Search This Blog

Monday, October 13, 2008

Yuran Ahli Umno

Salam,
Pemilihan Umno di peringkat bahagian semakin rancak berlangsung. Dalam sibuk bermesyuarat tu, wajar juga diperingatkan semula berkaitan yuran sebagai ahli Umno. Nilai yuran ahli Umno ni terbahagi kepada beberapa bahagian :

1. RM 100
- Yuran ahli seumur hidup. Ahli yang membayar yuran ni tidak perlu susah-susah membayar yuran setiap tahun, sebab dia sudah membayar untuk sepanjang hayat dia.

2. RM 2
- Yuran ahli biasa yang mendapat keistimewaan sebagai ahli, dibayar setiap tahun. Antara keistimewaan yang diterima spt : pada musim pemilihan - tidak perlu bertanding kerana akan diberi kemenangan percuma, ahli lain yg bhajat melawan akan dikalahkan secara teknikal spt masalah kouta, tidak cukup pencalonan atau mesyuarat tidak sah ( terutama bg ahli yg rendah yurannya ).

3. RM 1
- Secara umum, semua ahli akan membayar yuran ini setiap tahun. Perlu diingat, dengan membayar yuran ini belum dijamin akan mendapat hak sebagai ahli, kerana ada banyak lagi perkara yang perlu diambil kira. Contoh, ahli yang membayar yuran jenis ini tidak boleh bdepan dgn ahli yang membayar yuran lebih tinggi.

4. Rm 0.50 sen.
- Jika ahli membayar yuran sebanyak ini maka dia dikira berhutang kepada parti. Jika dia ada hati btanding untuk mana-mana jawatan, alamat dia tidak dibenarkan dengan dicipta pelbagai alasan yang sesuai, munasabah ataupun tidak, tidak penting. Contoh alasan yg selalu digunakan : Tidak cukup kouta, cadangan cawangan tidak sah dsb. Maknanya, hak dia sebagai ahli pun dikurangkan.

5. Tidak membayar yuran.
- Ahli ini akan kehilangan hak sebagai ahli, tetapi dia boleh dikecualikan jika dia 'diperkenan' oleh para penjawat penting seperti ketua. Maknanya, dengan tidak membayar yuran dia juga masih boleh bertanding, dengan syarat dia mesti tidak melawan 'arus'.

*************&&&&&&&********************
TAHNIAH UNTUK DATUK MUKHRIZ & DATO' HISHAMUDDIN, YG TELAH MELEPASI KOUTA UNTUK BERTANDING! SEMOGA BERJAYA

7 comments:

. said...

Tuan,

Saya telah berpindah blog. Blog NOBISHA sekarang ialah http://nobisha.blogspot.com bukan lagi httP//nobisha.wordpress.com Mohon jasa baik tuan mengemaskini link di blogroll tuan.

. said...

saya telah memasukkan blog tuan dalam blogroll saya (25 posting terkini). salam perjuangan.

Anonymous said...

Nice blog for national UMNO youth race .

http://anotherbrickinwall.blogspot.com/

Anonymous said...

please make a review on this page :

http://www.asyrafwajdi.com/blog/?p=48

http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=17268

USD said...

Salam,
- tk utk nobisha, bloglist sdh update.
- tk utk anon, sy sdh lihat cdgn tuan & faham isi kdgnnya. anyway, tk skali lg.

Anonymous said...

Asalamualikum. Orang dulu2 berjuang untuk kepentingan masyarakat akan datang (anak cucu diaorang) sebab itu diaorg tidak tetapkan berapa yuaran dikenakan. Mereka akan bagi seberapa banyak yg diaorg mampu malah sanggup bergadai emas utk disumbangkan kepada parti. Hari ini org berjuang utk perutnya sendiri dan mendakwa mereka berhak mendapat sesuatu daripada parti sebab dulu datuk neneknya delah berjuang. sebab itulah walaupu yuran ditetapkan.

USD said...

Mr lil717lee,
Ko tengok Hati Malaya 1957 baru ko faham btul erti pjuangan. Ksian kan ahli bayar yuran 50sen... hehe

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin