Search This Blog

Thursday, October 15, 2009

Sertai Pindaan Dengan Perubahan Sikap dan Minda...


Salam,

Pindaan perlembagaan Umno hari ini selesai sudah dengan persetujuan sebulat suara oleh para perwakilan. Dilaporkan, pindaan yang dicadangkan diterima tanpa perbahasan.

Yang menjadi cabaran bagi Umno selepas ini tentulah bagaimana mengimplementasi 'roh' pindaan ini. Di atas kertas pindaan ini memang cantik. Segala kepincangan yang berlaku sebelum ini sehingga Umno 'dibenci' bukan sahaja oleh ahli, malah rakyat yang bukan ahli bakal berakhir.

Soal kouta umpamanya, sejak diperkenalkan telah menjadi duri dalam daging dalam Umno. Berapa ramai ahli Umno yang telah menjadi mangsa kepada peraturan ini, kebanyakannya dek kerana manipulasi oleh pemegang jawatan yang selalunya menggunakan kouta sebagai senjata mengalahkan lawan sebelum masuk ke gelanggang.

Namun pindaan beberapa fasal dalam perlembagaan ini sahaja belum memadai. Komitmen ahli keseluruhannya dan pimpinan di peringkat pertengahan - seperti di bahagian - ditagih untuk melaksanakan tuntutan pindaan ini. Jika sikap dan minda masih belum mahu berubah, bagaimana cantik pun pindaan belum tentu berjaya.

Sikap sombong dan bermegah-megah serta bergaya mewah di kalangan ahli sehingga Umno kelihatan kelab ekslusif untuk 'orang berduit' jika tidak dikikis pasti tidak akan berjaya menarik minat golongan marhaen yang 'tidak berduit'. Percakaran sesama sendiri, permusuhan sesama ahli Umno, cantas-mencantas dan minda tertutup yang melihat teguran sebagai musuh yang mesti dilenyapkan adalah 'racun' kepada usaha transformasi Umno.

Semangat dan roh pindaan perlembagaan ini wajib disertai dengan keikhlasan untuk melihat Umno sebagai hak semua ahli dan orang Melayu, wajib diikuti dengan perubahan sikap dan minda di kalangan semua ahli Umno!

Insya Allah jika ini berlaku, Umno akan kekal sebagai pilihan utama orang Melayu dan kekal dihormati rakyat!

19 comments:

Rajawali said...

ada pro dan kontra di sini..pro bagi pihak bawahan dan kontra bagi pihak atasan.Bermula dari sekaraglah pemimpin yang berpotensi mengukir corak dan mengerak langkah mendekati akar umbi supaya dapat diukur kewibawaan mereka.Pihak yang bertakhta sekarang tidak lagi boleh goyang kaki mengharapkan nock-out kepada penentang mereka.
Nampaknya ada change la Mukriz vs KJ lepas ni.kouta pun da tiada.

budak sekolah said...

Aku yakin umno akan jadi lebih huru hara selepas ini kerana akan berlakulah perebutan kuasa yang amat dasyat, saling tatuh menjatuhkan, cantas, mencantas semakin teruk berlaku. Percayalah.....

Anonymous said...

Salam Ustaz said cadangkan pada PM kita agar umumkan PRU ke 13 kini UMNO kuat UMNO hebat UMNO kukuh...Inilah masa nya untuk kita bubar DUN perak agar dapat memerintah dengan aman tanpa di ganggu oleh pembangkang Bubar dun perak! Umno boleh menang besar Rakyat sudah kembali pada BN...

kalau kita tak bubar dun perak atau PRU13 nanti rakyat kata kita penakut jangan bimbang rakyat sudah kembali sokong kita...BUBAR sekarang!



Cucu Dtk Ishak...ada telur.

Datu sulaiman said...

sebelum pindaan ini dibuat, sudah ada orang yang 'kepanasan' dan serentak itu juga timbullah pandangan supaya hanya mereka yang telah menjadi ahli umno genap 3 tahun saja yang dilayakkan bertanding jawatan dalam UMNO. Ada pula kata nak bertanding peringkat bahagian kena ada sepanggal pengalaman dalam cawangan..Ni semua apa maksudnya? Tanda-tanda awal kebimbangan, tanda-tanda awal bahawa sebenarnya sukar untuk diterima perlaksanaan pindaan ini..Apapun tahniahlah kerana sekurang-kurangnya UMNO kini terbuka kepada semua orang..

Nota; Agaknya,dalam pemilihan nanti bolehkah Datu sulaiman bertanding jawatan timbalan presiden UMNO ? Ustazsaid bertanding presiden...??

Datu sulaiman said...

sebelum pindaan ini dibuat, sudah ada orang yang 'kepanasan' dan serentak itu juga timbullah pandangan supaya hanya mereka yang telah menjadi ahli umno genap 3 tahun saja yang dilayakkan bertanding jawatan dalam UMNO. Ada pula kata nak bertanding peringkat bahagian kena ada sepanggal pengalaman dalam cawangan..Ni semua apa maksudnya? Tanda-tanda awal kebimbangan, tanda-tanda awal bahawa sebenarnya sukar untuk diterima perlaksanaan pindaan ini..Apapun tahniahlah kerana sekurang-kurangnya UMNO kini terbuka kepada semua orang..

Nota; Agaknya,dalam pemilihan nanti bolehkah Datu sulaiman bertanding jawatan timbalan presiden UMNO ? Ustazsaid bertanding presiden...??

Cikgu said...

Salam...
ustaz...saya pernah berbincang tentang perubahan ini dengan seporang ketua pemuda umno setahun yang lalu. malangnya beliau amat tidak bersetuju kerana menurut pandangan beliau jika ini terjadi masalah perebutan kuasa , jatuh menjatuh, lobi melobi akan lebih dasyat lagi berlaku dalam umno kerana dalam umno terlalu ramai yang menunggu peluang untuk berkuasa.

soalan 1
Apa komen ustaz ?

soalan 2.

kenapa ustaz tak membuat teguran dalam blog ustaz puteri dan wanita sebahagiannya tak memakai pakaian secara wanita muslim ( menutup aurat). Saya rasa ustaz yang duduk dalam umno wajib membuat teguran.

reek said...
This comment has been removed by a blog administrator.
miya said...
This comment has been removed by a blog administrator.
aston said...
This comment has been removed by a blog administrator.
vesewe said...
This comment has been removed by a blog administrator.
fargoman said...
This comment has been removed by a blog administrator.
yuking said...
This comment has been removed by a blog administrator.
USD said...

Cikgu...sila baca posting sebelum ini.

Datu Sulaiman said...

ustaz,
mengapa banyak betul yang di delete itu ? Apa yang diaorang cakap sampai melebihi 18 sx, 18 sg atau 18 PL ?

USD said...

Salam Datu, komen yg dipadam adalah komen racist yg menghina & mengutuk negara, bangsa & agama. Tiada tempat di blog ini!

cikgu said...

posting yang mana satu. untuk jawapan yang pertama dan kedua.Kita boleh berbincang dengan cara ilmiah.

JJ said...

saya selalu mengikuti tulisan saudara yang amat bernas dan menjiwai hati nurani orang muda. insya allah berkesempatan saya ingin juga berkongsi idea dan fikiran untuk sama sama kita mempertahankan dan menyuburkan UMNO. terima kasih post gambar saya di sini.

JJ said...

salam ustaz.. perubahan dalam umno bermula dengan perubahan sikap pemimpin itu sendiri. UMNO sudah cukup elok sebagai sebuah pertubuhan yang membela nasib anak bangsa, agama dan negara kita. Seperti saya katakan dalam bualbicara RTM yang lalu, akar pokok kita kuatkan, insya allah pokok akan subur dengan dahan dan dedaun yang merimbun. ikhlas dan rendah diri adalah wacana pendekatan bersama rakyat yang terbaik.

USD said...

Sdra JJ, jika Umno majoriti ahlinya spt sdra, pasti Umno akan selamat...

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin