Search This Blog

Loading...

Monday, February 23, 2009

Antara Volvo dan Jalanraya...

Salam,

Masih lagi dengan kisah Volvo...

Bagaimana agaknya rasa mnaiki kereta mewah seperti Mercedes, BMW, Volvo, Camry dsb? Kena btanya sebab tidak pernah merasa keselesaan kereta seperti ini.

Seorang kawan menelefon dan btanyakn pandangan bkaitan pbelian kereta Volvo oleh Kerajaan Sabah. Sebelum mberi pandangan, saya btanyakan dulu pandangannya. Sengaja 'memancing' kawan ni, penyokong setia BN/Umno yg tidak pernah 'miss' mengundi BN setiap pilihanraya.

Kata kawan ni, tindakan menukar kereta rasmi oleh kerajaan pd masa ini, tidak kena pada masanya. Ada banyak lagi agenda pembangunan yg perlu dbuat oleh kerajaan, sebelum memikirkan keselesaan diri para menteri.

Saya mjawab, masalahnya kos penyelenggeraan kereta rasmi sedia ada tlalu tinggi, dan mungkin kerajaan sdh tidak mampu lagi menyerapnya.

Dia bsetuju, tapi soalnya kenapa ketika ekonomi kurang baik? Alangkah baiknya para menteri memikirkan cara mengurangkan beban rakyat ketika ini, daripada berbelanja utk perkara yg belum utama ketika ini.

Saya kata ini sudah mjadi keperluan, kerajaan kena btindak sekarang, demi melicinkan pentadbiran dan keberkesanan kerja para menteri. Dengan menaiki kenderaan rasmi yg 'baik' dan bkuasa tinggi, akan memudahkan lagi mereka menunaikan tanggungjawab kepada rakyat dan negeri Sabah.

Hujah saya ini malangnya ditempelak oleh kawan di hujung talian. Dia menyoal, kalau mahu bkesan kenapa Volvo?. Bagaimana menteri mahu melawat Daerah Kecil Tongod atau Pengalungan dgn Volvo. Kalau mahu sesuai dengan geografi Sabah, gunalah pacuan empat roda. 'Ninja King' kan ada katanya.


Entahlah, scara peribadi saya pun tidak mampu bhujah dgn kawan tsebut. Logiknya, jika penyokong setia BN pun tidak faham dgn tindakan ini, apalah agaknya pandangan bukan penyokong?

Mungkin ada siapa-siapa yg boleh mbantu saya mberi jawapan!

11 comments:

fikir, fikir lg said...

isu pertama masa perak dulu semua bising tak patriotik, patriotik kah kerajaan sabah ini? mana suara-suara rakyat yang patriotik itu?
atau mereka hanya patriotik apabila pembangkang melakukan kesalahan?
sanagt berat sebelah dan tidak adil situasi ini. perkara ini hanya membuka mata rakyat tentang ketidak adilan dalam akhbar arus perdana yang terus membeku dan tidak mengekuarkan sebarang bantahan seperti semasa berlaku di perak. akhbar arus perdana mengamalkan dobble standard!

Panglima Perang Cyber said...

Volvo jadi pilihan kerana stabil di kawasan berbukitkah dan mewah ?

Jawapan perlu ditunggu dari Kerajaan Sabah...

adinda musa said...

Salam. Inilah kehebatan ketua Menteri Sabah (Abang Musa). Difahamkan semasa pemerintahannya ,Sabah maju sbb dia ni ahli perniagaan yg bijak. Oleh kerana tak ada bukti yg jelas boleh ditunjukkan untuk menggambarkan kemajuan yg pesat ini maka dia tukarlah kereta para pembesar negeri dgn janama mewah. majulah tu nama nya.
sebenarnya banyak lagi kehebatan abang Musa ni yg kamuorang tak tahu atau pura-pura tak tahu..
antara kehebatannya mereka adik beradik jadi wakil rakyat. seorg di Kimanis dan seorg lgi di Sdkn. Maknanya mereka adik beradik ni hebat malah keluarga mereka ni ada dimana2 sja pelusuk Sabah. Ada di Keningau, Tenom, Pinampang, Tuaran dll.
Lebih hebat lagi Abang Musa ni dari keturunan pemimpin yg bijaksana sehingga mengalir ke tubuh mereka adik beradik malah anak-anak mereka . Apa tidaknya Abang Muasa Ketua Bahagian UMNO Libaran, adiknya D.Anifah ketua Bhg UMNO Kimanais dan terkini Ketua Pemuda Sipitang dipegang oleh anak Abang Musa iaitu Hj. Hafiz ... dengar khabar selepas Abang Musa bersara kelak anaknyalah yg menyambung kepimpinan negeri Sabah ni....sbb mereka bijak.
Pendek kata mereka ni keluarga yg terbilang dan tem....rang di Sabah. sebut nama sja semua org kenal dan faham akan maksud nama dan perangai mereka. Contoh terbaru anak abang Musa (Hj. Hafiz) menang tanpa tanding sbg ketua pemuda UMNO Sipitang. Malah kalau ada pun yg bercita2 nak tanding lawan dia waktu tu akhirnya terpaksa mengaku kalah dgn kehebatan anak abang musa sampai tak cukup pencalonan.... saya dikhabarkan ada juga Hj. Hafiz ni kena panggil j/kuasa Didiplin UMNO untuk menjelaskan kehebatannya yg tiada tolok bandingan di seluruh Sabah...
Sebenarnya Sabah amat bertuah mendapat pemimpin& keluarganya hebat sehingga saya risau rakyat Sabah akan menjadi bosan dgn kehebatan ini lalu menukar pemerintahan kepada yg tidak baik seperti PR... Maklumlah nak rasa macam mana pemerintahan pemimpin yg tak berapa hebat.... naka tahu kehebatan Abang Musa selanjutnya... tunggu epesod akan datang ... Adakah Abang Musa keturunan Pak Musa ???.. tungg selepas ini....

matlan said...

asalamualaikum ustaz,.....kalau nak minta pandangan boleh, tapi hati mesti terbuka untuk menerima apa saja pandangan orang, yang boleh kita pakai , kita pakai lah manakala yang tak bersesuaian kita KIV dulu, jangan buang terus.....berkenaan pembelian kenderaan baru Volvo oleh kerajaan negeri, mungkin ada hujah bagi setiap pihak, tapi kalau pendapat aku la, pakai perdana v6 boleh ke pi tongod...atau kita ambik yang paling murah sikit la, pakai kancil, sesuai ke yb-yb kita nak naik lawat kawasan di pedalaman,....pakai ninja king ok la untuk jalan-jalan di sabah ni, tapi untuk beli satu buah ninja king sama dengan harga kita beli 3 buah volvo....bagus beli volvo....pasal kalau nak pegi pedalaman yg ulu-ulu yang jalan teruk2 belum tau tu yb mau pakai ninja king dia....paling2 naik helicopter juga.....kenapa time ni baru nak beli kereta, time2 gawat? mungkin kerana time ni baru kerajaan negeri dapat banyak duit dari kerajaan persekutuan akibat daripada kita penyumbang kursi paling banyak dalam kerajaan....dulu2 kita minta juga tapi kana bagi sikit ja....sekarang ni buli minta banyak sikit....tapi ya la, kalau nda beli sekarang bila lagi...tungu ekonomi baik, harga volvo pun naik jadi mahal pula.....kalau bab pemimpin ni, aku nda kira la siapa2 dia karabat abang musa ka?anak buah ka? sapupu ka? asalkan dia beriman dan mempunyai kelayakan sudah cukup bagi aku. pasal aku ambil iktibar dari rasulullah, beliau melantik abu bakar ( mentua dia ) ,ali ( Menantu dia )..kalau kita tafsir sekarang ni kira kerabat la atau kroni....tapi aku punya tafsiran bahawa mereka ini beriman dan berkelayakan......rasulullah mau bagi contoh bahawa tidak salah melantik atau memilih dari kalangan kerabat atau kroni asalkan mereka beriman dan berkelayakan....allah hu alam.

Anonymous said...

OTAK KM PUN MACAM KELDAI. NANTI LE PRU KE 13, MEMANG KITA AKAN TENTUKAN DIA BENAR2 NAIK KELDAI

cekodokmasin said...

Salam tuan,
kalau nak lawat kawasan, mungkin dia orang guna volvo CX5. kan tu juga pacuan 4 roda....

Datu Sulaiman alhaj said...

Saya condong kepada pembangkang (bukan kerana pembangkang bagus tetapi pemimpin kerajaan yang ada jauh lebih teruk daripada pemimpin pembangkang.),macam mana pun tidak pula bermakna saya membangkang semua tindakan dan percaturan kerajaan. Apa yang baik untuk agama dan negara kita tetap sokong.Tetapi yang tidak berapa kena, itulah yang perlu kita tentang habis-habisan...

Dalam soal pembelian kereta volvo ni, selain faktor kegawatan ekonomi,kita berpendapat masa tidak sesuai untuk menteri Sabah bermewah-mewah. Prestasi mereka masih pada tahap 'loya' Jadi naik perdana V6 masih standard yang releven untuk mereka. Apa perlunya Volvo ? Mengapa Volvo? Hanya CM saja yang ada jawapannya. YB-YB BN Sabah gerenti tidak akan berani bertanya kepada dia melainkan dengan hanya mengangguk setuju. Itulah kehebatan Musa, dia mampu menundukkan lawan-lawan politiknya. segarang-garang Pairin pun akhirnya ditaruh macam tikus dalam kurungan..Datuk salleh,Pandikar Amin dan Rahim Ismail, semuanya berjaya disngkir oleh Musa..Jadi dalam isu kereta Volvo ini nescaya Musa dan kerajaannya akan dapat menghalalkan apa saja yang mereka fikirkan halal. Perak dan Selangor beli Camry jadi isu..tiba-tian Musa beli Volvo, alright saja nampaknya..Najib dan Abdullah ahmad Badawi pun pasti tak akan bersuara..

Anonymous said...

sALAM ... nak dikata apa lagi secara jujur ada benarnya apa yang dikata ustz....jelas inilah bayangan tetang kebijaksanaan pemimpin kita hari ini... tamapa mengambil kira rakyat yang ada rasa tersinggung dan merasa bodoh dengan tindakan yang dibuat ...tak meraka ini terfikir seperti apa yang sepetutnya merka fikirkan tentang kegawatan ekonomi , dan pembangunan rakyat malas nak cakaP... rAKAYT fIKRLAH SEBDIRI .

CIKGU SUHASNI said...

berani kerana benar, takut kerana salah. Sebagai rakyat kita harus benar jika pemimpin kita buat salah. Bukankah kita juga menjadi mata dan telinga kepada kerajaan. www.pemudagerik.blogspot.com

Anonymous said...

Wahai Datu Sulaiman alhaj said,
Orang suruh komen lain hang dok pi komen lain pasai lak ?? Jangan dok tengok kroni abang Musa tu je....intai-intai la jugak kroni sebelah PR nu............. Pak di Permatang Pauh ....Anak di Lembah Pantai....Suluh semuanya la...........

Pasai beli kereta volvo ni memang tak patut la sebab time orang lain beli kereta lain ada yang berbunyi .....Apa tak serik ke peneraju-peneraju negeri ni ?? Terengganu dah kena, Perak dah kena, Selangor dah kena ......, FIKIR la sikit kalau nak buat apa-apa keputusan ............yang menerima padahnya AHLI UMNO yang setia ni....... nak menjawab sana sini..... kalau dah rasa tak dak idea untuk mengglamorkan diri untuk dimasukkan dalam dada-dada akhbar LETAK JE JAWATAN......... kita buat pilihanraya kecil lain.........
Insaflah wahai YB_YB yang dipilih rakyat...... Jawatan tersebut amanah yang perlu dijawab kelak..... Fikirkan tentang rakyat...INSYAALLAH ALLAH mudahkan yang lain......

Anonymous said...

Maaf nak tujukan pada yang tulis adinda musa sadi tu....yang komen pasai adik dan anak musa berjawatan tu ...buklan datu sulaiman ...silap taip da......

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin