Search This Blog

Tuesday, January 30, 2018

Kuching 24/12/2017


Destinasi pertama di Bandaraya Kuching tentulah Pasar Tamu Serikin yg cukup terkenal. Rezeki orang Kampung Serikin menjadi satu destinasi wajib pelancongan. Yang sebenarnya kebanyakan barang yang dijual di sini adalah produk Indonesia. Kebanyakan peniaga juga dari Pontianak Indonesia. Hasil perbualan dgn seorang makcik peniaga kain sarung, dia datang pada hari Jumaat dan balik hari Ahad tengahari.
Dari kampung Serikin 5km lagi adalah sempadan Malaysia - Indonesia. Tidak hairanlah kebanyakan kereta dan motorsikal di sini menggunakan pendaftaran Indonesia.



Rambang mata melihat begitu banyak barang dijual di sini. Harga boleh tahan murah, mau pandai tawar-menawar harga.Yang cuma difikir macamana mau dibawa balik. Lain kali datang sini bawa lori 3 tan, tapi masalah pula nak lalu negara Brunei. Kenderaan Perdagangan kena ada permit.


Kulit kambing pun ada dijual d sini. Memang barang jualan di sini pelbagai dan macam-macam. Orang saja rasanya yg tiada dijual...hehe



Sempat membeli dua pokok bibit Durian Thai bilang penjual tu.5  tahun bisa berbuah pak...katanya. Setengahari di sini balik semula ke bandar.


Singgah di Muzium Sarawak, sayang bangunan utamanya ditutup untuk penyelenggeraan. Tapi rasanya khazanah Sarawak yg begitu rencam dan pelbagai tidak memadai dgn bangunan muzium yg sedia ada. Sepatutnya muzium Sarawak perlu lebih besar dan canggih.


Dalam muzium jumpa 2 orang mamat dari Pontianak Indonesia. Bilangnya dari Kuching 4-5 jam lagi ke Pontianak. Banyak info dapat dari durang ni. Mana tau suatu hari nanti berpeluang pula ke Pontianak. Target 2019...


Adik Saidah merakam kenangan di perkarangan muzium...

Bintulu Ke Kuching


23/12/2017

Perjalanan menuju ke Kuching diteruskan lagi setelah bermalam di Bintulu. Dianggarkan perjalanan sejauh 620km lagi. Perjalanan ini akan melalui beberapa bandar dan pekan antaranya pekan Selangau, Bandar Sibu, Betong, Sarikei dan Sri Aman.


Walau bagaimanapun, kebanyakan pekan dan bandar ni terletak di pinggir jalan sahaja, tidak perlu singgah pun. Atau boleh singgah tapi masa perjalanan akan menjadi panjang.Yang idealnya makan tengahari di Sibu.Kami memilih food court di pinggir Sibu, mudah pakir dan banyak pilihan muslim. Agak sukar mencari restoran mamak seperti di Sabah yg tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Bab ini saya respek dgn Sarawak. Caya la...

Sepanjang perjalanan  dipandu Google Map, tiba di satu tempat Pasa Roban kalau tidak silap Map arahkan menyimpang ke kanan. Pelik juga sebab jalan ni kurang kenderaan lalu-lalang. Bertanya dgn sekumpulan anak muda di tepi jalan, durang bilang jalan ni boleh juga ke Kuching tapi kena naik feri. Terkejut juga masih ada naik feri ke Kuching? Biar betul...

Memandangkan hari sudah petang, ambil keputusan berpatah balik dan ambil jalan biasa.


Singgah di sini R&R Betong, ada surau dan kedai makan disediakan. Ada juga stesen minyak. Selepas solat jamak, meneruskan lagi perjalanan.

Sampai di Samarahan, hati sudah lega. Kuching semakin dekat. Jalan dua lorong dan berlampu sepanjang jalan. Rupanya Kuching 40km lagi d depan.

Akhirnya perjalanan seharian berakhir di hotel penginapan sekitar jam 8 malam. Kecuali Restoran 24jam, kebanyakan restoran di Kuching tutup seawal jam 10. Selepas makan, terus rehat...

Thursday, January 11, 2018

Beaufort - Bintulu


22/12/2017

Memulakan perjalanan seawal jam 6.20 pagi bersama keluarga + mak mertua + seorang anak saudara. Doa musafir dibacakan oleh Udeen. 40 minit sampai di Pos Imigresen pertama, Merapok, Lawas.

Di Pos Merapok kita kena cop pasport jika hendak ke Brunei atau lalu Brunei. Jika tidak menangis x berlagu bila sampai di pos seterusnya bila Imigresen Brunei arah berpatah balik untuk cop pasport.

Ada 9 Pos Imigresen yang mesti dilalui :

1. Merapok Lawas ( Malaysia )
2. Mengkalap Lawas ( Malaysia )
3. Labu Temburong ( Brunei ) - Pendaftaran Kereta
4. Ujung Jalan / Puni ( Brunei )
5. Pandaruan Limbang ( Malaysia )
6. Tedungan Limbang ( Malaysia )
7. Kuala Lurah ( Brunei )
8. Sg Tujoh  Kuala Belait ( Brunei )
9. Sg Tujoh Miri ( Malaysia )


 Secara umum, sebagai panduan jarak antara pos imigresen :

1. Merapok - Labu : 50min
2. Labu - Ujung Jalan : 20min
3. Ujung Jalan - Padaruan : 5min
4. Padaruan - Tedungan : 50min
5. Tedungan - Kuala Lurah : 5min
6. Kuala Lurah - Sg Tujoh : 90min


 Gambar aras : Jambatan Sg Rasau di hujung Lebuhraya Seria - Kuala Belait dalam negara Brunei mengenakan tol DB 3 atau boleh dibayar RM10.00


Gambar Pekan Limbang, yang dilalui dalam perjalanan. Kasian Limbang ni tersepit di kiri dan kanan oleh Negara Brunei.

Alhamdulilah, dalam jam 2.00pm tiba di bandar Miri. Perkara pertama dicari ialah tempat makan yg senang diakses. Google Map tunjuk Terminal Bas Pujut, so ikut la ke sana. Malang sudah petang banyak gerai sudah tutup, makan saja apa yg ada.

Selepas makan, meneruskan perjalanan ke Bintulu.Secara umum jarak Beaufort - Miri 400km dan Miri - Bintulu 200km. Perjalanan Miri ke Bintulu tidaklah sejauh mana tetapi perjalanan menjadi lambat bila di sepanjang perjalanan banyak projek pembaikan jalan. Katanya projek Pan Borneo.

Lebih kurang jam 7.00pm sampai di Bintulu, terus makan di restoran sebelah hotel.

Perjalanan hari pertama hampir 12 jam, tolak sesat, bhenti makan dan ke tandas, ada la dalam 10 jam perjalanan.

Rehat untuk jalan esok lagi...

Friday, December 22, 2017

Trip Ke Kuching Sarawak 2017




Asalnya  trip kali ini dirancang ke Miri saja. Persediaan diatur untuk trip 3 hari ke Miri tetapi segalanya berubah bila dapat berhubung dengan sahabat sepengajian dulu, Seroji Ludin yg berkhidmat di Sarikei. Memandangkan jarak Miri ke Sarikei begitu jauh maka persediaan diubah untuk trip ke Kuching. 

Bilik ditempah, info didapatkan daripada saudara dan kawan yg berpengalaman memandu ke Kuching serta dari blog yg berkongsi pengalaman. Terima kasih kpd semua yg berkongsi info yg banyak membantu. 

Persediaan fizikal dan mental serta kereta disediakan untuk memastikan trip kali ini berjalan tanpa halangan. Alhamdulillah ketika ditulis,  sudah sampai di Bintulu selepas perjalanan panjang seharian. Esok sambung lagi perjalanan. Pengalaman perjalanan hari ini akan dikongsi dalam catatan esok. In sha Allah. 

Monday, February 13, 2017

Singgah di Gambang Kuantan


Lebih kurang jam 3pm,  dgn doa safar bsama org rumah, kakak Maya dan adik Idah. Inilah kali kedua memandu di LPT1. Hiway cantik, jalan lengang. Hingga kadang2 rasa seakan2 seorang ja memandu di hiway yg panjang ni. Cuma cuaca agak kurang baik. Di beberapa tempat hujan turun.


Selepas lebih kurang 3 jam memandu,  sampai di Gambang. Janji dgn kawan yg mengajak singgah di rumahnya. Sedapnya mee dan karipap bsama teh O panas yg dihidangkan. Terima kasih PakNel@ Aznel Azharuddin dan keluarga.

PakNel ni ketua kelas kami masa sekolah dulu. Tegas tapi baik hati orangnya. Kesempatan waktu yg singkat x membolehkan sembang lama. Perjalanan kena diteruskan.

Kuala Terengganu mu tunggu aku datang....

KL Ke Bentong



Kesibukan urusan dunia sampai catatan kembara 1000km thenti x tsambung. Pagi ni sambil dengar ceramah tulis la sikit2 mana yg ingat. Bukan x lama tu,  dr awal bulan 12 skrg baru mau tulis hehe

************

Dari hotel di KL gerak terus ke Bentong lalu Karak Highway. Klu nda banyak kereta bukan Karak namanya. Pengalaman beberapa kali memandu di Hiway Karak sebelum ini membolehkan perjalanan semakin lancar.

Memandu di Hiway Karak ni memerlukan fokus yg tinggi. Kereta banyak,  jalan beralun,  selekoh tajam,  turun bukit pulak tu. Sambil dengar banyak pula xcden di kawasan ni.  Tu sebabnya hati sentiasa bdebar2 bila memandu lalu Hiway ini.


Bila nampak sign board ni maknanya hampir sudah simpang ke Bentong. Dari simpang ni lebih kurang 3km untuk sampai ke pekan Bentong. Bagi yg ke Bentong keluar ikut susur ni, Bentong Barat. Klu terus ke Kelantan tanpa masuk ke pekan,  teruskan perjalanan akan jumpa susur keluar Bentong Timur.

Sebab nak singgah rumah kakak ipar di Ketari jemput org rumah dan anak2 singgahlah kejap di Pekan Bentong. Sebelum memulakan perjalanan ke Pantai Timur melalui LPT1.

Sunday, December 11, 2016

Perjalanan 1000km


Hari ini baru di THotel,  Tawau baru berkesempatan update blog ni untuk share perjalanan 1000km sepanjang cuti sekolah kali ini.

Bermula pada penghujung bulan November lalu,  perjalanan dengan flight,  kereta,  basikal dan berjalan kaki bermula. Pelbagai kenangan pahit manis sepanjang perjalanan tersebut.

WB 6364 N Proton Saga FLX menjayakan perjalanan dr KL ke Pantai Timur kali ini. Berbaloi dgn sewanya dan minyak yg jimat. Terima kasih kpd anak buah Ibnu @ Vellu yg banyak membantu merealisasikan jelajah.

Syukurlah perjalanan kali ini selain meneroka tempat baru yg belum pernah dijejaki,  dapat bersua dgn kawan yg sudah puluhan tahun x berkesempatan berjumpa. Cuma kasian si Udin tidak dapat menyertai sebab masuk kem al-quran di Tawau.

Nda apa lain trip kita atur pula...



Thursday, July 28, 2016

Petua Tercekik Tulang Ikan


(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Bila makan ikan, risiko nak tercekik tulang tinggi kecuali makan isi ikan... Masa kecil dulu, MF pernah tercekik tulang ikan bilis je.. fobia betul rasa... Tapi di kampung tak susah bila tercekik tulang ikan... Banyak petua tradisional digunakan untuk melegakan kesakitan akibat tercekik tulang ikan. 

Antara petua mudah yang MF pernah buat dan lalui apabila tercekik tulang ikan. 

1. Telan Nasi Kepal
Ini petua popular dan mudah nak buat... Kepal nasi dan telan terus tanpa kunyah.. Insha Allah, kalau tulang tu tak tersangkut kuat pada tekak, mudah je lepas dengan nasi tu.

2. Minum Air Tudung Periuk Yang Dijampi
Petua ni pelik, tapi memang MF pernah buat. Arwah tok MF bagi minum air tudung periuk yang dijampi.. Tak tahu la dia baca apa.. Yang MF tahu dia baca Bismillah je... 

3. Minum Air Rendaman Mata Kail
Ni pun petua keluarga MF, mata kail gergasi yang pusaka arwah tok wan MF... Memang kalau tercekik tulang, ambil mata kail tu rendam dalam air dalam 5 minit, dan minum. Insha Allah dengan izin Allah, lega la sakit akibat tercekik tulang ikan tu. 

4. Minum Air Banyak-banyak
Petua selalu buat, minum air banyak-banyak.. Tapi petua ni tak mujarab mana la sebab air kan bersifat cecair. Jadi, hanya berkesan bagi tulang ikan yang tak tersangkit kuat pada tekak. 

Antara petua lain yang MF dapat dari internet:

5. Makan pisang tanpa kunyah... Kupas dan terus telan.

6. Ambil air, masuk dalam senduk, selawat 3 kali dan minum dalam 1 nafas. 

7. Celup jari dalam madu, selawat 3 kali dan hisap jari yang ada madu tu.. Insha Allah, tulang akan keluar katanya. 

8. Ambil 1 sudu cuka dan terus minum... Kalau terasa lagi kat tekak, minum lagi satu sudu dan jika masih rasa kepal nasi dan telan. 

9. Doa
Amalan dan petua lain... iaitu kembali kepada Allah dengan amalkan doa ini:


Dan pohonkanlah (wahai Muhammad, dengan berdoa): “Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku ke dalam urusan ugamaku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku dari sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku” (Surah Isra’ : Ayat 80)

Bacakan al-Fatihah dan doa ini sambil mengurut bahagian halkum atau bahagian yang tertusuk duri/tulang. Ulang sebanyak 3 kali sehingga 7 kali bacaan. Boleh juga dibacakan pada air dan minum... Lakukan secara istiqomah. Usahalah...nak sembuh ke tidak atas izin Allah jua.... InsyaAllah.


Itulah petua-petua melayu lama dan moden untuk legakan kesakitan akibat tercekik tulang ikan... Memang fobia bila tercekik tulang ni kan... Jadi, jika berlaku lagi, boleh gunakan petua ini... MOga bermanfaat...

Kredit kpd http://www.mariafirdz.com/2016/03/9-petua-tercekik-tulang-ikan.html?m=0

Wednesday, March 2, 2016

Sang Kaloi di rumah baru


Bermula kemarin, maka bermulalah cerita hidup baru sang kaloi. Dari habitat asalnya di Sg Pilajau, seorang saudara telah menjual ikan kaloi ini. Cita-cita untuk memelihara ikan akuarium ni sudah lama terpendam. Cuma kesempatan yang belum ada.


Asalnya, kaloi ini dibeli untuk dimasukkan di kolam. Ramai kawan nasihatkan jangan...kaloi akan makan anak ikan. Jadi masalahlah pula...

Sudah terjanji dgn saudara mau ambil kaloi yang sudah ditangkap. Di mana mau simpan? Alhamdulilah, dipermudahkan urusan. Kawan karib Hj Lilkiplee Kadir mendermakan akuarium lama yg x diguna lagi. Retak sedikit, ditaruh silikon.

Selepas dibelikan mesin oksigen, maka sang kaloi pun memulakan hidup baru, ditemani anak talapia.

Banyak lagi yg mau dibuat dgn akuarium ni...demi melayan hobi baru ni. Tapi perlahan-lahan la ya...tunggu ada bajet la.

Tuesday, January 5, 2016

Kalendar Islam 1437H / 2016



Tarikh-Tarikh Penting Dalam Islam Tahun 2016 Bagi Malaysia

Tarikh Hijri
Tarikh Masihi / Miladi
Hari Perayaan / Kebesaran Islam
27 Rejab 14375 Mei 2016Israk dan Mikraj
1 Ramadan 1437 *6 Jun 2016Awal Ramadan / Permulaan Puasa
17 Ramadan 143722 Jun 2016Nuzul Al-Quran
1 Syawal 1437 *6 Julai 2016Hari Raya Puasa / Aidilfitri
1 Zulhijjah 14373 September 2016Awal Zulhijjah
10 Zulhijjah 1437 *12 September 2016Hari Raya Korban / Aidiladha
1 Muharram 14382 Oktober 2016Awal Muharram / Maal Hijrah
12 Rabiulawal 143812 Disember 2016Maulidur Rasul (Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W)
* Tarikh ini akan diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin