Search This Blog

Monday, January 10, 2011

BN Menipu, PR Strategi...


Salam,

"Cara begini bukan kekuatan, menipu ini satu kelemahan, tindakan tidak bijak dan tidak pandai.""Dan sekarang mereka tunjuk lagi perangai itu," katanya.

Begitulah ucapan Presiden PAS, merujuk kejatuhan kerajaan PR di Perak dan kemelut perlantikan SUK Selangor, dalam satu majlis di Shah Alam.

Alahai kasihan Datuk Haji Hadi ni. Sudah masuk tahun 2011 pun masih berfikir cara zaman purba. Politik zaman dulu, ya memang betul begitu. Asal lawan semua jahat. Bila BN buat dikata menipu, bila Pakatan buat penipuan dikata strategi...

Bangun datuk oi... ini dah masuk tahun baru la. Kalau cara berfikir masih ditakuk lama, bagi aja la Presiden PAS kepada orang lain.....

Ini bukan soal siapa menipu siapa, ini perkiraan politik siapa yang lebih bijak, siapa yang lebih cerdik guna strategi. Nasib la kalau tumpas sebab strategi salah. Janganlah salah pihak lawan kalau sudah macam tu, tapi muhasabahlah sebab apa jadi begitu...baru betul!

Thursday, January 6, 2011

Apa Sudah jadi???


Gambar : Senjaliza

Salam,

Apa nak jadi...apa dah jadi...hai, apalah nak jadi?

Lagu Tan Sri SM Salim ditujukan khas untuk pendokong PKR Sabah. Selepas Dr Jeffrey, khabarnya akan ada lagi pemimpin peringkat cabang yang angkat kaki.

Akhiri dengan lagu, kesian dia...kesian dia!

Monday, December 27, 2010

Tahniah 'Harimau Malaysia'!

Salam,

Diucapkan tahniah kepada wira-wira negara yang mempamerkan aksi menarik dan menghiburkan, sambil menutup mulut penyokong Indonesia. Diharapkan prestasi yang ditunjukkan akan dapat diulangi pada perlawanan akhir kedua di Jakarta nanti.

Sudah agak lama tidak dapat melihat aksi 'cantik' pasukan negara, apalagi selepas kekalahan dibelasah pada perlawanan pertama tempohari. Jika aksi ini dapat dikekalkan, skuad kendalian K.Rajagobal ini bukan sahaja akan menjuarai Piala Suzuki malah mampu pergi jauh untuk bersaing sekurang-kurangnya di peringkat Asia.

Menonton aksi yang dipamerkan tadi, sewajarnya pujian diberikan kepada wira-wira negara dan mereka layak digelar 'Harimau Malaysia' - nama yang menggambarkan nama negara dan lebih sesuai. Berbanding gelaran Harimau Malaya, nama yang cuma merujuk kepada sebahagian wilayah Malaysia dan juga nama lama negara sebelum pembentukan Malaysia.

Rasanya lebih elok gelaran Harimau Malaysia diguna pakai...Tahniah wira-wira Harimau Malaysia!

Wednesday, December 15, 2010

Jika Benar Jeffrey Kitingan Keluar PKR...


Bekas naib presiden PKR Datuk Jeffrey Kitingan dijangka keluar dari parti itu pada Khamis ini, menurut beberapa sumber hari ini.

Satu sidang media khas telah diatur pada hari berkenaan bagi Jeffrey membuat pengumuman 'amat penting', kata mereka.

Mereka berkata Jeffrey, yang juga bekas wakil rakyat Bingkor dan adik kepada presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, mungkin juga mengumumkan penubuhan sebuah pergerakan bagi meneruskan karier politiknya dengan menjangka pilihan raya umum mengejut tahun depan.

Salam,

Jika benar seperti yang dilaporkan, nampak gayanya PKR Sabah bolehlah bersiap-siap 'gulung tikar'. Bayangkan PKR Sabah tanpa Jeffrey...

Tidak payahlah PKR membuang masa, tenaga dan wang ringgit untuk bersiap sedia menghadapi PRU13 di Sabah. Boleh katakan lumpuh separuh badan PKR jika benar berita ini.

Tidak payahlah melalak terlolong, hentam sana sini tidak puas hati dengan kerajaan...apalah yang tinggal dengan PKR jika Jeffrey yang tentunya disertai penyokong tegarnya, meninggalkan PKR.

Kita tunggu dan lihat....

Monday, November 29, 2010

Wajah Pemimpin Anugerah Tuhan...


Beginilah wajah pemimpin yang diiktiraf anugerah Tuhan untuk rakyat Malaysia. Semasa berkuasa dulu, bukan main lagi menari ya...dengan bini orang pun sapu.

Apabila kuasa Allah tarik balik, kemaruk bagai gila talak...kesiannnnnn.

Thursday, November 18, 2010

Sabah miskin sebab pemimpinnya kaya : Karim Ghani

Salam,

Dilaporkan oleh Malaysiakini, kenyataan Datuk Karim Ghani berkaitan laporan Bank Dunia yang menyebut Sabah sebagai negeri termiskin. Selamat membaca.

Bekas pengasas Umno Sabah, Datuk Karim Ghani mengakui kesahihan laporan Pemantauan Ekonomi Malaysia (MEM) oleh Bank Dunia, bahawa Sabah dikategori sebagai negeri paling miskin di Malaysia, lapor TV Selangor.

NONELaporan berkenaan menyebut Sabah yang mewakili 10 peratus penduduk Malaysia mempunyai 40 peratus daripada rakyatnya dikategorikan sebagai miskin.

Sehubungan itu, Karim juga yang menyanggah kenyataan Unit Perancang Ekonomi (EPU) Negeri Sabah yang menafikan laporan MEM berkenaan.

Pemimpin yang pernah sama-sama berjuang bersama tokoh kemerdekaan Sabah, Tun Datu Mustapha Datu Harun itu berkata masalah wujud disebabkan perjanjian ketika pembentukkan Malaysia tidak ditunaikan.

"Sabah negeri kaya, yang miskin rakyatnya dan yang kaya juga pemimpinnya. Laporan Bank Dunia itu yang betul," katannya yang berhasrat menghidupkan semula Usno.

NONEBerhubung tindakan EPU menyanggah laporan tersebut, Karim berkata ini kerana kerajaan BN sengaja tidak mahu mengakui rakyat Sabah miskin.

"Kenyataan yang asyik diulang-ulang oleh pemimpin Sabah, hujung tahun ini semua rakyat sudah keluar daripada kemiskinan.

"Sabah kaya...kita ada minyak, ada kayu balak, ada kelapa sawit tapi rakyatnya miskin disebabkan pentadbiran yang tidak betul.

"Yang dimajukan cuma bandar dengan bangunan yang mencakar langit tetapi di luar bandar, orang masih lagi merempat.

"Seperti di Batu Sapi, kalau kita tengok tempat orang Islam di sana, air mata saya pun menitis kerana merempat sedangkan Batu Sapi itu tempat Ketua Menteri, banyak dengan kayu balak dan kelapa sawit," katanya.

Dakwa Karim lagi, Umno-BN sengaja membiarkan rakyat Sabah di dalam keadaan daif supaya undi mereka senang dibeli setiap kali pilihan raya diadakan.

NONE"Ini adalah soal kepimpinan, kalau pemimpin mentadbir dengan baik, apa parti pun baik tetapi sejak tahun 1985 keadaan rakyat Sabah bertambah buruk. Rata-rata pekerja di Sabah, berpendapatan kurang daripada RM 500 kecuali pegawai kerajaan dan para pimpinan atasan," katanya.

Beliau juga membidas projek mega seperti membina terminal lapangan terbang yang berharga RM 1.2 bilion yang dakwanya tidak memberikan manfaat kepada rakyat Sabah terutamanya yang tinggal di kampung-kampung yang langsung tidak pernah menjejak kaki ke terminal tersebut.

"Projek mega memang nampak indah tapi projek di kampung, apa yang ada.

"Buat jalan raya tapi tidak mendatangkan hasil kepada rakyat jadi macam mana hendak menambah pendapatan rakyat supaya dapat keluar daripada kemiskinan," katanya lagi.

Monday, November 15, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA...


Diucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha...

Didoakan semoga hari raya ini menjadi detik penting bagik kita bagi mengenang sejarah pengorbanan 'besar' Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail, pengorbanan Rasulullah SAW, para sahabat dan semua para pejuang yang syahid...

Tuesday, November 9, 2010

Simpati Untuk Hamim, Pn. Siti dan Ungku Aznan!


Salam,

3 serangkai penjawat awam : Hamim Husin - BTN Wilayah Persekutuan, Pn. Siti Inshak Mansor - SMK Abdul Rahman Putra Kulai dan Ungku Aznan Ungku Ismail - SMK Bukit Selambau, Sungai Petani, telah pun digantung tugas dan diberi surat amaran kerana kesalahan mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman.

Perkara ini yang diberitahu oleh Datuk Nazri Aziz, Menteri JPM semasa menjawab soalan di Dewan Rakyat. Diberitahu tindakan diambil berasaskan Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Disiplin) 1993.

Kita melahirkan simpati kepada tiga individu ini kerana 'terpaksa' menerima hukuman atas fakta yang dinyatakan di tempat yang salah, ketika pendengarnya tidak bersedia hakikat lantas mengaitkannya dengan kenyataan perkauman. Satu cara mudah untuk menidakkan 'fakta', kaitkan dengan rasis!

Kita berdoa semoga ketiga-tiga mereka diberi kekuatan oleh Allah untuk berdepan dengan ujian ini. Percayalah 'kesalahan' yang kalian lakukan tidaklah sekeji perbuatan dan tindakan si bangsat yang sehingga kini masih bebas tanpa sebarang tindakan, walau sudah berulang kali melakukan 'kesilapan'!

Semoga Allah merahmati kalian. Blog ini simpati dan terus menyokong kalian bertiga!

Monday, November 8, 2010

Kasihan Zaid Ibrahim : Kalah Sebelum Bertanding...


Salam,

Tahniah kepada BN-PBS yang berjaya mempertahankan Batu Sapi dengan majoriti yang lebih besar dan BN-Umno yang merampas DUN Galas daripada PAS. Kejayaan yang diraih hasil daripada usaha gigih semua pihak.

Biarlah kemenangan ini lebih mematangkan BN untuk terus menunaikan janji dan meneruskan khidmat bakti kepada rakyat. Ternyata kemenangan besar di dua PRK ini menunjukkan harapan tinggi rakyat terutama di luar bandar kepada perkhidmatan BN membangunkan kawasan mereka, berbanding mereka yang menjual janji palsu penuh retorik!

Kita pun tidaklah berminat untuk mengulas tulisan sebelum ini, berkaitan kes pemberian 'zakat' oleh MB Kelantan. Seperti dijangka, pasti ada sahaja jawapan diberi demi 'menghalalkan' perbuatan tersebut. Nak kata zakat, biarlah zakat....

Daripada buang masa berpolemik isu tersebut, baik kita sampaikan rasa simpati yang amat tinggi dengan calon Tim Presiden PKR, Datuk Zaid Ibrahim. Kasihan...belum pun selesai pertandingan sudah angkat bendera putih. La ingatkan Datuk ni hebat sangat, rupanya mental pun lemah juga. Pertandingan masih berjalan dah menyerah....aparaaaa.

Melihat apa yang terjadi kepada Zaid, memang wajar kita bersimpati. Apabila dia meninggalkan Umno dulu, seolahnya PKR adalah 'parti suci' yang katanya lebih sesuai untuk politik Malaysia. Kelihatan seperti dia akan berjaya, dalam tempoh singkat dia sudah diterima. Menjadi ahli Biro Politik, calon PRK Hulu Selangor, Ketua PKR WP seterusnya calon Tim. Presiden.

Tapi ternyata, Umno yang ditinggalkannya jauh lebih baik daripada PKR yang disertainya. Terbukti semasa bersama Umno, dia tidak diperlakukan sepertimana apa yang dilakukan PKR. Tidak apa Zaid nasib badan. Orang tua dulu-dulu sudah berpesan: Kalau mendengar guruh langit, air di tempayan jangan dicurahkan...

Harap-harap lepas tarik diri dan letak semua jawatan ni, jangan jadi katak pulak...

Wednesday, November 3, 2010

Galas: Cuba Teka?

Salam,

Menjelang pengundian PRK Galas dan Batu Sapi esok, elok kita rileks sekejap. Cuba teka apakah nama perbuatan yang dilakukan oleh Tok Guru dalam gambar di atas dan di bawah?


Kemudian, bayangkan pula jika dalam gambar ini, orang yang menghulurkan duit tu YBM Ku Li, apakah sumpah seranah yang akan diterima beliau?

Jawapan, sila lihat di sini 1Galas. ( Gambar : Minaq Jinggo dan Tuan Husin. )

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin