Search This Blog

Thursday, January 7, 2010

Serah Kepada Mahkamah - Najib.


Salam,


Bukan tidak percaya kepada mahkamah namun siapakah yang berani menjamin bahawa keputusan mahkamah selepas ini akan menghalang perkongsian kalimah suci Allah dengan bukan Islam. Logiknya, di mahkamah tinggi pun sudah menyebelahi Herald.


Sambil berserah kepada kebijaksanaan para hakim, umat Islam tidak harus berpeluk tubuh. Usaha berdoa dan solat hajat harus terus dilakukan, sambil bertawakal kepada Allah agar keputusan mahkamah selepas ini menyebelahi kita.


Blog ini menyokong tunjuk perasaan yang diadakan dan bakal diadakan. Mungkin tidak mampu mengubah apa-apa, namun sekurang-kurangnya dapat menzahirkan sikap umat Islam yang tidak bersetuju dengan sikap Herald dan keputusan Mahkamah Tinggi.


Biar nampak jelas dan disedari, umat Islam sebagai majoriti penduduk negara ini wajar dihormati. Seiring dengan penghormatan itu, sewajarnya kesucian kalimah Allah juga terus dipelihara dan tidak diperlekehkan dengan dikongsi bersama-sama dengan penganut agama lain.


Sambil kita mendengar nasihat PM Najib, penzahiran terhadap sikap kita wajar diteruskan...Allahu Akbar!!!

2 comments:

Anonymous said...

salam ustaz,

bak kata Tun, perkara ini tidak boleh ditentukan oleh mahkamah..

Video dan Gambar dari Masjid Shah Alam pula

matlan said...

asalamualaikum ustaz, saya setuju dengan ustaz , bukan kita tak sokong mahkamah, tapi betul kata Tun M, perkara ini tidak akan selesai di mahkamah, mungkin lepas ni akan ada orang guna lagi mahkamah untuk tuntut benda2 lain, umpamanya azan tidak boleh dilaungkan melebihi beberapa dB di kawasan2 perumahan, atau mungkin akan ada pengamal agama hindu menuntut agar lembu tidak di gunakan dalam korban hari raya haji umat islam, kerana ini menghina tuhan dan agama hindu, atau mungkin penganut kristian SDA akan tuntut agar salib-salib jesus di turunkan kerana mungkin bagi penganut SDA, penyaliban jesus adalah suatu penghinaan ke atas nabi mereka....dan berbagai lagi ustaz, allah hu alam

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin