Search This Blog

Sunday, December 11, 2016

Perjalanan 1000km


Hari ini baru di THotel,  Tawau baru berkesempatan update blog ni untuk share perjalanan 1000km sepanjang cuti sekolah kali ini.

Bermula pada penghujung bulan November lalu,  perjalanan dengan flight,  kereta,  basikal dan berjalan kaki bermula. Pelbagai kenangan pahit manis sepanjang perjalanan tersebut.

WB 6364 N Proton Saga FLX menjayakan perjalanan dr KL ke Pantai Timur kali ini. Berbaloi dgn sewanya dan minyak yg jimat. Terima kasih kpd anak buah Ibnu @ Vellu yg banyak membantu merealisasikan jelajah.

Syukurlah perjalanan kali ini selain meneroka tempat baru yg belum pernah dijejaki,  dapat bersua dgn kawan yg sudah puluhan tahun x berkesempatan berjumpa. Cuma kasian si Udin tidak dapat menyertai sebab masuk kem al-quran di Tawau.

Nda apa lain trip kita atur pula...



Thursday, July 28, 2016

Petua Tercekik Tulang Ikan


(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Bila makan ikan, risiko nak tercekik tulang tinggi kecuali makan isi ikan... Masa kecil dulu, MF pernah tercekik tulang ikan bilis je.. fobia betul rasa... Tapi di kampung tak susah bila tercekik tulang ikan... Banyak petua tradisional digunakan untuk melegakan kesakitan akibat tercekik tulang ikan. 

Antara petua mudah yang MF pernah buat dan lalui apabila tercekik tulang ikan. 

1. Telan Nasi Kepal
Ini petua popular dan mudah nak buat... Kepal nasi dan telan terus tanpa kunyah.. Insha Allah, kalau tulang tu tak tersangkut kuat pada tekak, mudah je lepas dengan nasi tu.

2. Minum Air Tudung Periuk Yang Dijampi
Petua ni pelik, tapi memang MF pernah buat. Arwah tok MF bagi minum air tudung periuk yang dijampi.. Tak tahu la dia baca apa.. Yang MF tahu dia baca Bismillah je... 

3. Minum Air Rendaman Mata Kail
Ni pun petua keluarga MF, mata kail gergasi yang pusaka arwah tok wan MF... Memang kalau tercekik tulang, ambil mata kail tu rendam dalam air dalam 5 minit, dan minum. Insha Allah dengan izin Allah, lega la sakit akibat tercekik tulang ikan tu. 

4. Minum Air Banyak-banyak
Petua selalu buat, minum air banyak-banyak.. Tapi petua ni tak mujarab mana la sebab air kan bersifat cecair. Jadi, hanya berkesan bagi tulang ikan yang tak tersangkit kuat pada tekak. 

Antara petua lain yang MF dapat dari internet:

5. Makan pisang tanpa kunyah... Kupas dan terus telan.

6. Ambil air, masuk dalam senduk, selawat 3 kali dan minum dalam 1 nafas. 

7. Celup jari dalam madu, selawat 3 kali dan hisap jari yang ada madu tu.. Insha Allah, tulang akan keluar katanya. 

8. Ambil 1 sudu cuka dan terus minum... Kalau terasa lagi kat tekak, minum lagi satu sudu dan jika masih rasa kepal nasi dan telan. 

9. Doa
Amalan dan petua lain... iaitu kembali kepada Allah dengan amalkan doa ini:


Dan pohonkanlah (wahai Muhammad, dengan berdoa): “Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku ke dalam urusan ugamaku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku dari sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku” (Surah Isra’ : Ayat 80)

Bacakan al-Fatihah dan doa ini sambil mengurut bahagian halkum atau bahagian yang tertusuk duri/tulang. Ulang sebanyak 3 kali sehingga 7 kali bacaan. Boleh juga dibacakan pada air dan minum... Lakukan secara istiqomah. Usahalah...nak sembuh ke tidak atas izin Allah jua.... InsyaAllah.


Itulah petua-petua melayu lama dan moden untuk legakan kesakitan akibat tercekik tulang ikan... Memang fobia bila tercekik tulang ni kan... Jadi, jika berlaku lagi, boleh gunakan petua ini... MOga bermanfaat...

Kredit kpd http://www.mariafirdz.com/2016/03/9-petua-tercekik-tulang-ikan.html?m=0

Wednesday, March 2, 2016

Sang Kaloi di rumah baru


Bermula kemarin, maka bermulalah cerita hidup baru sang kaloi. Dari habitat asalnya di Sg Pilajau, seorang saudara telah menjual ikan kaloi ini. Cita-cita untuk memelihara ikan akuarium ni sudah lama terpendam. Cuma kesempatan yang belum ada.


Asalnya, kaloi ini dibeli untuk dimasukkan di kolam. Ramai kawan nasihatkan jangan...kaloi akan makan anak ikan. Jadi masalahlah pula...

Sudah terjanji dgn saudara mau ambil kaloi yang sudah ditangkap. Di mana mau simpan? Alhamdulilah, dipermudahkan urusan. Kawan karib Hj Lilkiplee Kadir mendermakan akuarium lama yg x diguna lagi. Retak sedikit, ditaruh silikon.

Selepas dibelikan mesin oksigen, maka sang kaloi pun memulakan hidup baru, ditemani anak talapia.

Banyak lagi yg mau dibuat dgn akuarium ni...demi melayan hobi baru ni. Tapi perlahan-lahan la ya...tunggu ada bajet la.

Tuesday, January 5, 2016

Kalendar Islam 1437H / 2016



Tarikh-Tarikh Penting Dalam Islam Tahun 2016 Bagi Malaysia

Tarikh Hijri
Tarikh Masihi / Miladi
Hari Perayaan / Kebesaran Islam
27 Rejab 14375 Mei 2016Israk dan Mikraj
1 Ramadan 1437 *6 Jun 2016Awal Ramadan / Permulaan Puasa
17 Ramadan 143722 Jun 2016Nuzul Al-Quran
1 Syawal 1437 *6 Julai 2016Hari Raya Puasa / Aidilfitri
1 Zulhijjah 14373 September 2016Awal Zulhijjah
10 Zulhijjah 1437 *12 September 2016Hari Raya Korban / Aidiladha
1 Muharram 14382 Oktober 2016Awal Muharram / Maal Hijrah
12 Rabiulawal 143812 Disember 2016Maulidur Rasul (Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W)
* Tarikh ini akan diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin