Search This Blog

Wednesday, February 25, 2009

Mencari Pemimpin Seperti Rasulullah.

Salam,

Seorang pengunjung di blog ini mhantar komen berikut :

...kalau bab pemimpin ni, aku nda kira la siapa2 dia karabat abang musa ka?anak buah ka? sapupu ka? asalkan dia beriman dan mempunyai kelayakan sudah cukup bagi aku. pasal aku ambil iktibar dari rasulullah, beliau melantik abu bakar ( mentua dia ) ,ali ( Menantu dia )..kalau kita tafsir sekarang ni kira kerabat la atau kroni....tapi aku punya tafsiran bahawa mereka ini beriman dan berkelayakan......rasulullah mau bagi contoh bahawa tidak salah melantik atau memilih dari kalangan kerabat atau kroni asalkan mereka beriman dan berkelayakan....allah hu alam.

Nampak komen diberi memang cukup cantik, m'ambil iktibar daripada kepimpinan Rasulullah. Menurut pengunjung ni juga, dua kriteria yg mcukupi untuk mjadi pemimpin : Beriman dan berkelayakan.

Bab beriman memang kita jelas. Pemimpin yg tiada iman memang tidak mungkin mampu memimpin orang b'iman. Sebab itu manusia diutus para rasul memimpin mereka ke jalan yg benar. Hanya manusia saja yg lalai dlm 'm'ingat' ajaran para rasul tsebut, lalu memilih pemimpin yg nampak b'iman tp beraja di hati, bsultan di mata!

Cuma soal kelayakan ni, kita agak keliru sedikit. Bagaimana kelayakan yg sesuai mjadi pemimpin ? Rasanya soal ini agak subjektif. Jika ijazah mjadi kelayakan 'asas' memilih pemimpin, berapa ramai pimpinan kita t'utama di peringkat bawah yg kita angkat tidak memiliki ijazah.

Ah, ijazah bukanlah ukuran utama memilih pemimpin. Memiliki segulung ijazah bukan b'erti memiliki kebijaksanaan. Berapa ramai pemimpin yg tidak b'ijazah tp bijak dlm b'politik umpamanya. Lagi-lagi politik putar alam @ putar belit, tidak perlu sijil bjela-jela...

Sayangnya, sekarang ni pemimpin yg 'seperti' Rasulullah itu amat sukar kita temui. Lim Guan Eng di Pulau Pinang yg hendak meniru kepemimpinan Umar Abdul Aziz pun, rasanya jangankan separuh, suku pun dia belum dapat contohi!

Bagaimana kepimpinan Rasulullah ? Dicatatkan sbg contoh :

Sebagai ketua negara, baginda tidak segan untuk bergaul dengan rakyat biasa tanpa mengira status sama ada fakir miskin, kanak-kanak atau hamba, Baginda juga sedia memenuhi undangan para sahabat nya termasuk pembantu rumah. Bahkan dalam peperangan Khandak umpamanya, Baginda menyertai sahabat-sahabat untuk menggali parit sehingga tubuh Baginda penuh dengan debu dan tanah.

Adakah lagi pemimpin kita seperti ini ? Tepuk dada, jangan tanya siapa-siapa, tanyalah diri sendiri!

5 comments:

Anonymous said...

Salam.
Nampaknya ciri-ciri pemimpin macam Rasulullah agak sukar dicari di dunia sekarang ni.. hal ini kerana mereka yg ada ciri-ciri ini akan gagal melepasi tapisan pemilihan pemimpin di peringkat akar umbi. Contohnya saudara saya En. Matlan Taufik di Beaufort. Dia seorang yg memiliki ciri-ciri pemimpin yg baik tetapi malangnya bila dia tanding AJK Pemuda UMNO Beaufort, awal-awal lagi di dicantas / ditebang /dipotong atau seumpamanya oleh mereka yg tamak dan takut akan kebolehan beliau.Adakah ini kerja D. Lajim ? Saudara Isnin ? Ishak ?
Namun harapan saya semoga Saudara Matlan tidak terus merajuk dlm arena politik di Beaufort. Siapa lagi selepas D. Lajim ? Saudara Isnin & Ishak tidak mungkin dpt menggantikan kepimpinan D. Lajim sebab diaorang ni sudah masukkan dlm senarai org yg akan disejukbekukan dlm peti ais.
Adakah saudara Azman bin DSP. Lajim ( Naib Ketua Pemuda Beaufort) akan menggantikan bapanya macam sistem pewarisan raja-raja Melayu? Kalau keadaan ini berlaku maka ciri-ciri kepimpinan Rasulullah bolehkah dilaksanakan oleh Saudara Azman ? Adakah Saudara Azman melaksanakan 5 waktunya tanpa ada cuti-cuti Malaysia? Puasanya ? Zakatnya ? Bolehkah dia jadi imam ?dll ?
Ayuh!!! marilah kita sama-sama menegakkan siar Islam di muka bumi Beaufort ini dgn menaikkan pemimpin yg boleh melaksanakan ciri-ciri kepimpinan seperti Rasulullah ... Ke mana perginya Saudara Rahman Yakob ???? adakah kehilanganya sama dgn saudara Matlan juga ?

awi.prt8 said...

salam hormat ustaz,

saya dah link blog ustaz dgn blog saya.

TQ

Anonymous said...

Saya bersetuju dengan pandangan sdr.rakyatbeaufort. Pada waktu ini memang ada calon pemimpin yang baik tetapi malang sekali mereka tidak berpeluang untuk diketengahan.kerana pada waktu ini hanya mereka yang kaya raya atau proksi mereka yang kaya raya, sahaja yang berpeluang dipilih menjadipemimpin. Saya bersimpati dengan sdr. Matlan berkenaan, tetapi inilah realitinya. Silapnya ialah mereka yang 'memilih'kerana bersikap tamak, mata duitan dan tiada prinsip dan maruah. sungguh mengesalkan kerana dengan hanya RM50 hingga RM500 sudah boleh membeli pendirian mereka.

Syarat untuk menjadi pemimpin, pertama mestilah ikhlas untuk bergaul dan menolong rakyat yang dipimpinan. Tetapi yang paling penting ialah agamanya,jika dia Islam maka dia mestilah menjaga tiang yang 5.. Hendaklah menjauhi judi,arak dan zina..Bila jadi wakil rakyat hendaklah benar-benar jadi 'wakil rakyat',bukan wakil tauke atau wakil kontraktor..

sesuatu yang kita perlu ingat, apabila kita mengangkat seseorang pemimpin, yang kita tahu dan nampak kejahilan dan kejahatan hidupnya, maka setiap kezalimannya selepas itu maka kita pun turut menerima sahamnya..

Berkenaan sdr.Rahman Yaakop. Beliau memang seorang pemimpin yang baik tetapi pada masa ini saya percaya beliau berada dalam ujian hidup yang mencabar.Tetapi syabas kerana beliau tidak pernah melompat parti walaupun dia boleh memperolehi suatu kesenangan jika dia melakukannya. Inilah satu ciri pemimpin yang berharga, kekal dengan prinsipnya walaupun dihambat kesusahan. walaupun berdepan kesukaran beliau tidak menjual perjuangannya. syabas dan kita perlu berbangga dengannya kerana dia tidak seperti saudara kita di Behrang dan Changkat Jering itu..

Anonymous said...

asalamualaikum.....komen dari rakyat beaufort mungkin secara kebetulan sama nama dengan saya, tapi yang pasti saya bukanlah orang yang beliau maksudkan.....kerana saya tidak punya ciri kepimpinan seperti rasulullah........tetapi kalau lah benar encik matlan yang di maksudkan itu kalah di dalam pemilihan pemuda umno kerana di cantas atau kerana tidak mengunakan wang ringgit sebagai senjata kempennya....syukur alhamdulillah kerana masih ujud orang sebegini di dalam umno.....dan ingatlah sesungguhnya rasulullah ketika berjuang menyebarkan syiar islam, beliau bermula dengan berseorangan, kemudian bersama keluarganya, dan bersama sahabat-sahabatnya, dan apabila beliau tidak di terima di makkah, beliau hijrah ke madinah....dan akhirnya beliau dapat menawan semula makkah dan hampir seluruh umat manusia memeluk agama islam......mungkin saudara matlan ni tidak merajuk....tapi beliau mungkin berhijrah seperti rasulullah dan mungkin beliau sedang memperkuatkan dirinya atau kalau di ibaratkan kucing, beliau mungkin secara senyap sedang menajamkan kuku nya....semoga beliau berjaya.

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin