Search This Blog

Showing posts with label Kuala Terengganu. Show all posts
Showing posts with label Kuala Terengganu. Show all posts

Friday, April 17, 2009

Mengapa Sampai Jadi Begini?

Salam,

Tanpa sebarang tanda, tanpa amaran, tanpa ribut, politik Terengganu tiba-tiba berkocak. Kocakannya kali ini bukan alang-alang. Lagi hebat daripada gelora Laut China Selatan.

Dikhabarkan usul undi tidak percaya hendak dibuat ke atas MB, Tok Mad Said. Benarkah ada YB yang seberani itu? Mungkin juga, sebab dunia politik ni serba berkemungkinan. Hari ni menjadi kawan, tidak mustahil esok menjadi lawan.

Lepas tu, khabarnya ada pula YB yang menerima SMS berbaur ugutan. Meminta YB berkenaan jangan buat usul undi tidak percaya. Di akhir SMS, ugutan nyawa boleh melayang. Wah...nampak gayanya politik Terengganu semakin maju. Ala Sri Lanka gitu...

Laporan polis sudah dibuat. Serahkan saja kepada pihak berkuasa. Rasanya, bukanlah masalah besar bagi polis untuk menyiasat punca SMS tersebut dan mengambil tindakan sewajarnya.

Setakat ini banyak lagi persoalan yang masih belum dirungkai, kisah di sebalik tabir peristiwa yang berlaku. Tok Mad Said pun sudah berjumpa Presiden. Sementara kita menunggu perkembangan selanjutnya, elok juga kita merenung sejenak.

Mengapakah semua ini berlaku? Bukankah MB dan ADUN lain -kecuali 8 dari PAS dan 1 MCA- kesemuanya dari Umno? Tiadakah lagi ruang perbincangan di kalangan mereka? Belum cukupkah kekalahan di Kuala Terengganu menjadi iktibar berguna kepada mereka? Atau barangkali mereka sudah terlupa bahawa pada 1999 - 2004, Umno tidak memerintah di Terengganu...

Saturday, January 17, 2009

PAS Menang, Ada Banyak Soalan ?

Salam,

Ya PAS telah menang dan mrampas kerusi Parlimen P.036 Kuala Terengganu dari tangan Umno. Kemenangan PAS ini dcapai dgn beberapa psoalan yg mesti djawab.

Untuk PAS :
- Agak-agak berapa ramai 'pengundi hantu' Umno bpaling tadah mengundi PAS kali ini ?
- Daripada jumlah undi pos tu, berapa yg PAS dapat ? atau semua undi Umno ?

Untuk Datuk Wan Farid :
- Allahyarham Datuk Razali Ismail, bukan Ketua Bahagian KT tp mampu menang dua kali PRU, kenapa Datuk ptama kali dcalon terus menempah kekalahan ?
- Dengan jentera dr seluruh negara, pengundi KT masih menolak BN/Umno dan Datuk, adakah mungkin calon tidak sesuai ?

Untuk DS Najib :
- Dr Permatang Pauh hingga KT, sudah dua kali DS 'gagal' dlm misi, ada alasan ?
- Kalau trend bterusan ini nampak gayanya DS kena bhati-hati, jgn mlompat dulu Mac nanti.

Ada 1001 soalan yg boleh dsoal, kpd sesiapa sahaja. Namun akhirnya, jawapan kpd stiap soalan ada pd hati masing-masing. Soalan cepumas : Adakah Umno sudah tjaga dr lena yg panjang ?

Rupanya benar, mentari masih malu-malu di Kuala Terengganu....

Apa Khabar Orang KT?

Salam,

Tinggal beberapa jam lg utk pengundi Kuala Terengganu menentukan wakil mereka di Dewan Rakyat. Selepas meneliti pkembangan di sana melalui media massa dan blog politik, yg 'bsiaran langsung' dr sana, agak sukar meneka pemenangnya mlm ini.

Sempat mhubungi beberapa org sahabat yg bkunjung ke sana mlalui telefon. Dkhabarkan peluang masih 50-50 bagi Umno dan Pas. Nampak gayanya, peluang utk bebas mbuat kejutan 0 peratus.

Kepada seorang sahabat yg agak gusar dgn peluang BN, saya kirimkan doa berikut : Semoga mentari tidak menyembunyikan sinarnya di KT hari ni.

Dalam mana-mana PRK pun, apalagi selepas Tsunami Mac 2008 lalu, peluang menang parti btanding agak seimbang. Tiada lagi yg berani mdabik dada yakin menang. Kini tpulanglah kpd kbijaksanaan pemilih KT.

Harapan kita, semoga pilihan bijak pemilih KT baik utk durang juga!

Sent via Nokia E90 @ Beaufort

Thursday, January 15, 2009

TIPS UNTUK PENGUNDI KT!

Salam,

Tinggal 25 jam lagi utk calon btanding di PRK Kuala Terengganu bkempen untuk memikat phatian pengundi. Tinggal 33-34 jam utk seramai 80,325 pemilih di kawasan P.036, memilih wakil mereka.

Siapa pilihan ? Tpulang kpd selera masing-masing, sendiri mau ingat la. Namun, perlu juga diingatkan kpd para pemilih, sbelum memangkah sabtu ini, sila ambil phatian thadap beberapa perkara.

Berikut disenaraikan tips untuk pengundi Kuala Terengganu :

1. Jangan jadikan pilihanraya seperti menukar baju
2. BN tidak perlu watak Casper untuk menang
3. BN yakin sokongan golongan muda
4. Ikhlas bangunkan Terengganu
5. Tips pemimpin yang baik
6. Tips memilih pemimpin

Smoga sdikit panduan ini boleh mbantu memilih YB baru 17hb nanti!

Tuesday, January 6, 2009

Jangan Ada Perang Di KT!

Salam,

Spt yg dketahui umum, PRK P036 Kuala Terengganu, akan menyaksikan perlawanan 3 penjuru. BN-Umno, PAS dan Bebas, selama 11 hari berikutnya akan bjuang memikat hati pengundi. Ibarat perang, ketumbukan tentera kini sudah masuk ke medan, bjuang hingga ke titisan darah t'akhir.

Demi melunaskan hukum demokrasi dan perundangan negara, PRK ini mesti juga diadakan meskipun di Gaza, Palestin, umat Islam terus diganyang Yahudi Israel Laknatullah. Perang di sana nampaknya terus blarutan walaupun dunia sudah bsuara menentang kekejaman Israel

Cuma ingatan kita, janganlah hendaknya pahlawan Melayu-Islam dari puak Umno dan PAS khususnya, menjadikan Kuala Terengganu medan perang spt di Gaza. Janganlah hendaknya b'perang sesama sendiri hingga leka siapa kawan siapa musuh!

Bagi kita, eloklah sesama umat Islam, dgn m'ambil iktibar apa yg blaku di Gaza, mjadikan PRK di KT ini sbg ptandingan dlm keluarga, sesama sahabat, satu akidah dan satu perjuangan ! Boleh ka? Mengapa tidak....

Jangan nanti ada 'perang' di KT, yg natijahnya sudah diketahui umum juga - MENANG JADI ARANG, KALAH JADI ABU!

Rasanya, dlm keadaan sekarang, 'perang' yg tidak t'kawal shingga ke peringkat 'mbogelkan' lawan atas sebab pbezaan fahaman, hanya akan melemahkan kita lagi. Lantas, pastilah akan diambil kesempatan oleh pihak lain utk terus menekan dan mungkin nanti, akan m'ganyang kita pula.

Ayuh, kita jadikan PRK di KT, pmulaan kpd 'plawanan sengit yg damai sejahtera'! Amacam?

Thursday, December 25, 2008

Rugikah Umno ?

Salam,

Dilaporkan Kapten (B) Datuk Zahar Hashim, Bekas Ketua Umno Bahagian PJ Selatan, secara rasmi telah menyertai PAS. Beliau sebelum ini telah digantung jawatan selama dua tahun.

Dengan tindakan Datuk Zahar melompat parti ini, apakah signifikannya kpd pjuangan Umno? Adakah Umno rugi kehilangan pemimpin seperti ini ? atau beruntungkah PAS menerima keahlian beliau ?

Soalan-soalan begini agak sukar dijawab kerana kesan tindakan beliau hanya akan dapat dilihat untuk satu tempoh waktu. Namun, menjelang PRK Kuala Terengganu 17 Januari nanti, tindakan Datuk Zahar sedikit sebanyak akan menguntungkan PAS.

Seperti dilaporkan, Datuk Zahar akan bkampung di KT utk bkempen. Ya Datuk Zahar tiada undi utk calon PAS di sana, tp dgn jawatan terakhirnya dlm Umno adalah sbg Ketua Bahagian, sudah tentu PAS akan mgunakan kemasukan Datuk Zahar sbg bola tanggung utk smash Umno.

Maknanya pandangan yg mengatakan Umno tidak tjejas dgn tindakan Datuk Zahar ni adalah satu pandangan yg silap dan keliru. Jangankan Datuk Zahar dan 28 Ketua Cawangan ( sudah tentu mungkin dgn ahlinya ) keluar parti, seorang sahaja ahli parti yg tidak keluar parti pun tp mengundi calon lawan Umno dlm pilhanraya, sudah pasti mjejaskan Umno. Perkara ini tbukti dlm PRU lalu. Berapa ramai ahli yg sabotaj parti sehingga blaku kehilangan kuasa dan majoriti merosot di banyak tempat?

Sudah-sudahlah tu, semakin ramai nanti ahli dan pemimpin parti yg keluar Umno, tinggal berapa orang ja nanti dlm Umno ni? Ni belum masuk kes 900 aduan yg belum diputuskan Lembaga Displin parti. Belum masuk lagi kes ahli merajuk atas pelbagai sebab selepas musim pemilihan lalu.

Sekarang tumpuan harus dilakukan untuk mperkasakan parti, yg tkini pastilah fokus utk mengekalkan kerusi parlimen P.036 Kuala Terengganu. Bukannya, mgantung ahli atas sebab yg 'kurang cerdik' sedang kes politik wang masih tsimpan rapi!

Tuesday, December 23, 2008

Awas Datuk Wan Farid, Hati-hati !

Salam,

Ingatan ini ditujukan khas buat calon Barisan Nasional bagi PRK P.036 Kuala Terengganu yg dijadualkan pd 17hb januari 2009 nanti - Senator Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh.

Sebagai calon BN drpd parti Umno, Datuk diingatkan supaya berhati-hati semasa berkempen dalam PRK nanti. Malahan sebelum, penamaan calon pun Datuk kena bhati-hati. Bukan apa, takut nanti elok-elok Datuk menang, jadi kalah pula.

Kenapa Datuk kena bhati-hati? Ya Datuk jangan sekali cuba-cuba bkempen pilihanraya ni mgunakan blog. Lembaga Displin Umno sudah mengambil tindakan terhadap seorang pemimpin Umno Bahagian kerana kesalahan 'besar' berkempen melalui blog dalam pemilihan lalu.

Untuk perhatian Datuk, kita tumpang risau juga, manalah tahu nanti ada orang laporkan Datuk berkempen melalui blog, dan dibuktikan bersalah lalu diambil tindakan digantung keahlian, naya la kita.

Datuk jangan risau, walaupun nanti Datuk tidak boleh bkempen melalui blog, Datuk tetap boleh sangat bkempen mgunakan cara lama - ceramah, tabur risalah, kempen rumah ke rumah, atau pun minta tolong Datuk Ahmad Shabery, kita guna wayang pacak!

Calon lain, Bebas ka, PAS ka, Tuk Mun ka, biarkanlah durang sebab durang tidak dilarang bkempen melalui blog. Cuma kita ja dalam Umno ni yg dilarang mgunakan blog, sebab kita ada tataetika dan peraturan parti kita yg wajib dipatuhi. Yg tidak boleh kita langgar.

Kelakar kan Datuk, tapi inilah realitinya, berkempen melalui blog menjadi satu kesalahan dlm Umno, ketika blog diakui sbg satu media yg memainkan peranan besar mpengaruhi pengundi dlm pilihanraya lalu.

Kelakar...kelakar!!!!

Monday, December 15, 2008

Jangan Takut Pembangkang!

Salam,

Maka bkatalah TS Muhammmad Muhd Taib, calon Tim. Presiden supaya segala para jentera parti di PRK K.Terengganu nanti, jangan takut pembangkang.

Maka kita pun amat setuju dengan Tan Sri, memang kita sangat tidak boleh takut kepada pembangkang. Seluruh jentera parti wajib untuk berani berdepan bukan saja dengan pembangkang, malahan dengan siapa-siapa saja hatta calon bebas.

Cuma satu ja yang kita wajib bjaga-jaga dan sentiasa waspada, bukan takut tapi b'ingat-ingat. Supaya semua kita sentiasa bsiap siaga, jangan nanti kalah baru menyesal.

Apa dia? Bukan pembangkang, bukan calon bebas, tp orang kita sendiri, ahli parti kita. Bukannya orang lain pun. Ini yang lebih merbahaya. Musuh dalam selimut, gunting dalam lipatan.

Kalau orang lain senang sikit kita kenal. Pasti ada lambang parti di baju, topi atau di mana-mana. Dari cara bcakap, cara bjalan, cara bpakaian dsb pun kita kenal dia dari parti mana. Yang ni senang kita jaga. Kalau sudah tidak boleh, penyokong tegar, kita biarkan ajalah.

Yang kita takut kalau dari parti kita sendiri, ini yang merisaukan kita. Sebelum ni pun banyak sudah blaku, hingga dlm PRU lalu kita kalah di banyak tempat, hilang 5 + 1 negeri. Bukan kerana pembangkang kuat pun.

Friday, December 5, 2008

Jangan Biar Ayah Pin Bertanding!

Salam,

Disahkan PRK Parlimen Kuala Terengganu akan diadakan pd 17 Januari 2009 dgn pnamaan calon pd 6 Januari 2009.

Wah, meriah la K.Terengganu kali ni, sah memang ramai yg turun padang bkempen. Tentu ramai yg sibuk, yg menyibuk pun ramai.

Tapi ingatan utk ahli Umno, datang kempen untuk menangkan calon Umno nanti, bukan nak kempen utk diri sendiri atau 'kuda' sendiri pulak!

Gunakanlah tempoh yg ada utk menawan hati pengundi memilih Umno-BN, sebab majoriti pilihanraya lalu tu pun bukannya banyak mana.

Untuk SPR pula, jgn biar Ayah Pin btanding, kacau kita nanti!

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin