Gambar ini sudah dipaparkan di blog Parpu Kari dan Tok Rimau. Melihat gambar ni, kelihatan ada sesuatu yang tidak kena!
Rasanya, atas dasar kemanusiaan tidak salah untuk bersimpati dengan kematian seorang anak muda bernama Teoh Beng Hock. Namun, janganlah kerana hendak sangat mengambil hati sehingga perlu melakukan ritual sebegini!
Perlukah ditubuhkan Suruhanjaya Diraja?
Apalah nak jadi dengan kita rakyat Malaysia, politik bukan lagi untuk orang yang hidup. Orang mati pun terpaksa dipolitikkan demi kerakusan mengajar kuasa!
Apabila saya 'mengusik' tindakan kerajaan Sabah dalam soal pembelian kereta Volvo dan membandingkannya dengan keputusan kerajaan Kedah mengekalkan Proton Perdana V6, ia menimbulkan reaksi daripada beberapa orang sahabat.
Sebahagian meninggalkan komen tanpa nama, sebahagian pula menghantar sms dan membuat panggilan telefon. Mesej mereka sama, tulisan itu memburukkan imej kerajaan pimpinan Umno dan seperti menyokong PR!
Saya mentafsirkan reaksi sahabat ini sebagai kurang matang. Saya percaya sahabat-sahabat ini adalah ahli atau penyokong Umno. Jika pendirian begini diteruskan, nampaknya malanglah nasib Umno. Bolehkah bangkai gajah ditutup dengan nyiru? Kalaupun boleh, pasti bau busuknya dihidu jua!
Katakan benar kepada kebenaran. Ya blog ini akan terus menyatakan kebenaran, memuji yang terbaik dan menegur yang jelik. Jika kebaikan itu datang di pihak 'lawan', adakah kita mahu menafikannya?
Demikian juga, perkara yang jelik yang dilakukan oleh Umno dan pimpinannya wajib untuk seluruh ahli Umno menyatakan kejelikannya. Bukankah begitu teladan yang sudah ditunjukkan oleh Tun M, mantan PM dan Presiden Umno?
Lagipun, jika kita cuma rasa selesa apabila yang 'manis-manis' disebut, dikhuatiri kita sebenarnya sokong yang membawa rebah. Kematangan dalam soal ini harus menjadi prioriti, sesuai dengan slogan Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.
Memang sukar menerima hakikat, apalagi untuk menyatakan kebenaran kerana ia sangat pahit. Tetapi ia jauh lebih mulia daripada berdiam diri dan membiarkan sahaja tanpa menegur kerana sikap bacul dan dayus, apa lagi kerana ada kepentingan peribadi!
Dibimbangi, kesilapan berulang yang dilakukan hari ini - tanpa mengambil iktibar kesilapan lalu - akan menyebabkan kemusnahan yang lebih besar. Saat itu, segala penyesalan tidak akan berguna lagi...
anim said... kita rakyat negeri yang tidak beraja x payah la mau menyibuk..we dont know wat they feel..they may know much than we knew..
sometimes, i feel pity to nizar..wat a man haha anyway..very nice point of view..
Ini komen seorang pbaca blog saya. Diucapkan terima kasih kerana sudi singgah di blog saya. Sayangnya, komen dberi tsangatlah naif, mgambarkan diri yg apa ya ? Tserahlah kpd pbaca semua melihat tahap pemikirannya...
Nampaknya tidak perlulah saya mberi komentar balas kpd sahabat bnama anim ni. Cuma kalau nak ikut dia ni, tidak perlu kita 'sibuk' pasal Palestin @ Gaza, sebab kita pun tidak tahu perasaan durang. Kan gitu anim...
TS Alfred Jabu, TKM Sarawak bkata dia tidak bminat mbuat blog, walaupun sekarang mbuat blog peribadi menjadi satu kegilaan ramai. Tidak apalah kalau Tan Sri tidak mau buat, sebab benda ni pun bukannya wajib...
Yang wajib bagi seorang wakil rakyat, apalagi memegang jawatan Menteri seperti Tan Sri, menjalankan amanah rakyat yg telah memilih, mbantu selagi tdaya...tentu sekali mjadi Yang Berkhidmat.
Cuma yg kita tidak setuju bila Tan Sri dipetik bkata begini ( harap-harap wartawan tidak tsalah lapor - jawapan klise VIP Malaysia ) :
Katanya, beliau tidak mahu 'leka' dengan blog yang disifatkan akan melalaikan dirinya untuk menunaikan tanggungjawab sebagai wakil rakyat dan menteri. Menurutnya, keutamaan beliau adalah memastikan portfolio yang dipegang sekarang iaitu mengawasi dan melawat kawasan luar bandar ditunaikan. ''Saya tidak mahu leka atau duduk menjawab blog sahaja kerana ia akan memutuskan hubungan saya dengan rakyat. ''Terlalu ramai penulis blog sekarang dan jika saya turut serta, seolah-olah saya akan masuk ke perangkap pihak tertentu yang mahu saya gagal menunaikan tanggungjawab kepada rakyat," katanya selepas menerima kunjungan hormat Duta Belanda, Lody Embrects di pejabatnya di sini semalam.
Hairan juga, macamana Tan Sri tahu yang YB mbuat blog leka hingga lalai tunaikan tanggungjawab ? atau mbuatkan YB 'tputus' hubungan dgn rakyat ?
Apa yg nyata Tan Sri, ramai YB yg mbuat blog tetap bprestasi baik dan smakin dsenangi rakyat. Malahan ramai juga YB yg tiada blog tetapi tetap tidak mesra rakyat dan jarang balik ke kawasan. Ada pengundi yang mcm sudah lupa muka wakil rakyat dia....
Tidak apa Tan Sri, kalau 'malas' mbuat blog pun masih ok, tidak payah susahkan diri, rakyat tidak mnilai pun calon ada blog atau tiada dlm PRU nanti. Cuma rakyat minta, janganlah sampai mcm begini : Hendak bjumpa susah, di Pejabat jarang ada, di kawasan hantar wakil sahaja, ditelefon, diSMS, diMMS...tiada jawapan. Hendak hantar komen, blog pun tiada.
Ringkasnya, MACAMANA RAKYAT MAU BKOMUNIKASI DGN WAKIL RAKYAT? Takkan mau pakai burung merpati kot...
Bahang akibat kekalahan Datuk Wan Farid di PRK KT terasa sampai ke sini. Hari ni seorang kawan penyokong PKR m'ajak dlm gurauan mbuat doa kesyukuran atas kemenangan tsebut.
Seorang kawan lain, bdoa akan ada lagi PRK selepas ini sambil seorang lagi kawan bkeyakinan Pensiangan juga akan tlepas. Nampak gayanya keyakinan mereka semakin kuat menuju tahun 2013!
Seorang blogger pula mberi komentar berikut : Petua untuk BN menerima kekalahan yang lebih besar di PRU ke 13 adalah seperti berikut :-1. Tambah fitnah kepada PR di TV dan kalau boleh tv 3 ditukar nama kepada TV fitnah.2. Pemimpin BN hendaklah bercakap lebih sombong lagi dan lebih ego lagi dan jangan lupa putar belitnya sekali.3. lebihkan banyak janji kosong.4. Jangan lupa jemput sesumpah (ezam) bagi ceramah senang dia cabar semua rakyat malaysia.5. Duit jangan lupa, tabur saja..6. Dan banyak lagiiii lu sendiri fikir la... January 18, 2009 2:23 AM
Ada siapa-siapa boleh mberi respon ?
Untuk kesemua ini saya cuma mamp tsenyum sumbing, hilang idea. Sebab apa yg tpapar hari ini, spt biasa, mcm dulu-dulu juga, spt sbelum ini - bukan bmuhasabah tp satu jari menuding kpd yg lain sdg empat jari menuding diri sendiri hampir dlupakan.
Cuba perhatikan laporan Utusan dengan tulisan di blog ini ( sila lihat di bawah ). Nampaknya, PM DS Abdullah senada dan menyokong saranan blog ini, meminta pihak bkuasa mengambil tindakan tegas kpd pemilik BLOG JAHANAM yg mhina Rasulullah SAW.
Tak taulah selepas PM ( dan aku juga ) sudah menyeru tindakan diambil, manusia bedebah ni masih seronok goyang kaki, masih bsenang2 mhisap curut. Kalau gitu keadaannya, elok rasanya 'pihak bkuasa' tu terjun ja Sg Kelang, jgn timbul2 lg atau panjat Menara KL, terjun ke bawah.
Cadangan : Masa nilah elok benar gunakan ISA tu!!! Faham?
Datuk Syed Hamid Albar, TS Musa Hassan, TS Ghani Patail dan sesiapa jua yg mempunyai kuasa, inilah masanya utk kamu menunjukkan kuasa yg ada. Jika tiada tindakan, hari ni 1 blog ditutup, 2-3 minggu akan datang, banyak lagi blog dibina dgn tujuan yg sama - MENGHINA RASULULLAH dan AGAMA RASMI PERSEKUTUAN MALAYSIA.
Kalau Datuk Sharifah Aini yg dituduh mfitnah Datuk Siti Nurhaliza melalui emel, boleh dibawa ke muka pengadilan, takkan blogger bedebah ini dilepaskan bgitu sahaja. Lainlah kalau kita berasa mfitnah Datuk Siti lebih 'besar' drpd mhina Rasul SAW!
Mau tau BLOG JAHANAM, ni salah satu daripadanya. Kita minta tolong kepada pihak bkuasa tolong ambil tindakan kpd blogger ni. Mungkin masa ni ISA sangat bguna utk org kurang ajar spt ini...p/s : klu tunggu dakwa di mahkamah, makin banyak yg dia tulis dan makin ramai nanti yg tulis mcm dia. Kita merayu tolonglah Datuk Syed Hamid Albar !
Ingatan ini ditujukan khas buat calon Barisan Nasional bagi PRK P.036 Kuala Terengganu yg dijadualkan pd 17hb januari 2009 nanti - Senator Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh.
Sebagai calon BN drpd parti Umno, Datuk diingatkan supaya berhati-hati semasa berkempen dalam PRK nanti. Malahan sebelum, penamaan calon pun Datuk kena bhati-hati. Bukan apa, takut nanti elok-elok Datuk menang, jadi kalah pula.
Untuk perhatian Datuk, kita tumpang risau juga, manalah tahu nanti ada orang laporkan Datuk berkempen melalui blog, dan dibuktikan bersalah lalu diambil tindakan digantung keahlian, naya la kita.
Datuk jangan risau, walaupun nanti Datuk tidak boleh bkempen melalui blog, Datuk tetap boleh sangat bkempen mgunakan cara lama - ceramah, tabur risalah, kempen rumah ke rumah, atau pun minta tolong Datuk Ahmad Shabery, kita guna wayang pacak!
Calon lain, Bebas ka, PAS ka, Tuk Mun ka, biarkanlah durang sebab durang tidak dilarang bkempen melalui blog. Cuma kita ja dalam Umno ni yg dilarang mgunakan blog, sebab kita ada tataetika dan peraturan parti kita yg wajib dipatuhi. Yg tidak boleh kita langgar.
Kelakar kan Datuk, tapi inilah realitinya, berkempen melalui blog menjadi satu kesalahan dlm Umno, ketika blog diakui sbg satu media yg memainkan peranan besar mpengaruhi pengundi dlm pilihanraya lalu.
Wajar diakui segelintir penulis blog Umno ni, mgunakan medium blog ni sebagai tempat untuk mpromosi diri, menunjukkan kehebatan menulis dan mempamerkan wajah 'palsu' diri sebenar. Ramai sebenarnya yg cukup 'baik' dan 'hebat' dlm penulisan di medan blog tetapi sebenarnya adalah 'beban' kepada parti. Siapa ? Mungkin ada mampu meneka...
Segelintir pula mjadikan medan blog ini sbg tempat mbelasah pemimpin t'tentu dgn bselindung di sebalik nama anti itu dan anti ini. Apatah lagi menjelang pemilihan parti bulan Mac nanti, dijangka semakin ramai penulis blog bmusim mhentam pemimpin tertentu. Keadaan ini sangatlah tidak wajar dalam usaha mengukuhkan parti.
Ingatan daripada Tun Mahathir yg mahu para pengendali laman blog supaya bsikap btanggunjawab thadap tulisan dan komen dlm blog, sewajarnya diambil perhatian. Blog seharusnya tidak dijadikan medan menyebar fitnah, mengadu-domba, merendah-rendahkan orang lain dan sebagainya.
Secara peribadi, walaupun agak baru dlm dunia blog ni, memang tidak setuju dgn plakuan nakal segelintir penulis blog Umno, yg mjadikan dunia blog sebagai bahan jenaka, melekehkan parti atau pemimpin parti. Tulisan mengkritik atau menegur secara bhemah lain ceritanya. Apalagi tulisan penulis blog daripada pihak bukan Umno, memanglah lain ceritanya!
Bukan semua, diakui memang wujud blog Umno yg bkesan dan wajar diiktiraf serta diberikan taraf ***** !