sangka jahat dan tohmahan pihak yg 'jahat' @ Laknatullah @ Haram Jadah !

Kepada Sang Tawal, teruskan usaha murni anda. Semoga mereka sedar kesucian Islam dan tidak bsikap kurang ajar!

Untuk semua, khusus umat Melayu/Islam, ini adalah signal, janganlah asyik politik saja!

Wednesday, December 10, 2008

Ingin Perubahan? Pakailah Basikal!

Sekarang ni macam-macam ada...

Ada la pulak sekumpulan manusia, atas nama rakyat tertindas, guna budak sekolah, mengayuh basikal satu Malaya untuk menuntut dgn kerajaan beberapa perkara. Katanya, kerana rakyat tertindas...

Aik sudah tiada kerja lain ka? Kalau org kg yg x sekolah nak buat kerja 'palui' ni, ok la juga...kita faham. Tp yg kita x faham, Ahli Parlimen pun tlibat sama. Oi kawan, masa psidangan Dewan Rakyat ari tu apa yg ko buat...tidur ka?

Sbg Ahli Parlimen, ada banyak ruang utk menyampaikan suara hati rakyat. Nama pun wakil rakyat, jd memang boleh MP bsuara. Bukannya dengan berbasikal untuk cari glamour!

Perubahan? Ya semestinya kita menyokong sebarang usaha perubahan yg mbawa kebaikan, tidak kira siapa penganjurnya. Cuma yg kita tidak setuju janganlah guna budak sekolah. Kalau mau menJERIT pun, menjeritlah, tp jgnlah menyusahkan org lain dan pasukan keselamatan. Bangang!

Palui = Gila

Monday, December 8, 2008

BENCANA DI SARAKUL, THAILAND!

Piala AFF : Vietnam 3 Malaysia 2

Rasa malas nak tulis, nak komen pasal bolasepak Malaysia ni. Tp kerana dah tlanjur menonton aksi lembik pasukan negara td, rasa nak ‘tmuntah’ tu biarlah diluahkan disini.

Apa yg mbezakan pasukan negara dgn Vietnam ialah permainan dan kesungguhan. Ketika Vietnam mempamerkan permainan menarik, kemas dan menghiburkan, pasukan kita pula seperti tiada arah. Sekejap mjadi spt England dgn larian sayap, sekejap spt ’Brazil’ samba yg tidak mjadi, sekejap mjadi spt tah apa-apa tah!

Beza pemain kita dgn pemian Vietnam pula ialah kesungguhan. Dgn saiz yg yg lebih kurang sama, pemain Vietnam lebih pantas dan nampak lebih bsungguh-sungguh. Pemain kita pula lebih dilihat spt seorang selebriti, gaya artis gitu. Ronaldinho dan Beckham bgaya juga melalui rambut namun selepas durang dikenali di seluruh dunia.

Hairannya, kalau di England pemain negara mereka didominasi pemain drd kelab tnama spt MU, Liverpool, Chelsea, Arsenal dsb. Tp di Malaysia, pemain Kedah – sbg pasukan top ketika ini - cuma ada Helmi Heliza Alias ( pjaga gol paling lawak dlm dunia ? ), dan Khril Muhaymeen sbg gantian.Yg lain drpd kelab bawahan.

Kalau la aku coach ( konon ganti Sathianathan yg blum ‘layak’ jtu ) pemain spt Zaidil Aquan, Amirul Hadi, Hairudin Omar, Helmi Alias tu memang tidak merasalah menyarung jersi negara – yg tidak cantik tu. Ada blambak lagi pemain yg boleh diketengahkan. FAM tolonglah cari jurulatih bkaliber, lepas tu bagilah dia masa memajukan bolasepak kita. Janganlah harap merubah bolasepak kita dlm masa 1-2 tahun, lepas tu ganti la pula.Sampai ke sudah kerja kita btukar jurlatih aja, bola kita macam tu juga…

Rasanya pemimpin dan pegawai FAM kena pegi Thailand, belajar mcmana cara durang majukan bola durang. Atau, belajar drpd Vietnam, negara yg pulih dari peperangan, boleh kalahkan pasukan kita. Atau rombaklah sekali lagi FAM, biarlah bola dipimpin oleh orang yg ‘faham’ dgn bola atau bekas pemain, bukan oleh ‘orang polo’.

Nak juga dengar apa pula alasan FAM kali ni….



Sunday, December 7, 2008

Salam AidilAdha

Salam,

Hadis: Tidak ada satu amalan anak Adam pd hari Nahar ( hari menyembelih binatan korban ) yg lebih disukai Allah selain daripada menyebelih korban. Korban itu pd hari Kiamat akan dtg sebagaimana pd hari penyembelihannya, yakni cukup segala anggotanyadgn tanduknya,kuku-kukunya dan bulu-bulunya. Darah korbanitu, sebelum jatuh ke bumi terlebih dahulu jatuh di suatu tempat yg telah disediakan Allah. Sebab itu, bersenanglah kamu dgn ibadah korban itu. ( HR At-Tirmizi dan Ibnu Majah )

Firman Allah : Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yg sampai kepadanya ialah amal yg ikhlas dan berdasarkan takwa kamu. ( Al-Hajj: 37 )

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA
untuk semua rakyat Malaysia!

Saturday, December 6, 2008

Kalaulah Semua Macam Ni...Kan Senang!

Dilaporkan Persatuan Kereta Sewa Beaufort secara sukarela telah menurunkan caj tambang perjalanan Beaufort-Kota Kinabalu, drpd RM 19.40 ke RM 15.00 berkuatkuasa kelmarin.

Alasan yg diberikan ialah : penurunan harga minyak ketika ini, disamping membantu para penumpang mereka yg majoritinya penduduk berpendapatan rendah.

Baguslah, tindakan begini memang wajar kita sokong. Kalaulah semua peniaga dan pembekal perkhidmatan bfikir macam ni, senanglah kita semua rakyat Malaysia. Masalahnya, ramai yg bsikap tunggu arahan, tunggu kena ketuk!

Harga minyak sudah turun beberapa kali, harga barang masih macam tu jugak. Baru-baru ni berbual dgn seorang taukeh, kenapa harga barang masih belum turun. Jawapannya, barang masih stok lama. Saya kata: naik bukan main cepat, turun apasal lambat?

Friday, December 5, 2008

Jangan Biar Ayah Pin Bertanding!

Salam,

Disahkan PRK Parlimen Kuala Terengganu akan diadakan pd 17 Januari 2009 dgn pnamaan calon pd 6 Januari 2009.

Wah, meriah la K.Terengganu kali ni, sah memang ramai yg turun padang bkempen. Tentu ramai yg sibuk, yg menyibuk pun ramai.

Tapi ingatan utk ahli Umno, datang kempen untuk menangkan calon Umno nanti, bukan nak kempen utk diri sendiri atau 'kuda' sendiri pulak!

Gunakanlah tempoh yg ada utk menawan hati pengundi memilih Umno-BN, sebab majoriti pilihanraya lalu tu pun bukannya banyak mana.

Untuk SPR pula, jgn biar Ayah Pin btanding, kacau kita nanti!

Wednesday, December 3, 2008

Siapa Lagi Selepas Zaid Ibrahim?

Salam,

Datuk Zaid Ibrahim sah sudah dipecat dari Umno. Alasan : Dia hadir ke Konges PKR, parti yg bhasrat menubuhkan Kerajaan Pintu Belakang.

Selepas ini, siapa lagi agaknya yg akan dipecat? Kita mencadangkan supaya ahli Umno yg mencemarkan imej parti juga wajar dipecat.

Antaranya, ahli Umno di Tenom, di Seremban, di Rantau Panjang, di Pasir Mas, dan di Segamat. Mungkin ada banyak lagi di tempat lain.

Ahli-ahli sebegini 'wajib' dipecat sebab durang mencemarkan imej parti. Orang dulu sanggup 'bermandi darah' untuk berjuang melawan penjajah dan komunis, hari ni durang bergaduh kerana berebut jawatan dan ketaksuban kepada pemimpin tertentu.

Kita percaya Umno akan lebih dihormati dengan ahli yg bkualiti walaupun sedikit daripada ramai bjuta-juta tapi tiada 'semangat'. Asyik fikir nak cari laba ja!

Monday, December 1, 2008

Bukan 100,000 Tapi 3 Juta

TS Muhyidin Yasin dilaporkan mencadangkan beberapa perkara, seperti yg dilaporkan Utusan Malaysia. Sebagai jawapan, biar kita cadangkan beberapa perkara juga :

1. Pemilihan pimpinan tertinggi Umno bukan sahaja dipilih oleh 2500 orang pwakilan spt sekarang atau 100 000 ketua cawangan, tapi biarlah dipilih oleh 3 juta ahli Umno. Macamana cara? Pilihanraya umum yg lebih ramai boleh dilaksanakan mengapa tidak untuk 3 juta ahli Umno. Sebab memilih pemimpin Umno adalah memilih pimpinan negara dan tidaklah adil untuk ditentukan oleh 6 pimpinan utama bahagian dan G7.

2. Hapuskan sistem kouta, ya kita sangat setuju dgn idea ini kerana tnyata sistem ini mjadi kudis dalam Umno. Ramai yg mjadi mangsa akibat sisitem yg tidak demokratik ini, ketuanya tentulah Datuk Zaid Ibrahim yg hadir ke Kongres PKR. Mungkin kehadiran beliau ada kaitan dgn kes 'tidak cukup pencalonan' di bahagian Kota Bharu? Ini kena tanya beliau sendiri!

3. Penubuhan jawatankuasa pemilihan yg berfungsi spt SPR adalah amat dialu-alukan. Biar pemilihan di semua perngkat : cawangan, bahagian dan pusat dilaksanakan dengan adil dan saksama. Biar kelihatan tiada ahli yg t'aniaya dan dinafikan hak serta dapat btanding dgn baik.

4. Kenyataan DS Tg Adnan Tg Mansor. SUA Umno bahawa daripada 1000 aduan politik wang, 75% adalah palsu. Kita nak tanya satu ja, mcmana DS tahu ia palsu kalau ia tidak disiasat?

Cadangan tambahan, minta TS Muhyidin kemukakan nanti:

1. Pengerusi perhubungan negeri juga hendaklah dipilih, bukan spt sekarang yg dilantik, yg kbiasaannya KM/MB. Sesiapa yg tpilih dan menang, barulah kita tahu dia pemimpin yg 'jantan' di sesebuah negeri.

2. Tetapkan had umur 40 tahun untuk jawatan Ketua Pemuda Umno Pusat, bukan spt sekarang 'orang tua' pun boleh btanding dan memimpin pemuda. Kadang-kadang kita di bawah ni pun kurang faham, nama pemuda tapi calon umur lebih 40 tahun.

3. Diharapkan dgn tlibatnya ahli Umno akar umbi di peringkat cawangan utk pemilihan pemimpin utama parti maka ahli akan terasa pengelibatan mereka. Bukan seperti sekarang, ahli cuma aktif 3/4 tahun sekali semasa pemilihan atau semasa Pilihanraya.

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin