Search This Blog

Monday, April 18, 2011

Iktibar Dari Sarawak.…( Siri 1 )


Salam,

PRU Negeri Sarawak sudah berakhir. Semua sudah mengetahui keputusannya. BN berjaya membentuk kerajaan dengan penguasaan lebih 2/3 kerusi DUN, walaupun hakikatnya pencapaian BN menunjukkan penurunan berbanding pilihanraya lalu.

Banyak analisis telah dibuat berkaitan keputusan pilihanraya itu daripada pelbagai sudut. Sama ada BN atau pembangkang malah tidak terkecuali calon bebas, pasti menganalisa kenapa menang, kenapa kalah, kenapa undi merosost, kenapa undi meningkat dan sebagainya.

Apa yang nyata daripada PRN kali ini, jelas majoriti kaum Cina menolak BN. SUPP yang mewakili BN hampir tersungkur di kesemua kerusi yang ditandingi. SUPP Cuma terselamat di Bawang Assan dan Senadin serta empat lagi kerusi majoriti bumiputera. Malah Presiden yang merupakan Tim. KM diberi pukulan KO oleh seorang pemuda mentah.

Sejak PRU 2008, jelas kelihatan undi kaum Cina tidak memihak kepada BN. Kecuali di Batu Sapi, dalam mana-mana PRK selepas PRU itu pun memang jelas isyarat yang diberikan kaum Cina ialah menolak BN. Walaupun gagasan 1 Malaysia yang diilhamkan oleh PM kelihatan seperti dapat menawan mereka, namun ia tidak diterjemahkan di peti undi.

Kenapa kaum Cina semakin menolak BN? Kajian berkaitan perkara ini wajar dilakukan oleh penganalisis yang berwibawa dan parti-parti yang berkaitan, tetapi apa yang lebih penting yang harus dilakukan oleh BN yang menjadi kerajaan di Sarawak ialah memberi tumpuan yang lebih kepada penduduk bumiputera di pedalaman. Usaha untuk memajukan mereka harus digandakan sebab memang terbukti mereka setia kepada BN.

Bayangkan dalam keadaan serba-serbi ketinggalan – berbanding pengundi bandar – jalanraya tiada, kalau ada pun jalannya teruk, tanpa bekalan air atau elektrik, penduduk bumiputera di pedalaman terus menunjukkan sokongan padu kepada BN. Semuanya dengan harapan kerajaan BN akan dapat menunaikan impian mereka.

Penduduk bumiputera di pedalaman ini tidak kisah dengan dengan cita-cita rakan mereka di bandar yang bernafsu besar untuk mengubah kerajaan. Mereka tidak terpesona dengan harapan palsu Jom Ubah sebab mereka tahu, rakan mereka di bandar tidak kisah dengan pembangunan. Bagi penduduk bandar, apa lagi yang tiada? Semuanya sudah tersedia dengan baik.

Sedangkan bagi penduduk pedalaman mereka sangat berharap apa yang dinikmati penduduk bandar, akan mereka nikmati juga – kalau pun tidak semua, dapat menikmati kemudahan asas pun sudah mencukupi. BN memberi jaminan terhadap harapan mereka.

Langkah PM melawat ke setiap pelusuk pedalaman semasa tempoh kempen PRN yang lalu adalah langkah tepat dan terpuji. Biar PM dan TPM dapat melihat sendiri betapa sengsaranya menjadi penduduk pedalaman. Kesengsaraan penduduk pedalaman Sarawak, begitu juga sengsaranya penduduk bumiputera di pedalaman Sabah, yang menunggu PM atau TPM datang menjenguk

2 comments:

CIKGU said...

PANDANGAN ANA :

SUNGGUH MALANG NASIB BUMIPUTERA KERANA MENANTI HARAPAN SEMI HARAPAN SETELAH SEKIAN LAMA DITABURKAN JANJI. JIKA BEGILAH PEMIKIRAN BANGSA KITA MENANTI HARAPAN DEMI HARAPAN BANGSA KITA AKAN SEMAKIN TERTINGGAL DI BELAKANG WALAUPUN SUDAH SEKIAN LAMA DITINGGALKAN. AGAKNYA BILAKAH BANGSA KITA BERANI UNTUK BERUBAH KELUAR DARI CENGKAMAN POLITIK RAKUS BANGSA SENDIRI.

FIKIR-FIKIRKANLAH USTAZZZZZZZZZZ....

USD said...

Cikgu: Apa jadi dgn mereka yg sdh keluar dr cengkaman politik rakus bangsa sendiri di Penang, Kedah, Kelantan & Selangor?

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin