Search This Blog

Loading...

Tuesday, December 23, 2008

Awas Datuk Wan Farid, Hati-hati !

Salam,

Ingatan ini ditujukan khas buat calon Barisan Nasional bagi PRK P.036 Kuala Terengganu yg dijadualkan pd 17hb januari 2009 nanti - Senator Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh.

Sebagai calon BN drpd parti Umno, Datuk diingatkan supaya berhati-hati semasa berkempen dalam PRK nanti. Malahan sebelum, penamaan calon pun Datuk kena bhati-hati. Bukan apa, takut nanti elok-elok Datuk menang, jadi kalah pula.

Kenapa Datuk kena bhati-hati? Ya Datuk jangan sekali cuba-cuba bkempen pilihanraya ni mgunakan blog. Lembaga Displin Umno sudah mengambil tindakan terhadap seorang pemimpin Umno Bahagian kerana kesalahan 'besar' berkempen melalui blog dalam pemilihan lalu.

Untuk perhatian Datuk, kita tumpang risau juga, manalah tahu nanti ada orang laporkan Datuk berkempen melalui blog, dan dibuktikan bersalah lalu diambil tindakan digantung keahlian, naya la kita.

Datuk jangan risau, walaupun nanti Datuk tidak boleh bkempen melalui blog, Datuk tetap boleh sangat bkempen mgunakan cara lama - ceramah, tabur risalah, kempen rumah ke rumah, atau pun minta tolong Datuk Ahmad Shabery, kita guna wayang pacak!

Calon lain, Bebas ka, PAS ka, Tuk Mun ka, biarkanlah durang sebab durang tidak dilarang bkempen melalui blog. Cuma kita ja dalam Umno ni yg dilarang mgunakan blog, sebab kita ada tataetika dan peraturan parti kita yg wajib dipatuhi. Yg tidak boleh kita langgar.

Kelakar kan Datuk, tapi inilah realitinya, berkempen melalui blog menjadi satu kesalahan dlm Umno, ketika blog diakui sbg satu media yg memainkan peranan besar mpengaruhi pengundi dlm pilihanraya lalu.

Kelakar...kelakar!!!!

8 comments:

NOBISHA said...

Tuan,

Saya ada satu soalan. Mengapakah blog dibenarkan dalam pilihanraya umum, tetapi tidak dibenarkan dalam pemilihan parti? Apakah rasionalnya?

bungaraya said...

Tuan Ustaz,
Saya setuju calun BN kena hati-hati bukan sahaja tentang urusan blob memblog ini. Yang lebih penting tentang kegairahan Pakatan Rakyat setelah memenangi 5 + 1 negeri dalam PIRU ke 12 lalu.
Penyokong PAS dan PKR sangat ekstrim dan ganas. Terbukti pada setiap kali pilihanraya kecil. Kita boleh sediakan pakar gaduh juga, tetapi hati-hati jangan memakan diri. di KT, gunakan peribahasa tarik rambut dalam tepung.

ustazSAID said...

Salam,
Tuan Nobisha - Hanya Lembaga Displin Umno mpunyai jwpn thadap soalan tuan. Rendahnya taraf pemikiran ahli Umno hingga boleh memiliki blog tp x blh b'kempen d blog.
Bungaraya - Rakyat Msia kena byk belajar lg erti demokrasi!

add said...

Tak pasai-pasai tersontot sykt telekomunikasi nak lebarkan jalur lebar dalam negara. Ye la buat apa spent duit banyak-banyak kalau dah sekadar nak search berkaitan kerja je,,,dipejabat boleh buat. kat rumah tengok astro je lah..nak buka blog tak boleh sebab semua blog umno dah selesai. "Goblok" betul la LD UMNO ni...

Warisan Tamar @ KL said...

Pada saya UMNO tidak melarang ahli mempunyai blog tetapi yang menjadi kesalahan adalah isi kandungan blog yg digunakan utk mengeji mengutuk menghina dsbnya pihak lain. Cuma lagi UMNO harus ada stand yg kukuh dlm soal ini. Cara penyampaian dan penekanan sesuatu isu terutamanya di media massa hendaklah diperbaiki.Tapi Utusan Msia sudah tentu menafikan salah lapor. Maknanya memang ada kenyataan `bodoh' bahawa kempen melalui blog adalah melanggar etika parti...

Berkempen melalui blog seharusnya tidak salah dan dibenarkan. Kalau zaman batu dulu ada internet dan medium blog mahupun yg lain spt Facebook pun mereka akan menggunakan medium ini. Mengapa pula sekrg di zaman celik IT ia tidak digalakkan...memang hampas! Bagaimana mahu mendekati golongan muda dan baru. Ingat pengundi muda utk PRU akan datang bertambah...

Jika benar kempen melalui blog adalah salah...UMNO harus menjelaskan rasionalnya. Jika tidak, ambil tindakan disiplin kpd orang yang keluarkan kenyataan `budus' itu...Siapakah dia?

ustazsaid said...

Salam
Add - Siapa yg goblok tu ?
Warisan Tamar - Klu ahli Umno x blh kempen dlm blog, apalah gunanya ada blog...Hadapkan ja si budus tu ke LD yg lain...hehe

Anonymous said...

Tak tau la aku, dunia dah semakin moden, perkembangan ICT telah jauh kedepan, pemikiran orang tua kita dalam UMNO yang masih merangkak dibelakang, mungkin dia orang tak reti guna kemudahan ICT.

Sepatutnya kempen dalam blog dibolehkan tetapi dengan syarat jangan sentuh isu peribadi lawan kita. Sebab kita lawan sama-sama kita.

Lebih baik guna blog dari rasuah wang.

AKU BUKAN PERWAKILAN

ustazsaid said...

Anon 11:39, 'org2 tua' ni dah 'x pandai' pi la belajar, ni budus nak ajak org lain pun budus jg ka?

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin