Search This Blog

Showing posts with label polis. Show all posts
Showing posts with label polis. Show all posts

Friday, March 25, 2011

Selamat Hari Polis ke-204!


Salam,

Lupakan seketika keriuhan cerita video seks. Kita serahkan kepada pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan wajar. Jika benar perlakuan tersebut, hadapkan individu berkenaan ke mahkamah untuk diadili. Sebaliknya, jika terbukti palsu, Datuk T juga tidak harus dilepaskan. Mereka juga wajar dihukum.

Bab ini kita serahkan kepada pasukan khas penyiasatan yang ditubuhkan PDRM. Kita percaya polis berpengalaman dalam menyelesaikan kes sebegini. Jika perlu bantuan daripada mana-mana agensi asing, dapatkan demi mencari kebenaran.

Kita yakin dengan kewibawaan pasukan polis mengendalikan pelbagai kes, sehingga kes yang lebih rumit daripada ini pun pernah diselesaikan oleh pasukan polis. Ini kan pula cuma kes kes yang terakam dalam video. Kacang ja bagi polis kita.

Umpamanya berita ini : Kadar indeks jenayah bagi tiga bulan pertama tahun ini mencatatkan penurunan terutama di empat negeri yang menjadi sasaran Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), kata Menteri KDN. Ini adalah satu contoh kejayaan polis kita dalam menangani jenayah di negara kita.

Kita berharap sempena Hari Polis ke 204 hari ini, tekad dan semangat pasukan polis makin tinggi dalam menjalankan amanah.

SELAMAT HARI POLIS KE - 204 untuk semua anggota PDRM!

Saturday, May 1, 2010

Keadilan Untuk Aminulrasyid dan PDRM...


"Biarlah apa yang nak dikatakan oleh ahli politik, tapi saya ingin tahu sama ada anda mahu kami menguatkuasakan undang-udnang atau tidak.

"Kalau tak nak, saya akan beritahu orang saya supaya tidak lagi menahan kereta yang dipandu dengan cara mencurigakan atau mengambil tindakan terhadap pelumba haram yang bermaharajalela di jalan raya,"

Salam,

Alfatihah dan doa untuk arwah Amulrasyid Amzah. Semoga rohnya bersama para salehin...Amin.

Dalam riuh mencari keadilan untuk arwah Aminulrasyid, keadilan untuk pasukan PDRM wajar tidak dikesampingkan. Janganlah hendaknya kerana kes ini, satu pasukan polis dihukum. Biarkan pasukan penyiasat menjalankan tugas mereka.

Ahli politik berkepentingan jangan sama sekali mengambil kesempatan menangguk di air keruh. Ini bukan kes pilihanraya atau perlawanan Pakatan vs BN. Ini kes jenayah yang mesti diadili oleh pihak yang berkenaan. Khalid Samad tidak perlu 'menyibuk' untuk menjadi jurucakap keluarga arwah.

Jika anggota polis yang terlibat didapati bersalah, hukuman setimpal wajar dikenakan ke atas mereka. Namun, biarlah ia dilakukan melalui proses undang-undang. Bukannya melalui ugutan untuk melakukan demo di seluruh negara atau menuntut perletakan jawatan sesiapa.

Tindakan mengugut dan memberi kata dua kepada anggota keselamatan bukanlah tindakan wajar dilakukan oleh ahli politik. Sebagai pemimpin, sewajarnya para MP melakukan usaha untuk bekerjasama dengan pasukan keselamatan membendung jenayah. Bukannya berlagak hero dan memperlihatkan teladan buruk kepada rakyat.

Saya percaya, KPN dan seluruh anggota PDRM pun tidak mahu kejadian begini berlaku. Ringkas kata, sebagai rakyat yang cintakan keamanan dan keharmonian, tidak perlulah membuat spekulasi yang tidak akan menguntungkan sesiapa...

Sunday, July 26, 2009

Wan Siti Farihan Juga Wajar Dibela!



Salam,

Sebagai tanda sokongan kepada perjuangan membela kematian Wan Siti Farihan, dinukilkan tulisan rbf. Selamat membaca!

Nampaknya perjuangan menuntut keadilan untuk Wan Siti Farihan dan keluarganya telah pun menunujukan cahaya di hujung terowong. Samada cahaya itu akan terus bergerak ke pertengahan dan seterusnya ke permulaan terowong terpulang kepada kita semua untuk menentukannya.

Terima kasih kepada beberapa blogger yang turut sama memainkan isu ini. Hasilnya, isu ini telah mendapat tempat di dada akhbar Utusan Malaysia hari ini. Walau bagaimanapun penjelasan daripada pihak Polis belum dapat memuaskan hati penuntut-penuntut keadilan untuk Siti Farihan. Polis berkata tiada unsur jenayah. Jika tiada unsur jenayah ,unsur apakah yang membuat beliau jatuh dari bangunan tersebut ?

Jika kes Teoh Beng Hock dapat diselesaikan sebanyak 60 % sebelum satu minggu ,saya juga ingin tahu berapa peratuskah siasatan kes ini telah berjaya diselesaikan dalam tempoh satu bulan ianya berlaku ?

Mengapa ada pilih kasih dalam kes begini. Sedangkan kes mereka berdua adalah sama,iaitu jatuh dari bangunan.
Adakah kerana Siti Farihan anak orang kampung, orang biasa dan bukannya pegawai khas exco atau orang politik, maka kes ini boleh disiasat perlahan-lahan ?

Sedangkan kedua-dua mangsa ini adalah pemegang MyKad. Yang membezakannya hanya seorang berstatus bumiputra dan seorang lagi bukan bumiputra,tetapi kedua-dua keluarga mereka harus mendapat layanan yang sama adil daripada Polis berhubung penyiasatan kes yang dialami oleh anak-anak mereka.


Utusan Malaysia juga sama,adakah kerana Siti Farihan hanya anak orang kampung, orang biasa dan bukannya pegawai khas exco maka berita mengenainya hanya disiarkan 'ciput' sahaja dan diletakan di muka surat 14. Kenapa ianya tidak diletakan di muka surat utama dan tidak diberi publisiti secara meluas. Inilah yang dikatakan kera di hutan di susukan,anak sendiri mati kelaparan.

Harap Awang Selamat dapat menjawabnya dalam Mingguan Malaysia.


Bab Kerajaan Selangor pula lagi teruk...
Dalam kes pencuri kereta yang mati semasa dalam tahanan Polis iaitu Kugan,kerajaan negeri telah menanggung sepenuhnya kos keseluruhan upacara pengkebumian Kugan. Puluhan ribu duit rakyat dihabiskan untuk seorang penjenayah yang telah melakukan jenayah sejak berumur 13 tahun lagi. Malahan,Exco Selangor juga turut dihantar semasa upacara pengkebumian Kugan di Puchong.

Begitu juga dalam kes Teoh Beng Hock,saya tidak pasti puluhan atau ratusan ribu duit rakyat Selangor dihabiskan untuk pengkebumian beliau. Yang saya pasti adalah kerajaan negeri telah menanggung segala kos upacara pengkebumian Teoh. Cuma jumlah yang saya tidak pasti. Malah kerajaan negeri juga menyediakan bas untuk rakyat dari Lembah Klang yang ingin memberi penghormatan terakhir .

Khabarnya kerajaan negeri akan menanggung kos kehidupan tunang Teoh serta anak yang bakal dilahirkan kelak. Berapa semua jumlahnya kelak,kita semua pun tidak tahu.


Mengapakah dalam kes Siti Farihan Kerajaan Selangor tidak menanggung segala kos pengkebumian atau memberi sumbangan kepada ahli keluarga mereka. Sedangkan kes ini juga berlaku di Selangor. Dan Siti Farihan juga adalah antara pelajar terbaik di UKM.

Mana suara-suara PKR,DAP dan PAS Selangor dalam kes Siti Farihan ini ?
Jika nasib penjenayah mereka boleh bela,bagaimana pula dengan nasib pelajar terbaik ini ? Kepada rakan-rakan blogger atau NGO-NGO saya berharap kita semua dapat membela nasib Siti Farihan dan ahli keluarganya.

Saya tidak mempunyai apa-apa kepentingan dalam kes Siti Farihan. Saya tidak pernah mengenali arwah, ahli keluarganya atau sahabat handainya. Saya cuma merasa terkilan dengan kehilangan seorang mahasiswi cemerlang ini. Negara kita telah kehilangan seorang yang bakal menyumbang kepada kemajuan Agama,Bangsa dan Negara.

Saya difahamkan,Siti Farihan adalah seorang insan yang benar-benar berpegang kuat kepada ajaran agama dan dalam masa yang sama beliau seorang pelajar yang cemerlang dan taat kepada ibu bapa.


Saya juga difahamkan membaca Al-Quran di subuh hari telah menjadi amalan Siti Farihan sebelum beliau meninggal dunia. Dan jika tidak silap saya ,sebelum beliau dijumpai mati,rakannya memberitahu mendengar beliau membaca Al-Quran seperti mana rutin harian beliau setiap hari. Dapatkah kita semua bayangkan perasaan ibu bapa Siti Farihan sekarang.

Apakah perasaan mereka sekarang bila melihat Teoh yang mati terjun bangunan dibela,dipuja dan diagung-agungkan. Bagaimana dengan nasib anak mereka ?
Kematian Wan Siti Farihan masih misteri. Bilakah semua misteri ini akan terjawab ? Walahualam !

Al-Fatihah untuk Arwah Wan Siti Farihan.

Friday, July 17, 2009

Siasat...Jangan Politikkan!

Salam,

Kematian 'mengejut' Setpol Exco DAP Selangor, pasti akan menjadi berita sensasi seluruh negara dalam tempoh terdekat ini.

Pasti banyak persoalan yang timbul daripada insiden ini. Semua orang berhak bertanya mengapa dan bagaimana insiden ini boleh berlaku? Penjelasan yang diberi setakat ini, mungkin jauh daripada memuaskan semua pihak!


Kita menyokong sepenuhnya jaminan pihak Polis untuk menjalankan siasatan dengan adil dan tidak akan menyembunyikan apa-apa maklumat berhubung kejadian ini. Siasatan menyeluruh terhadap kes ini harus dilaksanakan segera supaya 'misteri' yang menyelubungi kejadian ini juga dapat dirungkai segera!

Sambil kita mengucapkan takziah kepada keluarga dan tunang mendiang, kita juga berharap supaya kes ini tidak dipolitikkan oleh pihak berkepentingan. Biarlah politik dikaitkan dengan orang yang hidup, janganlah kematian juga dijadikan modal meraih sokongan!
Janganlah ada pihak yang menangguk di air keruh...

Saturday, January 24, 2009

Apa Dah Jadi ?

Salam,

Pagi ni, rehat dulu nak cakap soal politik ka, soal Palestin dsb. Rasa mau ulas kes tempatan, di daerah Beaufort.

Kelmarin petang, blaku lagi satu tragedi buruk di Pekan Kecil bernama Beaufort. Kes pbunuhan seorang pemuda oleh pbunuh yg tidak dikenali...dan belum tertangkap lagi.

Untuk tempoh 2 tahun ini, kes bunuh akibat dendan kesumat di kalangan 'samseng' @ budak-budak muda di pekan Beaufort semakin mjadi-jadi. Jika ini boleh dikaitkan dengan kes tdahulu, maka ini masuk kes ketiga.

Nampaknya nyawa di kalangan anak muda kita semakin kurang bnilai, apabila penyelesaian sebarang pselisihan ialah dgn mbunuh. Untuk semangat dan kberanian mereka kita hormati, sayangnya ia tsalah tempat.

Alangkah eloknya semangat 'kperwiraan' para pemuda kita ini dapat disalurkan mbantu saudara kita di Palestin. Bangga kita semua melihat para pejuang yg tdiri drpd anak-anak muda kita bdiri gagah bdepan dgn tentera Zionis Yahudi Laknatullah.

Cuma yg peliknya, anak-anak kita ini bila bdepan sesama kita, sesama sendiri akan mjadi spt ayam jantan yg pantang mlihat lawan. Pasti ditaji shingga tewas...Namun bdepan org lain, bangsa lain, tkulai layu di mata 'kerambit'.

Apakah faktor pdorong yg menyebabkan tragedi seperti ini ?. Mungkin penjualan syabu dan minuman keras 'montoku' secara bleluasa ketika ini mjadi faktor para remaja kita smakin ganas dan buas. Dadah musuh nombor satu negara memang sudah lama kita ketahui, tapi yg dpsoalkan bagaimana pjualan montoku ?

Mungkin selepas kes tbaru ini mbolehkan semua pihak bganding bahu, bsatu hati berbincang bagaimana cara mengatasi pmasalahan yg blaku. Pihak Berkuasa Tempatan kena menyiasat prosedur pjualan montoku ini, jika mlanggar undang-undang, sila ambil tindakan. Jika perlu haramkan saja pjualan minuman haram ini!

Kepada pihak Polis, siasatan kes bunuh tdahulu wajar dipercepatkan, diambil tindakan segera, agar para samseng melihat kberkesanan kerja pasukan Polis kita. Jangan nanti samseng ni melihat semacam tiada tindakan pun untuk pbunuh, maka diulang-ulanglah lagi pbunuhan.

Kepada para pemimpin tempatan, inilah masanya utk mengetepikan pbezaan pendapat, duduk semeja mcari formula mbendung jenayah pbunuhan ke atas anak-anak kita ini tidak bterusan. Lupakan sejenak 'psengketaan' demi mpjuangkan keharmonian hidup bmasyarakat di kalangan penduduk Beaufort yg berbilang bangsa dan suku kaum.

Jika usaha secara konsisten - bukan b'api-api selepas satu kes bunuh, selepas itu api pun padam - tidak dilaksanakan, kita khuatir Beaufort suatu hari nanti akan mjadi pekan Koboi, undang-undang di tangan sendiri, pbunuhan mjadi seperti makan kuaci!

Saturday, November 15, 2008

Untungnya Ariffin Bin Mohamad


TS Musa Hasan, KPN kata Ariffin Bin Mohamad @ Ayah Pin tidak ditahan polis walaupun baru-baru ini pulang ke Terengganu kerana dimaklumkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu ( JHEAT ), pemimpin ajaran sesat itu tidak perlu ditahan.

Tim. Pengerusi JK Agama & Penerangan Terengganu, Muhammad Ramli Nuh pula bkata soal menahan Ayah Pin bukanlah keutamaan kerajaan negeri ketika ini kerana dia bukannya tbabit kes jenayah.

Kata Muhammad lagi, Ayah Pin bukan pembunuh bsiri yg bbahaya kpd masyarakat, sebaliknya beliau hanya melakukan kesalahan dari sudut penyelewengan akidah dan ajaran agama Islam.

Apalagi kata Muhammad… kes Ayah Pin ni agak sukar dibawa ke muka pengadilan. Jika didakwa pun, Ayah Pin besar kemungkinan besar menang dan tlepas.

Memang b’untunglah mjadi Ayah Pin. Selepas mengasaskan ‘Kerajaan Langit’ dan menggemparkan negara pada tahun 2005 dulu, Ayah Pin masih bebas keluar masuk Terengganu, Kelantan dan Selatan Thai.

Untungnya mjadi Ayah Pin, walaupun dlm Islam mjaga akidah adalah satu perkara utama, ‘orang kuat’ kerajaan negeri Terengganu masih boleh bkata dia tidaklah b’bahaya. Sebab : Ayah Pin bukan pbunuh bsiri…

Ayah Pin memang untung sebab dia tidak ditahan walaupun pengikutnya seramai 47 orang telah didakwa kerana m’ingkari arahan mufti Terengganu yg menetapkan ajaran Ayah Pin sebagai sesat.

Agaknya dia tidak perlu ditahan sebab dia Ketua Kerajaan Langit. Dia tidak perlu ditahan sebab dia tidak bahaya, lagipun dia bukan keutamaan kerajaan negeri…

Soalnya, kenapa pulak pengikutnya ditahan dan didakwa ? Mungkin Ayah Pin tidak bahaya sebagaimana bahaya pengikutnya!

Meh ramai-ramai kita tanya Tok Mad Said.

Tuesday, July 1, 2008

APA BENARKAH INI...?S2

Buat laporan polis jika Anwar diancam bunuh
01/07/2008 6:09pm
KUALA LUMPUR 1 Julai - Mereka yang mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim diancam bunuh oleh pihak-pihak tertentu diminta membuat laporan polis.
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, sehingga kini tiada laporan seumpama itu di terima terhadap Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.
Katanya, tanpa sebarang laporan hanya menyukarkan polis untuk memulakan siasatan terhadap sebarang dak waan.
“Kita perlu laporan...Polis tidak menerima laporan mengenai perkara itu (dakwaan bunuh). Macam mana kita mahu siasat kebenarannya,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas kenyataan dalam sebuah blog milik seorang ahli Parlimen yang mendakwa Anwar men jadi sasaran pembunuh upahan.
Kenyataan tersebut adalah berdasarkan maklumat daripada beberapa sumber dari unit perisikan sebuah negara jiran.
*******************************************************************************
Wah, ini sudah jadi kes berat ni. Jika benar la diancam bunuh, wajar sangat la Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat laporan polis. Kita setuju sangat dengan saranan Tim. Ketua Polis Negara, TS Ismail Omar ni.

Kita pun tidak suka drama bunuh-membunuh ni. Jangankan begitu, tembak-menembak, letup bom macam dalam televisyen pun kita tidak suka. Mana boleh undang-undang ditegakkan di tangan sendiri.

Negara kita ni bukan negara koboi, lagi pun cara begitu bukanlah budaya kita. Sebagai orang Timur yang kaya dengan budi bahasa, kita tidak mahu para 'penjahat' ni, beraja di mata, bersultan dihati.

Kepada yang berkenaan: Laporkan kepada pihak berkuasa untuk disiasat, pihak berkuasa pula ambil tindakan yang boleh menjamin nyawa rakyat Malaysia tidak 'diambil' sewenang-wenangnya. Salam.

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin