Search This Blog

Wednesday, May 28, 2008

CONTOHI PARTI GERAKAN @ agendadaily

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Berikut dipaparkan satu emel yg saya kirimkan ke Agendadaily - Sekadar buat renungan untuk kita semua. Semoga berguna & Selamat membaca. Terima kasih.
*************************************************************
CONTOHILAH PARTI GERAKAN.

Saya tertarik dengan satu berita di Berita Harian hari ini, yang bertajuk Gerakan yakin isu selesai. Apa yang menarik perhatian saya ialah pengumuman Tan Sri Koh Tsu Koon, Pemangku Presiden Gerakan, iaitu lapan strategi baru Gerakan untuk memulihkan keyakinan rakyat terhadap parti itu. Seterusnya dicatatkan antara strategi Gerakan ialah menarik lebih ramai golongan muda pelbagai kaum menyertai parti itu serta membina semula kekuatan parti itu menerusi komunikasi dua hala lebih teratur dan berkesan.


Nampak gayanya parti Gerakan dan parti-parti komponen Barisan Nasional ( BN ) telah melakukan post-mortem dan mengatur langkah permulaan menghadapi pilihanraya akan datang. Sebagai ahli Umno, timbul persoalan di benak saya, apakah Umno telah menganalisa faktor kekalahan dalam PRU lalu dan mengatur strategi ampuh berhadapan pihak lawan yang bermoral tinggi pada PRU akan datang? Persoalan ini bermain-main di fikiran saya kerana saya belum nampak sebarang usaha kearah itu.

Apa yang saya disajikan saban hari semenjak 8 Mac lalu – hampir 3 bulan sudah – ialah percakaran sesama sendiri. Pemimpin besar kecil masing-masing membuka pekung di dada Umno. Tuding-menuding jari, kutuk-mengutuk dan saling mencari kesalahan yang tidak berkesudahan. Sehinggakan saya terfikir, apakah sudah tiada daya upaya lagi untuk menghentikan semua ini. Mungkinkah kita sudah hilang sifat berlapang dada dengan apa yang berlaku? Atau mungkin sudah menjadi takdir bagi kita orang Melayu ni tidak dapat BERSATU lagi ?

Agaknya kita ahli Umno kena belajar dan mencontohi Parti Gerakan, yang menambah slogan mereka SATU – HATI, NEGARA & WAWASAN kepada SATU HATI GERAK BERSAMA. Agaknyalah…

1 comment:

Anonymous said...

Ustaz Said, negara memerlukan pemimpin pemuda berlatar belakangkan agama seperti saudara. Marilah kita gemblengkan tenaga untuk memastikan Malaysia sentiasa Aman & Makmur. Politik ini umpama KUDA ada kala kedepan dari mula, ada kala dipotong disaat akhir!

salam.
Akhi TKU

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin