Search This Blog

Tuesday, January 30, 2018

Bintulu Ke Kuching


23/12/2017

Perjalanan menuju ke Kuching diteruskan lagi setelah bermalam di Bintulu. Dianggarkan perjalanan sejauh 620km lagi. Perjalanan ini akan melalui beberapa bandar dan pekan antaranya pekan Selangau, Bandar Sibu, Betong, Sarikei dan Sri Aman.


Walau bagaimanapun, kebanyakan pekan dan bandar ni terletak di pinggir jalan sahaja, tidak perlu singgah pun. Atau boleh singgah tapi masa perjalanan akan menjadi panjang.Yang idealnya makan tengahari di Sibu.Kami memilih food court di pinggir Sibu, mudah pakir dan banyak pilihan muslim. Agak sukar mencari restoran mamak seperti di Sabah yg tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Bab ini saya respek dgn Sarawak. Caya la...

Sepanjang perjalanan  dipandu Google Map, tiba di satu tempat Pasa Roban kalau tidak silap Map arahkan menyimpang ke kanan. Pelik juga sebab jalan ni kurang kenderaan lalu-lalang. Bertanya dgn sekumpulan anak muda di tepi jalan, durang bilang jalan ni boleh juga ke Kuching tapi kena naik feri. Terkejut juga masih ada naik feri ke Kuching? Biar betul...

Memandangkan hari sudah petang, ambil keputusan berpatah balik dan ambil jalan biasa.


Singgah di sini R&R Betong, ada surau dan kedai makan disediakan. Ada juga stesen minyak. Selepas solat jamak, meneruskan lagi perjalanan.

Sampai di Samarahan, hati sudah lega. Kuching semakin dekat. Jalan dua lorong dan berlampu sepanjang jalan. Rupanya Kuching 40km lagi d depan.

Akhirnya perjalanan seharian berakhir di hotel penginapan sekitar jam 8 malam. Kecuali Restoran 24jam, kebanyakan restoran di Kuching tutup seawal jam 10. Selepas makan, terus rehat...

No comments:

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin