Search This Blog

Tuesday, July 21, 2009

Masih Ada Tidak Kena Dengan Gambar Ni?


Salam,

Selepas tersiar gambar Nizar menyertai upacara vigil bersama pimpinan DAP di Ipoh, ramai yang memberi komen. Tidak salah memberi komen, yang salahnya komen keluar tajuk!

Di pihak Umno, tindakan Nizar ini nyata salah. Ada saja alasan yang diberi untuk menyalahkan Nizar. Ini biasa... atas sifat berlainan parti. Umno vs PAS.

Penyokong PAS tentu sahaja mempertahankan pimpinan dan YB PAS ini. Pelbagai alasan diberi mewajarkan perlakuan Nizar ini. Ini juga biasa...cemuhan umno mesti dijawab kerana perlawanan parti. PAS vs Umno.

Cuma jawapan penyokong Nizar ( dan PAS juga ) nampak tidak meyakinkan. Bukan pula menjawab soalan, tapi memberikan soalan. Dengan kata lain menegakkan benang basah!

Yang lagi pelik ada pula blogger PAS yang tidak setuju dengan Nizar dan amalan ini. Bukan sebab Umno atau apa sahaja, kalau ia tidak 'manis' di sisi agama, takkan nak setuju juga!

Seharusnya perkara begini dilihat melampaui politik kepartian. Bukan soal PAS atau Umno, tapi soal kesucian Islam. Salahkah simpati? tapi janganlah sampai nak ikut telunjuk buat apa yang tak perlu!

Ah kita tunggu ajalah fatwa pimpinan tertinggi PAS, kalau ulama yang lain bagi fatwa nanti kena gelar terompah kayu pulak...

Monday, July 20, 2009

Apa Yang Tidak Kena Dengan Gambar Ni?



Salam,

Gambar ini sudah dipaparkan di blog Parpu Kari dan Tok Rimau. Melihat gambar ni, kelihatan ada sesuatu yang tidak kena!

Rasanya, atas dasar kemanusiaan tidak salah untuk bersimpati dengan kematian seorang anak muda bernama Teoh Beng Hock. Namun, janganlah kerana hendak sangat mengambil hati sehingga perlu melakukan ritual sebegini!

Perlukah ditubuhkan Suruhanjaya Diraja?

Apalah nak jadi dengan kita rakyat Malaysia, politik bukan lagi untuk orang yang hidup. Orang mati pun terpaksa dipolitikkan demi kerakusan mengajar kuasa!

Friday, July 17, 2009

Siasat...Jangan Politikkan!

Salam,

Kematian 'mengejut' Setpol Exco DAP Selangor, pasti akan menjadi berita sensasi seluruh negara dalam tempoh terdekat ini.

Pasti banyak persoalan yang timbul daripada insiden ini. Semua orang berhak bertanya mengapa dan bagaimana insiden ini boleh berlaku? Penjelasan yang diberi setakat ini, mungkin jauh daripada memuaskan semua pihak!


Kita menyokong sepenuhnya jaminan pihak Polis untuk menjalankan siasatan dengan adil dan tidak akan menyembunyikan apa-apa maklumat berhubung kejadian ini. Siasatan menyeluruh terhadap kes ini harus dilaksanakan segera supaya 'misteri' yang menyelubungi kejadian ini juga dapat dirungkai segera!

Sambil kita mengucapkan takziah kepada keluarga dan tunang mendiang, kita juga berharap supaya kes ini tidak dipolitikkan oleh pihak berkepentingan. Biarlah politik dikaitkan dengan orang yang hidup, janganlah kematian juga dijadikan modal meraih sokongan!
Janganlah ada pihak yang menangguk di air keruh...

Thursday, July 16, 2009

MU : Senyum Dalam Duka...

Salam,


PAS terus mengekalkan dominasi di Manek Urai. Berbanding PRU 12, majoriti PAS berkurangan. Kali ini, PAS cuma menang dengan kelebihan 65 undi.


Walaupun tewas, Tuan Aziz Tuan Mat dan seluruh jentera Umno di Manek Urai boleh tersenyum puas. Hasil usaha gigih selama dua minggu lalu berbaloi, dapat mengurangkan majoriti pun bolehlah dikira satu kejayaan.


Namun jentera Umno keseluruhannya, khusus Umno Kelantan tidak harus berpuashati. Kerja baik yang ditunjukkan di Manek Urai wajar diteruskan. Pendekatan berhemah dan mesra mendekati rakyat janganlah dihentikan. Sambil tu, TS Muhyiddin kena terus mencari 'wow' faktor!


Pada peringkat ini, Umno janganlah leka bersorak gembira. Masih banyak yang perlu dilakukan. Usaha transformasi hendaknya diteruskan, demi memastikan momentum sokongan rakyat berterusan.


Dalam berduka tewas, Tuan Aziz bolehlah tersenyum. Dapat menumpulkan keegoan PAS yang mendabik dada, mampu menang mudah. Rupanya, PAS tidaklah sekuat mana!


Bermula sekarang, Tuan Aziz teruskan usaha mendekati rakyat. Segala janji ditabur haruslah dipenuhi. Mungkin jambatan baru boleh dibina sebagai 'hadiah' kepada Manek Urai, sebagai tanda keikhlasan kerajaan pimpinan Umno mendahulukan rakyat!


Manalah tahu cahaya kemenangan bersinar pada PRU13 nanti ...


Tuesday, July 14, 2009

Apa Jadi Pelajar Kita?


Salam,


Lupakan seketika PRK Manek Urai, pasti malam ini keputusannya akan diketahui. Sama ada pengundi di sana memilih janji pembangunan yang memang sudah terbukti atau kekal dengan keadaan sedia ada.


Redakan sekejap kecoh 100 hari DS Najib sebagai PM dan 11 komitmen beliau untuk rakyat. 100 hari rasanya bukanlah waktu yang mencukupi untuk melakukan semua bagi memuaskan semua pihak...tentu ada sahaja yang berasa tidak puas hati. Siapa dalam dunia ini yang mampu melakukannya, sedang Lim Guan Eng yang mahu mencontohi Khalifah Umar Abdul Aziz pun terpaksa berdepan dengan penduduk Kg Buah Pala!


Lupakan sejenak polemik PPSMI, keputusan sudah pun dibuat. Tidak difahami apa lagi yang mahu dicari? Buat salah, tidak buat pun salah. Mundurkah pelajar Malaysia jika tidak belajar Matematik dan Sains bukan dalam BI?


Perhatikan laporan di atas! Apa sudah jadi dengan pelajar kita? Mungkin anda ada pandangan?

Monday, July 13, 2009

Rehat la dulu...


Salam,

Pagi Isnin yang damai ni, kita rehatkan minda dari berfikir dan berdiskusi soal sosio-politik negara yang tidak pernah berhenti 'berdenyut'....

Ada satu teka-teki komedi, sambil menguji sambil membuat jenaka.

Suatu hari, 3 ekor lembu anak beranak melintas jalanraya yang sibuk. Dalam kesibukan jalanraya yang dipenuhi kenderaan lalu lalang, 3 ekor lembu teringin makan rumput yang segar di seberang sana.

Ketika melintas, tiba-tiba datang sebuah lori trailer. Maka menjeritlah ibu lembu, mengingatkan anaknya: " cepat lari, ada lori, mati kita 17 anak beranak kena langgar!"

Semua lembu selamat, pemandu lori sempat membrek. Soalnya, kenapa ibu lembu menjerit 17 anak beranak, sedang mereka cuma bertiga?

Tahu jawapannya?...tentulah lembu tidak tahu mengira. Orang dulu-dulu berkata, bodoh seperti lembu! Kebodohan dikaitkan dengan lembu.

Janganlah sekarang pun ada juga yang macam lembu ni!

Saturday, July 11, 2009

Memang Tidak Layak Jadi Werganegara!!!

Salam,

N.Manoharan terus menerus mengemukakan permohonan. Sebelum ini, Manoharan memohon supaya Pertubuhan Pribumi Perkasa ( Perkasa ) pimpinan YB Ibrahim Ali diharamkan. Alasannya, pertubuhan ini dikatakan rasis.

Semenjak keluar dari tempoh rehat di Kemunting, nampaknya Manoharan semakin aktif. Kali ini dia memohon supaya werganegara bukan bumiputera yang lahir selepas 31 Ogos 1957, diberi taraf bumiputera.

Hebatnya Manoharan ni apabila dia tidak akan memakai songkok dalam upacara rasmi, selagi taraf bumiputera tidak diberi.

Sebagai werganegara, sebagai pemimpin bertaraf ADUN, Manoharan wajar mengemukakan permohonan. Sama ada permohonannya dilayan, dipertimbang atau ditolak, itu soal lain.

Kerajaan pula rasanya perlu melihat permohonan Manoharan ini. Terpulanglah kepada pihak berwajib untuk menentukan status permohonan Manoharan ini. Namun, sebelum kabinet membincangkan permohonan Manoharan ini, wajar pandangan Prof. Khoo Kay Kim ini diambil kira.

Rasanya, pandangan Prof. Khoo inilah jawapan yang paling tepat untuk permohonan Manoharan ini. Tiada jawapan lain yang wajar dan elok untuknya. Bukan untuk Manoharan sahaja, untuk yang simpati dengan Manoharan juga!

Untuk orang seperti mereka ini...inilah jawapan yang paling sesuai!

Friday, July 10, 2009

PPSMI: Idea Untuk GMP...


Salam,


Berkaitan PPSMI, seorang kawan memberikan satu idea yang baik. Dia setuju PPSMI dihentikan pada tahun 2012. Tabik untuk usaha Gerakan Mansuhkan PPSMI ( GMP ), katanya. Keputusan ini adalah kejayaan semua pihak – kerajaan dan rakyat, bukan GMP sahaja yang layak diberikan kredit.


Menurut kawan ini, GMP tidak harus berhenti bila PPSMI ini dihentikan. Ada perjuangan yang lebih besar dituntut dari GMP.


Jika GMP sanggup mengumpul tenaga berdemonstrasi dan melakukan usaha berterusan menentang penggunaan Bahasa Inggeris dalam pengajaran Matematik dan Sains, sewajarnya GMP juga sanggup bangun menentang penggunaan bahasa lain selain Bahasa Melayu dalam pengajaran di sekolah.


Jika GMP boleh mengusung keranda sebagai simbolik matinya BM di negara ini apabila BI digunakan dalam Mate dan Sains, bukankah keranda lebih besar kena disediakan oleh GMP apabila bahasa lain terus digunakan di sekolah jenis kebangsaan, bukan sahaja dalam Mate dan Sains tetapi semua subjek lain – kecuali BM.


Jika GMP termasuk barisan Sasterawan Negara bangkit menentang PPSMI kerana bertentangan dengan Perkara 152 Perlembagaan Negara, penggunaan bukan BM dalam urusan rasmi termasuk pengajaran di sekolah juga wajar ditentang GMP kerana ia juga berlawanan dengan Perkara 152.


Jika GMP boleh turun dan turut serta berkempen di pentas pembangkang dalam PRK lalu menyatakan tentangan, mungkin di Manek Urai GMP juga boleh berkempen menyatakan sokongan kepada keputusan kerajaan ini, supaya tanggapan GMP didalangi pembangkang dapat dinafikan!


Jika GMP boleh mengatur tentangan kepada PPSMI, maka apabila PPSMI dihentikan semestinya GMP juga boleh mengaturkan sokongan kepada pemberhentian ini, serta boleh mencadangkan idea bernas memperkasa BI, supaya anak Melayu terutama di luar bandar tidak terus ketinggalan.


Mari ramai-ramai kita sampaikan idea ini kepada GMP. Mungkin nama GMP ini pun boleh diubah…Gerakan Menyokong Pemberhentian PPSMI ( GMPP ).


Thursday, July 9, 2009

Alangkah Bertuah Bukan Rakyat Xinjiang!


Salam,


Melihat keganasan dan perbalahan etnik di wilayah Xinjiang, China, antara minoriti Uighur dan majoriti Han, terfikir seketika satu perkara...alangkah untung dan bertuahnya lahir, menetap dan menjadi rakyat Malaysia.


Tidak dapat digambarkan jika lahir di Xinjiang, apalagi lahir sebagai etnik Uighur. Pasti hidup tidak aman dan tidak selesa, terjebak dalam 'penindasan' etnik majoriti. Sudahlah susah tidak dibantu, ditindas pula!


Keadaan malang berterusan apabila tidak diberi peluang dalam pelbagai bidang, khususnya peluang perniagaan. Ekonomi Xinjiang dikuasai etnik Han dan etnik Uighur menjadi etnik terpinggir.


Berbeza di Malaysia...


Aman sentosa, harmoni, makmur, segala peluang terbuka luas. Selagi tidak melanggar undang-undang, semu rakyat diberi kebebasan, bebas melakukan apa sahaja. Kebebasan bercakap membolehkan werganegara bebas bercakap apa sahaja, sekalipun ia mengguris orang lain.


Di bidang perniagaan, siapa yang berusaha lebih mampu menjadi kaya raya. Semua orang mampu menjadi jutawan, asalkan kena gaya. Tidak kira etnik apa sekalipun, tiada siapa yang terpinggir. Malahan etnik minoriti menguasai beberapa bidang, khususnya ekonomi melebihi kaum majoriti.


Cuma yang tidak difahami, di negara ini masih ramai yang tidak berpuashati...malah ada yang tergamak menyalakan api perkauman, berlagak hero demi survival masing-masing. Sudah diberi betis, hendak peha lagi!


Demi menawan hati para pengundi, demi memenangi kerusi pilihanraya, demi merebut kuasa, segelintir rakyat Malaysia leka dengan nikmat hidup di Malaysia. Ada yang sanggup menghina dan mencerca orang lain, cuba merobohkan asas yang telah dibina pemimpin terdahulu!


Mungkinkah apa yang berlaku di Xinjiang boleh berlaku di Malaysia? Jawapannya ada di tangan kita...


Wednesday, July 8, 2009

Apa Yang Berlaku Hari Ini?

( gambar hiasan: Micheal Jackson selamat disemadi )

Salam,


Dua peristiwa penting bakal berlaku hari ini, 8 Julai 2009. Perkembangan kedua-dua peristiwa ini pasti menarik perhatian semua rakyat Malaysia.


Sebelah pagi…Perbicaraan tuduhan liwat ke atas DS Anwar Ibrahim akan bermula di Mahkamah Tinggi, Jalan Duta. Bermulanya perbicaraan ini, maka bermulalah proses keadilan, bukan sahaja untuk Ketua Pembangkang malah untuk Saiful Bukhari sebagai pengadu @ mangsa.


Siapa yang benar? Mahkamah adalah platform yang paling sesuai untuk menafikan tuduhan liwat ini dan untuk Saiful mengemukakan bukti.


Di sebalik riuh-rendah KEJAM mengatakan tuduhan ini cuma konspirasi, harus diingat hak mendapat perlindungan dan keadilan untuk Saiful Bukhari juga mesti ditegakkan!


Sebelah petang…Kabinet akan membincangkan masa depan PPSMI, sama ada diteruskan atau dihentikan sahaja. Dijadualkan TPM TS Muhyiddin Yasin akan mengumumkan keputusan kerajaan berkaitan kemelut ini selepas mesyuarat cabinet berakhir.


Keputusan kerajaan berkaitan PPSMI sangat ditunggu oleh semua peringkat rakyat jelata. Harapnya, apa pun keputusan yang diumumkan nanti, adalah keputusan yang terbaik untuk menfaat seluruh pelajar Malaysia.


Sama ada pagi @ petang, kedua-dua peristiwa yang bakal berlaku hari ini pasti akan diingati dan ditulis dalam tinta sejarah Negara.


Mungkinkah peristiwa yang berlaku hari ini bakal merubah lanskap politik dan dunia pendidikan tanahair?....Kita tunggu!


Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin