Search This Blog

Monday, September 27, 2010

Perlukah Umno Kepada Nazri Aziz?


Salam,

Umno yang terkejut dengan Tsunami politik pada PRU12, sudah mulai sedar dan melakukan perubahan yang bertujuan untuk menari kembali sokongan orang Melayu/Islam. Banyak usaha telah dilakukan oleh para pemimpin Umno, walaupun kesannya belum jelas kelihatan - terutama dalam siri kekalahan pada PRK.

Malangnya, usaha murni ini pasti akan digagalkan oleh segelintir ahli dan pemimpin yang bongkak dan sombong. Pemimpin yang perasan dan masih terbuai-buai dengan 'kehebatan' Umno sebelum ini. Lebih teruk lagi, usaha pembaikan Umno akan terjejas oleh pemimpin berjawatan Menteri yang bersikap bodoh sombong.

Contohnya, Nazri Aziz.

Apa perlunya mencabar PERKASA mendaftar sebagai parti politik dan berlawan dengan Umno, sedangkan PERKASA telah melaksanakan tanggungjawabnya sebagai NGO yang membela kepentingan orang Melayu?

Bukankah elok rasanya untuk PERKASA melakukan kerja dan UMNO serta Nazri Aziz juga melakukan kerja, yang kesemuanya demi kebaikan Melayu dan negara.

Tindakan Nazri Aziz secara berterusan 'menyerang' Tun Mahathir juga tidak kena pada tempatnya. Rasanya Nazri Aziz pun tahu kesan serangan kepada Tun pada PRU lalu telah menjejaskan sokongan orang Melayu kepada Umno.

Mungkinkah Nazri Aziz mahu melihat Tsunami lebih besar bakal berlaku pada PRU 13 nanti? Jika begitu niat Nazri Aziz - berdasarkan banyak kenyataan beliau sebelum ini yang telah menyinggung orang Melayu - elok rasanya Umno mengambil tindakan yang sesuai untuk beliau.

4 comments:

Megat Alam Gempita said...

Dey Nazri miker jagalah Lenggong tu, silap-silap jatuh kat PAS yang pro Melayu/Islam/Perkasa dlm PRU13 nanti ataupun miker tak dicalon lagi dalam PRU13. PAS dah kuat dari Bukit Gantang, Kuala Kangsar n Lenggong sebab perangai miker nih, sedar-sedar ler teman bagi nasihat jer.

-krisjawa lok3- said...

Apa lah punya bangang...kalau PERKASA daftar sebagai parti politik...semakin berpecahlah melayu. Dah la ada melayu pas..melayu pkr..melayu umno, ni nak tambah lagi dengan melayu perkasa.
Kalau bercakap tu gunalah akal fikiran..bukan nafsu amarah saja ATAU mungkin ada agenda lain nak pecahkan melayu dalam umno? Sedarlah diri siapa awak..awak bukan PM. PM pun tak suruh PERKASA jadi parti politik...Tong kosong saja yang bunyi berdentum-dentum bila dipukul tapi tong yang penuh tak akan mengeluarkan bunyi..
Sedarlah rakyat marhaen memerhati tingkah laku dan tindakan awak...

CINTA DUNIA said...

sepatutnya UMNO menghargai pemimpin seperti Datuk Nazri, beliau tiada agenda lain melainkan cuba membetulkan pemikiran UMNO agar kembali releven kepada rakyat Malaysia. Adakah PERKASA lebih penting berbanding Datuk Nazri? Tun Dr.M seorang yang amat berjasa kepda negara tapi beliau sudah bersara, jadi eloklah beliau berhenti dan menyepikan diri daripada soal politik.

Matlan said...

asalamualaikum ustaz, biarkanlah nazri mengali lubang kubur nya sendiri.....biarkan....biarkan..., ustaz, dr.M bersara daripada menjadi presiden UMNO ja, tapi tanggungjawab sebagai ahli umno tetap di sandang sampai mati atau selagi menjadi ahli umno, perkasa pula bukan untuk berpolitik, tetapi untuk mengingatkan ahli umno dan orang melayu agar ingat-ingat sikit, jangan dok layan bagi susu monyet-monyet di hutan saja, sedangkan anak di rumah menangis kehausan......ustaz, orang yang berjuang demi agama, bangsa dan negara tidak akan kenal erti pencen, selagi hayat di kandung badan.....lain lah yang berjuang untuk pangkat, projek dan kekayaan...tak de jawatan dah tak nak menyumbang...seperti anjing dah dapat tulang dah tak nak menyalak....allah hu alam

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin